Friday, May 1, 2009

Selamat bercuti hujung minggu...

Salam,

Posting ni ditulis di sebuah cyber cafe di Centre Point, Kota Kinabalu. Terima kasih kepada semua pengunjung blog ni. Nampaknya cerita panas banyak menarik pengunjung ke blog santai untuk menilai sendiri blog ini. Adakah blog ini blog santai atau blog panas (tak kena dengan tema santai kalau panas...)

Dalam era globalisasi arus perdana, kemudahan ICT sangat memainkan peranannya dalam membantu memudahkan perhubungan dan urusan seharian. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku yang menjadikan blog ini agak panas ketika ini. Sebenarnya tidak ada apapun yang menarik berlaku yang mencetuskan peperangan atau pergaduhan atau pepercahan atau perbalahan....(banyak betul atau...)

Bagi yang baru berkenalan dengan dunia IT (mungkin sebab blog santai baru nak berjinak-jinak dengan komputer - yang tak terlibat jangan terasa plak...) BLOG merupakan satu platform untuk seseorang menulis dan melemparkan idea samada bernas atau tidak, menyatakan luahan samada dibaca atau tidak, berkongsi maklumat dan informasi samada berguna untuk seseorang itu atau tidak dan sebagainya. Fungsinya sama juga dengan FACEBOOK, FRIENDSTER atau lain-lain medium pengantaraan. Seseorang penulis itu boleh menulis apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan moral dan tatasusila masyarakat apatah lagi dengan syariat agama (jangan buat blog lucah plak-memang ramai la pengunjung tu nanti....)

Blog santai merupakan salah satu blog penulis untuk berkongsi pelbagai maklumat, informasi, idea, luahan perasaan, kejayaan, kegagalan dan sebagainya (maknanya ni blog peribadilah...) Blog lain yang diuruskan penulis ialah blog e-hikmah. Blog ini berkongsi kejayaan pelajar, guru dan coretan pelbagai aktiviti sekolah (secara sukarela bukannya rasmi pun...atas inisiatif sendiri jer...) Pelbagai tafsiran dan penilaian dibuat oleh pengujung blog ini terhadap penulis itu terpulanglah kepada setiap inividu. Bukannya mengutuk, menghentam, mengata orang dan seumpamanya. Tujuannya mulia untuk berkongsi dengan pembaca yang sudi membaca dan berkongsi komen dan ulasan atas dasar ilmu dalam keadan santai.

Kalau diikuti dari awal penulisan blog ini pun tidak ada yang mengutuk, mengata, menghentam sesiapa samada individu atau organisasi. Sebab itu penulis menulis mengenai PENYUCUK atau PELAGA kerana penulis telahpun dihina dan dicerca dihadapan khalayak sejawat tentang blog ini. Bukannya pasal kerja pun....tu la masalahnya. Walaubagaimanapun penulis telahpun memaafkan orang yang mencerca dan menghina dari belakang itu (walaupun dia belum meminta maaf secara terbuka) dengan berhadapan dan meminta penjelasan sebenar bukan menyerang tak tentu hala (itu bukan sifat penulis...) Puncanya apa.....ada orang yang tiba-tiba baru membaca blog ini dan melaporkan perkara yang tidak tepat hingga menimbulkan salah faham antara penulis dengan orang yang dimaksudkan. Hubungan yang terbina bukan atas dasar ukhuwah tetapi atas dasar salah faham. Sungguh tidak baik orang yang mengadu domba itu....bertaubatlah...

Secara jujur dan ikhlas penulis memohon ampun dan maaf secara terbuka sekiranya kehadiran blog ini menyebabkan anda (kalau terlibat la....kalau tak tak yah terasa la) kurang selesa dan membenci penulis. Marilah kita sama-sama maju kehadapan bersama arus pembangunan meneruskan perjuangan dakwah dan jihad mendidik anak bangsa melalui medium dan platform ini. Tunjukkan bahawa orang Islam juga tidak ketinggalan dengan arus kemodenan. Islam boleh....dan bukan melihat sesuatu perkara itu secara negatif. Bukalah minda, lihatlah secara positif dan berkongsilah ilmu pengetahuan ALLAH yang maha luas ini.

Akhir kata, teruskan bersantai dengan blog ini, ampun dan maaf dipinta dan sekiranya tidak selesa dengan blog ini tidak perlu layarinya (banyak blog lain lagi yang lebih bermanfaat...)

Panjang la plak posting kali nih...baru lepas bersantai tepi laut, idea mencurah-curah....

Selamat bercuti hujung minggu dan selamat santai....



5 comments:

Anonymous said...

sangat setuju kata2 ustaz, skul kita kalo buat program memang lancar punya. kalo tgk blog santai ni, ustaz byk buat program islam utk budak kita.. blog santai agak menarik tau, kadang2 lawak,relaks,hot n santai....good. kami suka membaca blog ini kerana KEBENARAN 2. go go go....

Anonymous said...

Penjelasan yg sgt baik, memuaskan n santai...patut la panazz...ingat ker hape...biarla dorang...stazz truzzkan blog santai ni...ngam betul...best bah...gua suka cara stazz dakwah...

santai...go..go..go..

We vote for santai...

Anonymous said...

Bertambah minat membaca blog santai...ulasan yg bg2 menarik n mantap. :) From: Mantap

Anonymous said...

Salam ukhuwah...

Saya secara peribadi amat kagum dengan blog santai..walaupun bukan warga SMK Membakut 2, tapi saya dpt merasakan kesungguhan ustaz utk menaikkan nama sek drpd entri2 yang telah diterbitkan..Tahniah buat ustaz dan teruskan perjuangan ini...ISLAM BOLEH!!!

Norazman M.N. said...

Terima kasih kat semua anonymous (susah skit tak tau sape hantar...) kalian betul2 memberi sokongan n motivasi kepada diri ini...luv u all....semoga dirahmati ALLAH...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails