Thursday, May 7, 2009

Program Praktikal Pengurusan Jenazah

Program Praktikal Pengurusan Jenazah pelajar tingkatan 3 As-Syafie SMK Membakut II 2009

Salam,

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi satu aktiviti praktikal yang telah lama dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya. Kali ini melibatkan para pelajar tingkatan 3 As-Syafie dan merangkumi tajuk Pengurusan Jenazah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3, Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini bermula dari jam 8:20 pagi hingga jam 9:40 pagi (sampai waktu rehat). Persediaan telah dibuat bermula dari jam 7:30 pagi bersama beberapa orang pelajar yang sangat ringan tulang membantu.

Aktiviti praktikal kali ini meliputi beberapa perkara penting dalam pengurusan jenazah di antaranya :

1. Persediaan kelengkapan mandi jenazah
2. Cara memandikan jenazah
3. Persediaan kelengkapan mengkafan jenazah
4. Cara mengkafankan jenazah
5. Solat Jenazah
6. Upacara pengkebumian

Semua perkara di atas dijalankan secara praktikal oleh para pelajar sendiri dan dibantu selia oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam yang mengajar di tingkatan 3 As-Syafie.



Suasana ketika aktiviti Praktikal Pengurusan Jenazah

Jutaan terima kasih diucapkan kepada model jenazah iaitu Mohd Kamal bin Sejali yang sanggup menjadi mayat (model jer la...) dan telah dimandi, dikafan dan disembahyangkan...ada cerita sebenarnya kenapa pelajar ini dipilih sebagai mayat....

Kisah si Kamal

Pelukan erat dari si Kamal selepas menjadi 'mayat'

Bukanlah untuk memburukkan si Kamal ini...tetapi untuk dijadikan teladan...Sebelum ini pelajar ini boleh la juga dikatakan sebagai pelajar yang 'jajal' (nakal dalam bahasa Brunei...). Buku teks, buku nota selalu tak dibawa, malas jugak la, kuat main, tak berapa minat belajar, tak beri kerjasama dengan guru-guru (sebahagian guru la....) dan pernah banyak kali dihalau keluar dari kelas.

Itu adalah kisah sebelum ini. Sejak si Kamal ini menangis teresak-esak di bilik media tempoh hari (setelah menyaksikan video dari Ustaz Abdullah Khairi) dan telah ditenagkan oleh penulis, perangainya seakan-akan telah berubah (untuk subjek Pend. Islam la....subjek lain tak pasti nak cakap...). Nampak banyak berubah berbanding sebelum ini. Perangai lama dah hilang, lebih berminat nak belajar dan selalu volunteer melibatkan diri dalam P&P. Pendekatan kasih sayang nampaknya telah sedikit sebanyak memberi kesan daripada pendekatan keras yang menyebabkan pelajar semakin menjauhkan diri.

Dan yang menariknya kali ini, apabila diminta untuk merasa menjadi mayat, beliau terus bersetuju dengan penuh semangat....Terima kasih dan tahniah Kamal....Semoga ianya berkekalan dan didoakan agar Si Kamal ini berjaya dalam hidupnya kelak..."Teruskan yang baik Kamal....Ustaz sayang Kamal...."

(Ada juga cerita mistik...tapi malas la nak cerita....nanti lain jadinya...)




Praktikal memandikan jenazah bersama beberapa pelajar sebagai pembantu

Okay la, berbalik kepada aktiviti praktikal ni, sebenarnya kelengkapan jenazah yang ada tidak lengkap...contohnya tidak ada kapur barus, setanggi, air mawar, kapas dan banyak lagi la...Tapi praktikal ini dapat juga dijalankan menggunakan apa sahaja bahan yang dapat penulis cari dirumah seperti, putik kapas (amek ummi Akramie punyer), penggunaan bedak (amek si Akramie punyer...) menggantikan serbuk cendana dan kain kafan menggunakan kain ihram sewaktu Program Lambaian Kaabah tempoh hari. Hentam saja la labu...mana tahu kan nanti betul betul tak dapat nak cari bahan-bahan tu...buat yang wajib jer la...ini pun cuma demonstrasi beserta penerangan...bukan betul-betul...yer tak...?




Jenazah diangkat dari tempat mandi dan bersedia untuk dikafankan

Rupanyer ada juga pelajar yang mengeluarkan air mata (menangis la...) kerana teringat orang yang tersayang yang baru meninggal dunia dua tiga minggu lepas. Sebagai guru, telah ditegaskan bahawa kita memang tidak dapat lari dari kematian samada kita sendiri yang mati atau orang yang dekat dengan kita yang mati. Jadi yang hidup kena teruskan kehidupan dan doakan kesejahteraan mereka yang tersayang dan bukannya terus bersedih. Bersedialah menghadapi kenyataan.....

Dah la model mayat macam betul-betul punyer mayat, pucat sewaktu mandi menjadikan keadaan lebih realistik. Mayat memang berperanan sebagai mayat dengan baik, tidak bergerak sedikitpun walau apa yang terjadi kerana mayat sebenar pun akan dilayan seperti orang yang masih hidup. Perlu dilayan dengan lemah lembut bukan dengan cara yang kasar....



Praktikal mengkafankan jenazah disaksikan oleh para pelajar dengan tekun dan penuh minat...

Setelah selesai mengkafankan jenazah, ahli keluarga terdekat (konon-konon la adik -beradiknya) dibenarkan menatap wajah jenazah buat kali terakhir. Beberapa orang guru juga singgah menyaksikan apa yang terjadi....(ramai warga sekolah tak tahu, sengaja minta dirahsiakan dengan pelajar supaya tidak terganggu, sebab kalau ramai takut tak terkawal...nanti banyak ketawa...). Antara guru yang singgah membantu, menyaksikan dan turut bersedih ialah Cikgu Yusman, Cikgu Dayang Sa'adiah, Cikgu Rusman, Cikgu Najib dan beberapa orang lagi la yang kebetulan lalu...



Jenazah yang telah siap dikafan, diadakan praktikal solat jenazah berjamaah...

Solat jenazah dijalankan secara berjamaah dengan mengikut bacaan guru (maklumlah doa takbir ketiga dan keempat pelajar tak hafal) Pelajar mengakui sendiri inilah kali pertama mereka dapat menyaksikan secara dekat bagaimana pengurusan jenazah dijalankan....Siap mandi, kafan dan solat sekali....ada juga pelajar kelas lain yang tanya...ustaz...kelas kami bila pulak...? Emm...kena tanya guru yang mengajar la...

Bergambar kenangan setelah selesai aktiviti Praktikal Pengurusan Jenazah

Setelah selesai semuanya, kami ambil gambar kenangan dan terus buat gotong-royong bersihkan kawasan aktiviti supaya macam tak ada apa-apa berlaku...yang penting kami dan jalankan aktiviti ini dengan jayanya...

Terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar 3 As-Syafie. Semoga aktiviti ini memberi manfaat dan pengukuhan dalam pemahaman tajuk Pengurusan Jenazah. Jangan lupa, teruskan ulangkaji ustaz doakan kejayaan kalian dalam PMR tahun ini yang tinggal 152 hari, 2 jam, 39 minit, 02 saat (ketika posting ini ditulis...)

Semoga pengunjung blog ini juga dapat bersantai mengikuti coretan aktiviti bersama blog ini...jika ada komen atau kritikan kongsikan bersama di ruangan di bawah...

Selamat santai...



8 comments:

Anonymous said...

dahsyt, mcm real sangat, inilah first time nampak...hebat sakan...from: mr. lain k.c

Takilala said...

kill kill.. die die... huhuhu

Nanie Harris said...

Kali pertama tgk jenazah berposing dlm gmbr...

Anonymous said...

Satu kaedah pengajaran yg menarik dan berkesan...Tahniah ust n sume pljr 3 Syafie..

Unknown said...

msa ktaorg form 3 dlu..
xda pun wat..
huhuk..
jelez arr..



remind me bout my late grandpa..
2 months oready..
huhuk..

Norazman Md Noh said...

mr. lain k.c : thanx for dropping by...you always there in my program...thanx again

Takilala : kill kill..die die...

Reds : kalu pakai dslr lagi best kan...bila nak sampai sabah? meh la sini amek gambo..

Anonymous : terima kasih atas pujian tu...jangan lupa santai selalu di sini...kalau dapat next comment pakai nickname ape2 lepas komen tu...thanx again

MizBeLL : jgn lar jelez...nda baik ba...nanti belajar jua tu...jn risau...

Anonymous said...

its a great ustaz.....
sy bangga mjadi ank murid ustaz...
i jwant to say...
it's a great!!!
-Suyana_princess-

Anonymous said...

it'S a great ustaz....
ktorang sentiasa mngingati psanan ustaz...
tq..!!
maafkan ksalahan kami.jika slah ek ustaz...
-Budak^Nakal_3AS-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails