Wednesday, May 13, 2009

Labun Santai ; PERASAAN

Salam,

Tak tau nak kata apa....sebenarnya banyak perkara yang bermain di minda ni...tapi bila nak tulis serba salah. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tak suka. Kalau nak kira yang tak suka memang tak jadi apa-apa kerja.....tul tak...? Lagipun tengah hot berita di Perak skrang ni....Semalam umum Nizar MB, hari ni umum Zambry balik....susah nak cakap...suasana memang tak harmoni sekarang ni...pandangan penulis...mahkamah rakyat juga penyelesaiaannya...

So, citer pasal perasaan....tima kasih kepada pembaca dan pelawat setia blog ni.... Kepada -Budak^Nakal_3AS- dan -Suyana_princess-. Kalian mengembalikan semula perasaan penulis. Gelagat para pelajar memang memberi inspirasi dan semangat kepada penulis.

Hari ni ada sorang pelajar ni....nampak macam ikhlas jer dia tanya...dan pelajar ni kalau jumpa ngan dia mesti dia salam dan cium tangan, sampai kekadang kengkawan dia yang lain yang nampak mesti ikut apa yang dia buat. Ada satu soalan yang betul-betul menyentuh perasaan penulis. "Ustaz...terima kasih banyak atas apa yang ustaz buat semalam...aku betul-betul faham sekarang kenapa ustaz buat camtu...aku memang nak teruskan dengan ustaz...." alamak...pe hal plak ni....apa maksudnyer...apa yang dah di buat semalam....???

Menjadi persoalan la plak ....bila di tanya kepada dia pasal apa...dia jawab... "Ala masa training kelmarin..." bila fikir balik...takde la mende yang spesel sangat...cuma latihan silat yang agak berat skit jer sebagai persediaan nak ke SAGA....lagipun pelajar ni tak terpilih pun...bila di tanya lebih mendalam lagi, dia menceritakan bahawa dia faham kenapa ramai budak sekolah ni nak ikut silat....dulu dia tertanya-tanya, kenapa la dorang ni suka sangat kat silat...dah la latihan hampir setiap hari, pastu penat giler lepas latihan...sekarang baru dia faham apa kelebihan silat selain dapat menyihatkan badan.

Dengan penuh perasaan dia cerita bahawa dengan silat, dia dapat rasakan sesuatu yang tersirat dalam diri dia. Dia dapat rasakan bahawa dia semakin bersemangat untuk belajar, semakin dapat mengawal emosi, semakin bijak mengatur langkah dan mendisiplinkan diri....amboi...serius betul la budak ni...Alhamdulillah kalau dia dapat rasa macam tu...tak sangka la pulak...ingatkan semakin disuruh dorang berenti main silat, nak la dorang berenti, tapi nampaknya semakin semangat la pulak bebudak nih.....ni kira luahan perasaan kedua la dalam minggu ni selepas luahan perasaan daripada pelajar yang jadi mayat (dalam aktiviti Praktikal Pengurusan Jenazah) yang menyatakan betul-betul insaf lepas jadi mayat... tu la PERASAAN yang dapat diluahkan oleh pelajar yang dapat dikongsi hari ni.

Mungkin sebagai guru...banyak lagi pengalaman guru lain yang menerima luahan perasaan daripada pelajar mereka...kita jer yang tak tahu...semoga apa yang mereka luahkan tu memberi kesan yang baik kepada mereka...kebetulan hari guru pun dah tak lama lagi... Kepada semua para guru...Selamat Menyambut Hari Guru tak lama lagi....nanti buat posting khusus untuk tu, kalau rajin la....

Setakat ni dulu la untuk hari ni...sebenarnya tak tau nak labun apa...kongsi jer la perasaan kat sini....kira ok la kan...kan...kan...

Kay la...selamat santai....jumpa lagi nanti...



6 comments:

Takilala said...

pembakar perasaan-SEARCH. Gua Search fever skrg ni. huhuhu.

yusman said...

dah kira hebat ni, bdk dpt faham maksud tersirat di sebalik latihan silat.teruskan lagi saya menyokong dr belakang..

Norazman M.N. said...

Memang setia betul la Takilala ngan Mr Yusman nih...

Takilala : nanti fever btul2 camana...?

Yusman : terima kasih atas sokongan... tapi sokong dari depan la bro lagi best....pesanan dari David Teoh "Jangan main belekang..." jangan mara aa...

Kepada kedua-duanya, teruskan bersantai dengan blog santai...

juLia de wHitesiLk said...

selamat berjuang para pesilat smkmII...

Anonymous said...

Caya la ust..menetes air mata duyung..Ayuh teruskan berjuang!!!

Norazman M.N. said...

Tq miss JuLia n anonymous...para pesilat SMK Membakut II akan terus berjuang... begitu juga guru2nyer...he..he..he.. keep it up Mr Yusman n Mr Shahzian..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails