Friday, June 26, 2009

Jamuan Perpisahan...........

Salam,

Semalam (Khamis) dan hari ini (Jumaat) adalah hari MAKAN......mana taknyer...para pelajar tersayang sibuk mengatur jamuan buat guru mereka yang bakal meninggalkan mereka. Bukanlah kehendak penulis meminta mereka mengadakan jamuan tetapi mereka sendiri mengatur bersama dengan berpakat masing-masing membawa makanan. Nampaknya mereka bersungguh-sungguh dan bekerjasama cuba mencipta memori indah sebelum tiba detik perpisahan.

Jamuan Persatuan Seni Silat SMK Membakut II

Jamuan ini diadakan di bilik seminar dimana tujuannya adalah untuk meraikan pelbagai kejayaan Persatuan Seni Silat ini dalam menyertai kejohanan-kejohanan besar tahun ini seperti SAGA (Sabah Games) IV, Sandakan dan juga kejohanan antara sekolah-sekolah dan kemudian barulah majlis perpisahan. Kesemua pesilat hadir, turut serta bersama ialah guru-guru penasihat persatuan iaitu Cikgu Shahzian, Cikgu Yusman, Ustazah Juliah dan Cikgu Ummi Rozana.

Kek sponsor oleh salah seorang pemenang pingat emas SAGA IV, Saiful Azizie....thanx

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul perpisahan ini....

Ucapan dan amanat terakhir....

Ada pulak muzik iringan dari para pemuzik....life dan kreatif lagi tu....ada botol.....

Penyampaian cendera kenangan oleh rakan seperjuangan....

Jamuan tertutup dimulakan dengan ucapan daripada setiap individu yang terlibat dalam persatuan ini meluahkan isi hati mereka dan berkongsi pengalaman mereka bersama persatuan ini selama ini. Macam-macam keluar dari mulut mereka yang tidak pernah terbayang dek pemikiran....ada yang tak sempat berkata-kata tetapi air mata mendahului bicara... Walaubagaimanapun, telah ditenteramkan oleh rakan-rakan pesilat mereka dan juga guru-guru yang ada dengan lawak selamba dan bersahaja....semoga kenangan ini kekal di dalam memori selama-lamanya...

Terima kasih kepada semua ahli persatuan, para pesilat dan juga rakan-rakan guru. Sumbangan anda tidak akan penulis lupakan dan sentiasa di ingatan....Semoga kalian terus melakar kejayaan demi sekolah tercinta tanpa meminta sebarang balasan.....

Jamuan perpisahan kelas 5 Ibnu Sina

Sebenarnya penulis bukanlah guru kelas ini, hanya sekadar mengajar satu subjek sahaja iaitu Pendidikan Islam. Tahun ini merupakan tahun yang penting bagi mereka kerana mereka akan menghadapi peperangan yang besar dalam hidup mereka iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh kerana kasih sayang yang tidak berbelah bagi sebagai palajar dan guru maka mereka usahakan agar jamuan ini diadakan buat guru mereka.

Kek ditempah khas untuk jamuan perpisahan.....

Memotong kek beramai-ramai....kek purple....

Tak mahu ketinggalan....kek coklat....

Gambar kenangan bersama hadiah dan kad ucapan besar gajah.....

Putera 5 Ibnu Sina yang dikasihi....

Puteri 5 Ibnu Sina yang disayangi.....

Kenangan paling indah tahun ini adalah semasa mengadakan Program Praktikal Lambaian Kaabah dan juga Program Praktikal Sembelihan (boleh cari dan baca posting tersebut) disamping pengajaran dan pembelajaran di kelas dengan bersungguh-sungguh. Best la sebab tajuk perkahwinan paling panjang dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 5 membuatkan mereka belajar begitu serius....maklumlah lepas SPM kalau tak ke mana-mana leh kawin terus...he..he..he...

Seperti jamuan sebelum ini juga mereka meluahkan perasaan masing-masing secara inividu dan macam-macam gelagat dari mereka membuatkan penulis rasa bermacam-macam kekadang tak kering gusi dan kekadang sebak hingga termengalir juga lah beberapa linangan yang dapat juga di sembunyikan dengan jayanya bagi mengelakkan kebanjiran terus-menerus yang boleh mencacatkan majlis.....

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pelajar 5 Ibnu Sina kerana mengusahakan juga jamuan ini demi guru mereka yang ntah apa-apa ini....penulis bukanlah seorang yang hebat sangat pun...macam orang lain juga la... mana ada apa-apa kehebatan pun... tetapi mereka tetap merasakan kasih sayang yang sangat kuat...semoga kalian berjaya dalam peperiksaan SPM tahun ini dan juga gurumu ini sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan di dunia dan akhirat......

Jamuan tingkatan 3 As-Syafie

Terima kasih kepada Cikgu Saudah selaku guru kelas ini kerana memberi laluan kepada kelas ini mengadakan jamuan perpisahan. Kelas ini juga bakal menghadapi peperiksaan besar tahun ini iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan selaku guru subjek Pendidikan Islam penulis juga agak keberatan meninggalkan kelas ini kerana perjuangan bersama mereka melalui suka duka mengharungi PMR tahun ini terbantut di pertengahan jalan dek kerana perpisahan ini. Penulis memang bercadang untuk meneruskan kelas tambahan dan latih tubi yang bertubi-tubi bermula selepas cuti pertengahan tahun lalu tetapi nampaknya hanya tinggal impian.

Aksi manjer pelajar menyuapkan kek coklat kepada guru tersayang.... atas permintaan ramai...

Menjamu selera....macam hari raya la pulak....

Puteri 3 As-Syafie yang dikasihi....

Putera 3 As-Syafie yang disayangi......

Rakan-rakan guru yang dirindui.....

Kenangan manis tahun ini bersama mereka ketika melakukan Praktikal Pengurusan Jenazah memang tidak dapat dilupakan. Air mata yang berlinangan selepas mengetahui berita pertukaran ini juga tempoh hari tidak akan penulis lupakan. Kelas ini bersama dengan 5 Ibnu Sina memang merasakan kehilangan besar bagi mereka dan begitu juga bagi penulis yang menanggung sendiri perasaan tersebut. Maknanya kalau mereka bersedih dan rasa kehilangan bagaimana pula perasaan orang yang menanggung dan terpaksa melaluinya dengan penuh berat hati.....

Harapan penulis agar mereka berusaha bersungguh-sungguh dan seterusnya melakar kejayaan buat diri mereka sendiri disamping memberikan kebanggaan kepada sekolah dan juga ibu bapa mereka. Penulis amat yakin dan percaya mereka pasti dapat melakukannya tahun ini. Itulah doa penulis siang dan malam.....

Sambutan Hari Guru 2 peringkat sekolah 2009

Selepas habis kedua-dua majlis ada lagi sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang dianjurkan oleh PERTENA (Persatuan Tingkatan 6 dibawah bimbingan Pn. Dgku Saadiah). Ia berlangsung di dewan terbuka sekolah dan sambutan diadakan secara sederhana walaupun agak terlewat.

Nyanyian lagu Guru Malaysia beramai-ramai...

Penyampaian hadiah disampaikan kepada mereka yang terlibat dalam sukaneka petang kelmarin dan penulis juga menerima anugerah pakaian terkemas (kalau tak silap la...)...lupa dah sebab terkejut bila nama disebutkan....kebetulan plak hari ni pakai baju melayu lengkap bersamping....dan juga hadiah jasamu dikenang.....terima kasih kepada mereka semua....

Begitulah hari berlalu menghitung detik perpisahan yang semakin hampir. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menghargai diri ini yang serba kekurangan dan semoga kasih sayang kalian ALLAH akan memberikan balasan yang setimpal nanti....

Akhir kata, mohon maaf jika ada keterlanjuran perkataan....esok jumpa di Restoran Nelayan K. Kinabalu....macam ada kejutan jer rasanya bila mereka mengajak ke sana tadi....yang ini mungkin anjuran rakan-rakan guru yang dapat bersama esok, kerana mungkin masing-masing sibuk dengan komitmen keluarga dan macam-macam....dah la mahal tu kalau ke sana...tapi di sana nanti boleh makan sepuas-puasnya makanan laut tanpa meninggalkan sedikit pun sisa.........jika tidak sisa itu akan ditimbang dan perlu dibayar mengikut beratnya....

Jumpa lagi nanti di posting yang akan datang...semoga ceria selalu...

Selamat santai...


3 comments:

yusman said...

sedih huh huh huh..
mmg salah org la ppd pilih...
seorg guru yg hebat dipindahkan tanpa dpt pembelaan drpd pentadbiran sekolah...
nasib kami semua belum tahu lg ni...
semoga org yg buat mcm ni insaf la..
jgn la lupa diri.....

Takilala said...

-bestnya makan...tak tahan la tgk kek coklat tu..huhuhu

( - SuLiaNaH_LoPeR - ) said...

assalamualaikum ustaz,...
moga2 jamuan y kami adakan...
menjadi memory teindah....
n kami bharap....
ustaz sntiasa mndokan kjyaan kami...
sayang ustaz....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails