Thursday, May 14, 2009

Penghargaan dari anak-anak didikku

Terima kasih kepada BUDAK NAKAL 3 As-Syafie (klik untuk besarkan)

Salam,

Alhamdulillah, hari ni berlalu seperti biasa. Pada awalnya nampak cam biasa dan tiada yang istimewanya. Walaubagaimanapun, satu kejutan telah berlaku tadi di kelas 3 As-Syafie. Penulis bukanlah guru kelas tersebut tetapi rasanya untuk kali ni kasih sayang para pelajar terhadap gurunya ditunjukkan dengan lebih jelas lagi.

Pandangan belakang (klik untuk besarkan)

Isi di bahagian dalam (klik untuk besarkan)

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2 Hari lagi, satu kad besar Selamat Hari Guru dengan gambar penulis di depan telah diserahkan oleh para pelajar. Disambut pula dengan nyanyian lagu hari jadi versi dan lirik hari guru secara beramai-ramai. Kalau andalah mengalaminya...apa yang anda akan rasa....???? Tentulah gembira, terharu dan sebak.....betul tak....begitulah pengalaman yang dialami penulis hari ini....Rasa nak keluar air mata, tapi dapat ditahan juga. Bukan apa nanti tak dapat nak mengajar plak...penulis ni kekadang emosional jugak...tapi alhamdulillah hari ni dapat ditahan juga.....

Kepada anak-anak didik yang menyayangi penulis dan memberikan kad tersebut, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kalian. Memang tak dapat digambarkan seronok sebenarnya apabila seorang guru mendapat penghargaan sebegitu daripada anak didik mereka.....memang tidak dapat dinafikan perasaan seronok dan bangga tu apabila kad tersebut juga dilihat oleh guru-guru lain......

Sebenarnya mereka ini sayang semua guru-guru mereka cumanya mungkin penulis blog ini yang mula-mula mendapatnya. Mungkin esok lusa baru dibuat untuk guru kelas mereka dan guru-guru lain yang mengajar mereka.

Terima kasih sekali lagi. diharapkan agar ukhuwah yang terjalin kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Kenangan mengajar dan mendidik kalian tidak akan dapat dilupakan. Penulis mendoakan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat kalian.

Akhir kata...Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik. Semoga keikhlasan menjalankan tugas sebagai pendidik dibalas setimpal oleh Allah S.W.T.

Selamat bersantai....



11 comments:

Nanie Harris said...

slmt hr guru...smoga terus menjd pendidik bangsa...

Norazman Md Noh said...

tq Reds...doakan semoga segala cabaran dan dugaan dapat ditempuhi dengan penuh jaya dan hikmah...

Anonymous said...

Wahh..Tahniah ust... Ust mmg layak mndpt pghargaan drpd pljr..Kalu ust pindah nnti sunyi la dorang..Takpe pljr2..Yg pth kan tumbuh yg hlg kan bganti..Tp yg pntg, jasa guru harus dikenang smpi bila2 terutama jasa ustaz NMN...

Takilala said...

bagusla. ada gak pelajar yg bg. mcm aku ni hampeh, tak pernah dpt pon. err...garang kot? huhuhu. garang kunun..huhuhu. Selamat Hari Guru.

Norazman Md Noh said...

Terima kasih wahai anonymous yang tak dikenali, tepat sekali..yg patah kan tumbuh, yang hilang kalau dapat cari ganti pun mesti tak sama...

Takilala garang ker...??? Tak takut pun...sbb tu diinterbiew...hu..hu..hu..

kuIna said...

selamat hari guru..

KOKURIKULUM SMK MENGKUANG said...

SALAM, SELAMAT HARI GURU, SEMOGA AKAN TERUS CEMERLANG..

Webmaster Membakut said...

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di seluruh Malaysia. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam

masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Bersempena dengan hari bersejarah ini, marilah kita merenung pepatah Melayu 'Guru ibarat lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain'. Pengertian ini sangat mendalam yang bermakna, guru sedia berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Tanggungjawab guru pada abad ke-21 lebih mencabar berbanding dekad sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan dunia teknologi maklumat menuntut mereka terus gigih berusaha bagi mendidik anak bangsa yang mampu bersaing.

Guru harus mempunyai semangat dan daya juang tinggi. Tidak ada sikap tidak boleh, tidak yakin, tiada masa, tiada kemahiran dan sebagainya. Ciri guru yang lebih berdaya saing ialah mempunyai keyakinan diri, kemahiran terkini, masa yang mencukupi, kreatif dan inovatif, menolak segala alasan dan menerima segala cabaran. Oleh itu, profesion perguruan bukanlah satu pekerjaan mudah dan boleh dipandang ringan.

Walau apa sekalipun, setiap guru mesti bersedia menghadapi cabaran mendatang, sama ada daripada murid, ibu bapa atau pelbagai lapisan masyarakat dengan tabah, profesional, beretika dan jujur serta bertolak ansur. Oleh yang demikian, guru menjunjung profesionnya ke tahap yang tinggi dan dihormati.
Selamat Hari Guru.

Rujukan:
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, http://www.moe.gov.my
Mok Soong Sang, Nota Ulang Kaji dan Latihan PTK, Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.,Puchong, Selangor, 2007.
Bicara Canseleri, Kenang Jasa Guru, Berita Harian, 12 Mei 2009.

Norazman Md Noh said...

Terima kasih kepada :

kulna LadyInRed, Unit Kokurikulum SMK Memngkuang dan juga Webmaster Membakut di atas ucapan tersebut...

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia

Anonymous said...

SELAMAT HARI GURU...
ustaz...
kmi thutang budi ngan ustaz...
kad tu jak y sy dapat wat uk ystaz...
dan selebihnya Alah SWT membls kebaikkan ustaz...
ustaz...
kami semua meminta agar ustaz mendoakan kjyaan kami.....
Insyallah....berkat doa ustaz kami akn bjya kelak....
sekali lagi..
SELAMAT HARI GURU buat ustaz n wife.....
Salam UKhwah....
PrinCesS_SuLyaNA & buDak NAkaL 3 As syafie

Anonymous said...

uztat....blog wajah bru...lawa!!!...
baek@nakal_3Syafie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails