Wednesday, June 3, 2009

Le Tour de Sabah

Pemandangan indah sepanjang perjalanan

Salam,

Maka selepas pulang dari sekolah melawat budak camping terus siap nak pegi jalan-jalan. Bukan sebab apa, dah janji dengan org rumah tersayang. Lagipun lepas ni kena tinggalkan keluarga untuk ke Kejuaraan Silat Sabah Games (SAGA) di Sandakan. Gerak ke Sandakan 4 Jun balik 14 Jun. So, sebelum tu bagi anak ngan isteri puas dulu...ok tak....?

Kawasan belum diterokai

Sabah ni tempat yang sangat menarik. Banyak tempat yang masih belum diterokai dan merupakan sebuah negeri yang sangat luas. Jauh perjalanan luas pengalaman. So, kami cadang nak pusing satu Sabah la. Mula ikut jalan Kimanis- Keningau, lepas tu ke Nabawan, amek highway gravel Sepulut-Kalabakan dan terus ke Tawau. Ingatkan gravel (jalan belum berturap) tu 20 km ker..50 km ker...rupanyer 140 km (ikut meter Gen 2 la...) pergh...tercabut abis sumer skru keta....berita tak bestnyer...alignment ada lari sikit dan exaust bocor....maklumlah lawan dengan batu...So, kepada kengkawan yang nak turun ke Tawau atau Semporna bagus tunggu jalan ni siap dulu la melainkan kalu pakai 4 wheel. Tu memang trek yang sesuai la....

Itu jalan pegi, jalan balik kami cadang dari Tawau ke Semporna, lepas tu Lahad Datu-Kunak, Kemudian Sandakan-Telupid, Lepak kat Ranau, singgah Kundasang dan terus ke K. Kinabalu. Pastu trus balik... amacam...tul tak Le Tour de Sabah (tapi nek keta la, bukan nek beskal)...

Bukit di jalan Keningau...

Perjalanan baru bermula....wah..jauh lagi ni...pelan-pelan sambail enjoy santai menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails