Wednesday, June 3, 2009

Le Tour de Sabah - Semporna



Salam,

Semporna memang sempurna dan merupakan salah satu syurga dunia yang menjadi perhatian pelancong. Nak ke Sipadan dah tak dibenarkan lagi...yang boleh Mabul dan pulau-pulau yang lain jer....Walaubagaimanapun, pemandangan memang sangat cantik dan indah... subhanallah...

Kepada yang berkemampuan dan belum sampai sini samada orang Sabah atau orang Malaysia boleh kira rugi jugak la...orang luar datang berduyun-duyun menyaksikan kecantikan alam di sini dan tempatnya adalah kita yang punyer...






Takdapat nak digambarkan kecantikannya. Kena datang sini baru tahu. Kami stay di Dragon Inn, Floating Hotel. Tinggal aras air seh...tengah laut tu...sempat gak aa layan internet...RM 6.00 setengah jam atau RM 10.00 sejam.

Dari atas boleh nampak ikan...air dia pelik la macam air tawar. Tapi di laut...jerneh betul...nampak ikan berenang-renang...




Sempat singgah di Tampi-Tampi, Semporna Holiday Resort...ingat nak cari tempat mandi tepi laut....takder rupanyer sini...sumer orang ke pulau...di resort ni ada satu tempat / jeti tempat orang mandi dan terjun dari atas jeti....





Makan di restoran atas air memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Tapi harganyer boleh tahan lah...sekali ganda daripada biasa... Sekali sekala boleh la layan...dua, tiga kali tak terlayannnn....




Ikan kat atas tu ikan betul yang dah di awet. Nama ikan tu tak ingat, tapi besar betul ikan tuh...kat bawah ikan tu ada tulang dia...dorang makan sampai licin yer ikan specis nih...



Tak dapat nak cerita panjang pengalaman dan kenangan indah di Semporna. Datang la sini baru tau camana rasanyer syurga dunia manusia.....kami kena teruskan perjalanan...

Selamat santai....

Koleksi gambar-gambar di Semporna klik SINI atau klik gambar ni ...

2 comments:

MizBeLL said...

bez nyerrrr....
huhuk..
p smporna x p floating mmg rugi ustz..
zaman kanak2 jewk smpai sna..
huwaaaaa..

Anonymous said...

waa,....
uStaz..
cuTi2 maLaysia tueeeeeeeeee...
bes larh ustaz...
share2 time kat kLAz nnti...
-SuLYaNA_princeSS-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails