Monday, March 30, 2009

Sudah buka E-Filing 2009 ?

Klik pada gambar untuk urusan cukai anda, jangan tunggu lagi
Salam,

Kepada yang belum selesaikan urusan cukai atau LHDN, jangan susahkan diri anda bila sudah dekat dengan tarikh tutup iaitu hujung April. Sementara awal lagi ni baik selesaikan dulu. Bukannya susah, semuanya di hujung jari anda.

Contoh slip setelah selesai urusan cukai, klik untuk besarkan

Kalau ada persoalan sila guna shoutbox atau call LHDN di Kuala Lumpur pada nombor yang tertera di website LHDN.

Selamat santai...

Sunday, March 29, 2009

Serangan beruang (18 SG)

Salam,

Sekali lagi kali ni kepada yang tak tahan jangan tengok. Berhati-hati bila pergi camping. Bahaya tak diduga. Macam-macam boleh berlaku. Kena berhati-hati setiap masa. Mungkin ada yang dah tengok sebelum nih.... tak mengapa...boleh tengok banyak kali...

Bear Attack @ strange world

Bear Attack @ strange world

Bear Attack @ strange world

Bear Attack @ strange world

Bear Attack @ strange world

Bear Attack @ strange world

Bear Attack @ strange world

Amacam....???

Selamat santai....


Saturday, March 28, 2009

Nostalgia silam....

Salam,

Kali ni kita lihat pula gambar-gambar nostalgia guru-guru SMK Membakut II dari 2004 hingga 2009 (lebih dari 5 tahun) yang masih berkhidmat untuk sekolah dan masih dalam simpanan. Kepada yang tiada tu maknanya tiada dalam simpanan la tu. Gambar-gambar ni di ambil dengan kamera sony sekolah yang dah tak tau siapa yang pegang.....

Kongsikan nostalgia anda samada kenangan berbentuk kejayaan atau kegagalan, peristiwa pahit & manis dan apa saja yang berlaku sepanjang tempoh ini dalam ruangan komen... Semoga coretan anda itu dapat dikongsikan bersama dengan kita semua dan menjadi kenangan yang abadi...




Selamat santai...



Friday, March 27, 2009

Earth Hour

Salam,

Esok adalah kemuncak kempen Earth Hour. Ia merupakan satu acara tahunan di peringkat internasional yang dianjurkan oleh WWF. Jangan lupa Sabtu, 28 Mac 2009, jam 8:30 malam. Tutup lampu anda selama 1 jam untuk mengurangkan pemanasan global. Count your vote to Earth Hour campaign.....its up to you...

Untuk maklumat lanjut... taip sahaja perkataan Earth Hour di yahoo atau google dan anda akan dapati banyak maklumat berguna....

Selamat santai....



Tuesday, March 24, 2009

Kayu tembus kaki (18 SG)

strange world
Salam,

Kayu ni amacam boleh tembus kaki ni.... kepada yang tek boleh tengok jangan tengok, nanti pengsan ....sapa nak angkat.... bukan aper, saja jalan-jalan di alam maya jumper lak mamat ni sambil tunjuk peace..... So, peace balik la kat mamat tu....

strange world

strange world

strange world

Amacam.... ada rasa ngilu-ngilu tak.... Peace bro.... peace no wood...

Selamat santai....


A picture is worth a thousand words

Salam,

Please share your thought here..... What is your point of view....??????

Happy santai...

Monday, March 23, 2009

Sebelum dan selepas

Talapia segar baru siang....sekilo RM 10 (harga jiran-jiran)
Salam,

Ni ikan talapia aritue beli kat rumah Ustaz Azhan... Jairo tanya beli ke tangkap... beli daa...siap siang lagi... sekali-sekala merasa ikan air tawar segar...

Budak ni taknak bubuh "sweet sour" tu atas ikan... takut pedas... apa la....

Ni rupanyer bila close up....

Tu le resepi Yusman, bakar pakai kunyit ngan garam jer... nyaman rupanyer.. jemput yer makan skali.... Tuan mantap, Tuan takilala, Tuan Jairo..... silakan... (ambil bau jer) tambah.. tambah... jangan tak tambah....sudah di TOV kan, ni OTI3 dah ni....OTi1 dan OTI2 sudah, ETR cam biasa jer... rupanyer AR mantap......

he...he...he... jangan mara aa.... nanti kene jual...

Selamat menjamu selera....

Selamat santai....


Betulkan Astro...

Sempat posing kat atas bumbung
Salam,

Terima kasih Cikgu Yusman, orang yang serba boleh... jadi wakil servis astro pun boleh. Dua tiga bulan sebelum ni astro tak berapa nak ok, asal hujan ke, angin ker trus tak dapat tengok, sebab tak betul signal. Skrang alhamdulillah, trang lagi jelas...

Barang siapa yang memerlukan perkhidmatan wakil servis astro boleh mendapatkan Mr. Yusman 014 dail-dail tak dapat atau email otai_asun@yahoo.com.

Tu gaya seorang wakil astro

Alahai tangga....siannya... tapi Mr. Yusman tetap mantap

Begitulah kisahnya...

Selamat santai...........

Sunday, March 22, 2009

Ramai guru sakit jiwa

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi

untuk mengalami tekanan mental.


PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.


BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.


HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.


Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.


NOR ZURAIDA





Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

Oleh : SITI NOR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my

Apa pandangan anda....???

Selamat santai.....



Saturday, March 21, 2009

Santai n Sunset @ Tanjung Aru

Menikmati pemandangan sunset sambil makan sweetcorn

Salam,

Melihat sunset (matahari terbenam) merupakan satu kemestian begi para pelancong khususnya dari Amerika Latin dan Eropah yang berkunjung ke Sabah Negeri di Bawah Bayu selain melihat Orang Utan dan Probosis (menurut salah seorang mat saleh yang diinterview). Memang indah ciptaan Allah SWT tiada tolok bandingnya.

Pemandangan ini dapat disaksikan sewaktu bersantai di Pantai Tg Aru (1st beach). Kebetulan pulak dekat dengan surau, senang nak solat maghrib, tapi malangnya tak sampai satu saf pun mengingati penciptanya dengan menunaikan solat maghrib. Ramai yang terlalu lalai bersantai hingga lupakan kewajipan masing-masing...

Budak ni plak tak pedulikan sunset, hanya menikmati jagung manisnya sahaja

Selepas solat maghrib

Cari makanan ringan selepas makan malam, sampai kat lampu dia jaga barang....

Jumpa pulak dengan orang jual barangan bercahaya....

Suka sangat la dapat tanduk hijau tu...

Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian sewaktu santai di Tg. Aru.... kepada Casanova XXXL, bila nak sampai Sabah...???? kepada lain-lain pengunjung santai yang belum pernah sampai sini... apa lagi...jom santai....

Selamat santai....


Talapia segar

Salam,

Berabuk dah blog nih....lama tak update... rupanyer ader jugak pengikut blog ni senyap-senyap yer... Patut ader yang tanyer ngaper tak update...??? rilek la... dua tiga ari nih sibuk skit bantu orang rumah cari bahan buat tesisnyer... lagipun bila dah ngadap komp. line streamix lak tak ok.

Ok la, ni petang semalam kat rumah Ust Azhan.... dia call tanya nak ikan segar tak...? boleh jugak... so, semalam apa lagi bakar ngan magic cooker la... resepi yusman buh kunyit ngan garam jer... nyaman ba... lama dah tak kene ikan segar... fresh dari ladang....

Cereta lanjut versi Ust Azhan sila klik sini

Selamat santai...


Monday, March 16, 2009

Kem Orientasi Pengakap 06 2009

Salam,

Lagi sekali dua tiga hari ni tak dapat update blog. Bermula dari Sabtu, 14 Mac 2009 hingga Isnin, 16 Mac 2009 Persatuan Pengakap 06 SMK Membakut II telah menjalankan satu perkhemahan iaitu Kem Orientasi Pengakap 06 2009 bertempat di Membakut Lake Eco Training Centre (MLETC). Kem kali ini nampak lebih mencabar berbanding dengan kem tahun lepas. Tahun lepas kem ini juga di jalankan ditempat yang sama cuma penglibatan ahli pengakap kali ini mencapai kepada 41 orang (tidak termasuk 2 guru).

Trek berlumpur yang menyukarkan perjalanan berbasikal

Lumpur melekat di rantai, tayar dan brek terpaksa dibuang dengan tangan

Pengakap berbasikal menggunakan bekas laluan kenderaan untuk memudahkan kendalian

Taklimat awal diberikan oleh Cikgu Ali Rahman
(Penolong Pesuruhjaya Daerah Membakut)


Laluan menjadi lebih mencabar kerana perjalanan melalui trek berlumpur tebal dan sepanjang kem diiringiri dengan hujan yang tak berenti-renti. Jungle trecking juga menjadikan cabaran lebih hebat kerana terdapat dua kursus besar dijalankan serentak di resort tersebut. Kami terpaksa berkhemah di kawasan tasik buatan. Memandangkan hujan yang tidak berhenti dan khemah dibanjiri air kami terpaksa berlindung di pondok yang terdapat di tengah-tengah tasik.

Walaupun kawasan terhad kewajipan solat tetap dijalankan secara berjamaah (terpaksa 2 kali jamaah solat)

Di antara halangan yang terpaksa ditempuh sewaktu jungle tracking

Cabaran paling mencabar laluan bertali dibantu jurulatih bertauliah dari BTN
(En Ismail bekas anggota komando)


Mengharungi kesejukan dan kegelapan malam

Sebenarnya terlalu banyak pengalaman yang tidak dapat dikongsi di dalam ruangan yang amat terhad ini. Semoga semua ahli pengakap mendapat banyak ilmu kehidupan dan juga pengalaman yang tak ternilai. Memori sepanjang kem ini akan menjadi kenangan yang abadi....

Semoga berjaya kepada semua pengakap 06 SMK Membakut II samada yang mengambil ujian lencana keahlian, usahan maju atau jaya.

Sempat posing ketika sampai di Pekan Membakut

Menjadi pengiring kepada pelajar berbasikal

Gambar-gambar menarik sepanjang kem ini boleh dilihat di sini. Boleh besarkan juga kalau mahu....

Salam santai...





Friday, March 13, 2009

Salam Maulidur Rasul

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."


KELAHIRAN

Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (2 Ogos 570M). Ibunya, Aminah, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam.


MASA REMAJA

Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.


PERKAHWINAN

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, pakciknya menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.

ISTERI-ISTERI BAGINDA

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkahwin dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.

  1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
  2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
  3. Aisyah bt Abi Bakr r.a
  4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
  5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
  6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
  7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
  8. Safiyah bt. Huyay
  9. Zainab bt. Jansyin
  10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
  11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
  12. Zainab bin Khuzaimah

KERASULAN

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira', sebuah gua bukit dekat Mekah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira', Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

CABARAN-CABARAN

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkannya adalah dari para anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Mekah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alaukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Mekah.

HIJRAH

Di Mekah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Mekah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Mekah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Mekah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

MADINAH

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

PEMBUKAAN KOTA MEKKAH

Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad s.a.w. berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

KRONOLOGI PERKEMBANGAN ISLAM

570M- Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan.

610M- Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama di Gua Hira'.

615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.

616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.

619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.

621M- Perjanjian Aqabah pertama.

622M- Perjanjian Aqabah kedua. Hijrah ke Madinah.

624M- Perang Badar.

625M- Perang Uhud.

627M- Perang Ahzab.

628M- Perjanjian Hudaybiyah.

629M- Perang Khaibar.

630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.

631M- Perang Tabuk.

632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

~Dipetik dari WIKIPEDIA, Ensiklopedia Bebas

Salam santai....


Thursday, March 12, 2009

Kementar peserta Kem Warisan Seni Silat 2009

Gambar pesilat ketika persembahan sukan 2009 (gambar hiasan)

Salam,

Hari ni masih lagi kedengaran cerita-cerita pasal kem warisan seni silat tempoh hari. Ada yang masih takut untuk ke bengkel walaupun di siang hari... bukan pelajar jer...cikgunyer pun samer.... Tidak kurang juga pelajar yang bertanya bila pula akan diadakan kem ini untuk fasa II... Bersabarlah wahai para pelajarku.... kalau ada rezeki dan panjang umur insyaAllah kita akan anjurkan lagi......

Berikut adalah komen-komen ikhlas yang diberikan oleh para peserta kem. Sebenarnya hari pertama lagi nak publish tapi tak menjadi sebab copy dari laporan kem yang ada dalam word tak menjadi. Blog ni tak dapat nak baca html petikan tersebut.... Untuk tidak menghampakan pengkomen-pengkomen sekalian yang asyik bertanya bila nak publish komen.... nah silakan komen yang telah ditaip semula satu per satu...

Komen-komen peserta....

”Saya rasa sungguh bertuah kerana dapat terlibat di dalam kem ini kerana kem ini melatih diri untuk lebih berdikari dan lebih berani untuk melakukan sesuatu perkara yang baik. Disamping itu, mendapat pengalaman yang luas tentang kehidupan. Majulah kem warisan seni silat untuk kadiaku....”
-Saufiq Che Rauf-

”Sebagai peserta, saya berasa bertuah mengikuti kem warisan ini kerana dapat mengambil pengalaman yang baru seperti berada keseorang di dalam kegelapan menghayati suasana alam yang indah. Dengan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru terlibat...jasamu akan ku kenang hingga akhir nanti (lagu Alleycats).... ”
-Syabanur Yusof-

”Saya berasa bertuah kerana dapat banyak pengalaman daripada aktiviti-aktiviti mencabar yang dijalankan yang sebelum ini tidak pernah terfikir dan bagi saya, antara aktviti yang pernah disertai, perkhemahan ini adalah yang terbaik dan paling menyeronokkan sehingga dapat membina jati diri yang kukuh..Semoga persatuan silat SMK Membakut II semakin berkembang mengukir nama di persada antarabangsa.....”
-Fauziah Talip-

”Saya berasa amat bertuah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Ustaz Norazman kerana saya tidak pernah mengikuti aktivti seperti ini sebelum ini. Aktiviti ini dapat memperkuatkan lagi diri kerana ia mempunyai banyak cabarannya dan saya telahpun berjaya menyahut semua cabaran tersebut dan saya berharap-harap sangat semoga persatuan seni silat akan dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang...”
-Nurul Fatny Amran-

”Bagi saya, apa namanya ni... kem warisan seni silat ini memang mempunyai banyak rintangan dan cabaran. Selain itu, iman dan ketabahan diri juga dapat ditingkatkan dengan menyertai aktiviti yang dijalankan serta solat lima waktu secara berjemaah. Tazkirah yang diberikan juga amat bermanfaat serta mempunyai banyak pengajaran yang dapat dipelajari...
Ketakutan serta kelemahan diri juga dapat dikurangkan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti malam burung pungguk dan ’confident walk’. Selain itu, kita juga boleh belajar hidup berdikari. Terima kasih kepada semua guru terlibat Ustaz Norazman, Cikgu Shahzian, Cikgu Yusman, Ustzh Juliah dan Cikgu Ummi kerana tanpa mereka semua kem ini tidak akan meriah... Saya akhiri dengan serangkap pantun : Malam pungguk berteriak-teriakan, ’Confident walk’ berjerit-jeritan, Apabila habis ada tangisan, Diharapkan agar tiada tekanan..... ada satu lagi... Buah kepayas sedap dimakan, Kalau dijeruk lagi tah nyaman, Harap Persatuan Seni Silat dapat dikekalkan, Untuk kawan-kawan dan generasi depan....”
-Mohd Radzali Yusof-

Assalamualaikum, satu perkhemahan yang sangat best...menambah keyakinan untuk diri sendiri...Selain itu, malam sibuta sayang menjadikan malam yang sungguh mencabar... Ditutup mata dan ditinggalkan keseorangan sungguh best....! Dalam masa 3 hari 2 malam ini akan menjadi memori terindah....!!! Apapun kem ini sungguh best dan challenges yang best....!!!”
-Dg. Sulianah Sulaiman-

”Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya rasa amat bertuah kerana dapat mengikuti perkhemahan silat ini dan saya dapat menimba satu pengalaman yang amat bermakna dan dasyat yang belum pernah saya alami dalam hidup saya. Saya enjoy dan best gileeer la perkhemahan ni..... so...... teruskan dan maju la silat untuk negara ”
-Siti Norina Missiran, Upper 6-

”Saya berasa bebesar hati krn telah mengikuti perkhemahan warisan seni silat . Dlm kem ini saya telah dpt mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kwn-kwn dan menguatkan iman serta keberanian diri utk menghadapi apa jua halangan. Bak kata pepatah; belum cuba belum tah, sdh cuba.....lo pikir la sendiri....”
-Ag Sauffie-

”Komen saya untuk aktiviti ini ialah, saya berasa seronok dan bergembira. Dari perkhemahan ini juga saya boleh tahu serba sedikit tentang silat. Selain itu, boleh mendapat pengalaman dan boleh belajar berdikari. Saya harap perkhemahan seperti ini dapat dianjurkan lagi. Terakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat Ustaz Norazman, Ustazah Julia, Cikgu Yusman dan Cikgu Ummi. Seperti orang selalu cakap, jauh perjalanan luas pemandangan.....”
-Sofea Shazynda bt Hj Abd Wahid (Shasha)-


Bagaimana pula komen anda.....????

Selamat santai....


Tuesday, March 10, 2009

Gambar Kem dengan ULEAD STUDIO

Klik pada gambar untuk bagi besar...

Salam,

Hari ni padat betul jadual... cadang nak masukkan laporan Kem Warisan Seni Silat 2009, tapi hari ni belum berkesempatan. Cuma sempat bermain-main dengan ulead studio pic version berape ntah.... Jadi demikianlah rupenyer bila dah di gabung-gabungkan gambar. Tujuannya bukan ape... boleh dijadikan kenangan. Senang dalam satu gambar jer.... Bak kata pepatah omputeh..."A picture tell a thousand words" right...??

Komen daripada anda yang melihat gambar tu adalah dialu-alukan... kepada para peserta yang terdapat mukanya dalam gambar tu boleh ambil secara percuma jer... Nanti kat akhirat tuhan bayarkan upahnyer.... Nak ambil buat desktop wallpaper background pun boleh...

Jadi, sekian dulu... Silat adalah salah satu seni warisan kita, maka peliharalah ia....

Selamat santai....

Sunday, March 8, 2009

Kem Warisan Seni Silat 2009

Peserta Kem Warisan Seni Silat 2009
(Duduk di kerusi dari kiri : Cikgu Yusman, Ust Norazman, Cikgu Akhrie [PK Kokum], Pn Hjh Tuan Maimun [Pengetua], Cikgu Anwar [PESAKA], Cikgu Raisah [PESAKA], Ustzh Juliah, Cikgu Ummi Rozana

Assalamualaikum,

Beberapa hari sudah tidak update blog ni sebab sibuk menguruskan Kem Warisan Seni Silat anjuran Persatuan Seni Silat SMK Membakut II. Kem ini bermula pada hari Jumaat 6 Mac 2009 hingga Ahad 8 Mac 2009. Syabas dan tahniah kepada semua peserta kem ini dan gambar-gambar semasa kem disediakan di bawah. Full story akan menyusul tidak lama lagi.

Selamat santai...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails