Sunday, June 14, 2009

Selamat tinggal SAGA IV, Sandakan 2009

Wira-wira SAGA IV dari SMK Membakut II dengan aksi mereka


Salam,

Alhamdulillah, SAGA IV, Sandakan 2009 telahpun melabuhkan tirainya malam tadi bertempat di Kompleks Sukan Likas. Memang SAGA IV kali ini banyak meninggalkan memori dan kenangan indah buat mereka yang terlibat.

Zauridah merangkul 2 pingat sekaligus...emas dan perak

Gambar kenangan di lokasi pertandingan

Bagi skuad pencak silat Kontinjen Beaufort kami telah berjaya melepasi sasaran dengan cemerlang apabila skuad pencak silat sahaja menyumbang 7 pingat untuk Kontinjen Beaufort secara keseluruhan. 2 emas daripada Saiful Azizie Osman dan Siti Zauridah Lazim dalam silat olahraga kategori putera H dan puteri A, 4 pingat perak daripada Mohd Fadzlee Salih, Susila Manong (pesilat dari Weston) dan Shahirudin Shaharom dalam kategori olahraga dan Siti Zauridah Lazim sekali lagi dalam kategori silat seni tempur puteri. 1 pingat gangsa disumbangkan oleh Akmizan Ali Amat dalam silat olahraga kategori putera F.

Sebelum pulang...

Apa yang menarik kali ini SMK Membakut II menghantar 6 pesilat dan 5 daripada mereka membawa pulang pingat. Dua pesilat iaitu Akhmizan dan Zauridah terpaksa dibawa ke hospital selepas pertandingan kerana kecederaan di pusingan separuh akhir dan berjaya juga membawa pulang pingat. Ini merupakan suatu kejayaan yang hebat yang dapat kami semua banggakan. 3 pemuzik kulintangan yang dibawa juga menunjukkan prestasi cemerlang apabila memainkan muzik yang lunak didengar ketika pertandingan berlangsung dan berjaya menarik perhatian ramai.

Tahniah dan syabas kepada semua Wira-wira SAGA IV kali ini. Semoga kejayaan kalian membakar semangat para pelajar lain dan membuktikan bahawa sesuatu yang ingin dicapai itu boleh dicapai sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh dan tekad yang kuat. Tiada apa yang mustahil di dunia ini dan kita mampu melakukannya dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang berterusan.

Selamat santai....


1 comment:

Janna Wan Muhammad said...

tahniah...
wira2 n Wirawati SAGA dari Membakut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails