Monday, May 18, 2009

Latihan silat ala komando di Pantai Pimping


Salam,

Pada hari Sabtu lalu bersamaan 16 Mei 2009 (Hari Guru lagi tu....), Persatuan Seni Silat SMK Membakut II terus gigih menjalani latihan sebagai persediaan untuk SAGA 09 di Sandakan dan Kejohanan Pencak Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah yang akan diadakan tidak lama lagi. Latihan ini dikendalikan bersama oleh penulis dan juga Cikgu Yusman sebagai orang kuat dan selaku tulang belakang persatuan ini.

Para pesilat akan menghadapi peperiksaan akademik minggu depan dan latihan kali ini sebagai pemanas badan sebelum menghadapi pertandingan pencak silat iaitu selepas minggu peperiksaan. Kami mula berkumpul di hadapan sekolah tepat jam 6:00 pagi (kerana 1 minit lewat tekan tubi 10 kali) dan kemudian mula berjogging dari sekolah ke pantai Pimping yang jauhnya lebih kurang 4 -5 kilometer.



Mula dengan jogging dari sekolah, streching dan bertafakur....
kemudian baru latihan ala komando


Cikgu Yusman yang memang sudah mantap dari segi fizikalnya berjongging bersama-sama pesilat sambil memberi kata-kata semangat kepada mereka. Apa lagi....bertambah bersemangat la para pesilat sekolah ni.....



Cikgu Yusman selaku pakar dalam 'sport science' menggunakan
kepakarannya melatih para pesilat sekolah

Macam-macam aktiviti atau latihan fizikal yang agak keras tapi selamat untuk para pesilat. Ala-ala komando la katakan.....tapi pesilat-pesilat ni sikit pun tak menunjukkan rasa mengaku kalah malah semangat juang mereka semakin tinggi..... Gambar-gambar di atas tu hanya sebahagian latihan yang dijalankan.



Kami turut melakukan aktiviti yang dilakukan pelajar untuk memberi
semangat kepada mereka.


Sepatutnya dalam latihan kali ni pesilat muntah hijau seperti mana sebelum ini, tapi ini tidak berlaku. Ini kerana persediaan pesilat dari segi fizikal dan mental sudah mencapai tahap 70% - 80%. Mereka seolah-olah sudah bersedia untuk bertempur dan latihan yang bermula dari awal tahun nampaknya tidak sia-sia. Tubuh badan mereka nampak keras dan dan mental mereka agak kuat menahan segala ujian tanpa menunjukkan sebarang bantahan.

Akmal Faiz bin Nurun (duduk berbaju biru) yang patah tangan turut serta dalam latihan ini dihantar oleh ibunya ke sekolah. Walaubagaimanapun, beliau tidak dibenarkan oleh kami selaku jurulatih mengikut latihan keras ini kecuali yang dirasakan selamat dan ringan baginya. Kisah patah tangan si Akmal ni boleh di baca DI SINI.



Semua pesilat dan jurulatih bersarapan ringkas dengan roti Gardenia yang di bawa bersama

Lebih kurang jam 9:00 pagi, lapar punya pasal kami pun bersarapan la di tepi pantai yang indah bersama-sama dengan para pesilat. Mereka nampak enjoy walaupun penat setelah latihan keras ala komando oleh Cikgu Yusman. Dua bungkus roti Gardenia dan Jem Strawberi dan Coklat menjadi makanan yang paling istimewa pada pagi tu.... memang lazat tambahan pula cuaca pada pagi itu sangat indah dan nyaman.......



Perjalanan pulang bersama sambil santai

Kami pun berjalan pulang ke sekolah bersama-sama. Semoga latihan ini memantapkan lagi persediaan para pesilat SMK Membakut II. Begitulah serba sedikit coretan latihan silat kali ini.

Selamat santai...



4 comments:

Takilala said...

muntah hijau kalau bahasa brunei apa ya...hmmm.. muntah kelana kalau x silap la.

yusman said...

jgn la puji lbh2...
blum pakar lg...
ada ilmu skit kita kongsi ja bersama...

Norazman M.N. said...

Kita Bukannya Baik Untuk Cakap Kita Baik!

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.


4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah . bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

santai follower said...

Mak aii....klu sy bkn stkt hijau, warna warni lg tu...Syabas guru dan pesilat SMKM. Hrp dpt pingat utk kejohanan nanti...Klu mng, jgn lupa wat kenduri..ajak sy skali..

-santai follower-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails