Friday, February 27, 2009

Sanggupkah anda...???










Amacam....????? Selamat santai.....



BALASAN DUNIA










Salam,

Cuba anda lihat gambar-gambar tersebut dan dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaan di akhirat kelak. Semoga posting ini memberi keinsafan kepada kita semua...

Selamat santai...


Thursday, February 26, 2009

Jangan mara...

Anda boleh klik gambar untuk besarkan...

Salam,

Hari ni penat tul balik dari sekolah tadi sebab hari ni ada kokum lagi. Minggu depan pun sama jugak cam minggu nih....dan begitulah seterusnya sepanjang tahun...

Gambar kat atas tu sesuai untuk dijadikan desktop wallpaper. Ntah camana saja tengok gambar-gambar lame, jumper gambar ni. Sape nak amek la...buat rileks minda....

Seperkara lagi benda yang menarik berada di fikiran, camanalah rupa Proton Exora ekk..?? Teringin gak nak tengok...Dengar citer sudah buka tempahan sedangkan rupa bentuk kereta yang sebenar belum dipamerkan lagi...??? Siapalah agaknya yang berani menempah kereta macam kat gambar bawah tu...

Inilah rupa terkini Proton Exora yang dipamerkan dan dibuka untuk tempahan....

Pokok Ixora

Kononnya ambil sempena nama pokok. Tapi nama pokok secara saintifiknya ialah Ixora bukan Exora. Biarkanlanlah...tak perlu kita memikirkannya kan.....jangan mara....

Selamat santai...

Wednesday, February 25, 2009

KOKUM 2009 bermula...

Salam,

Hari ni bermula hari kokum (ko-kurikulum) bagi tahun 2009. Untuk pengetahuan semua pengunjung santai, SMKM II punyer kokum tahun ini agak unik sedikit daripada kebiasaan juga daripada sekolah-sekolah lain...maklumlah bakal sekolah impian (bukan sekolah igauan yer...) bagi guru-guru baru anda akan merasai kenikmatan berada di sini sekiranya ditawarkan bertugas di sini.....

"Once a scout always a scout..."

Apa yang menariknyer....begini... Hari kokum rasmi ialah hari Rabu dan Khamis setiap minggu.... Hari Rabu mulai jam 2:10-3:10 Kelab & Persatuan Akademik dan 3:10-4:10 adalah untu Unit Beruniform. Hari Khamis mulai jam 2:10-3:10 adalah untuk Kelab Sukan & Permainan. Jadi, tiap-tiap minggu ada ketiga-tiga kegiatan rasmi kokum.... amacam best kan...

Meriah betul bebudak pengakap nih... 'boys scout & girls scout'

Jadi, pakcik santai ni adalah dari Unit Pengakap... boleh lihat aktiviti pengakap hari ni... cadang nak amek gambar untuk semua unit, tapi bateri kamera plak abis...tak dapat nak menunjukkan aktiviti persatuan lain... jangan mara ekkk....

Penolong Kanan Kokurikulum En. Akhriee Sharufuddin Md Sah

Tiba-tiba datang pemantau... Jangan mara yer... tu kami punyer PK Kokum... mantapppp... round punyer raound, nampak kamera kat group pengakap terus jadi macho beb... (Tuan Akhrie jangan mara yer, pakcik gurau jer....)

Itu la scout punyer ladam kuda...he..he..he..

Biasa ler, bila dah buka kena la tutup kan... istiadat biasa, mula kumpul ,nyanyi lagu negaraku, buat persetiaan dan baca doa serta pemeriksaan pakaian seragam. Ramai tak pakai uniform hari ni...maklumlah hari pertama... pape pun lebih separuh ahli pengakap pakai uniform... alhamdulillah...

Begitulah hari ni berlalu.... selamat santai...


Tuesday, February 24, 2009

Lawak santai lagi

Lawak santai 1 : Nasihat

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan. Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi) Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain." Atuk: "Tak sama apanyerr???" Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?" Atuk: "?...?...?...?...?...?"

____________________________________________

Lawak santai 2 : Berlagak

4 org duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi....seorang warga amerika, seorang kongo, seorang bangladesh dan seorang malaysia..

sedang dalam perjalanan, warga amerika tu mengeluarkn 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..

semua terkezut dgn tindakan si amerika dan belum sempat bertanye, si amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in amerika,"..

tanpa mengendahkn kata2 si amerika tu, si kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si kongo ni, si amerika bertanye, "why??,".

si kongo menjawab," there is too many cigars in kongo"..

si malaysia dan si bangla terpinga2 dengan perbuatan mereka td..

belum sempat si bangla kata apa2, si malaysia terus campak si bangla keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many bangla in malaysia,"....

____________________________________

Lawak santai 3 : c Buta c Bisu c Pekak

Ada satu teka-teki yang sampai skrang pun xde shaper yang leh jawab..lau anda bijaksana dan handalan sila mencuba nasib...

Camni...

Adalah 3 org ni sekawan. Sorg buta, sorg bisu n sorg ag pekak.

Nak dijadikan citer, pada suatu hari yang indah...tetiba c Bisu nampak lor c Pekak mencuri duit c Buta...

Then, nak dijadikan teka-tekinya lak...camner c Bisu nk gtaw c Buta yang duit dia kene curik oleh c Pekak...???

Selamat santai....


Monday, February 23, 2009

Impian SAGA (Sabah Games) Sandakan 2009

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni jam 6:00 ptg tadi bergerak ke Weston, Beaufort untuk menziarah dan memenuhi jemputan latihan pencak silat oleh Pengurus Latihan Beaufort En. Jamain. Tempatnya di Dewan Besar Weston, kat tingkat atas... Pergi dengan mahaguru Shahzian (biasala ilmu peringkat tertinggi dunia persilatan sejagat). Lepas sembahyang maghrib di Beaufort dan semayang Isyak di Weston, kami menuju ke destinasi dijanjikan.

Sekali lagi rasa syukur diucap kehadrat Ilahi kedatangan kami disambut dan diterima baik seolah-olah kami bukan orang luar. Setelah berbincang dan berbicara seketika dengan Cikgu Jamain, kami diberi peluang untuk dan memenuhkan kategori pertandingan silat yang masih kosong (jika ada la...) yang tidak dapat dipenuhi mereka.

Ni la mahaguru silat SMKM II (pakar tempur dunia) yang malu-malu alah

Pucuk dicita ulam pegaga, kami pun apa lagi, orang dah menghulur kami terima jer lah... InsyaAllah selaku guru Penasihat Persatuan Seni Silat SMKM II (penasihat jer) kami akan mencari mana-mana pelajar yang dilihat boleh dibawa ke SAGA (Sabah Games) yang bakal diadakan di Sandakan pada Jun 2009 nanti.... So, para pelajar dan pelapis sedia ada...silalah bersedia kalau nak ikut jalan ke Sandakan...

Karenah pesilat berehat seketika semasa latihan

Sebenarnya kalau nak ikutkan silat di SMKM II dah semakin meningkat dari setahun ke setahun. Bermula 2004 lagi sekolah sudah mempunyai seorang wakil ke peringkat negeri untuk silat olahraga dan berterusan untuk 2005, 2006 dan 2007. Tahun 2008 paling membanggakan apabila tiga orang pesilat melayakkan diri ke peringkat negeri dan seorang berjaya melayakkan diri ke Kejuaraan Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa di Kolej Sultan Alam Shah, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Bergambar dengan rakan lama, Rina Jordana (atlet / pesilat kebangsaan
beberapa kali mewakili Malaysia dalam banyak pertandingan
silat peringkat antarabangsa)
. Lama dah tak jumper, tetiba
jumpa plak kat Selangor sewaktu Kejuaraan Pencak Silat
Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan dan
Jemputan Antarabangsa 2008.


Jadi, tahun ni, kalu semangat masih kuat ler (maklumlah semangat pandai naik-turun ba...) nak diteruskan kejayaan tersebut untuk membuktikan bahawa pencapaian tersebut bukan diperolehi secara tidak sengaja tetapi dengan semangat dan ketekunan menjalani latihan setiap hari tanpa jemu untuk berjaya. Itulah resepi kejayaan pesilat SMKM II selama ini.

Ni gelagat pesilat bila nampak kemera, pandai sangat posing....
Jangan main-main, peringkat negeri dua-dua tu...

Yang ni bukan lakonan yer...tengah streching tu...

Jadi, bila dah cerita pasal silat ni sebenarnya banyak sangat nostalgia dan peristiwa menarik dengan silat ni. Kira kalu nak citer banyak sangat tak terkira. Jadi, ni sebahagian gambar-gambar kenangan dalam beberapa pertandingan dua-tiga tahun kebelakangan nih...

Ni ketika bertugas di Peringkat Negeri Sabah tahun 2008 di Lahad Datu...

Ni ketika bertugas di Peringkat Bahagian Beaufort 2008, Weston kali nih...lupa suda...

Alamak, pe hal la plak ni...mana datang nih... Ni bukan panca sitara aa...
Ni geng wasit juri dari Beaufort (sehati-sejiwa lepas dapat bengkung biru)
Dari kiri Cikgu Anuar, Cikgu Raisah, Cikgu Jamawih dan
sapa lagi pakcik la tu....


Begitulah kisah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi untuk ruang santai kali ni. Macam syiok sendiri pulang. Tapi nda pa la ba kan...sekali-sekali ba...siapa lagi kan becerita...Semoga harapan dan impian tahun ni menjadi kenyataan.

Selamat santai...




Sunday, February 22, 2009

Lawak santai @ Sepilok, Sandakan

Salam,

Gambar ketika melawat ke Sepilok

Lawak santai : Tourist vs Orang Utan


Alkisah bermula cerita di Pusat Pemeliharaan & Pemuliharaan org utan di Sepilok, Sandakan Sabah...


Sekumpulan pelancong dari Jepun kelihatan begitu sibuk mengambil gambar-gambar org utan. Akibat terlalu panas dan berpeluh, seorang pelancong jepun mengelap peluh kat dahinya.... Tiba-tiba org utan yang berada di depan pelancong tersebut membuat aksi yang sama...


Pelancong Jepun : Erkk...pandainya org utan ni tiru gaya aku...hahahaha... ok! sekarang ko tiru gaya ni pulak..


Pelancong jepun tersebut membuat aksi dengan menjelirkan lidahnya seolah-olah mengejek org utan itu.....Org utan itu pun terus meniru aksi yang sama dengan menjelir-jelirkan lidahnya....


Semua pelancong ketawa beramai-ramai melihat gelagat org utan itu...


Pelancong Jepun : Hahahahaha... Pandainya org utan ni, seronok nak mainkan org utan ni,...Ok org utan, sekarang tiru gaya ni pulak...


Lalu pelancong tersebut memasukkan dan mencucuk-cucukkan jari telunjuknya ke dalam hidungnya lalu memasukkan jarinya ke dalam mulutnya... (niat nak minta perhatian org konon)...


Orang utan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sebagai tanda bahawa enggan melakukan aksi yang sama...



Orang utan : Bodoh punya manusia! pengotor! hahahahaha...


Kesemua orang utan di tempat itu ketawa terbahak-bahak melihat aksi si pelancong itu...


Dari jauh para pelancong datang nak tengok org utan


Mana satu pelancong Jepun tu ekk...?


Sapa tengok sapa nih.... org tengok org utan ker, org utan tgk org....

Selamat santai.....


Saturday, February 21, 2009

Format PC Compac Evo

Meja berselerak ngan segala peralatan santai....

Salam,

ALHAMDULILLAH, petang ni baru selesai setting menyetting PC setelah berhempas pulas memformat PC dan menginstall segala driver dan perisian yang digunakan selama ini. Fuuhhh...lega dah selesai...Harap takde masalah lagi lepas ni.

Port baru santai, CPU kat bawah meja bunga (tak nampak la)

Terima kasih bangat kepada sahabat Master PC Mr. Zakimi (Zack) kerana dalam kesibukan melayani kehidupan seharian sempat juga mengurus pemformatan PC ni sehingga jam 4 pagi semalam. Walaupun terkezut dengar bunyi orang mengilai (pontianak) daripada hanpon yang di tinggalkan di meja tulis semalam, tapi hari ni masih maintain....kua...kua...kua....


So, lepas ni harap boleh meneruskan pelayaran di dunia maya dengan lancar dengan port baru yang baru sampai dari Chan Furniture (sofa hitam tu siap ada selimut lagi tu).

Sebenarnya sebelum ni pakai laptop Acer Aspire, tapi asyik berebut ngan orang rumah yang tengah sibuk menyiapkan kajian masternyer tuh....Sekarang tidak perlu berebut lagi...tempat masing-masing nak berkubu dah ada....he..he..he...

Akhir kata, selamat santai...


Thursday, February 19, 2009

Puding Roti Caramel @ Santai

Salam,

Tadi tengah-tengah layan blog, tetiba ada suara memanggil... Bang mari ler... Ingat kan mende, rupenyer ader suprise... Puding Roti Caramel... daaaappp.... So, para pengunjung blog santai...jemput ler makan yer... tak pun amek bau jer...(jgn mare)... Jemput...jemput... makan....makan..sila tambah...jangan malu... Aper... nak resepi... Jap... o yer ader di bawah...

PUDING ROTI CARAMEL

Bahan A:

1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk layan blog santai ke... sebagai dessert lagi sedap...


So, cam biase...selamat santai...

Wednesday, February 18, 2009

Koleksi petua-petua dari kampung

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ’muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13.. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. Selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2.. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah… …lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.


PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka.. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. .. insyallah gastrik akan hilang… ia daripada pengalaman saya sendiri…kini gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

Artikel ini adalah sumbangan khalifah, seorang warga Megasutra.

Selamat santai...



Tuesday, February 17, 2009

Mana pegi lagi singgit...????

Salam santai,

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....

Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....

Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...
Sekadar gambar hiasan...!!!!????

Maknanya....
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....
Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

Selamat santai....


Monday, February 16, 2009

Perbandingan 2 tokoh MB Perak



Dalam kegawatan politik Perak, rasanya tak salah jika kita melihat perbandingan 2 tokoh Menteri Besar Perak yang kontroversi sekarang ini baik di pihak PR mahupun BN.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Lahir pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak) merupakan Menteri Besar Perak ke-10 setelah pembangkang menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Beliau merupakan ADUN Pasir Panjang, Perak. Beliau hanya menjadi Menteri Besar Perak selama lebih kurang 11 bulan sahaja sehingga 6 Februari 2009 akibat rampasan kuasa secara tak bermaruah.

Jawatan Menteri Besar

Sebelum Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar, ketiga-tiga parti pembangkang Parlimen (yang selepas itu menubuhkan Pakatan Rakyat) iaitu DAP, PKR, dan PAS yang ingin menubuhkan kerajaan baru bagi negeri Perak. Antaranya DAP mempunyai kerusi DUN yang terbanyak, seterusnya PKR, dan akhirnya PAS. Namun Perlembagaan Negeri Perak mensyaratkan hanya orang Melayu beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan mengizinkan seseorang yang bukan Melayu dan bukan Islam untuk memegang jawatan ini. Oleh itu pada mulanya ketiga-tiga buah parti ini terus sebulat suara bersetuju bahawa Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar. Namun keputusan ini dibantah oleh akar umbi DAP. Oleh itu mereka terpaksa memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar bukan Melayu bukan Islam yang pertama (Ngeh seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian). Akhirnya Sultan Perak menolak cadangan ini dan menegaskan untuk seorang Menteri Besar baru yang juga orang Melayu. Baginda mahukan Orang Melayu yang profesional. DAP tidak mempunyai ADUN Melayu, dan kesemua ADUN Melayu PKR hanya berkelayakan Tingkatan 5. Oleh itu, Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebagai seorang jurutera dan juga memegang jawatan yang tertinggi dalam PAS di antara semua ADUN PAS dilantik sebagai Menteri Besar.

Ir. Mohammad Nizar pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008. Walau bagaimanapun, Lim Kit Siang menyatakan DAP akan memboikot pelantikan itu dan majlis pentauliahan dan angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana PAS bukan parti utama yang memenangi pilihan raya 2008 peringkat negeri Perak. Beliau berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, kalau ADUN DAP ditolak. Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.

Lanjutan itu, pihak istana telah membatalkan istiadat mengangkat sumpah dan meminta ketiga-tiga DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi dan menghantar satu surat yang ditandatangani semua 31 ADUN mereka, menyatakan sokongan bersama.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac 2008 (bersamaan hari jadinya yang ke 51) di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Perak.


Pendidikan

Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England.

Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.

Keluarga

Isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu'tah di Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lubnan. Manakala anak yang keempat hingga kelapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Kerjaya

Ir. Nizar pernah bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berkhidmat sebagai jurutera di Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC).

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Itali, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Teheran, Iran.

Pengalaman politik

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan berjawatan dalam PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyertai PAS sebagai ahli biasa pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.

Mohammad Nizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang 2008.

Keistimewaan

Beliau boleh menjadi imam, menjadi khatib untuk membaca khutbah Jumaat, mengadakan lawatan kerja dengan menggunakan bas awam dan tidak memerlukan pengiring terutamanya polis trafik semasa melawat kawasan.Pernah sewaktu beliau bersembahyang Jumaat, beliau telah mengajak anggota polis yang berkawal sewaktu Solat Jumaat berjemaah bersama kerana kata beliau Negara Malaysia aman dan mereka tidak perlu berkawal.

Semasa Allahyarham Y.B Roslan Shaharum dikebumikan, beliaulah yang membaca talqinnya dan beliau juga turut serta melibatkan diri sewaktu acara korban diadakan di tempat beliau. Beliau juga memperkenalkan program menghidupkan malam Ramadhan di Dataran Ipoh dan mengembalikan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat.

Selain itu, beliau juga turut berjaya mengimarahkan masjid dan surau di negeri Perak.Di samping itu juga beliau telah menyedarkan orang ramai tentang wujudnya pelbagai bangsa di Malaysia seperti kaum Cina, orang Asli dan India melalui pemberian tanah atas nama rakyat Malaysia kerana selama ini orang Melayu masih lagi menyangka bahawa negara Malaysia selamanya hak Melayu.

Beliau telah membuktikan kepada kaum lain bahawa Islam itu amat adil dalam pemerintahannya di mana keadilannya merentasi semua kaum, warna kulit mahupun agama sehingga kaum lain tidak lagi takut dan bersikap prajudis terhadap Hudud dan Agama Islam.

Beliau juga antara individu yang terlibat dalam kes saman penggunaan B.Inggeris dalam Sains dan Matematik terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih dalam perbicaraan lagi.


Kontroversi

Isu pengarah JAIP

Mohammad Nizar dilaporkan memberi arahan supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam kerana cuba mensabotaj kerajaan negeri.

Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pada pagi 29 April 2008.

Arahan tersebut telah digunakan oleh UMNO untuk melaga-lagakan Menteri Besar dengan istana. Sabotaj yang cuba dilakukan oleh Jamry Sury dikatakan ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran yang dibuat ke atas Jamry. Mohammad Nizar juga dimaklumkan bahawa hubungan kerja yang menghormati Sultan merupakan konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak Istana selama ini.

Arahan supaya menarik balik arahan pertukaran itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi Jumaat, 2 Mei 2008, untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry

Akhirnya berkat kesabaran YAB Menteri Besar, dengan sokongan anggota JAIPk dan MAIPk maka penghujung 2008 Jumry Sury telah berjaya ditukarkan dan digantikan oleh Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz.

Peralihan Kuasa kepada BN

Rampasan kuasa oleh BN pada 6 Februari akibat 2 ADUN PKR (Behrang & Changkat Jering) dan 1 ADUN DAP (Jelapang) telah bertindak keluar parti dan menjadi Bebas dan seorang lagi ADUN Bota yang menyertai PKR telah kembali menyertai UMNO tidak sampai 2 minggu menyertai PKR. Inimenjadikan BN dan PKR mempunyai 28 wakil setiap satu, tetapi 3 wakil bebas telah menyatakan sokongan mereka terhadap BN semasa ditemubual dalam perjumpaan dengan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, menjadikan BN memiliki sokongan 31 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Hal ini telah menyebabkan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengistiharkan Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti dan hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta. Pihak PKR yang tidak berpuas hati kemudiannya melakukan demostrasi tanpa kebenaran polis di Bandar Diraja Kuala Kangsar termasuk menghalang kenderaan ramsi DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa hendak menuju ke Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baru yang berlangsung di Istana Iskandariah


Datuk Dr Zambry Abdul Kadir

Merupakan Menteri Besar Perak ke-11 (Yang Tidak Sah mengikut perlembagaan negeri Perak ) dan ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pangkor, Perak.

Pendidikan

Beliau berkelulusan PhD dalam Sains Politik dari Amerika Syarikat dan pernah menjadi pensyarah di UIAM.

Keluarga

Mempunyai seorang isteri bernama Datin Saripah bin Zulkifli .Mempunyai 5 orang anak iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki.

Kerjaya


Beliau juga bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Perak


Politik

Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak.Selepas 2 penggal menjadi Ketua Pemuda, beliau kemudiannya telah mencabar Ketua Bahagian UMNO Lumut pada ketika itu iaitu Datuk Wajdi bin Ishak sehingga membolehkan beliau menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Lumut kini.

Pada tahun 1998, beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 3 minggu bersama-sama dengan Dato’ Zahid Hamidi kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Semasa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia., beliau merupakan antara orang yang turut berkampung di dalam rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah dikatakan turut menangis dan pernah menyatakan kita perlu bersama-sama dengan orang yang benar.

Sebaik sahaja keluar dari tahanan ISA, disebabkan pangkat,beliau kembali semula kepada UMNO dan meninggalkan perjuangannya untuk mempertahankan kebenaran yang sebelum itu dilaung-laungkannya.


Keistimewaan

Sejak kanak-kanak lagi, Zambry merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sepak sehingga digelar "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil, Pelé serta giat dalam permainan sepak takraw dan badminton.

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986) dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[5] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan."

Ditulis oleh sifuyus
Dipetik dari http://www.tranungkite.net/v8/


Saturday, February 14, 2009

Obama 21 tahun dahulu


Tidak ada apa yang mustahil dalam kehidupan...
Anda tidak tahu apa yang akan terjadi kepada anda 10 atau 20 tahun dari sekarang....
Gambar di atas adalah Obama bersantai di depan rumah neneknya...

"From one of the poorest family's chair to the most powerful chair in the world"


Selamat bersantai di kerusi empuk anda...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails