Thursday, April 30, 2009

PANASSSS......

Salam,

Fuhhhhsss...PANAS sungguh hari ni.....

Selamat santai....

Wednesday, April 29, 2009

Last call for e-filling....!!!!

Klik pada gambar untuk urusan cukai anda, jangan tunggu lagi
Salam,

Kepada yang belum selesaikan urusan cukai atau LHDN, jangan susahkan diri anda kerana dah nak hujung bulan nih. Last minute dah nih, terpulang kepada anda..... semuanya di hujung jari anda.

Contoh slip setelah selesai urusan cukai, klik untuk besarkan

Jangan tunggu lagi...last call...

Selamat santai...

Tuesday, April 28, 2009

Program Praktikal Lambaian Kaabah

Backdrop Program Praktikal Lambaian Kaabah yang simple...
Salam,

ALHAMDULILLAH....hari ini satu lagi program yang agak besar dapat dijalankan dengan jayanya iaitu Program Praktikal Lambaian Kaabah yang merupakan salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 bidang Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Membakut II. Program ini sepatutnya diikuti oleh semua para pelajar tingkatan 4 dan 5. Sebenarnya sebahagian daripada mereka terlibat dengan Dikir Barat dan Nasyid sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah di SMK Membakut. Jadi, tidak semua dapat mengikuti program ini....

Penceramah menunjukkan cara memakai ihram dengan betul dan sempurna

Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Kassim bin Mataha, Imam Masjid Pekan Membakut yang juga merupakan penceramah haji dan umrah Tabung Haji. Ini merupakan jemputan kali kedua beliau untuk program ini. Kali terakhir program ini dijalankan di sekolah ialah pada tahun 2007 di Masjid Raudhatul Ulum Al-Bukhari melibatkan semua pelajar tingkatan 4 ketika itu.

Demonstrasi memakai ihram

Mr Lain Kok Chung juga turut berminat meninjau program praktikal ini



Sebahagian guru yang turut mengikuti program praktikal ini

Jurugambar bertugas yang sangat dedikasi Mr. Yusman Nayan dengan DSLR EOS 450D

Sebahagian rombongan jemaah haji Malaysia dari SMK Membakut II



Gelagat para pelajar melakukan praktikal tawaf

Para pelajar melakukan praktikal tawaf sambil bertalbiah. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tuan penceramah telah memberi tunjuk ajar cara tawaf yang betul iaitu bahu mesti selari dengan Kaabah (model jer la...).



Tuan penceramah menjadi ketua rombongan jemaah haji melakukan saie dari Bukit Safa dan Marwah

Setelah aktiviti tawaf, para pelajar dibawa pula untuk praktikal saie. Dengan cuaca yang agak panas terik (tapi panas lagi di Mekah kut...) para pelajar berlari-lari anak apabila sampai di sempadan yang ditetapkan. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Barulah dapat rasa bagaimana perbuatan sebenar saie (walaupun jarak praktikal lebih dekat la...).



Gelagat para jemaah haji mendengar soal jawab

Selepas menjalankan praktikal tawaf, saie, melontar jumrah para jemaah haji (para pelajar) berkumpul semula untuk aktiviti soal jawab. Para pelajar memberikan respon yang sangat baik dan bertanya bermacam soalan berkaitan ibadah haji dan umrah. Soalan-soalan yang deberikan telah dijawab dengan panjang lebar oleh tuan penceramah.



Sebahagian peserta yang menjawab soalan-soalan kuiz yang diberikan

Sebelum majlis penutupan, bahagian yang menarik dalam program ini ialah soalan-soalan kuiz yang diberikan berkaitan program yang dijalankan. Para pelajar dikehendaki mengangkat tangan dan menjawab secara spontan soalan-soalan yang diberikan. Semua soalan telah berjaya dijawab oleh para pelajar dan mereka yang menjawab betul diberikan hadiah daripada Panitia Pendidikan Islam.



Gambar sewaktu Majlis Penutupan Program Praktikal Lambaian Kaabah 2009

Majlis penutupan Program Praktikal ini dijalankan secara ringkas yang dihadiri oleh wakil pengetua iaitu Ustazah Dg. Sitti Rahimah bt Ag. Damit Yahya. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada penceramah Tuan Haji Kassim bin Mataha, Imam Masjid Pekan Membakut dan juga kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Membakut II. Beliau juga berharap agar aktiviti ini dapat menjadi aktiviti tahunan sekolah.

Begitulah rentetan coretan pengalaman yang dapat dikongsi hari ini....

Selamat santai...



Monday, April 27, 2009

Renungan santai....

Salam,

Agak menarik tajuk berita media arus perdana di bawah untuk direnung bersama. Biasanya guru ditempelak supaya selalu bersyukur dengan apa yang mereka ada. Tetapi ramai yang tidak tahu ramai guru yang agak aktif mendidik anak didik mereka dengan pelbagai aktiviti luar bilik darjah sebenar sudah kering kontang. Mereka dihantui dengan pelbagai bebanan tugas perkeranian dan ditambahi pula dengan bebanan tanggungjawab kewangan tambahan seperti yang diberitakan di bawah.

Cuba kita renungkan bagaimanakah pengorbanan guru-guru ini....????


GURU TERTEKAN DAHULUI WANG SENDIRI TAMPUNG AKTIVITI SEKOLAH

Sumber:
Berita Minggu |26 April 2009|


Oleh Azrul Affandi Sobry azr@bharian.com.my

Tanggungjawab 'terpaksa' sudah jadi tradisi bagi warga pendidik sejak dulu lama

Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.

Kebanyakan guru yang dihubungi Berita Minggu mengeluh lantaran sering dibebani tanggungjawab 'terpaksa' itu kerana sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, guru terpaksa berkorban segala aspek termasuk wang ringgit demi melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Mereka yang hanya bersedia menggunakan nama ringkas lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pendedahan ini, mengakui senario itu sudah berlaku begitu lama tetapi belum ada sebarang tindakan meskipun sudah ramai guru merungut setiap kali menguruskan aktiviti sekolah.

Seorang guru di Pulau Pinang, Khairul Zaki, berkata pengurusan sekolah yang tidak cekap menjadi punca utama menyebabkan ramai guru yang dianggap teraniaya kerana terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk aktiviti membabitkan pelajar.

Guru kaunseling itu mendakwa pernah berlaku, beberapa rakannya ditugaskan mengiringi pasukan bola sepak ke kejohanan peringkat daerah terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk tujuan menyewa bas, makan minum pelajar untuk dua hari dan semua perbelanjaan runcit yang lain.

"Khabarnya, mereka membelanjakan RM1,000 dan dikongsi bersama tiga orang guru. Memang selepas kejohanan, mereka boleh tuntut semula duit itu daripada pentadbir tetapi agak lambat untuk mendapatkannya. Ia nyata membebankan mereka.

"Itu kes besar. Jika nak diperincikan, banyak lagi 'pengorbanan' terpaksa yang selalunya membebankan guru. Saya sendiri kerap terpaksa mengeluarkan duit sendiri jika mahu menyediakan bahan untuk program kaunseling, sedangkan ia adalah untuk aktiviti sekolah," katanya yang sudah hampir 10 tahun mengajar.

Bagi Kamarul Azizi yang berpengalaman selama tujuh tahun mengajar di daerah Kuala Selangor, tekanan yang dihadapi guru di situ agak berat kerana setiap kali mereka dikehendaki membawa pelajar melakukan sebarang aktiviti, pasti duit poket mereka yang akan 'melayang'.

"Pernah beberapa kali kami dikehendaki membawa pelajar ke kejohanan merentas desa peringkat negeri. Apabila kami meminta duit daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), mereka kata tak ada peruntukan. Atas rasa prihatin, kami terpaksa berkongsi semua perbelanjaan dan mengemukakan tuntutan selepas kejohanan tetapi malangnya ada yang tidak dibayar," katanya.

Guru di Johor, Medan Malik, berkata akibat terlalu kerap menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah, ramai guru yang sudah hilang keikhlasan untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam sebarang aktiviti luar.

Katanya, guru kini lebih selesa menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu mengajar dan sering mengeluh jika dikehendaki menguruskan sesuatu aktiviti.

"Aktiviti sekolah pula semakin banyak. Semuanya perlukan duit. Guru bukan ramai sangat. Jika aktiviti itu bertindan, suka atau tidak mereka terpaksa juga bawa pelajar," katanya.

Guru di Kedah pula, Jasnie Nayan, berkata keadaan di sekolahnya lebih teruk kerana jika ada guru yang mengadu atau enggan menguruskan pelajar, mereka akan diugut oleh guru besar yang menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan, termasuk mengugut mereka boleh diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam.

Apa yang lebih mengecewakannya banyak aktiviti di kawasannya hanya dimaklumkan oleh PPD atau Jabatan Pelajaran Kedah (JPNK) melalui telefon dan apabila aktiviti itu selesai, proses membuat tuntutan sangat rumit kerana tidak ada surat rasmi.

"Jika ada surat sekalipun, ada aktiviti yang dianjurkan oleh agensi lain. Kami sebagai guru hanya mengikut arahan, apa lagi jika ia datang daripada PPD atau JPNK. Masalahnya, apabila ia aktiviti agensi lain, mereka kata PPD tak ada peruntukan untuk perbelanjaan itu. Guru juga yang teraniaya," katanya.

Guru di Cheras, Shamsiah Hanif, berkata meskipun dia tak pernah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk aktiviti sekolah, hampir semua aktiviti yang diuruskannya memerlukan pengorbanan kewangan daripadanya.

"Tidak lama lagi ada satu pertandingan tarian peringkat daerah. PPD hanya tahu menganjurkannya dan pihak sekolah pula mengarahkan guru menghantar pasukan. Masalahnya, nak menari mesti ada pakaian. Takkan menari pakai pakaian sekolah.

"Apabila berbincang dengan penolong kanan atau pengetua, mereka kata tak ada peruntukan. Cikgu carilah sendiri. Pening kepala memikirkannya. Nak sewa, mana nak cari duit. Nak tarik diri nanti diberi amaran," katanya.

Semua guru itu mahu kementerian bertindak segera mengatasi masalah berkenaan supaya guru tidak terus tertekan dan dapat melaksanakan aktiviti sekolah dengan lebih berkesan.

Tamat Berita


Di antara aktiviti pelajar yang banyak melibatkan kewangan sendiri
seperti pengangkutan, makan minum, peralatan dan sebagainya...
Kesungguhan guru-guru dan para pelajar mengharungi
cabaran tersebut bersama membuahkan
hasil yang memuaskan....






Kenduri kesyukuran KTBM

Antara hidangan yang menyelerakan...'satay brunei'

Salam,

Alhamdulillah, pagi tadi rezeki murah betul. Ada kenduri rupanya di pejabat. Kenduri kesyukuran yang disponsor oleh KTBM (Kakitangan Bukan Mengajar - semua kerani, pembantu makmal dll). Kesyukuran ape ekk..??? Macam-macamlah nikmat yang dorang dah dapat selama ni yang mereka syukuri.....naik pangkat, mengandung setelah sekian lama berehat, dapat anak, naik gaji dll lah....Semua guru dijemput sekali....

Doa selamat dibacakan oleh Hj. Abd Razak (Kopiah putih) yang juga merupakan CC (Chief Clerk)
Seronok tengok hidangan penuh meja

Mr. Mozaki bersemangat meng'amin'kan doa di barisan paling hadapan hidangan...
agak-agak apa la dialog dalam kepala dia....


Di antara orang murah rezeki dapat anak (sedang mengandung) ....Kak Yusmahani n Zaridah

Begitulah meriahnya suasana harmoni di SMKM II....guru dan KTBM ibarat adik-beradik. Senang nak mintak tolong, walaupun ada la sikit-sikit salah faham kadang-kadang pasal kerja, biasalah...tapi memang jarang-jarang sekali lah....sini selalu meriah...memang selalu buat makan....sebab tu rezeki rasa murah dan mewah, sebab selalu bersedekah kut....

So, kena selalu lah bersyukur dengan apa yang kita dapat......semoga rezeki yang tuhan bagi tu semakin bertambah-tambah dengan membanyakkan bersyukur.....

Begitulah paparan menarik hari ini...


Saturday, April 25, 2009

Lawak santai

Lawak hari ini : Mata Pelajaran Ilmu Hisab (18sx)
Sumbangan : yuha yahya [yuhanizah_yahya@yahoo.com] dan
[[ biskut ]] [bisk0t_cun@yahoo.com]
http://www.lawakpecahperut.com

Di sebuah sekolah rendah Kg Merapu, seorang guru sedang mengajar mata pelajaran ilmu hisab darjah dua. Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan kemudian gosok dekat kepala. Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia tanya...

Guru: Boyot! Meh sini.

Boyot: Saya datang cikgu.

Guru: Tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak. Mengapa awak buat macam tu?

Boyot: Apa yang cikgu ajar tak boleh masuk dalam otak saya cikgu!! Saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.

Guru: Siapa yang ajar Boyot macam tu?

Boyot: Emak saya, cikgu.

Guru: Apa yang emak cakap?

Boyot: Cikgu, bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan Ayah saya...."KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH TANG KEPALA TU...BARULAH SENANG MASUK!!!"

Guru: ????????????


Penantian satu penyiksaan...

Desktop PC yang dah di 'PrintScreen'kan

Salam,

Posting di tulis sementara menunggu isteri kesayanganku berjumpa supervisornya untuk penyeliaan tesis master (MEd) di PPW Sabah di jalan listas tu... Semalaman sibuk melayan chapter 4 (analysis statistik SPSS V16) yang memeningkan kepala tu....Kira seminggu nih berasap la kepala dia...mana ngan keje sekolah lagi, layan anak lagi...layan bapak anak lagi...he...he...he...

Kebetulan ada plak pc kat sini...apa lagi..daripada tak buat menda2 baik layan blog jap. Tapi line tak berapa okayla...tadi stabil...skang pustus2.....

Dah sejam lebih nunggu nih...bila la nak abih...kematu dah punggung ni...Si akramie melayan upin dan ipin kat pc sebelah. Orang yang lalu lalang nengok jer....Biasa nya pc org guna utk urusan oum. Oleh kerana sekarang musim exam, sumer orang buzy study, tak layan dah komputer nih...

Terkenang lak masa buat master dulu, tempat ni belum siap sepenuhnya. Tumpang kolej multimedia di tingkat 6, kompleks karamunsing. Geng2 rapat masa tu, Mr Naza (Labuan), Mr. Md Noor (Bongawan), Mr. Ayub (Ranau), Mr. Yahya (Kg. Pimping, Membakut), Mr. Ishak (Kg. Brunei) and me la ... Apa khabar mereka sekarang...Mr. Ishak hari2 jumper...yg lain2 tah tak dengar kabo berita...ader juger dengar citer yang dah makin kaya raya.....alhamdulillah Allah Maha kuasa memberi rezeki kepada sesipa dikehendakinya. Kena kat member sendiri seronok la kan...Ada juge yang dah nak kawin ...he..he..he... (Mr. yahya la tu...) Maklumlah, masa tengah sibuk buat master dulu duk satu hotel...makan sesama, tido sesama ke mana2 pun sesama.....sekarang rindu plak dgn suasana tuh...Alhamdulillah dah grad tahun lepas....

Dekat 4:30 dah nih....dari tadi lagi dari rumah jam 12:00...puas nunggu aih...demi kekasih ku...ku tunggu jua....

Waduh lambat bangat nih....

Bah... selamat santai dulu okay....nak baca news online jap....sambil printscreenkan blog nih...he..he..he...bosan punya pasal la nih...

Tadaaaa.....siap sudah...

See ya...wassalam...




Friday, April 24, 2009

Rileks santai....

Salam,


Nampaknya blog ni panas dan tak santai lagi, rileks la...terima kasih kepada semua pengkomen-pengkomen yang prihatin termasuk "Batu Api". Tak payah la di layan perasaan dan emosi, lebih baik berdiplomasi....Okay la...untuk hari ni para pengunjung santai boleh hayati artikel ni , ambil pengajaran daripadanya dan amalkan dalam kehidupan.....


Petikan daripada KOSMO Online, 24 April 2009 - Ruangan -Famili-

Amalkan budaya nasihat

Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.


JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh
menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan
hubungan silaturahim. - Gambar hiasan

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.


Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.


Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.


Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.


"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."


Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.


Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.


Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.


Selamat santai....



Thursday, April 23, 2009

Syioook vs bosannnn

Sekolahku yang ku cintai SMK Membakut II
Salam,

Pelik sikit tajuk posting kali nih. Bukan apa...hari ni sekolah menjadi tuan rumah Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Beaufort 2009. Apa lagi ramai la cekgu yang terlibat. Depa yang terlibat tu pun bukannya mintak dilibatkan....lebih baik masuk kelas mengajar daripada buat kerja orang lain yang sepatutnya lebih patut berada di tempat pertandingan tu...Bila dah ramai terlibat sapa nak masuk kelasss....tu la persoalannya....

Naper la takder orang ker yang terfikir nak buat pengisian untuk pelajar yang tak terlibat. Mana la PK2 dan KB2 yang tiap bulan dapat elaun tapi tak nak kuar buah fikiran yang bernas tu...Terpulangla apa pun bentuk pengisiannya...nak buat ceramah ke, latih tubi ker, latihan berpusat ker, tayangan ker, menonton pantun ker dan macam2 lagilah...yang penting pelajar tidak terbiar....nak cakap lebih2 kat sekolah, sekarang ni pun dah teruk kena 'marking'. Mintak mahap cakap la yer...tu pun kalau ada la PK atau KB yang baca posting nih....rasanya ada la sorang kut (Cekgu A.S.M. la kut...). Bukan nak pukul sumer...sorang dua jer....bosannnnnn betul....

Kebetulan pulak hari hari kokum...ader kokum ker tidak...kalu takder naper tak lepaskan pelajar balik awal...kalu eksiden jatuh tangga ker, tercucuk pensil ker, paku ker, pecah cermin ker, berasmara dana atau menda yang tak terfikir oleh akal yang pelajar boleh buat. Macam ada kokum dan macam tak ader kokum....naper tak ada apa-apa makluman....la..hai...bijaksana sungguh....

Buat guru-guru lain di SMKM II nih, come on la...kita semua ada anak kan...takkan kita nak anak-anak kita terbiar di sekolah tanpa pengawasan guru, sedangkan mereka sibuk di sekolah melayan macam-macam aktiviti. Apa fokus sekolah...??? nak capai apa..??? nak power kokum ker...??? nak power akademik ker...??? nak baik disiplin ker...??? nak banyak pengisian kerohanian ker...??? Ntah la ...itulah SMKM II...

Fire memfire bukan main hebat....bukan nak kongsi kejayaan bersama...yang nampak kesalahan...panggil la orang tertentu yang terlibat kalau ada yang buat salah....teguran biarlah hikmah...belajar tinggi takkan akhlak rendah...Sebenarnya bukan aper...??? mungkin sebab takder isu besar kat sekolah ni kut...tu yang isu kecik2 jadi besar kan....

Okay la citer yang syiooook la pulak....tq mr yusman and takilala...puas jugak la layan dslr hari ni...nanti kita teruskan lagi yer...nafsu semakin membuak-buak nih....tak tertahan dah ni...tapi apa boleh buat....sabar dulu...cukuplah jangan bagi racun lagi...bagi la rilek dulu...pelan-pelan kayuh....

Bah panjang jua bakunyanyang hari ni....jan terpengaruh la ngan benda2 negatif aa...always be positive....and don't find other people's mistakes.....

Alamak lupa plak...gambar-gambar pantun nanti mintak ngan mr yusman ngan takilala upload la yer....

Selamat bersantai....


Wednesday, April 22, 2009

Festival Nasyid la pulak....

Salam,

Sebelum memula bicara hari ni, terima kasih daun keladi diucap kepada semua yang memberi komen posting semalam dari aranam, takilala dan yusman yang pandai meracun suh angkat dslr (tak tertahan dah dugaan nih), juLia de wHitesiLk @ meng (panggilan manja di rumah), guru_cikgu, me n myself (si azeyana yantie ex smkm2), mr reds from jb and last but not least lanzNY from new york sei...(geng KPLIPA MPTAA)...dan yang lain-lain yang mungkin belum sempat singgah sini....jgn lupa singgah sini slalu yer...

Minggu ni memang minggu yang tersangat sibuk dengan macam-macam program. Semalam mesyuarat Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Islam PMR di PPD Beaufort. Kebetulan tahun ni dah tak ada lagi "bahagian" di Sabah ni bagi pendidikan dan semua pakai "daerah" maka kena lantik la pulak sebagai Ketua Pentaksir Kawasan. Jenuh dah nnolak mintak ganti orang lain. Malangnya semua orang menolak jugak...tu yang susah ni kena buat kerja tambahan....mana ngan mengajar lagi dan nak mengurus sekolah orang lagi...isskk...leceh betul...

Ok la, hari ni kebetulan lepas "punch card" ada plak surat jemputan kat "pigeon hole" yang dah ditandatangani oleh "big boss". Jemputan menjadi hakim Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Zon Membakut. Alamak...dah la terpakai uniform hari ni sebab ada kokum....belasah jer lah...Hmm, tu la...kalu dah jadi cekgu ni memang tak putus-putus ngan aktiviti pelajar. Tinggal kita nak atau tidak jer sebenarnya...kan. Kalau malas dan tak nak, tak yah lah sibuk-sibukkan diri. Oleh kerana orang dah jemput dan tak nak menghampakan ustaz-ustaz jugak yang menjemput tu, maka terjadilah HAKIM untuk memeriahkan Festival Nasyid pagi tadi.....

Ni nah beberapa gambar yang di ambil oleh Ustaz Azhan Nordin dari SK Saga-Saga selaku Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim pagi tadi....

Camana boleh terjebak dengan hakim nasyid ni pun tak tau la...hentam saja la labu...

Sir Ameiruel Azwan (cekgu BI tu...) pun turut terjebak jadi hakim nasyid...

Ni rasanya kumpulan yang menang pagi tadi...boleh tahan jugak la penangan dorang

Majlis penyampaian hadiah...tu la kut yang menang tadi...

Esok pulak 23 April 09 ada Pesta Pantun Peringkat Daerah Membakut. Yang bestnya ni esok cuma jadi tukang tangkap gambar jer...tapi dapat surat perlantikan dan siap perlepasan tugas lagi.....best jugak...sambil-sambil dengar orang berpantun kat bilik sebelah boleh layan RPH minggu nih yang tertunggak dua, tiga hari.....ngan kerja-kerja perkeranian lain....

(PS : Yusman n Takilala bawak la dslr tu layan orang berpantun sok....)

Ntahla...keje jadi cekgu ni memang tak putus-putus kan. Kalo la cekgu ni mengajar jer kan syiok...macam pensyarah-pensyarah u tu....Bila la nak jadi cam tu ek...?

Ok la, cukup la 'bakunyanyang' kali nih, nanti ada masa sambung lagi kay...

Teruskan bersantai ngan blog nih...

Selamat santai....


Tuesday, April 21, 2009

Ulangtahun Perkahwinan AZMANASMA ke 8

'AZMANASMA'
Selamat menyambut Ulangtahun perkahwinan ke 8


Salam,

Alhamdulillah, dalam kesibukan meneruskan tugas-tugas harian genaplah sudah 8 tahun perkahwinan kami Norazman Md Noh dan Khairulasma Shapiai atau singkatan yang biasa diguna dalam emel, nickname, username atau tulisan lain ialah 'azmanasma'. Tarikh keramat pernikahan kami iaitu pada 21 April 2001 telah menyatukan kami hingga sekarang ALHAMDULILLAH.....

Kisah Terdahulu

Kisah bermula pada tahun 1993 / 1994 sewaktu kami sama-sama dalam satu kelas tingkatan 4 dan 5 Bukhari di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Waktu tu setakat minat-minat jer dan dapat pandang dari jauh jer....jauh sekali dapat bercakap macam bebudak sekarang. Dapat jeling-jeling sekali sekala pun jadi lah. Maklumkah kat sekolah agama mana boleh cintan cintun dan menjadi satu kesalahan besar bila di dapati pelajar ada hubungan cinta (sekarang pun sama). Jadi, masa tu hubungan cinta tu dah berputik dalam hati masing-masing jer la....

Hubungan (berdasarkan perasaan masing-masing - pakai bluetooth kut masa tuh) yang ntah macam mana nak cerita pun tak tahu mendapat tentangan hebat dari guru-guru dan ustaz-ustazah yang mengajar kami padahal tak pernah ada hubungan secara rasmi pun cuma dalam hati jer. Mungkin perkara ni timbul dari mulut rakan-rakan rapat yang kami bercerita pada masa tu 'ana minat/suka kat budak ni...'(cakap arab daa....sekolah agama kan...). Bukanlah tentangan yang macam mana pun...cuma teguran-teguran ikhlas dari guru-guru kami jer yang macam dah nampak bibit-bibit percintaan kut....Walaubagaimanapun, hubungan dari hati ke hati dan dari jauh tu berkekalan hingga tamat sekolah....

Hari Raya Aidilfitri

Tak tau la nak cakap macam mana, masa tu mak ayah kami berdua pun agak sporting sebab mereka selalu jumpa dalam acara sekolah macam Majlis Solat Hajat, Mesyuarat PIBG dan lain-lain. Jadi, satu hari di hari raya ajakla mak ayah pergi ke rumah budak Khairulasma ni...hmmm berani, berani je la nak ziarah kan sebab hari raya kan...takkan nak halau pulak kan...tapi masa tu kami masih sekolah lagi....Perasaan debar-debar ketika nak sampai ke rumah tu jangan cakap la...nak meletop rasa dada ni...tapi, alhamdulillah kami diterima sebagai tetamu dan bermula lah hubungan secara rasmi (sebab mak ayah nampak macam bagi laluan).

Sejak dari tu, selalu lah kami dari Ipoh datang berziarah ke Kuala Kangsar (dengan mak ayah sekali aa...) walaupun bukan di hari raya. Perjalanan satu jam dirasakan tersangat lama. Mereka seakan-akan faham bahawa anak-anak mereka ini suka di antara satu sama lain....

Lepas SPM masuk UIA

Alhamdulillah, keputusan SPM 94 kami agak baik (biasala, sekolah asrama penuh). Dua-dua dapat masuk universiti...tapi malangnya sorang di UIA, PJ dan sorang di UIA-KUSZA K. Terengganu (sekarang dah takde dah sebab masa tu usaha DSAI nak naik taraf KUSZA sebagai universiti-sekarang KUSZA dah jadi Universiti Darul Iman). Mulalah hubungan secara jarak jauh (PJJ jer la). Masa tu kalau tulis surat bekajang-kajang, memang tak kurang dari lima helai setiap kali hantar dan seminggu agak-agak dalam dua kali kut....he..he..he...seronok rasa bila dapat surat....macam cas bateri la...

Selama 6 tahun berlalu (2 tahun matrikulasi dan 4 tahun ijazah) hubungan PJJ berterusan dan kami memang jarang bertemu kecuali ziarah ke rumah dengan mak ayah macam dulu. Tak banyak rintangan sebab kami duduk berjauhan, asyik rindu-rinduan jer la...

Lepas habis belajar mulalah bercakap ngan mak ayah terus terang kami nak kahwin sebab tak elok berhubungan tak berkahwin nih. Mak ayah tak ada halangan, kasi kahwin jer la sebab prestasi baik kan selama nih....he..he..he..

Gerbang Perkahwinan

Maka pada tanggal 21 April 2001 berlangsunglah perkahwinan kami dan masa tu bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran Takaful Keluarga (EPTK) Takaful Malaysia di Seri Manjung. Gaji tak banyak RM 300.00 + insentif beberapa ratus. Masa tu gaji tak sampai RM 1 k pun tapi alhamdulillah semua rasanya macam mewah jer...hidup secara sederhana.

Setelah dua tahun bekerja ngan Takaful Malaysia dan di sahkan jawatan datang la surat yang ditunggu-tunggu iaitu dapat KPLI. Masa tu Akrammi dah ada. Sorang di MPI, Bangi dan sorang MPTAA, K. Lipis, Pahang dan Akrami di Ipoh dengan tok ayah dan mak tok, sesekali dengan opah dan atuk.

Habis KPLI terus mintak posting ke Sabah sebab tak sanggup berjauhan lagi. Asyik PJJ jer...dari awal mana tahan ye tak...? he..he..he..

Bertugas di SABAH Negeri Di Bawah Bayu

Bermula dari tahun 2004, satu hijrah besar berlaku dalam kehidupan kami. Akrami masa tu dalam setahun setengah kut...Dua-dua di SMK Membakut II hinggalah isteri di tukarkan ke SMK Membakut atas alasan opsyen Kelas Kemahiran Quran (KKQ).

Alhamdulillah banyak kenangan pahit dan manis yang kami berdua lalui bersama dari dulu hingga sekarang. Rupanya sudah 8 tahun kami berkahwin (walaupun sebelum itu 8 tahun bercinta PJJ). Sekarang kami memang tidak dapat dipisahkan lagi. Kasih sayang semakin kuat dan utuh.

Sekali kali setinggi kesyukuran kepada Allah kerana memanjangkan usia perkahwinan kami hingga sekarang dan harap hingga ke akhirnya......

Begitulah cerita sikit-sikit, macam panjang lah pulak posting pasal ulangtahun perkahwinan nih...kepada pembaca yang baik tu boleh kita berkongsi bersama, kalau ada yang tak baik tu tak payahla ikut (khusus kepada anak-anak didik yang baca posting nih...)

Doakanlah semoga usia perkahwinan kami hingga ke akhirnya dan hidup bahagia di dunia dan akhirat....

Gambar kenangan sekeluarga di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar
semasa melawat ke sekolah lama Madrasah Idrisiah
(Opah ngan Atuk Akramie)

Gambar kenangan sekeluarga semasa di Hotel UiTM Shah Alam Selangor
(Tok ayah ngan Mak tok Akramie)

Selamat santai semua...dan

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA BUAT ISTERIKU TERCINTA - KHAIRULASMA SHAPIAI




Teguran biarlah HIKMAH

Jangan suka pukul orang....Gambar sekadar hiasan

HIKMAH itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.

Sebagaimana maksud ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa kita dituntut untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan (suruhan Allah) serta menjauhi kemungkaran (larangan Allah).

Justeru, membuat teguran berkenaan perkara yang berkaitan tuntutan hukum agama adalah perlu kerana perintah dan larangan Allah itu mengandungi kebaikan buat insan. Apabila hukum agama ditegakkan, maka ia bakal membuahkan kecemerlangan dan kemaslahatan umat.

Di samping itu, teguran juga dibuat berkenaan kesilapan yang tidak disengajakan. Umpamanya guru menegur murid yang melakukan kesilapan pengiraan dalam kerja rumah Matematiknya. Hal ini dilakukan demi mencapai kesempurnaan dalam pelaksanaan sesuatu kerja itu.

Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik Allah. Allah jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya berasa kecewa atau putus asa andainya kumpulan sasaran kita tidak menerima teguran kita. Sebaliknya kita perlu berusaha menilai upaya menegur kita agar lebih berkesan di lain waktu.

NIAT TEGUR UTK PENAMBAHBAIKAN

Dalam pada kita hendak melakukan teguran berkenaan sesuatu kesalahan, perkara pertama yang perlu dinilai terlebih dahulu ialah apakah maksud niat kita untuk melakukan teguran tersebut.

Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya? Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?

Andainya niat kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu teguran itu ditakuti bahawa keburukan yang bakal timbul kelak. Misalannya, hubungan menjadi renggang, kumpulan sasaran semakin hanyut dengan kesalahannya, ataupun mungkin menjurus kepada fitnah.

TEGAS DALAM SANTUN

Santun dalam membuat teguran itu bermaksud kita menggunakan budi bahasa yang baik serta suasana yang kondusif untuk melakukan teguran. Dengan adanya santun, seseorang itu boleh membuka bicara dengan menanyakan keadaan individu sasaran itu, seperti adakah dia sudah makan atau sebagainya.

Kita juga boleh membaca riak muka orang yang ingin ditegur sama ada adakah dia berada dalam keadaan gembira, sedih, keletihan dan sebagainya. Melalui maklumat ini, kita mungkin boleh menilai sama ada ia merupakan waktu yang sesuai untuk menegur.

Namun dalam kesantunan melakukan teguran perlu ada ketegasan. Apa yang ditanggapi sebagai salah tetap salah, walaupun kadang kala pendekatan yang digunakan tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur.

Di samping itu, kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa dapat mengawal emosi apabila menegur. Ini kerana apabila emosi dibiarkan menguasai diri, di kala itu bukan akal yang memandu percakapan atau perbuatan kita, sebaliknya nafsu amarah yang mungkin boleh mendorong kita melakukan sesuatu perkara yang di luar dugaan.

Aspek teguran juga perlu jelas, yakni merujuk kepada isu utama yang diperbincangkan. Teknik teguran XYZ yang dicadangkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginott adalah sebuah teknik yang baik untuk dicuba dalam menegur.

Teknik tersebut mencadangkan kepada kita untuk menggunakan frasa berkenaan untuk menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”.

Maka apabila sesuatu kesalahan itu ingin diperbetulkan, maka adalah baik untuk kita membincangkan kesalahan tersebut, dan bukannya menyentuh peribadi seseorang itu seperti melabelkannya secara rambang.

Suasana teguran itu juga mungkin bermanfaat jika berada dalam situasi kehadiran individu lain secara minimum, agar keaiban orang yang ditegur itu dapat terpelihara di samping menjaga kehormatannya. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran tersebut.

PENGAJARAN BUAT INSAN LAIN

Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana sesuatu teguran itu dianggap akan lebih berkesan sekiranya dilakukan secara terbuka, iaitu dengan kehadiran atau pengetahuan orang-orang lain berkenaan teguran tersebut.

Ini kerana tujuan teguran tersebut turut mempunyai maksud pengajaran bermakna yang boleh diteladani oleh orang-orang lain agar mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa di samping memelihara kemaslahatan masyarakat umum.

Misalnya, seorang anak ditegur dan dimarahi oleh si bapa di hadapan anak-anak yang lain kerana si anak pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Di sini anak-anak yang lain turut mendapat pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Si bapa juga dapat menjelaskan pendiriannya secara tidak langsung kepada anak-anaknya.

TEGURAN YG BERSIFAT UMUM

Sesuatu teguran itu juga boleh dilakukan secara umum yang diuar-uarkan dalam sesuatu perhimpunan atau melalui media tetapi tanpa menyebut secara terperinci berkaitan butiran teguran itu.

Sebagai contoh, nama dan kisah terperinci tidak dijelaskan sebaliknya hanya dibuat teguran bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar pihak yang ditegur itu dapat memahami bahawa maksud teguran itu ditujukan kepada dirinya serta menerimanya dengan lapang.

Di samping itu, mungkin akan ada individu lain yang pada asalnya bukan merupakan kumpulan sasaran tetapi turut berasakan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada dirinya. Maka itu adalah satu bonus dalam mengguna pakai kaedah teguran ini yang boleh juga bersifat serkap jarang.

Bak kata pepatah, “sesiapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.”

Kesimpulan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru kita disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Dalam pada kesediaan kita untuk menegur kesilapan orang lain, kita juga harus bersedia menerima teguran orang lain terhadap diri kita.

Bagi yang menerima teguran, tidak dinafikan ia begitu pahit diterima dan belum tentu benar atau salah sifatnya, namun tidak seharusnya teguran tersebut ditolak secara mentah-mentah hanya kerana tidak selari dengan pendirian kita atau kerana ia datang daripada pihak yang tidak disukai. Berfikirlah dahuku sebelum membuat teguran dan tegurlah dgn cara yg berhemah

Oleh Mohd. Farid Md. Alias (fikrahremaja@yahoo.com)
Copy and paste dari http://unitkokosmkmengkuang.blogspot.com

Selamat santai....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails