Thursday, May 14, 2009

Lawak santai 2

Lawak ni dipetik daripada laman megasutera.com di bahagian jenaka berwawasan. Lawak ini adalah sumbangan kidznextblock, seorang warga Megasutra. Penulis blog santai tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah, kesulitan, keresahan hati yang dialami oleh pengunjung blog ini. Tujuannya hanya semata-mata untuk bersantai sahaja....bacalah dengan minda terbuka....


Lawak 1 : Boss cerdik

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawab.

Bos tu kata, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

--------
MORAL:

Untuk jadi bos yang cerdik, kenalilah pekerja anda, dan ambil tahu masalah yang mereka hadapi.

Lawak 2 : Cita-cita besar

Artikel ini adalah sumbangan d_putra98, seorang warga Megasutra. Sekali lagi ditegaskan peringatan seperti di atas.

Seorang guru meminta murid-muridnya memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Dengan bersemangat Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".


MORAL:

Hidup ini perlu ada cita-cita barulah ia bermakna.






2 comments:

Anonymous said...

Kah..Kah..mcm nak putus urat perut ketawa...santai..santai..mmg betoi2 santai la..

Anonymous said...

siok laa ustaz...
hihihi.....
kc msuk lawak y bes lg aa...
SuLyaNa_^PrinCeSs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails