Saturday, May 9, 2009

RENUNGAN.....Apa komen anda....?

Salam,

INGATAN...!!!! ini bukanlah tulisan penulis blog santai, ini cume petikan yang diambil daripada forum Tranungkite.net di bahagian Bahan Umum....nampak macam menarik untuk direnungkan bersama..terpulang kepada anda untuk beri respon samada dalam bentuk kritikan atau ulasan santai.....

Re: GURU DIPAKSA KERJA SEMASA CUTI UMUM.
(Score: 1)
by gigabyte on Thursday, May 07 @ 09:26:24 MYT
(User Info | Send a Message)


Aku seorang guru, aku juga seorang ;
1. Kerani kewangan - kutip yuran.
2. Kerani kebajikan masyarakat - uruskan biasiswa
3. Kerani kedai buku - uruskan pinjaman buku teks
4. Tukang kebun - buat keceriaan sekolah, buat padang bola.
5. Kerani pentadbiran - uruskan hal kelas
6. Juru teknik - betulkan kipas rosak, paip bocor, baiki perabot rosak.
7. Jurulatih - latih budak bola sepak, ragbi dan segala permainan yang ada bola.
8. Pengawal keselamatan - pastikan keselamatan murid datang dan balik.
9. Pemandu ambulan - hantar anak murid sakit ke klinik
10. Pemandu teksi - kereta cikgu digunakan untuk hantar pelajar bersukan dll.
11. Kerja 6 hari seminggu.
12. Menanda buku , 1 buku 5 minit x 120 orang.
Tanda kertas ujian/ peperiksaan, 1 kertas 15 minit x 120 orang.

Setakat ini aku tulis, kalau ada cikgu nak tambah, di persilakan.
Over time...mana ada aku ulang lagi mana ada.

Luahan perasaan itu adalah hasil daripada petikan ini....

GURU DIPAKSA KERJA SEMASA CUTI UMUM.
Dilulus terbit pada Tuesday, May 05 @ 22:00:46 MYT oleh TokBatin

" Isu pendidikan yang melibatkan guru sekolah tidak pernah selesai. Masalah guru memang kerapkali diluahkan dalam akhbar dan di dalam internet. Tetapi pihak atasan tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan msalah guru malah mengambil tindakan yang lebih mengusutkan lagi keadaan. Walaupun Kerajaan atau Kementerian ialah majikan guru yang sebenar, guru biasanya menerima arahan yang tidak wajar dari Pengetua.

Arahan tidak bertulis ini sering bersifat kontroversi dan ’disputable’. Dalam banyak keadaan, arahan Pengetua tidak diketahui oleh pihak atasan. Pengetua pula memang selesa dan gemar ’memaksa guru melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika, moral dan Perintah Am. Tetapi oleh kerana kuasa memberi markah prestasi ada pada Pengetua, dan sifat ramai guru yang bersikap ’yes man’ maka amat sukar untuk guru menolak atau mengingkari arahan mereka.

Dalam usaha untuk mencipta nama, mendapat kepujian dan mengekalkan reputasi sekolah, Guru Besar tanpa ragu-ragu memaksa guru melakukan kerja yang tidak wajar, tidak kena pada tempat dan masanya. Mengadakan kelas tambahan tiga atau empat kali setiap minggu adalah perkara biasa. Selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berakhir pada jam 2.40pm, sekolah ’memaksa’ guru untuk mengadakan kelas tambahan terutama untuk kelas-kelas PMR dan SPM selama 1 hingga 2 jam. Pada musim cuti sekolah, hampir semua guru terlibat dalam mengendalikan kelas tambahan. Terdapat sekolah yang mengadakan kelas tambahan untuk semua tingkatan tidak kira kelas SPM atau PMR agar semua guru terlibat (bukan sebahagian guru sahaja) supaya tidak timbul isu ’tidak adil’.

Selain masa selepas P&P dan musim cuti sekolah, terdapat sekolah yang mengadakan aktiviti semasa cuti umum seperti pada Hari Wesak, Hari Maulidur Rasul, Hari Cuti Umum bagi Negeri-negeri, Hari Nuzul Quran dan sebagainya. Pengetua/Guru Besar ini tidak menghormati cuti umum ini dalam keghairahan mereka untuk mengharumkan nama sekolah dan seterusnya menaikkan nama mereka dalam senarai Guru Besar cemerlang. Yang menjadi mangsanya ialah guru-guru. Mereka telah dinafikan cuti umum yang boleh digunakan untuk bersama keluarga. Pernah satu kali itu, sekolah di Pekan Pahang tanpa segan silu mengadakan Hari Sukan sekolah pada hari cuti Maulidur Rasul.

Di sini kami ingin ’mencelikkan semula’ pihak yang berkenaan bahawa masing-masing pada 7 dan 9hb Mei adalah hari Hol (bagi Negeri Pahang) dan Hari Wesak. Malangnya pada kedua-dua hari tersebut terdapat sekolah-sekolah di Kuantan (dan mungkin di lain-lain negeri juga) mengadakan aktiviti rasmi. Kami mendapat maklumat ada sekolah mengadakan mesyuarat guru panitia, mesyaurat MUET, kursus-kursus untuk pelajar atau guru, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan.

Kami yakin pihak PPD dan Jabatan Pelajaran Pahang maklum tentang perkara ini atau mereka sengaja mendiamkan diri. Kita tidak pasti adakah pihak Kementerian merestui kerja-kerja ’tidak wajar’ pemimpin sekolah yang mereka lantik ini. Barangkali ini adalah antara ciri-ciri tersirat perlantikan Guru Besar/Pengetua oleh Kementerian iaitu mereka mesti sanggup buat sesuatu yang bertentangan dengan peraturan yang mereka sendiri buat. Amalan memaksa guru bekerja lebih masa dan semasa cuti umum adalah perkara biasa sejak dahulu lagi. Isu ini sudah beberapa kali diketengahkan oleh guru-guru yang prihatin tetapi sehingga hari ini, pihak majikan tidak pernah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Mungkin jika kita meminta pihak parti pembangkang mengutarakan isu ini, pihak pemerintah akan terus menuduh isu ini cuba dipolitikkan. Tetapi biarlah ia dipolitikkan asalkan luahan guru-guru yang sentiasa diketepikan oleh ’majikan’ mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini diberi pembelaan oleh pihak pembangkang yang mungkin lebih prihatin dari mereka. "

Peringatan sekali lagi...penulis blog santai tidak ada sedikitpun kaitan dengan artikel ini dan sekadar copy and paste jer...penulis blog santai juga tiada niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, samada pengetua, guru besar atau pengurusan mana-mana sekolah...cuma ingin melihat respon pembaca terhadap sesuatu isu semasa.

Bacalah dengan minda terbuka dan lapang dada dan kongsikan respon anda (kalau ada la....) bersama penulis blog santai.....jika tidak berminat sila abaikan posting ini dan bacalah menda lain atau buatlah menda-menda lain yang anda minat....

Selamat santai....



5 comments:

Anonymous said...

Ya...setuju sgt..cam sek I, pengetua gunakan tenaga dan masa guru yg tak dpt claim OT nie utk dpt nama dan naik pgkt..Kalu pandai jg kebajikan guru tak pe la jg..

santai follower

yusman said...

sangat setuju ooooo.jd cikgu ni umpama kita kerja macam-macam la.tu yang best tu.kerani,pemandu ambulan,tukang kebun dll la.nak harap claim jgn tah.org yg jd cikgu adalah org yg penyabar, tenang dan kuat semangat serta x mudah putus asa.HIDUP CIKGU.

Anonymous said...

Lakukan dgn sabar n ikhlas, dapat byk ganjaran sbg penyelamat di SANA nanti......

Takilala said...

Ganjaran..telah dijadikan
Ganjaran..bawa kebahagiaan
Ganjaran..itu yang diterima
Ganjaran..suatu kepuasan

Anonymous said...

It's a wonder that even after all the hard work and time put into 'education', Malaysian youth today have become mat rempits, mat raguts, rapists and other social misfits.

Graduates still can't speak English well; only 3% of Malaysians actually read books; those who do degree course, plagiarise (or ask or pay others to do their assignments); Students give stereotypically unimaginative answers...

I agree that many school administrators are overzealous. By overzealous, I mean overly ambitious, demanding, trend-following YET unclear of the objective. As long as the teachers are seen working their asses off, it's job well done for them.

To make matters worse, the society expects teachers as angels or martyrs. To some point they are right as there are angels you are gentle, yet there also ones whose work is to yank the soul out from your body!

Let's be true to ourselves. Don't talk about nobility or teacher-as-lit-candle romantics. We hang on because there are cars, houses, credit cards and mouths to feed with miniscule means. Just like people in other vocations.

While the fact that teachers are at the end of the 'food chain' is, to some extent, tolerable, "Sapa suruh jadi cikgu?", being forced to work on public holidays is definitely not.

It's an offence done by the overzealous 'ladies-with -jackets-over-flowery-baju-kurungs' and 'men-in mismatched-double-breasted-jackets' who call themselves administrators.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails