Thursday, May 14, 2009

Informasi santai...

Bagaimana sesebuah sekolah boleh memanfaatkan blog ? Bahagian I

Sebelum memulakan tulisan ini, penulis ingin mengingatkan para pembaca dan pengunjung blog ini supaya membacanya dengan minda terbuka dan bukan untuk mencari kesalahan orang lain. Tujuan tulisan ini sangat murni iaitu ingin berkongsi informasi secara santai dengan para pembaca dan menjadikan blog ini sebagai satu blog yang santai penuh dengan informasi, tazkirah, tips, cerita hangat, lawak jenaka dan seumpamanya....agar pengunjung boleh bendapat maklumat sambil bersantai....

Apabila bercakap mengenai blog, kita seringkali terfikir sesuatu yang negatif, tidak baik, jahat, berunsur fitnah, memburukkan orang dan sebagainya...betul tak...? kenapa kita berfikir begitu... Ini mungkin kerana otak kita telahpun disetkan lebih awal tentang perkara tersebut dengan perkara yang tidak baik oleh pelbagai sumber samada orang perseorangan atau media perdana.

Sebenarnya, pada pandangan penulis blog ini adalah satu medium yang baik, agak sempurna dan mesra pengguna (friendly user). Maknanya orang yang buta IT pun sekiranya pandai menaip boleh menggunakan dan menulis blog dengan baik. Sama juga seperti televisyen atau komputer....sekiranya kita bijak menggunakan televisyen dan komputer maka kita akan dapat manfaat daripadanya. Begitu juga sebaliknya, sekiranya digunakan untuk tujuan yang tidak baik, maka tidak baik jugalah akibatnya....banyak lagi contoh lain seumpamanya dalam kehidupan seharian ini....

Kalau kita rajin membaca dan mengikuti blog berkaitan pendidikan, sebenarnya terdapat banyak blog samada blog peribadi guru-guru, blog organisasi melibatkan guru, blog para pentadbir, blog panitia matapelajaran dan yang paling menarik ialah blog para pelajar. Bagaimana sekiranya di sebuah sekolah itu semua warganya mempunyai blog...??? Pada pandangan penulis sekiranya penulis menjadi pengetua atau pemimpin sekolah tersangat mudahlah urusan memantau segala aktiviti yang terdapat di sekolah dan sekolah tidak lagi menghabiskan masa bersyuarat berjam-jam membincangkan aktiviti-aktiviti yang kebanyakkannya tidak dapat dijalankan di sekolah.

Dengan adanya blog semua laporan aktiviti tersedia untuk tatapan pengetua dan para pentadbir sekolah seterusnya memudahkan lagi urusan pemantauan dan penghargaan kepada yang layak. Maka tidak adalah lagi ketidakpuasan hati berdasarkan penilaian peribadi kerana semua orang dinilai berdasarkan prestasi kerja sebenar seperti yang dilaporkan diblog mereka.

Terdapat pilihan samada menulis secara rasmi atau tidak rasmi samada menggunakan nama peribadi atau jawatan. Sebagai contoh blog yang penulis gunakan sebagai rujukan ialah blog SMK Sg Choh, sebuah sekolah biasa di Selangor. Di sebelah kanan blog terdapat link-link mengikut hirarki sekolah seperti blog para pentadbir, blog panitia, blog pembelajaran dan lain-lain blog berkaitan....

Klik gambar untuk besarkan (lihat bulatan merah) klik sini untuk ke blog SMK Sg Choh

Dari link-link tersebut para pembaca dan pentadbir boleh mendapat pelbagai informasi dan maklumat semasa yang sentiasa dikemaskini dan boleh dikongsi oleh semua warga sekolah. Sebenarnya banyak lagi kelebihan blog yang boleh dimanfaatkan oleh sesebuah sekolah. Bersambung lagi nanti di bahagian seterusnya....

Selamat santai...


2 comments:

Takilala said...

huhuhu..interview..huhuhu

Anonymous said...

Sy stuju 100%...Blog mmg ada pro n kon. Yg ptg penulis ikhlas dlm penulisannya dan pembaca terbuka n ikhlas dlm pembacaannya...Tak jd masalah malah byk kebaikannya...Terima kasih kpd ustaz yg pd hemah sy tlh membuka minda kbnykn guru, pljr malah pntdbir utk lebih celik IT dlm kita mengharungi era globalisasi ini...Sy jg menyeru kpd sume pembaca blog ini spy lbh membuka minda agar kita x jd katak bwh tmpurung @ ulat yg x mau kuar dr kepompongnya..RUGI!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails