Thursday, February 12, 2009

Hari Kemuncak Sukan SMK Membakut II 2009

Alhamdulillah, hari ni tamat sudah hari kemuncak sukan temasya tahunan SMK Membakut II 2009. Lega dah abih.... pas ni boleh fokus ngajar jer...kalu tak petang jer ada latihan sukan... penat wo... kat atas tu buku atucara untuk VIP...sape lagi buat kalau bukan kakakku sorang tu...Pn. Dg. Saadiah...

Ni plak adalah keistimewaan SMK Membakut II. Pada penulis, SMK Membakut II harus berbangga kerana PENCAK SILAT dan SMKM II memang menjadi sudah sebutan ramai....(tak tau la plak kalu perasan...)

Tahun lepas (2008) Persatuan Seni Silat SMK Membakut II telah mancapai tahap tertinggi dalam senarai kejayaannya iaitu menyertai Kejuaraan Pencak Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor setelah 4 tahun menjuarai acara silat olahraga peringkat negeri Sabah. Ini merupakan satu kebanggaan (bagi penulis la....).

So, persembahan ini adalah persembahan secara berkumpulan yang dimahagurukan oleh Mahaguru Shahzian Mumin dari Binsulok. Nama perguruan persilatannyer...aper hekk....lupa plak nak tanyer..... Tahniah mahaguru...

Tak sangka adalah pulak sorang jurufoto profesional kat sini...tengah-tengah syok dia fokus...hambe pun ape lagi snap satu....ni la hasilnyer...

Tu gelagat Mohd Adam Haikal ngan Pn Hjh Tuan Maimun Tuan Sulaiman, pengetua SMK Membakut II..... manjernyer si Adam (anak cikgu Yusman..) ngan bos kiter yer... teruskan kemanjaanmu wahai si Adam...

Tu la keputusan akhir sukan tahun ni...kepada yang berjaya TAHNIAH, yang kurang berjaya jangan risau tahun depan ada lagi bah.... Yang penting rumah Toh Janggut (kuning) telah meningkat prestasinya dari tahun lepas. Alhamdulillah syukur.....

So macam biasa, gambar-gambar semasa sukan boleh anda saksikan di slideshow di bawah... Jangan lupa berikan komen anda, supaya semangat lagi nak meneruskan blog ni....

Selamat bersantai......




3 comments:

Azeyana Zainal said...

assalamualaikum
waa...bila baca teringat pula zaman sekolah dulu.dah 3 tahun zaman tu berlalu tp xpenah walau sekejap lupa kenangan jd warga SMKM II.nampaknya sekolah tu semakin cantik dan hebat.TAHNIAH!!!

tahniah juga buat pesilat sekolah atas kejayaan tahun lalu.next time war-warkanla kalau datang bertanding di tanah semenanjung ni.InsyaAllah kalau berkesempatan, sy boleh datang memberi sokongan.

Ustaz pun nampak makin2 hensem dan nmpak lebih muda. (^_^)
jemput2 singgah ke blog saya..dh lama mencari cara nk hubungi semula guru2 sekolah dulu...cari punya cari ketemu juga. Alhamdulillah..
setakat ni la saja...semoga warga sekolah tetap hebat di setiap arena!
zaiazeyana yantie
5 Arif 2005
IP Persekutuan Pulau Pinang+UUM
ian_tyz@yahoo.com.my

Norazman Md Noh said...

Salam, mintak address blog yanti, alhamdulillah seronok ustaz baca komen yanti. Ustaz nak jadikan link supaya pelajar lain boleh baca dan jadikan yanti sebagai contoh dan idola mereka. Biar semua orang tahu kita ada warga SMKMII yang sudah berjaya ke menara gading...

Ustaz pun rasa dah tak lama di sini. Mungkin tahun depan akan pulang ke kampung halaman di semenanjung. So, inilah sedikit sumbangan yang dapat diberikan kepada sekolah.

Harap yanti teruskan mengikuti blog ini dan juga blog sekolah. Jadikan bookmark atau favorite supaya tidak ketinggalan mengikuti perkembangan tempat yang penuh nostalgia ini...

Wassalam.

Azeyana Zainal said...

salam...
minta maafla ustaz sebab xterbagi blog add sy..tup2 ustaz dh jd follower pula...terima kasih!
Setakat ni, sy ada juga berhubung dgn adik2 yg masih blajar di SMKM II tu.maklumlah,diorang pun dh canggih2.banyak yang ada frienster,facebook...macam2la.cari punya cari,jumpa juga muka2 yg dulu kecik2 sekarang dh cantik2,macho2 semua.blog ustaz ni pun saya dpt dr salah seorg student juga.xtaula nama betulnya.yg saya tai mizbelle je.diala yg rajin post mcm2 ttg sekolah tu.
ha...InsyaAllah bulan 5 atau bulan 6 ni kami batch spm 2005 nk buat reunion.sekarang ni pun tgh buat program jejak kasih.xbyk yg dapat dicari.kalau dpt kumpul semua,menjadi juga la rancangannya.
Rasanya sampai cni dulu la ye Ustaz.ada ms sy singgah blog ustaz lg.mmg santai la mbacanya.tersenyum juga sorg2 sampai roomate pun tegur hehehe
kirim salam buat ustazah and buah hati ustaz berdua yg makin cute tu.Assalamualaikum...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails