Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Sebahagian hadiah pelajar kepada penulis sempena Hari Guru tahun ini

Salam,

Alhamdulillah, esok 16 Mei 2009 adalah Hari Guru bagi semua yang bergelar guru, pendidik, cikgu, ustaz dan ustazah. Hari ini di sambut setiap tahun untuk mengingati pengorbanan para guru untuk mendidik anak bangsa. Hari ini hari Jumaat dan merupakan hari terakhir persekolahan untuk minggu ini. Jadi di sekolah tadi adalah sedikit sambutan secara sederhana dengan ucapan Selamat Hari Guru daripada para pelajar kepada para guru dan juga sesama guru-guru.

Tahniah kepada palajar kelas 4 Ibnu Sina SMK Membakut II kerana mengambil kesempatan ini untuk mengadakan sambutan kecil-kecilan di kelas mereka. Walaupun penulis tidak mengajar kelas tersebut tetapi tetap mereka jemput untuk memeriahkan suasana. Terima kasih kepada 4 IS dan kepada guru kelas tersebut iaitu Pn Nurul Nadya Mabsah kerana mengingati dan menghargai para guru di sekolah ini. Inisiatif mereka ini tidak boleh dipandang ringan dan seharusnya setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada mereka.



Suasana meriah walaupun sambutan sederhana


Majlis memotong kek oleh sebahagian guru-guru perempuan

Guru-guru lelaki juga tidak ketinggalan

Pengetua dan PK Pentadbiran turut memeriahkan suasana
walaupun agak sibuk di pejabat


Bonda pengetua Pn. Hjh Tuan Maimun Tuan Sulaiman dan juga PK Pentadbiran Ustazah Dg Sitti Rahimah Ag. Damit Yahya turut memenuhi jemputan para pelajar 4 IS dan memeriahkan suasana. Sesungguhnya kehadiran mereka ini memberikan suntikan semangat kepada para pelajar dan seterusnya menghargai inisiatif para pelajar menyambut dan mengingati para guru mereka walaupun dengan sambutan sederhana.

Tahniah 4 IS dan guru kelas mereka dan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Semoga keberkatan dalam menuntut ilmu mengiringi kita sepanjang menempuh jalan berliku...

Selamat santai...


Thursday, May 14, 2009

Penghargaan dari anak-anak didikku

Terima kasih kepada BUDAK NAKAL 3 As-Syafie (klik untuk besarkan)

Salam,

Alhamdulillah, hari ni berlalu seperti biasa. Pada awalnya nampak cam biasa dan tiada yang istimewanya. Walaubagaimanapun, satu kejutan telah berlaku tadi di kelas 3 As-Syafie. Penulis bukanlah guru kelas tersebut tetapi rasanya untuk kali ni kasih sayang para pelajar terhadap gurunya ditunjukkan dengan lebih jelas lagi.

Pandangan belakang (klik untuk besarkan)

Isi di bahagian dalam (klik untuk besarkan)

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2 Hari lagi, satu kad besar Selamat Hari Guru dengan gambar penulis di depan telah diserahkan oleh para pelajar. Disambut pula dengan nyanyian lagu hari jadi versi dan lirik hari guru secara beramai-ramai. Kalau andalah mengalaminya...apa yang anda akan rasa....???? Tentulah gembira, terharu dan sebak.....betul tak....begitulah pengalaman yang dialami penulis hari ini....Rasa nak keluar air mata, tapi dapat ditahan juga. Bukan apa nanti tak dapat nak mengajar plak...penulis ni kekadang emosional jugak...tapi alhamdulillah hari ni dapat ditahan juga.....

Kepada anak-anak didik yang menyayangi penulis dan memberikan kad tersebut, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kalian. Memang tak dapat digambarkan seronok sebenarnya apabila seorang guru mendapat penghargaan sebegitu daripada anak didik mereka.....memang tidak dapat dinafikan perasaan seronok dan bangga tu apabila kad tersebut juga dilihat oleh guru-guru lain......

Sebenarnya mereka ini sayang semua guru-guru mereka cumanya mungkin penulis blog ini yang mula-mula mendapatnya. Mungkin esok lusa baru dibuat untuk guru kelas mereka dan guru-guru lain yang mengajar mereka.

Terima kasih sekali lagi. diharapkan agar ukhuwah yang terjalin kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Kenangan mengajar dan mendidik kalian tidak akan dapat dilupakan. Penulis mendoakan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat kalian.

Akhir kata...Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik. Semoga keikhlasan menjalankan tugas sebagai pendidik dibalas setimpal oleh Allah S.W.T.

Selamat bersantai....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails