Di antara aktiviti besar yang dijalankan pada hari ini ialah aktiviti senamrobik melibatkan semua pelajar dan guru di sekolah ini. Para pelajar dan guru telah dibahagikan mengikut rumah sukan untuk tahun 2010 dan kali ini penulis telah diamanahkan untuk mengepalai Rumah Hijau (Helang) untuk terus terbang tinggi mengatasi rumah-rumah sukan lain iaitu Kuning (Rajawali), Merah (Cenderawasih) dan Biru (Kasawari).
Satu pengalaman yang amat menarik yang penulis dapat rasakan kali ini yang sudah lama tidak dirasakan sebelum ini iaitu kerjasama dan komitmen daripada semua yang terlibat dari atas hinggalah ke bawah. Memang tidak dapat dinafikan semangat ukhuwah dan hubungan silaturahim terjalin erat di antara kami walaupun berbeza agama, suku kaum dan adat resam.
Penulis selaku 'bapak helang' sedang mengatur strategi bersama 'anak helang' yang lain
Kerjasama mantap membuahkan hasil
Harapan penulis, tahun hadapan HELANG PASTI AKAN TERBANG TINGGI.....
Selamat santai....

































