Friday, June 26, 2009

Berita santai.....

Klik untuk besarkan

Salam,

Bila baca Utusan Malaysia online hari ni, terbaca pulak artikel ni....INGATAN....!!! ini bukan tulisan penulis blog santai.....cuma petikan di dada akhbar untuk renungan kita bersama... penulis tidak berniat untuk menimbulkan apa-apa isu......sekadar memetik untuk bacaan santai....

Ketua jabatan jangan rasa terancam

IPOH 25 Jun - Semua ketua jabatan kerajaan tidak perlu berasa terancam mendengar kritikan, pandangan dan pendapat daripada pegawai baru atau kakitangan bawahan dalam menjalankan tugas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segala pandangan itu perlu diterima dengan hati terbuka kerana ia dapat memajukan jabatan dan mempertingkatkan perkhidmatan masing-masing.

Tegasnya, pegawai kerajaan di semua peringkat harus mempunyai hubungan rapat dalam memudahkan anggota sesebuah jabatan bertukar pandangan sesama sendiri.

''Saya percaya golongan bawahan atau penjawat awam yang baru tidak akan rasa terbatas untuk melontarkan pandangan dan pendapat jika wujud hubungan baik dan rapat dalam sesebuah jabatan.

''Bagi saya, pandangan mereka akan memajukan lagi pentadbiran kerajaan kerana mereka juga berkelayakan. Walaupun pengalaman kerja masih baru tetapi tidak patut menghalang mereka mengeluarkan pandangan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sesi dialog semasa Majlis Perjumpaan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Warga Pendidik Perak di sini, hari ini.

Ingatan yang baik dari TPM yang juga merupakan Menteri Pelajaran...

Sila klik untuk baca dari Utusan Malaysia Online

Selamat santai...


2 comments:

Takilala said...

ya betulllll

Anonymous said...

100% setuju dengan petikan ini..kita mesti pemikiran terbuka utk menerima semua pandangan & kritikan org lain, jangan terus pandang serong pandangan pekerja bawahan dan terus anggap ia adalah 1 tindakan yg mencabar dan melawan. Buat apa nak cabar n lawan, bukan ada kasi naik gaji pun kalo pikir secara logiK...apa2 pun pandangan yg diberi haruslah untuk kebaikan semua, bukan utk peribadi sahaja.

Nak ingatkan semua ketua jabatan@ pentadbir bahawa pkerja bawahan & org awam termasuk ibu-bapa ada hak bersuara dan membuat ADUAN kepada kementerian berkenaan sekiranya terdapat sesiapa yg menyalahguna kuasa (contohnya keputusan yg dilakukan adalah semata-mata utk membalas dendam, pasal peribadi) sehingga menyebabkan sesebuah organisasi tidak dpt berfungsi dengan baik. Sebagai Contohnya: P&P utk Subjek XXX tidak dapat dilaksanakn dgn berkesan kerana kekurangan guru subjek XXX..kekurangan guru subjek XXX adalah disebabkan oleh FAKTOR SALAH TADBIR. Oleh itu,pikirlah kepentingan & kebaikan pelajar2 dulu sebelum mengambil tindakan agar pelajar2 tidak akan menjadi MANGSA!!


InGAT!!INGAT! penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya harusla DICEGAH..

Marilah kita sama2 membaca maklumat ini dalam:
http://www.bpa.jpm.my/annual/Pekeliling_1992.pdf


KitA KAKiTGN KeRajaAN BerKhiMAT UntuK NeGara& MaSyArAkaT, BukAN BeRKHiMAT UtK oRg Yg MeNYaLahGuNa KuaSA....

DaRiPada:
kakitangan kerajaan yg berpengalaman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails