Monday, June 8, 2009

Majlis Perasmian SAGA IV, Sandakan 2009

Klik gambar untuk lihat imej besar
Salam,

Memang kepenatan tidak terhingga apabila menguruskan satu-satu skuad. Kalau dulu-dulu penglibatan sekadar sebagai atlit, sekarang sebagai jurulatih lebih memenatkan rupanyer., kerana terpaksa mengurus setiap indiuvidu atlit...cuma ada beberapa keistimewaan yang tidak diperolehi oleh para atlit...itu kena jadi jurulatih la baru tau kan....

Baiklah ...menjawab soalan kepada pengunjung yang bertanya siapa atlit yang terlibat dari SMK Membakut II dalam SAGA IV kali ni....ni senarainya setakat yang dapat diingat di kepala...

1. Wahadi Wakiran Silat Olahraga Putera D
2. M. Fadzlee Salih Silat Olahraga Putera G
3. M. Saiful Azizie Osman Silat Olahraga Putera H
4. Shahirudin Shaharom Silat Olahraga Putera I

Yang tak dapat disenaraikan kerana kesilapan teknikal pengurusan

1. M. Naim Abdullah Silat Olahraga Putera A
2. Suardy Sudirman Silat Olahraga Putera A (menggantikan Naim)

Yang dah abis sekolah (lepas tingkatan 5, tunggu panggilan tingkatan 6)
1. Siti Zauridah Lazim Silat Olahraga & Tempur Puteri Puteri A
2. Akhmizan Ali Amat Silat Olahraga Putera E

Para pemuzik silat (untuk kategori silat seni)

1. Mohd Rajih Ag Amat
2. Mohd Afiq Abd Ghani
3. Suffi Mohamad Harewan

Pegawai (Jurulatih silat olaharaga dan silat seni)
1. Norazman Md Noh
2. Shahzian Mumin

Lain-lain pesilat adalah dari Weston dan Beaufort. Kesemua kontinjen pencak silat Beaufort termasuk pegawai dan atlit adalah 21 orang...dan 11 adalah dari SMK Membakut II...Begitulah lebih kurang makluman santai dari kontinjen pencak silat Beaufort.....

Saat Getir

Malam tadi merupakan saat-saat getir para pesilat apabila Akhmizan, Zauridah, Fadzlee dan Wahadi masuk gelanggang. Wahadi tewas di pusingan awal tetapi mempamerkan kesungguhan dan permainan yang menarik. Walaupun tewas sebagai jurulatih kami tetap berpuas hati dengan prestasi Wahadi dan kami amat berbangga dengannya.

Si Fadzlee mendapat pingat perak apabila tewas di peringkat akhir setelah bertungkus-lumus dan berusaha sedaya upaya beliau unutk menjinakkan lawan.

Zauridah seperti diduga, dengan pengalaman dua kali ke peringkat negeri memberi laluan mudah kepadanya menewaskan pesilat dari daerah lain di pusingan awal bak kata pepatah kali ini menang penuh bergaya.....

Si Akhmizan pula memperolehi kemenangan teknik apabila menewaskan pesilat dari Tawau dengan penuh kontroversi. Berlaku perlanggaran berat (kena tumbuk muka daa...ada yang kata kaki kena muka...) dan beliau tidak dapat meneruskan pertandingan dan pesilat dari pasukan lawan telah didiskualifikasi. Walaubagaimanapun, Akhmizan terpaksa dibawa ke Hospital Sandakan dengan ambulan malam tadi juga kerana tidak sedarkan diri. Malam tadi tepat jam 12:00 tengah malam kami ke wad kecemasan menziarahinya dan masih lagi diberi rawatan oleh doktor bertugas. Jam 3:00 pagi baru balik ke tempat penginapan. Walaubagaimanapun oleh kerana terlalu penat tertidur jer di surau...terus orang kejut sembahyang subuh....

Kami selaku pegawai dan jurulatih telah berunding dan berbincang dengan pasukan Tawau yang tidak berpuas hati dengan pengadilan dan membuat kecoh di dewan pertandingan hingga pertandingan terpaksa diberhentikan seketika untuk meredakan keadaan. Keadaan kembali normal apabila pihak penganjur mengambil tindakan yang sepatutnya menenangkan keadaan.....

Titisan Air Mata Kemenangan

Pagi tadi giliran Saiful dan Shahirudin bermain di peringkat akhir dan separuh akhir. Titisan air mata kegembiraan muncul apabila Saiful tidak dapat menahan sebak dinobatkan sebagai pemenang pingat emas dalam kategorinya. Kemudian penulis pun sama diikuti beberapa atlit lain. Segala pengorbanan, keperitan dan kepayahan selama ini terubat dengan kemenangan ini. Kami semua amat gembira dan bangga...terutama sekali apabila pertandingan kali ini kali membawa begitu ramai atlit di peringkat negeri dan berjaya menyumbang pingat emas. Kebanggaan lebih terasa apabila penyertaan kali ini melibatkan 25 kontinjen dari seluruh Sabah dan pastinya mereka menghantar atlit mereka yang terbaik dan Saiful membuktikan beliau adalah yang terbaik daripada yang terbaik.......

Shahirudin pula berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila berjaya menjinakkan lawannya dari daerah jiran iaitu Sipitang. Kami mendoakan agar beliau berjaya diperingkat akhir nanti dan membawa pulang emas dan seterusnya melakar kejayaan untuk dirinya sendiri buat kali pertama. Iani merupakan penyertaan pertama beliau dalam silat olahraga dan berjaya membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang orang....

Kebanggaan Beaufort

Petang tadi seluruh Kontinjen Beaufort diminta berkumpul untuk perjumpaan dengan YB Hjh Azizah Mohd Dun, salah seorang Menteri di Sabah dan salah seorang Exco Sabah yang juga penaung Kontinjen Beaufort untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad pencak silat menyumbang pingat untuk Beaufort kerana sebelum ini Beaufort sentiasa berada di bawah dan kedudukan akhir kerana ketiadaan stadium atau komplek sukan di Beaufort berbanding daerah-daerah lain. Sumbangan pingat ini mempercepatkan lagi proses permohonan Majlis Daerah Beaufort untuk membina kemudahan sukan di sana... wa... macam dasat jer bunyinyer....ALHAMDULILLAH....

Skuad pencak dilat dipuji melambung-lambung kami dan kami sebagai jurulatih dan pegawai pasukan kembang kempis dibuatnyer. Segala pujian itu hanya untuk ALLAH jua kerana siapalah kami untuk menerimanya....cuma kami terima pujian dan perasaan bangga itu bersama para wira-wira SMK Membakut II......

Perjuangan akan diteruskan dan masih belum selesai..........

Panjang dah cerita petang ni...sebenarnya malam ini adalah merupakan malam Majlis Perasmian dan Pembukaan Sukan SAGA IV, Sandakan 2009 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Penulis curi masa sekejap sebab sekarang tengah 'rehearsal' untuk majlis malam ni...penat baa...layan santai sekejap....release minda....

Okay la....jumpa lagi...kalau anda ingin sampaikan ucapan, kata-kata motivasi atau tahniah kepada para wira-wira kami adalah amat dialu-alukan... mereka insyaALLAH akan dimaklumkan kelak....

Gambar-gambar tak dapat upload lagi sbb tak ada kemudahannyer....nantila yer....

Selamat bersantai.....


2 comments:

Ustzh Asma said...

Tahniah, tahniah dan tahniah..(kali ke..)

Segala pengorbanan kalian sudah terbalas..Yg menang syabas diucapkan dan yang tewas bukan bermakna anda akan tewas selama-lamanya, jd kan gelanggang ini satu penglmn yg hebat utk terus mara ke hadapan..Teruskan perjuangan di masa2 akan dtg..

Abg, smpikan msj ini n slm buat sume wira SMK Membakut..n skuad silat Beaufort. "ANDA SUNGGUH DIBANGGAKAN"

ikhlas dari ustzh asma.

Unknown said...

HEBAT~!
mmg mntap bak kta sir l.k.c

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails