Wednesday, May 6, 2009

Malang tidak berbau

Salam,

Begitulah kata pepatah mengenai nasib buruk yang menimpa seseorang. Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Entry ni ditujukan kepada seorang pesilat sekolah yang sangat kuat semangat iaitu Akmal Faiz bin Nurun yang telah pun patah tangan dan telah di simen hingga ke siku pada minggu lalu. Beliau telah diberikan cuti rehat sehingga tiga minggu. Kisah beliau boleh dibaca di sini.

Akmal masih boleh tersenyum ketika menunggu ke bilik x-ray

Walaubagaimanapun, di atas kegigihan dan semangat beliau, kelmarin beliau telah turun bersama para pesilat lain menyaksikan latihan harian yang dijalankan di sekolah. Tangannya tidak lagi bersimen. Apabila ditanya, ke mana batu simen tu...dia selamba menjawab...sudah dibuka oleh tukang urut...mamanya cuba untuk berubat cara kampung untuk cepat sembuh dan kembali beraksi semula bersama pesilat-pesilat lain.

Mamanya sedikit pun tidak gusar untuk melepaskan anaknya bersama dengan guru-guru Persatuan Seni Silat SMK Membakut II kerana beliau mendapati guru-guru ini amat bertanggungjawab dan beliau secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kerana menguruskan kemalangan Mohd Akmal Faiz hingga selesai walaupun hingga ke malam hari.

Begitulah kerjasama ibu bapa serta kegigihan dan semangat yang ditunjukkan oleh pesilat SMK Membakut II. Kegigihan dan semangat beliau harus dicontohi oleh pesilat-pesilat lain... Kemalangan memang tidak berbau, dan itulah risikonya...."kalau tidak mahu sakit, jangan main silat....pergilah main guli ker, galah panjang ker, layang-layang ker atau permainan lain yang lebih selamat....." begitulah kata-kata Mohd Akmal sinis kepada guru-guru silat sekolah...

Akhir kata, perjuangan mesti diteruskan....

Selamat santai....


3 comments:

Anonymous said...

Tahniah buat adik Akmal yang kuat semangat. Begitu juga buat guru-guru Per. Silat yang begitu dedikasi dan sgt bertanggungjawab terhadap kebajikan ahlinya...Smgt beginilah yg perlu ditanam dlm diri setiap pendidik dan anak2 didik..SYABAS!!!!

-ikhlas : follower santai

Takilala said...

perghh.. kuat sungguh penangan saufie.

hidayahtraining.bloqspot.com said...

tahniah juga dari saya buat adik akmal dan long yang gigih dalam memartabatkan warisan bangsa ini...biasalah kalau tidak rasa mana kan tahu dimana bisanya...teruskan berjuang long...dan adik akmal.." never give up"..kalau perlu ilmu dari semenanjung ni khaborleee...he..he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails