Friday, February 6, 2009

Perak oh Perak....


Gambaran suasana kecoh di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
selepas solat Jumaat (gambar di petik dari forum TKO)




Salam,

Hari ni bila tengok berita jam 8 TV3 memang geram giler rasa.... kalau di fikir secara logik pun, memang tak patut....ni kira cakap politik skit la, pakatan ada 28, bn ada 28 sama, cuma 3 YB badigol tu jer yang sepatutnya kosongkan DUN nya....dan rasanya kalau BN memerintah sekarangpun di Perak rakyat Perak tak dapat terima sepenuh hati...

Dalam hati ni tertanya-tanya satu persoalan....macam mana kalau 3 badigol tu nak balik ke PKR (dalam politik macam-macam boleh jadi), sebab orang BN sendiri pun susah nak terima orang yang bermasalah skandal rasuah dan sedekah seks.

Pastu pulak Dr. Zambry Abd Kadir (MB baru) tu dulu pun, masa jadi pensyarah kat UIA dulu pun selalu takde kelas. Dah dekat exam baru kumpul topik satu semester nak ajar dalam satu masa. Giler...betul....memang la dia ajar political science, tapi ingat-ingat dulu, masa dia ngajar bukan ajar political science pun, tapi merewang-rewang citer mender tah aper-aper....sekarang jadi MB Perak....harap-harap Perak tak jadi macam kelas masa dia ajar kat UIA dulu....

Tak pernah berlaku dan tak pernah terbayang pun dalam benak fikiran ni tempat yang dulu tenang dan damai dah jadi huru-hara. Setiap kali balik Perak mesti singgah kat Bukit Chandan, smayang kat Masjid Ubudiah sebab situlah tempat yang paling banyak kenangan dalam hidup...

Harap-harap Sultan Perak buat keputusan yang terbaik...mungkin ada hikmahnya. Walaupun susah nak terima, tapi kene jugak terima. Mungkin lepas ni ada lagi keputusan Sultan Perak yang akan menenangkan rakyat Perak. Rakyat Perak memang sayang sangat kat Sultan Perak. Tak tau la macam mana mak ngan abah (Manong) terima hakikat ni....

Semoga apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Biar rakyat tentukan nanti siapa yang mereka pilih dalam PRU 13 nanti....

Ni bergambar dengan Mak abah depan Masjid Ubudiah sambil melihat
nostalgia sekolah lamaku Madrasah Idrisiah (depan masjid)

Ni la Madrasah Irisiah, Bukit Chandan, K. Kangsar (sekolah pondok moden)
tempatku mendapat pendidikan dunia akhirat

Gambar along depan Masjid Ubudiah dengan pistol nak tembak
pengkhianat dan pertualang bangsa dan rakyat Perak.

Jangan lupa beri ulasan anda di bawah...


3 comments:

Nanie Harris said...

Dunia skrg penuh dgn permainan...ada duit & kuasa, boleh buat apa sahaja...x berpihak pd mana2 pihak...cuma nmpk sgt duit & kuasa dpt menenggelamkan kepimpinan & agama...wallahualam...

Norazman Md Noh said...

Dah jadi abg ngah...time kasih banyak
Best lak rasernyer...

Anonymous said...

Sadis dan pilu...saya sbg anak jati Perak tak merelakan n menentang habis-habisan rampasan kuasa oleh puak-puak lanun BN..kalu dah ktrnn lanun, mmg tak hilang perangai loklak n tak beradab tu...Ingat beso sgt ke kuasa kome...ada kuasa yg lebih agung drpd tu..satu konspirasi politik yang maha kotor..Smg Allah akan membuka segala aib yg kamu sume rancangkan itu..Allahuakbar!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails