Friday, October 28, 2011

Perkongsian Ilmu: Seminar Irfan Khairi

Salam,

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang agak gumbira buat penulis. Maklumlah dapat berjumpa dengan seorang ikon "Internet Marketing" yang popular di tanah air. Siapa tidak kenal Irfan Khairi....seorang tokoh usahawan yang memang bijak memanipulasi teknologi untuk membuat pemasaran dan telah berjaya menjadi jutawan hasil dari pemasaran online....

Kebetulan penulis membuka email (rutin harian) dan ternampak peluang yang Irfan akan berada di bumi Sabah untuk membuat perkongsian, maka penulis pun tidak lagi ragu-ragu untuk menghadiri perkongsian beliau yang di adakan di Promenade Hotel. Walaupun sebenarnya pada hari ini penulis memang ada satu program besar yang sepatutnya dihadiri (Public Mutual), tetapi peluang yang datang ini memang julung-julung kali dan sememangnya penulis pasti akan terasa kerugian yang teramat sangat jika melepaskan peluang ini.

Signboard menarik ke bilik seminar....

Seperti biasa penulis mengambil tempat yang paling hadapan dan satu perasaan yang berbeza dapat dirasai apabila Irfan betul-betul berada di hadapan penulis. Nak tau rasa macam mana.... kena hadir dan rasai sendiri lah dan pastinya perasaan ini juga dirasai oleh orang yang pernah menghadiri seminar beliau....

Irfan memberi satu pose menarik bersama penulis....

Dan yang paling menarik sekali ialah penulis dapat satu buah tangan "PERCUMA" dari Irfan sendiri iaitu sebuah buku tulisan beliau yang ditandatangani sendiri oleh beliau. Tak tau nak cakap macam mana perasaan ketika itu....seronok bangat.....!!!


Camana Irfan boleh bagi percuma....hahaha....sebab penulis dapat menjawab satu soalan cepu emas tentang diri beliau....apa soalannya....??? Hahaha.... soalannya ialah berapa umur beliau.....dan penulis tanpa ragu-ragu menembak dengan tepat umurnya sama seperti umur penulis dan ALHAMDULILLAH dapatlah satu hadiah yang sangat berharga buat penulis dari beliau......tak tau nak cakap betapa seronoknya dan betapa berbaloinya menghadiri seminar PERCUMA ini....

Tandatangan Irfan pada buku penulis....

Ketika posting ini ditulis penulis baru sahaja sampai ke rumah di Membakut dan jam menunjukkan jam 2:40 pagi....hohoho....waktu ni semua orang sedang diulik mimpi-mimpi indah dan penulis telah mengobankan masa tidur yang amat bernilai ini untuk mencari mutiara ILMU dari seorang tokoh usahawan zaman moden ini.....

Inilah satu pengorbanan besar buat diri penulis dan harapan penulis semoga pengorbanan ini memberi input yang amat berguna buat diri penulis dan mudah-mudah penulis dapat berkongsi segala ilmu pengetahuan dan informasi yang dikutip ini dengan sesiapa sahaja yang berminat....no problem.....

Akhir kata, (dah ngantuk sangat dah ni...) salam pejuangan buat pembaca blog santai ni dan kita perlu memperlengkapkan diri ini dengan ilmu pengtahuan secukupnya dan sentiasalah berusaha mengutip ilmu walau di mana sahaja kerana ilmu adalah merupakan satu pelaburan yang amat bernilai dalam kehidupan......

Salam santai buat semua......

Wassalam...





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails