Wednesday, June 24, 2009

8 pingat lagi, 3 emas 5 perak buat sekolahku....

Para pesilat serta guru-guru pengiring bergambar sebelum bertolak ke Menumbok
(klik gambar untuk besarkan)

Salam,

Kejuaraan Pencak Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Zon Selatan (Beaufort) telah diadakan pada 23 Jun 2009 yang lalu bertempat di Dewan Awang Semaun, Menumbok, Kuala Penyu. Pasukan pencak silat dari SMK Membakut II telah menghantar seramai 27 orang ahli persatuan untuk mengikuti pertandingan tersebut.

Hmm...ntah la...nampaknyer konsentrasi pesilat kali ni nampak sedikit terganggu...mungkin dengan berita perpindahan mengejut yang diterima sebelum ini. Walaubagaimanapun semangat dan motivasi mereka telah dipulihkan oleh rakan guru yang sentiasa setia barsama Persatuan Seni Silat sekolah iaitu Cikgu Yusman, Cikgu Shahzian dan juga Ustazah Juliah......

Dalam kategori silat seni pasukan kami tidak dapat menghantar pasukan penuh...yang dapat mengikut pertandingan ini dengan persediaan yang sederhana ialah Suardy Sudirman kategori Silat Seni Solo Putera, Siti Farahliah Sulaiman kategori Silat Seni Solo Puteri dan Silat Seni Jurus Serentak membariskan pesilat Nor Hamizah Agku Baktir, Nur Siti Khadijah Johan, Fatin Nazirah dan juga Suzyafizah Awang. Satu lagi kategori favorite iaitu tempur puteri iaitu Siti Zauridah Lazim dan juga Nur Jannah Jamain (pesilat Weston - Beaufort jugak) turut bertanding memenuhi kategori yang ada....

Untuk kategori silat olahraga pula daripada 6 pesilat yang sepatutnya masuk ke gelanggang, hanya 5 sahaja yang layak bertanding kerana seorang pesilat terlebih berat...itulah asam garam mengikuti silat olahraga. Kami juga turut membawa beberapa pesilat lain yang dirasakan dapat diselitkan dalam mana-mana pasukan sekiranya ada kekosongan malangnya seorang pun tidak berpeluang....nampak gayanyer tahun ini memang persaingan sengit terutama daripada tuan rumah sendiri kerana nampak pesilat-pesilat mereka lebih bersedia....

Para pesilat olahraga putera kelas I, Ahmad Rosli Abdul Razak, Putera kelas II, Suardy Sudirman, putera kelas III, Wahadi Wakiran (tersingkir kerana berat lebih sekilo), puteri kelas I, Nor Hayati Kipli, puteri kelas II, Nur Siti Khadijah Johan dan puteri kelas III (juga merupakan pesilat ke kebangsaan dan jemputan antarabangsa tahun lepas) Siti Farahlia Sulaiman.....Fauziah Talip salah seorang pesilat sekolah juga diterima untuk kelas III puteri di saat akhir...

Selain itu para pemuzik silat juga tidak dilupa (pemuzik kulintangan)....mereka terdiri daripada Abdul Afiq Abdul Ghani, Ag Mohd Rajih Ag. Amat, Mohd Fadzlee Salih, Suffi Harewan Aliamat dan Mohd Shairuddin Shaharom.....

Berikut sebahagian gambar-gambar ketika di sana....

Bersama pakar seni tempur...Mahaguru Shahzian Mumin....

Taklimat ringkas dan doa sebelum bertolak

"Ingat kita pergi untuk menang....." lupakan kesedihan ....

Aksi teknik guntingan daripada Suardy Sudirman...
malangnya kemenangan di pihak lawan


Dua pendamping pesilat Zauridah dan Wahadi

Rehat sekejap....pesilat kategori silat seni serentak puteri dulu disebut 'massal'

Apa lagi duk tercongok kat situ...kekadang boring jugak....

Aksi kategori serentak (massal) pesilat SMK Membakut II

Nampaknya dalam pertandingan kali ini, Pegawai Teknik Silat Negeri Sabah iaitu Cikgu Jinli Ramli dan juga sahabat wasit/juri kelas tiga kebangsaan iaitu Cikgu Mohsin dari Keningau turut turun padang membantu pihak penganjur pada kali ini. Kehadiran mereka meningkatkan lagi semangat pesilat kerana pemilihan kali ini adalah untuk memilih mereka yang betul-betul layak untuk ke peringkat negeri dan seterusnya mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.

Seramai 4 pesilat olahraga puteri telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir. iaitu Siti Nur Khadijah Johan, Norhayati Kipli, Siti Farahlia Sulaiman dan Fauziah Talip. Walaubagaimanapun hanya seorang pesilat sahaja yang berjaya menjinakkan lawan di pusingan akhir iaitu Siti Farahlia Sulaiman di mana pertemuan antara sesama sendiri dengan Fauziah Talip. 2 pesilat lagi iaitu Siti Nur Khadijah dan Nor Hayati Kipli gagal menjinakkan lawan yang datang dari pasukan silat tuan rumah iaitu menumbok. Khadijah dan Hayati hanya menerima pingat perak sahaja bersama dengan Fauziah. Untuk silat seni SMK Membakut II hanya menjuarai kategori solo puteri iaitu juga Siti Farahlia Sulaiman dan kategori tempur puteri Siti Zauridah Lazim dan Nur Jannah Jamain. Jannah akan digantikan dengan seorang lagi pesilat lain kerana beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.....Untuk kategori serentak (massal) dan silat seni solo putera hanya mampu memperolehi pingat perak sahaja....

Maka perjuanngan seterusnya ialah ke Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 1 - 4 Julai 2009 di Tawau. Senarai nama pesilat dan guru pengiring serta dokumentasi kebenaran dan akuan kesihatan akan ditentukan dan diuruskan.....

Pencapaian ini merupakan satu lagi lakaran kejayaan dan merupakan sumbangan mengharumkan nama sekolah buat sekian kalinya....Semoga para pesilat terus berjaya menuju kejayaan dan mengharumkan nama SMK Membakut II bersama rakan guru silat yang tinggal kerana penulis tidak akan bersama dengan mereka lagi meneruskan perjuangan........ Walaupun para pesilat dan rakan guru berasa kesedihan (penulis rasa la, kalau dorang buat2 tak tau la plak....), bagaimana pula perasaan diri ini yang berjuang bersama Persatuan Seni Silat SMK Membakut II dari awal lagi......

Teruskan perjuangan wahai para pesilat sekalian, juga buat rakan-rakan setia iaitu Cikgu Shahzian, Cikgu Yusman, Ustazah Juliah dan Cikgu Ummi Rozana......

Patah tumbuh, hilang berganti....semoga kejayaan sentiasa bersama kalian...

Mohon maaf di atas segala salah silap dan lebih kurang selama kita bersama....segala memori indah bersama tetap kekal diingatan......

(Air mata dah mula dah meleleh..... rilek la beb... belum pindah lagi ni...)

Kita jumpa di alam maya la... selamat melayari blog santai....

Happy santai...

Gambar dari Ehsan Jurugambar : Yusman Nayan....thanx bro....

2 comments:

Anonymous said...

Quite sad when I read this content... really dont understand Y they dont know how to appreciate a good Ustaz like u. BLIND!!!! I like ur behavior, even U will transfer to smk membakut but U never never give up to pratice ur Budak2...Ok, I will pray 4 u. most important thing is dont b emotional like sOME Person, they all really look like @##?????...hehe.

From: a member of SMKM2

yusman said...

tahniah....
sebenarnya sy sedih tau masa jamuan kelmarin.skit lg nak tertumpah air mata ni tp cover la dgn bt lawak.kalu tidak dah nangis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails