Saturday, February 21, 2009

Format PC Compac Evo

Meja berselerak ngan segala peralatan santai....

Salam,

ALHAMDULILLAH, petang ni baru selesai setting menyetting PC setelah berhempas pulas memformat PC dan menginstall segala driver dan perisian yang digunakan selama ini. Fuuhhh...lega dah selesai...Harap takde masalah lagi lepas ni.

Port baru santai, CPU kat bawah meja bunga (tak nampak la)

Terima kasih bangat kepada sahabat Master PC Mr. Zakimi (Zack) kerana dalam kesibukan melayani kehidupan seharian sempat juga mengurus pemformatan PC ni sehingga jam 4 pagi semalam. Walaupun terkezut dengar bunyi orang mengilai (pontianak) daripada hanpon yang di tinggalkan di meja tulis semalam, tapi hari ni masih maintain....kua...kua...kua....


So, lepas ni harap boleh meneruskan pelayaran di dunia maya dengan lancar dengan port baru yang baru sampai dari Chan Furniture (sofa hitam tu siap ada selimut lagi tu).

Sebenarnya sebelum ni pakai laptop Acer Aspire, tapi asyik berebut ngan orang rumah yang tengah sibuk menyiapkan kajian masternyer tuh....Sekarang tidak perlu berebut lagi...tempat masing-masing nak berkubu dah ada....he..he..he...

Akhir kata, selamat santai...


5 comments:

GURU_CIKGU said...

Assalamualaikum Cikgu,
Lepas ni banyak lagi bahan boleh dipaparkan dalam blog Cikgu, maklumlah dah ada pot sendiri.

GURU_CIKGU said...

Mohon untuk link ke blog Cikgu

PPIM NEGERI SABAH said...

salam....ustaz..kalau kubu siap cantik gitu..seronoklah tulis blog...lama .kak dg dah berjaya masukkan gambar...akak k...nak cuba masukkan slide..nanti ustaz ajar jenguklah http://ppimnegerisabah.blogspot.com gambar pengarah...dan yg paling cun gambar blogmaster di bawah sekali...hehehehe...kak dg seronok tengok ustaz bahagia....

Norazman Md Noh said...

Salam, cantik betul gambar gunung kinabalu tu...jelous lak tengoknyer...akak dah mantap sekarang ni dalam berblog...rasanyer tak sampai sebulan pun berblog dah nampak cam professional... gambar blogmaster pun menarik...satu lagi jangan lupa jadi follower blog santai...

Y. Ibrahim said...

Wah, cantik dan berinovatif set port komputer tu. Biasanya yg saya lihat semuanya atas satu meja. Ini siap dengan sofa sekali, canggih betul !
Apa-apapun selamat berblog dan terima kasih kerana melawat dan follow blog saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails