Monday, February 16, 2009

Perbandingan 2 tokoh MB Perak



Dalam kegawatan politik Perak, rasanya tak salah jika kita melihat perbandingan 2 tokoh Menteri Besar Perak yang kontroversi sekarang ini baik di pihak PR mahupun BN.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Lahir pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak) merupakan Menteri Besar Perak ke-10 setelah pembangkang menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Beliau merupakan ADUN Pasir Panjang, Perak. Beliau hanya menjadi Menteri Besar Perak selama lebih kurang 11 bulan sahaja sehingga 6 Februari 2009 akibat rampasan kuasa secara tak bermaruah.

Jawatan Menteri Besar

Sebelum Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar, ketiga-tiga parti pembangkang Parlimen (yang selepas itu menubuhkan Pakatan Rakyat) iaitu DAP, PKR, dan PAS yang ingin menubuhkan kerajaan baru bagi negeri Perak. Antaranya DAP mempunyai kerusi DUN yang terbanyak, seterusnya PKR, dan akhirnya PAS. Namun Perlembagaan Negeri Perak mensyaratkan hanya orang Melayu beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan mengizinkan seseorang yang bukan Melayu dan bukan Islam untuk memegang jawatan ini. Oleh itu pada mulanya ketiga-tiga buah parti ini terus sebulat suara bersetuju bahawa Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar. Namun keputusan ini dibantah oleh akar umbi DAP. Oleh itu mereka terpaksa memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar bukan Melayu bukan Islam yang pertama (Ngeh seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian). Akhirnya Sultan Perak menolak cadangan ini dan menegaskan untuk seorang Menteri Besar baru yang juga orang Melayu. Baginda mahukan Orang Melayu yang profesional. DAP tidak mempunyai ADUN Melayu, dan kesemua ADUN Melayu PKR hanya berkelayakan Tingkatan 5. Oleh itu, Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebagai seorang jurutera dan juga memegang jawatan yang tertinggi dalam PAS di antara semua ADUN PAS dilantik sebagai Menteri Besar.

Ir. Mohammad Nizar pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008. Walau bagaimanapun, Lim Kit Siang menyatakan DAP akan memboikot pelantikan itu dan majlis pentauliahan dan angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana PAS bukan parti utama yang memenangi pilihan raya 2008 peringkat negeri Perak. Beliau berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, kalau ADUN DAP ditolak. Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.

Lanjutan itu, pihak istana telah membatalkan istiadat mengangkat sumpah dan meminta ketiga-tiga DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi dan menghantar satu surat yang ditandatangani semua 31 ADUN mereka, menyatakan sokongan bersama.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac 2008 (bersamaan hari jadinya yang ke 51) di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Perak.


Pendidikan

Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England.

Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.

Keluarga

Isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu'tah di Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lubnan. Manakala anak yang keempat hingga kelapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Kerjaya

Ir. Nizar pernah bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berkhidmat sebagai jurutera di Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC).

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Itali, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Teheran, Iran.

Pengalaman politik

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan berjawatan dalam PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyertai PAS sebagai ahli biasa pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.

Mohammad Nizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang 2008.

Keistimewaan

Beliau boleh menjadi imam, menjadi khatib untuk membaca khutbah Jumaat, mengadakan lawatan kerja dengan menggunakan bas awam dan tidak memerlukan pengiring terutamanya polis trafik semasa melawat kawasan.Pernah sewaktu beliau bersembahyang Jumaat, beliau telah mengajak anggota polis yang berkawal sewaktu Solat Jumaat berjemaah bersama kerana kata beliau Negara Malaysia aman dan mereka tidak perlu berkawal.

Semasa Allahyarham Y.B Roslan Shaharum dikebumikan, beliaulah yang membaca talqinnya dan beliau juga turut serta melibatkan diri sewaktu acara korban diadakan di tempat beliau. Beliau juga memperkenalkan program menghidupkan malam Ramadhan di Dataran Ipoh dan mengembalikan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat.

Selain itu, beliau juga turut berjaya mengimarahkan masjid dan surau di negeri Perak.Di samping itu juga beliau telah menyedarkan orang ramai tentang wujudnya pelbagai bangsa di Malaysia seperti kaum Cina, orang Asli dan India melalui pemberian tanah atas nama rakyat Malaysia kerana selama ini orang Melayu masih lagi menyangka bahawa negara Malaysia selamanya hak Melayu.

Beliau telah membuktikan kepada kaum lain bahawa Islam itu amat adil dalam pemerintahannya di mana keadilannya merentasi semua kaum, warna kulit mahupun agama sehingga kaum lain tidak lagi takut dan bersikap prajudis terhadap Hudud dan Agama Islam.

Beliau juga antara individu yang terlibat dalam kes saman penggunaan B.Inggeris dalam Sains dan Matematik terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih dalam perbicaraan lagi.


Kontroversi

Isu pengarah JAIP

Mohammad Nizar dilaporkan memberi arahan supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam kerana cuba mensabotaj kerajaan negeri.

Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pada pagi 29 April 2008.

Arahan tersebut telah digunakan oleh UMNO untuk melaga-lagakan Menteri Besar dengan istana. Sabotaj yang cuba dilakukan oleh Jamry Sury dikatakan ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran yang dibuat ke atas Jamry. Mohammad Nizar juga dimaklumkan bahawa hubungan kerja yang menghormati Sultan merupakan konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan dan dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak Istana selama ini.

Arahan supaya menarik balik arahan pertukaran itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar dititah untuk menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi Jumaat, 2 Mei 2008, untuk menyembah maklum kepada baginda berhubung arahan pertukaran Jamry

Akhirnya berkat kesabaran YAB Menteri Besar, dengan sokongan anggota JAIPk dan MAIPk maka penghujung 2008 Jumry Sury telah berjaya ditukarkan dan digantikan oleh Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz.

Peralihan Kuasa kepada BN

Rampasan kuasa oleh BN pada 6 Februari akibat 2 ADUN PKR (Behrang & Changkat Jering) dan 1 ADUN DAP (Jelapang) telah bertindak keluar parti dan menjadi Bebas dan seorang lagi ADUN Bota yang menyertai PKR telah kembali menyertai UMNO tidak sampai 2 minggu menyertai PKR. Inimenjadikan BN dan PKR mempunyai 28 wakil setiap satu, tetapi 3 wakil bebas telah menyatakan sokongan mereka terhadap BN semasa ditemubual dalam perjumpaan dengan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, menjadikan BN memiliki sokongan 31 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Hal ini telah menyebabkan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengistiharkan Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti dan hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta. Pihak PKR yang tidak berpuas hati kemudiannya melakukan demostrasi tanpa kebenaran polis di Bandar Diraja Kuala Kangsar termasuk menghalang kenderaan ramsi DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa hendak menuju ke Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baru yang berlangsung di Istana Iskandariah


Datuk Dr Zambry Abdul Kadir

Merupakan Menteri Besar Perak ke-11 (Yang Tidak Sah mengikut perlembagaan negeri Perak ) dan ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pangkor, Perak.

Pendidikan

Beliau berkelulusan PhD dalam Sains Politik dari Amerika Syarikat dan pernah menjadi pensyarah di UIAM.

Keluarga

Mempunyai seorang isteri bernama Datin Saripah bin Zulkifli .Mempunyai 5 orang anak iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki.

Kerjaya


Beliau juga bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Perak


Politik

Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak.Selepas 2 penggal menjadi Ketua Pemuda, beliau kemudiannya telah mencabar Ketua Bahagian UMNO Lumut pada ketika itu iaitu Datuk Wajdi bin Ishak sehingga membolehkan beliau menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Lumut kini.

Pada tahun 1998, beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 3 minggu bersama-sama dengan Dato’ Zahid Hamidi kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Semasa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia., beliau merupakan antara orang yang turut berkampung di dalam rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah dikatakan turut menangis dan pernah menyatakan kita perlu bersama-sama dengan orang yang benar.

Sebaik sahaja keluar dari tahanan ISA, disebabkan pangkat,beliau kembali semula kepada UMNO dan meninggalkan perjuangannya untuk mempertahankan kebenaran yang sebelum itu dilaung-laungkannya.


Keistimewaan

Sejak kanak-kanak lagi, Zambry merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sepak sehingga digelar "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil, Pelé serta giat dalam permainan sepak takraw dan badminton.

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986) dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[5] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan."

Ditulis oleh sifuyus
Dipetik dari http://www.tranungkite.net/v8/


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails