Showing posts with label gelagat. Show all posts
Showing posts with label gelagat. Show all posts

Saturday, May 30, 2009

Tolong bungkus....

Yang tak dapat hadiah semangat membantu
bungkus hadiah...amek berkat...


Salam,

Semalam, Jumaat sibuk bagi markah yang dah siap rait kat pelajar....Apa lagi kena tunai janji la..."Sapa dapat A (80 ke atas) dapat hadiah istimewa..." itu janji sebelum peksa aritu. Punyer le semangat bebudak nih study...7 orang dapat A bagi subjek Pend. Islam kelas 3 As-Syafie. Yang lain sederhana dan ada 2 orang GAGAL. Hmm...siap tuntut hadiah lagi...ok la..mereka memang layak dapat. So, bila tanya nak bagi di kelas ke nak bagi kat perhimpunan...Apa lagi mesti nak glamour kan...takder hal...layannn....

Kelas 2 Al-Ghazali pun dah siap rait....semua GAGAL kecuali 3 orang jer lulus. Sedih jugak la...tapi apa kan daya...itu jer kemampuan dorang. Walaubagaimanapun, yang lulus tu dapat hadiah....adil tak....???

Tunggu Isnin depan bukak sekolah yer....


Terima kasih kepada pembantu setia...
semoga lepas ni kalian pulak...

Pantang nampak kamera...trus posing...

Tahniah kepada yang berjaya....yang kurang berjaya tingkatkan usaha...

Selamat santai....

Sunday, May 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Cikgu Eng

Selamat Pengantin Baru Eng dan Azrey

Salam,

Hari Sabtu lalu selepas waktu persekolahan ganti (ada peperiksaan semester 1) kami beramai-ramai satu sekolah pergi ke Majlis Perkahwinan Cikgu Lee Swee Eng dan Azrey di Beaufort. Memang majlis simple tapi meriah bangat. Maklumlah, Cikgu Eng ni mesra alam dan baik orangnyer. Boleh dikatakan hampir semua rakan guru turun memeriahkan suasana.


Dari kiri Cikgu Rosley, Cikgu Nasip, Cikgu Kabul, Cikgu Yusman,
penulis dan isteri, hujung sekali Emi (isteri Cikgu Yusman)
dan Si Adam budak manja...

Si Akramie jadi cameraboy

Yang nampak mata jer tu Cikgu Manap kut....


Sampai di taman perumahan dekat petronas Beaufort tu kami berkumpul dulu tunggu kengkawan lain...biar ramai baru meriah kan....rupanya ramai jugak dah geng-geng bujang tiga (sebab tak bawak bini masing-masing) tunggu kat bawah pokok. Cikgu Yusman dan penulis bawak keluarga masing-masing (sebab lepas tu terus ke KK, hantar kawan ke KKIA)

Sempat ambik gambar kenangan dengan pengantin

Majlis sungguh meriah dan sangat unik......Apa yang menariknya ialah kaum keluarga Cikgu Eng yang datang ada yang Chinese dan ada yang dah convert (Muslim). So, tak ragu-ragu lagi nak makan jamuan tu sebab tuan rumah memang dah memahami situasi semasa sebab ada tetamu Muslim bahkan keluarga mereka sendiri ramai juga yang muslim...maknanya makanan tu memang halal dan khabarnya di masak bersama secara gotong-royong (kalau salah tolong bagitau ek...)

'Pose' manjer Cikgu Eng dan suami

Nampak manjer dan manis plak Cikgu Eng ni masa majlis tu...tengok la gambar tu...nampak jer kamera terus posing meraikan cameraman/woman....Si Azrey tu pun sporting jugalah...memang dah kenal dari tahun lepas lagi masa meraikan sepupunya kawin di Dewan Pak Musa Beaufort....masa tu Eng orang paling sibuk menguruskan majlis sepupunya tu dan kami plak buat persembahan kulintangan...sekarang giliran dia plak kan...

Semoga berbahagia selalu dan semoga perkahwinan kekal hingga ke anak cucu. Cikgu Imelda tunggu giliran plak lepas ni...Sok sekolah boleh ngusik-ngusik Cikgu Lee Swee Eng...jangan mara aa Eng...

Selamat santai...


Friday, May 22, 2009

Santai pelik : "Jawapan"

Pelajar tekun menjawab soalan peperiksaan
Salam,

Bersempena dengan musim peperiksaan pertengahan tahun ni nak ucap selamat kepada semua para pelajar, semoga dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan mendapat markah yang baik insyaALLAH.

Sebenarnya setiap kali peperiksaan penulis akan mengalami perkara ni. Memang agak pelik dan menarik. Kekadang terfikir apa yang sedang para pelajar fikir. Susah juga untuk difahami samada adakah mereka belajar atau tidak selama ini.

Seringkali berlaku apabila penulis 'merait' (memeriksa) kertas jawapan pelajar. Ada yang tak jawab langsung, jawab tapi tak tepat, tak betul dan yang palik pelik jawapan yang diberikan tak berkaitan dengan apa yang disoal dalam kertas soalan. Adakah mereka ini memberikan jawapan tentang apa yang ditanya atau memberi jawapan sekadar apa yang mereka tahu dan fikir...Kekadang penulis ketawa sendiri berdekah-dekah sampai nak pecah perut bila baca jawapan pelik nih...

Walaubagaimanapun bukanlah semua pelajar memberikan jawapan pelik begini. Ramai yang dapat jawab dengan baik malah sangat tepat. Tapi yang ni...susah la nak cakap...Setakat ni baru rait beberapa kertas sudah pun ada beberapa jawapan pelik nih...

Memang pelik...berikut contoh jawapan yang diberikan pelajar dan juga soalannya....

1) Soalan Ting 2 Pend. Islam:

Mengapakah Saidina Ali digelar Karramallahu Wajhah dan apakah maksud gelaran tersebut?

Jawapan pelajar 1 : Karramallahu wajhah bermaksud membawa sebatang sepanduk untuk tenteranya.

Jawapan pelajar 2 : Harimau putih

2) Soalan Tasawwur Islam Ting 4 : Apakah peranan hadis dalam perundangan Islam?

Jawapan pelik pelajar : keluar haid dan keluar air mani

3) Soalan beberapa tahun lepas yang memang tak dapat lupa sampai hari ni : Apakah hukuman bagi SUAMI ISTERI yang bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan?

Jawapan pelik pelajar : Duduk atas ais batu selama tiga hari tiga malam.....

he..he..he... pelik...pelik...

Selamat santai....






Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Sebahagian hadiah pelajar kepada penulis sempena Hari Guru tahun ini

Salam,

Alhamdulillah, esok 16 Mei 2009 adalah Hari Guru bagi semua yang bergelar guru, pendidik, cikgu, ustaz dan ustazah. Hari ini di sambut setiap tahun untuk mengingati pengorbanan para guru untuk mendidik anak bangsa. Hari ini hari Jumaat dan merupakan hari terakhir persekolahan untuk minggu ini. Jadi di sekolah tadi adalah sedikit sambutan secara sederhana dengan ucapan Selamat Hari Guru daripada para pelajar kepada para guru dan juga sesama guru-guru.

Tahniah kepada palajar kelas 4 Ibnu Sina SMK Membakut II kerana mengambil kesempatan ini untuk mengadakan sambutan kecil-kecilan di kelas mereka. Walaupun penulis tidak mengajar kelas tersebut tetapi tetap mereka jemput untuk memeriahkan suasana. Terima kasih kepada 4 IS dan kepada guru kelas tersebut iaitu Pn Nurul Nadya Mabsah kerana mengingati dan menghargai para guru di sekolah ini. Inisiatif mereka ini tidak boleh dipandang ringan dan seharusnya setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada mereka.



Suasana meriah walaupun sambutan sederhana


Majlis memotong kek oleh sebahagian guru-guru perempuan

Guru-guru lelaki juga tidak ketinggalan

Pengetua dan PK Pentadbiran turut memeriahkan suasana
walaupun agak sibuk di pejabat


Bonda pengetua Pn. Hjh Tuan Maimun Tuan Sulaiman dan juga PK Pentadbiran Ustazah Dg Sitti Rahimah Ag. Damit Yahya turut memenuhi jemputan para pelajar 4 IS dan memeriahkan suasana. Sesungguhnya kehadiran mereka ini memberikan suntikan semangat kepada para pelajar dan seterusnya menghargai inisiatif para pelajar menyambut dan mengingati para guru mereka walaupun dengan sambutan sederhana.

Tahniah 4 IS dan guru kelas mereka dan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Semoga keberkatan dalam menuntut ilmu mengiringi kita sepanjang menempuh jalan berliku...

Selamat santai...


Thursday, May 14, 2009

Penghargaan dari anak-anak didikku

Terima kasih kepada BUDAK NAKAL 3 As-Syafie (klik untuk besarkan)

Salam,

Alhamdulillah, hari ni berlalu seperti biasa. Pada awalnya nampak cam biasa dan tiada yang istimewanya. Walaubagaimanapun, satu kejutan telah berlaku tadi di kelas 3 As-Syafie. Penulis bukanlah guru kelas tersebut tetapi rasanya untuk kali ni kasih sayang para pelajar terhadap gurunya ditunjukkan dengan lebih jelas lagi.

Pandangan belakang (klik untuk besarkan)

Isi di bahagian dalam (klik untuk besarkan)

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2 Hari lagi, satu kad besar Selamat Hari Guru dengan gambar penulis di depan telah diserahkan oleh para pelajar. Disambut pula dengan nyanyian lagu hari jadi versi dan lirik hari guru secara beramai-ramai. Kalau andalah mengalaminya...apa yang anda akan rasa....???? Tentulah gembira, terharu dan sebak.....betul tak....begitulah pengalaman yang dialami penulis hari ini....Rasa nak keluar air mata, tapi dapat ditahan juga. Bukan apa nanti tak dapat nak mengajar plak...penulis ni kekadang emosional jugak...tapi alhamdulillah hari ni dapat ditahan juga.....

Kepada anak-anak didik yang menyayangi penulis dan memberikan kad tersebut, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kalian. Memang tak dapat digambarkan seronok sebenarnya apabila seorang guru mendapat penghargaan sebegitu daripada anak didik mereka.....memang tidak dapat dinafikan perasaan seronok dan bangga tu apabila kad tersebut juga dilihat oleh guru-guru lain......

Sebenarnya mereka ini sayang semua guru-guru mereka cumanya mungkin penulis blog ini yang mula-mula mendapatnya. Mungkin esok lusa baru dibuat untuk guru kelas mereka dan guru-guru lain yang mengajar mereka.

Terima kasih sekali lagi. diharapkan agar ukhuwah yang terjalin kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Kenangan mengajar dan mendidik kalian tidak akan dapat dilupakan. Penulis mendoakan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat kalian.

Akhir kata...Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik. Semoga keikhlasan menjalankan tugas sebagai pendidik dibalas setimpal oleh Allah S.W.T.

Selamat bersantai....



Wednesday, May 6, 2009

Malang tidak berbau

Salam,

Begitulah kata pepatah mengenai nasib buruk yang menimpa seseorang. Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Entry ni ditujukan kepada seorang pesilat sekolah yang sangat kuat semangat iaitu Akmal Faiz bin Nurun yang telah pun patah tangan dan telah di simen hingga ke siku pada minggu lalu. Beliau telah diberikan cuti rehat sehingga tiga minggu. Kisah beliau boleh dibaca di sini.

Akmal masih boleh tersenyum ketika menunggu ke bilik x-ray

Walaubagaimanapun, di atas kegigihan dan semangat beliau, kelmarin beliau telah turun bersama para pesilat lain menyaksikan latihan harian yang dijalankan di sekolah. Tangannya tidak lagi bersimen. Apabila ditanya, ke mana batu simen tu...dia selamba menjawab...sudah dibuka oleh tukang urut...mamanya cuba untuk berubat cara kampung untuk cepat sembuh dan kembali beraksi semula bersama pesilat-pesilat lain.

Mamanya sedikit pun tidak gusar untuk melepaskan anaknya bersama dengan guru-guru Persatuan Seni Silat SMK Membakut II kerana beliau mendapati guru-guru ini amat bertanggungjawab dan beliau secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kerana menguruskan kemalangan Mohd Akmal Faiz hingga selesai walaupun hingga ke malam hari.

Begitulah kerjasama ibu bapa serta kegigihan dan semangat yang ditunjukkan oleh pesilat SMK Membakut II. Kegigihan dan semangat beliau harus dicontohi oleh pesilat-pesilat lain... Kemalangan memang tidak berbau, dan itulah risikonya...."kalau tidak mahu sakit, jangan main silat....pergilah main guli ker, galah panjang ker, layang-layang ker atau permainan lain yang lebih selamat....." begitulah kata-kata Mohd Akmal sinis kepada guru-guru silat sekolah...

Akhir kata, perjuangan mesti diteruskan....

Selamat santai....


Tuesday, April 28, 2009

Program Praktikal Lambaian Kaabah

Backdrop Program Praktikal Lambaian Kaabah yang simple...
Salam,

ALHAMDULILLAH....hari ini satu lagi program yang agak besar dapat dijalankan dengan jayanya iaitu Program Praktikal Lambaian Kaabah yang merupakan salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 bidang Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Membakut II. Program ini sepatutnya diikuti oleh semua para pelajar tingkatan 4 dan 5. Sebenarnya sebahagian daripada mereka terlibat dengan Dikir Barat dan Nasyid sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah di SMK Membakut. Jadi, tidak semua dapat mengikuti program ini....

Penceramah menunjukkan cara memakai ihram dengan betul dan sempurna

Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Kassim bin Mataha, Imam Masjid Pekan Membakut yang juga merupakan penceramah haji dan umrah Tabung Haji. Ini merupakan jemputan kali kedua beliau untuk program ini. Kali terakhir program ini dijalankan di sekolah ialah pada tahun 2007 di Masjid Raudhatul Ulum Al-Bukhari melibatkan semua pelajar tingkatan 4 ketika itu.

Demonstrasi memakai ihram

Mr Lain Kok Chung juga turut berminat meninjau program praktikal ini



Sebahagian guru yang turut mengikuti program praktikal ini

Jurugambar bertugas yang sangat dedikasi Mr. Yusman Nayan dengan DSLR EOS 450D

Sebahagian rombongan jemaah haji Malaysia dari SMK Membakut II



Gelagat para pelajar melakukan praktikal tawaf

Para pelajar melakukan praktikal tawaf sambil bertalbiah. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tuan penceramah telah memberi tunjuk ajar cara tawaf yang betul iaitu bahu mesti selari dengan Kaabah (model jer la...).



Tuan penceramah menjadi ketua rombongan jemaah haji melakukan saie dari Bukit Safa dan Marwah

Setelah aktiviti tawaf, para pelajar dibawa pula untuk praktikal saie. Dengan cuaca yang agak panas terik (tapi panas lagi di Mekah kut...) para pelajar berlari-lari anak apabila sampai di sempadan yang ditetapkan. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Barulah dapat rasa bagaimana perbuatan sebenar saie (walaupun jarak praktikal lebih dekat la...).



Gelagat para jemaah haji mendengar soal jawab

Selepas menjalankan praktikal tawaf, saie, melontar jumrah para jemaah haji (para pelajar) berkumpul semula untuk aktiviti soal jawab. Para pelajar memberikan respon yang sangat baik dan bertanya bermacam soalan berkaitan ibadah haji dan umrah. Soalan-soalan yang deberikan telah dijawab dengan panjang lebar oleh tuan penceramah.



Sebahagian peserta yang menjawab soalan-soalan kuiz yang diberikan

Sebelum majlis penutupan, bahagian yang menarik dalam program ini ialah soalan-soalan kuiz yang diberikan berkaitan program yang dijalankan. Para pelajar dikehendaki mengangkat tangan dan menjawab secara spontan soalan-soalan yang diberikan. Semua soalan telah berjaya dijawab oleh para pelajar dan mereka yang menjawab betul diberikan hadiah daripada Panitia Pendidikan Islam.



Gambar sewaktu Majlis Penutupan Program Praktikal Lambaian Kaabah 2009

Majlis penutupan Program Praktikal ini dijalankan secara ringkas yang dihadiri oleh wakil pengetua iaitu Ustazah Dg. Sitti Rahimah bt Ag. Damit Yahya. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada penceramah Tuan Haji Kassim bin Mataha, Imam Masjid Pekan Membakut dan juga kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Membakut II. Beliau juga berharap agar aktiviti ini dapat menjadi aktiviti tahunan sekolah.

Begitulah rentetan coretan pengalaman yang dapat dikongsi hari ini....

Selamat santai...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails