Monday, May 18, 2009

Lawak santai lagi

Gambar hiasan...lepas baca lawak santai...

Lawak 1 : Angsa


Seorang pelanggan kedai haiwan peliharaan sedang berjalan-jalan sambil mendukong dan membelai seekor angsa dengan sangat mesra.

Tiba-tiba seorang pemuda yang juga pelanggan kedai tersebut ternampak dan berkata

"Ciss, monyet rupa buruk cam tu pun ko sayang??!".

Lalu si pemilik angsa tadi menjawab:

"Hei, Apa kau kata? gila apa ke buta apa... Ini angsa lah, bukan monyet, bodoh!".

Mata kedua lelaki saling bertentang, kemudian lelaki kedua tadi menjawab:

"Kau tu yang Gile! Apa kau ingat aku bercakap dengan kau? Aku sedang bercakap dengan angsamu itu, gilaaa..!"

----------------------------------------

Lawak 2 : Kisah Pudu Raya

Pada satu hari aku pergi ke Pudu Raya, ambil sepupu yang nak datang jumpa aku, namanya Ali. Dah hampir 10 tahun tak pernah jumpa dia. Sesampai kat pudu aku pun pergi ke tempat yang dijanjikan. Memang penuh orang kat Pudu, maklumlah orang nak balik raya. Aku pun tak berapa pasti lagi bentuk rupa dia macamana. Tapi akhirnya jumpa juga dia dicelah ramai-ramai orang yang ada kat situ.

Apa lagi seronok sembanglah dengan dia, dan satu lagi dia datang ngan sorang lagi sepupu aku, Atan namanya. Aku pun tak berapa pasti dengan muka dia, maklumlah dah lama sangat tak jumpa. Terkejut aku tengok si Atan, dia berdiri sebelah Ali, perut dia buncit, gemuk gila. Aku pun apa lagi, terus melawak lah,

Aku: Ni Atan kan? Hoi Tan,gemuk betul engkau ni, perut buncit, minum todi ke kat kampung, rambut sebijik macam gengster, bontot besar tempayan?

(Aku pun tujah tujah perut dia, aku korek pusat dia, aku gelak kuat kuat, teringat semasa dulu cara aku melawak ngan atan)

Tiba-tiba, Ali tarik aku cepat-cepat, dia kata itu bukan atan, atan tengah pergi toilet, itu orang lain lah, dia sendiri tak kenal. Aku terdiam, terbayang macamana aku tujah perut orang tu, lepas tu kutuk-kutuk pulak perut buncit minum todi, gelak lagi kuat-kuat....malu aku, tak sempat mintak maaf pun kat brader tu, kami lari cepat-cepat tinggalkan tempat tu.

Takut kena pukul pulak.....

------------------------------------------------

Lawak 3: Pak Pandir di jalan raya dan office

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".

"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"
(maksudnya dia la tu yang tersalah jalan)

Satu lagi perangai pak pandir semasa kat ofis, kalau boss dia suruh potostate sesuatu, mesti dia lepas photostate to akan berhenti sekejap kat mesin tu, periksa sesuatu, bila orang tanya kenapa " Nak check ejaan betul ke salah dengan yang orijenal ni"

Tu jer la...

Selamat santai dan bergelak ketawa....


4 comments:

Anonymous said...

syurga bapak engkau


tersebutlah kisah seorang ustaz telah mengajar kepada muridnya bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Lalu murid itu yang masih tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan guru tersebut ingin mencari syurga tersebut.
Pada satu malam apabila ibunya telah tidur ia pun mencari secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibunya.
Tapi malangnya ia masih tidak berjumpa dengan syurga yang dimaksudkan oleh ustaz tersebut lalu ia pun terus mencari sehingga di dalam kain ibunya.
Perbuatan tersebut telah disedari oleh ibunya lalu ia pun menceritakan mencari syurga di bwah tapak kaki ibutersebut. budak tersebut pun bertany;
"ibu apakah syurga yang saya lihat ada dalam kain ibu"
ibunya pun menjawab;
"itu bukan syurga engkau, itu syurga bapak kau"


posted by mantap

Norazman Md Noh said...

Mantap...bahayalah cerita tu..boleh ,menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung santai nanti... Sekarang pun dah timbul isu tak menarik di dengar...(lawak lucah) saya mintak izin delete yer komen ni... Tuan Mantap tak mara kan...untuk kebaikan kita juga ba... Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Mantap kerana tuan merupakan pengunjung setia blog ini..

Teruskan santai bersama blog ini...

I suka ngan Tuan Mantap...

Anonymous said...

ok...saje nak sumbang cerita lawak ba...hehehe. from: Mantap

Norazman Md Noh said...

Tuan Mantap memang sporting...I love u Mantap..keep on blogging...

Komen la majlis kawin si Eng tu... Tuan Mantap bila lagi...???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails