Saturday, May 2, 2009

Santai SAKAN....!!!!

Pandangan Water Front K. Kinabalu dari perspektif atas Wisma Merdeka
Salam,

Kekecewaan penangguhan ke Pulau Tiga ditebus dengan bersantai di Bandaraya Kota Kinabalu (KK pun jadilah....). Pada mulanya perancangan hanya untuk bersiar-siar dan bersantai seketika dengan famili tercinta kemudian pulang semula ke Membakut. Oleh kerana kenikmatan bersantai itu lebih menarik maka kami membuat keputusan untuk stay sajalah di KK. So, lepak je la kat rest house murah kat sebelah Hotel Le Meredian (nak lepak kat Meredian tak cukup fulus....).



Hidangan enak ikan dan udang basar-basar

Apa lagi, lepas maghrib kami pun mulalah merayap di sekitar Pasar Filipin dan Pasar Malam di Sinsuran menikmati keindahan alam beserta hiruk pikuk warga Bandaraya KK. Survey harga gelang n rantai mutiara, kristal dan lain-lain cenderahati untuk di bawa pulang ke kampung nanti.

Sebelum tu, mohon maaf kepada Cikgu Azuan n geng (kalau baca blog ni lah...) dari Taman Desajaya yang menjemput kenduri santai sempena dapat gaji pertama. Takpela tak dapat merasa barbeque...harap nanti buat lagi la untuk second round...he...he...he...

Lepas merayap di sekitar pasar malam kami pun bersantai menikmati angin laut (bayu malam kut....) di Water Front depan round about ikan todak besar tu...sebenarnya biasa jer orang buat macam ni, cuma bezanya santaian kami itu tercatat dalam coretan santai di blog santai nih....Lepas hantar famili balik bilik baru pegi mencari cyber cafe untuk coretan semalam....(tak bawak laptop semalam sbb tak jangka nak stay....)


Sempat posing dulu sebelum masuk

Pagi tadi plak, mulalah menuju ke tempat yang agak bahaya buat poket yang tak berapa berisi ni...orang rumah kat sekolah dapat brosur iklan promosi kain Jakel, promosi hingga 80 % tu...risau gak la, dalam kegawatan ni takut terlajak belanja...memang seperti yang dah dijangka...memang rambang biji mata melihat kain-kain cantik menawan dengan harga mengancam. Apa boleh buat....layan santai jer la ngan kain-kain tu....nak ngelak tak leh dah...sayang punya pasal ambik je la yang mana berkenan di hati....



Takut tengok harga kain....tu dah promosi tu...pandai betul tokey Jakel nih....

Saat yang mendebarkankan pun tiba, manyak nyer amek....amacam...? sumer cantik-cantik belake...murah plak tu...hmmm bayar jer la mana yang ada...tak cukup nanti tambah yer...sronok la tokeh jekel tu...senyum kambing macam gambar kat bawah tu...sampai ke telinga senyumnyer....Si Akrami pun sronok melayan ummi memilih kain....ayah lepak kat luar je la...tetiba sakit kepala...

Layan Pameran Kesenian dan Kraftangan Chinatown di One Borneo

Lepas dari siksaan jiwa raga di Jakel, merayap plak ke One Borneo....cam biasa la, memang ramai umat manusia menghabiskan hujung minggu bersama famili masing-masing. Kebetulan ada "Chinatown Art & Craft Exibition"...layan jugak la...sebab banyak gak perkara menarik melihat hasil kraftangan spontan yang didatangkan khas dari Negara China. Antara yang menarik ialah tulisan nama menggunakan kaligrafi cina berwarna warni (memang cantik dan demonstrasi life lagi tu...) dan ukiran menggunakan tanah liat yang sangat cantik dan detail hingga besar sebiji beras pun dapat diukir. Itulah kelebihan dan kemahiran pakar-pakar kraftangan dari China tu....



Di antara perkara-perkara menarik di pameran tuh...
Pengarah Muzium tu ukir sendiri, juga pakar perubatan herba cina


Begitula masa dihabiskan hujung minggu ni bersama famili tersayang. Masa bersama begini merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga...dan masing-masing menghargai antara satu sama lain. Harap dapat lagi santai sakan macam ni lagi...jalan-jalan cari makan di KK....nak pergi jauh tak berapa gagah bulan nih...lain kali boleh lah....

Okay la....terima kasih sekali lagi kepada semua pengunjung blog ni melayan kerenah penulis blog santai ni. Diharap dengan melayari blog santai ini, anda juga bersantai bersama kami....

Esok Ahad rehat di rumah je la....

Akhir kata, selamat santai....


3 comments:

Azeyana Zainal said...

baca entri ustaz ni buat teringat kenangan bersama family..dh faham dah napa bapa xakan masuk pilih kain sama hehehe

Takilala said...

Ingatkan pengawas smkm2 kat Jakel tu. Sama je fesyen. Huhuhu.

Anonymous said...

Terima kasih daun keladi...Abg sggh baik hati...Kalu bole kita gi lagi ekk...

Hi..hi..hi

-ummi-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails