Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Sebahagian hadiah pelajar kepada penulis sempena Hari Guru tahun ini

Salam,

Alhamdulillah, esok 16 Mei 2009 adalah Hari Guru bagi semua yang bergelar guru, pendidik, cikgu, ustaz dan ustazah. Hari ini di sambut setiap tahun untuk mengingati pengorbanan para guru untuk mendidik anak bangsa. Hari ini hari Jumaat dan merupakan hari terakhir persekolahan untuk minggu ini. Jadi di sekolah tadi adalah sedikit sambutan secara sederhana dengan ucapan Selamat Hari Guru daripada para pelajar kepada para guru dan juga sesama guru-guru.

Tahniah kepada palajar kelas 4 Ibnu Sina SMK Membakut II kerana mengambil kesempatan ini untuk mengadakan sambutan kecil-kecilan di kelas mereka. Walaupun penulis tidak mengajar kelas tersebut tetapi tetap mereka jemput untuk memeriahkan suasana. Terima kasih kepada 4 IS dan kepada guru kelas tersebut iaitu Pn Nurul Nadya Mabsah kerana mengingati dan menghargai para guru di sekolah ini. Inisiatif mereka ini tidak boleh dipandang ringan dan seharusnya setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada mereka.



Suasana meriah walaupun sambutan sederhana


Majlis memotong kek oleh sebahagian guru-guru perempuan

Guru-guru lelaki juga tidak ketinggalan

Pengetua dan PK Pentadbiran turut memeriahkan suasana
walaupun agak sibuk di pejabat


Bonda pengetua Pn. Hjh Tuan Maimun Tuan Sulaiman dan juga PK Pentadbiran Ustazah Dg Sitti Rahimah Ag. Damit Yahya turut memenuhi jemputan para pelajar 4 IS dan memeriahkan suasana. Sesungguhnya kehadiran mereka ini memberikan suntikan semangat kepada para pelajar dan seterusnya menghargai inisiatif para pelajar menyambut dan mengingati para guru mereka walaupun dengan sambutan sederhana.

Tahniah 4 IS dan guru kelas mereka dan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Semoga keberkatan dalam menuntut ilmu mengiringi kita sepanjang menempuh jalan berliku...

Selamat santai...


10 comments:

Takilala said...

sayap ayam goreng mana?? biasa ada mee ada sayap ayam goreng bah.

Norazman M.N. said...

Takde bajet sayap ayam taun ni bro...bajet ciput...tapi meriah beb...

ummie akramie said...

Slmt Hari Guru buat Abg yang tercinta dan sume insan yang bergelar GURU..Smg profesion yg kita pilih ini memberi seribu manfaat kpd diri dan anak2 murid kita sume...Pengalaman indah di negeri di bawah bayu ini takkan sirna dari ingatan, insyaAllah...

ummie akramie.....

juLia de wHitesiLk said...

selamat hari guru...beStnyer dpt adiah...sedih x sempat nak join parti 4IS smpai abis, ada hal ngn 2AS...apa2pn, dpt gak mkn kek...dorg antar kt klas hehe...

Anonymous said...

waa..
meriah....
pahal ktorang x kna jmput....
hihi...
jaat baa dorg saufiq nie.....
hihi...
apapun...
HAPPY TEAHERS DAY tuk guru2 ku y tercinta......
PrinCeSs_SuLyaNa

MizBeLL said...

duiiii...maw jg d'jemput c'pipi ni..
kami yg p sana pon nda d'jmput..
huhuk..
xpe3..
pas cuti nnt PRS wat yg bsr2 pnya smbutan..
dgn kolaborasi b'sma rakan s'prjuangn kmi..
bro2,sis2 && adek2 PREFECT && bapak2 macik2 PERTENA..hihik..

azeyana said...

salam..selamat hari guru buat Ustaz suami isteri dan seluruh warga pendidik SMKM 2..

LanNY said...

Selamat Hari Guru Man... banyak dapat adiah tu...ustaz kesayangan skang ni..

Anonymous said...

ustaz,uzztaz,uztaz.....uztaz memang bek....baek@nakal

Anonymous said...

waH usTaz.....
bLog baRu usTaz....
kaLer biRu baH...
~PrinCeSS_SuLyaNa~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails