Tentang Penulis

Salam,

Norazman Bin Md Noh merupakan nama penulis blog santai yang berdaftar dalam kad pengenalan Malaysia. Beliau lahir pada tanggal 09 Jun 1977 di Hospital Mersing Johor. Walaubagaimanapun, kehidupan beliau banyak di luar daripada Negeri Johor terutama di Negeri Perak. Merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik, iaitu kedua Norazleen Binti Md Noh, ketiga Muhammad Syukur Bin Md Noh dan yang bongsu Nurul Huda Binti Md Noh. Beliau merupakan anak kepada seorang pesara tentera En Md Noh Bin Nordin (pangkat terakhir sebelum bersara Pegawai Waran 1) dan juga seorang suri rumah sepenuh masa Pn Ramlah Binti Hj Ali.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan hingga tahun 2 dan kemudian di Sekolah Kebangsaan Manjoi 1, Kampung Manjoi, Ipoh. Kemudian menyambung pendidikan menengah di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar Perak (1989-1992). Selepas tamat SRP (Sijil Rendah Pelajaran) beliau menyambung pelajaran di SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Bota Perak (1993-1994)

Sewaktu menunggu keputusan SPM (Sijil Pelajaran Mal;aysia) beliau telah menuntu di PBA (Pusat Bahasa Arab) Nilampuri, Kelantan Darul Naim sela tiga bulan dan mendalami ilmu dan kemahiran komputer di Institut Premier, Ipoh Perak. Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) beliau menyambung pengajian di UIA (Universiti Islam Antarabangsa), dan pada waktu itu UIA menjalankan pengajian berkembar diberi nama IIUM-KUSZA Twinning Program, di mana para pelajar UIA telah di Tempatkan di KUSZA (Kolej Agama Sultan Zainal Abidin) selama empat tahun untuk membolehkan KUSZA menaiktaraf status institusinya sebagai universiti. Sekarang KUSZA telah di kenalu sebagai UNISZA (Universiti Sultan ZAinal Abidin).

Setelah berada di sana selama lebih empat tahun, iaitu dari 1995-2000, beliau telah di tempatkan di Kampus Utama UIA Gombak dan menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dengan keputusan yang baik (second class upper - semua subjek pelajaran dalam Bahasa Arab dan Inggeris). Beliau telah tamat pengajian dan mengikuti Majlis Konvokeyen UIA pada tahun 2001 dan bergraduat bersama isteri tersayang pada masa itu.

Pada 2005 beliau telah mendaftar sebagai pelajar sarjana di OUM (Open Universiti Malaysia) dan telah tamat bergraduasi dengan jayanya pada 2008 setelah menamatkan thesis dalam Bahasa Inggeris bertajuk "The Effectiveness of Computer  Instructed Learning In Improving Islamic Study Student's Performance" . Beliau juga berazam bila sampai masa yang sesuai nanti untuk menyambung pengajian di peringkat PhD bila sampai masanya kerana perlu bersedia dengan bajet sendiri.

Kerjaya

Pada masa tulisan ini di buat beliau merupakan seorang kakitangan kerajaan bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41 dan bertugas di SMK Membakut (01 Julai 2009 - hingga sekarang) sebagai (GPI) Guru Pendidikan Islam. Sebelum itu beliau pernah bertugas di SMK Membakut II (2004-2009). Sesungguhnya banyak cabaran dan kejayaan yang telah dicapai setakat ini dalam kerjayanya dan beliau masih tidak puas untuk terus bencungkil potensi diri dan mencapai banyak lagi kejayaan dalam kerjayanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga berjinak-jinak dengan Ilmu Kemahiran Pengurusan Kewangan dan merupakan Perunding (secara sambilan) di salah sebuah syarikat Unit Amanah No 1 di Malaysia iaitu Public Mutual Berhad cawangan Kota Kinabalu. Beliau sangat suka dengan kerjaya sambilan ini kerana ianya dapat membantu orang ramai memberikan nasihat kewangan dan perundingan pelaburan dalam unit amanah yang mana tidak banyak orang mengetahui dengan baik ilmu sebenar pengurusan kewangan.

Beliau juga telah mengasaskan satu Kumpulan Perunding Unit Amanah Public Mutual yang diberi nama Unixtarz Training & Consultancy (http://www.unixtarz.blogspot.com/) dan telah banyak merekrut perunding-perunding berjaya di bawah seliaannya. Kupulan ini juga banyak membantu para pelabur di seluruh Malaysia mengurus dan merancang kewangan mereka bersama dengan Public Mutual.

Di samping bersama dengan Public Mutual, beliau juga merupakan seorang Perunding Takaful bagi syarikat takaful pertama di malaysia iaitu Takaful Malaysia Berhad. Sebelum menceburi profession perguruan beliau telah berkhidmat di takaful Malaysia selama dua tahun dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk membantu masyarakat melindungi orang yang tersayang dan harta benda mereka secara Islam.

Perkahwinan

Beliau telah berkahwin dengan salah seorang rakan sekelasnya dari bangku sekolah iaitu Khairulasma Binti Shapiai. Perkenalan selama lebih lapan tahun sebelum berkahwin menjadikan perhubungan perkahwinan mereka sangat erat dan bahagia. Isteri beliau juga merupakan graduan UIA (sama-sama belajar dibidang yang sama) dan juga telah menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan (Master in Education) dengan OUM pada 2010. Isteri beliau juga sekarang bertugas di tempat yang sama iaitu di SMK Membakut, Membakut Sabah sebagai (GPI) Guru Pendidikan Islam. Beliau dikurniakan seorang cahaya mata (setakat ini) iaitu Nur Muhammad Arif Akrami Bin Norazman yang sedang belajar dalam tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut, Membakut Sabah. (Klik sini untuk mengikuti kisah perkahwinan)
Related Posts with Thumbnails