Showing posts with label saga. Show all posts
Showing posts with label saga. Show all posts

Monday, June 15, 2009

Memori SAGA IV, Sandakan 2009

Salam,

SAGA Games IV, Sandakan 2009 merupakan satu memori indah buat mereka yang terlibat. Acara ini merupakan acara dwi tahunan dan julung-julung kali diadakan. Atas permintaan mereka yang terlibat, saksikanlah tayangan gambar-gambar kenangan sewaktu ia berlangsung...



Jika anda berminat membaca posting SAGA dari awal sila klik SINI

Selamat santai...

Sunday, June 14, 2009

Selamat tinggal SAGA IV, Sandakan 2009

Wira-wira SAGA IV dari SMK Membakut II dengan aksi mereka


Salam,

Alhamdulillah, SAGA IV, Sandakan 2009 telahpun melabuhkan tirainya malam tadi bertempat di Kompleks Sukan Likas. Memang SAGA IV kali ini banyak meninggalkan memori dan kenangan indah buat mereka yang terlibat.

Zauridah merangkul 2 pingat sekaligus...emas dan perak

Gambar kenangan di lokasi pertandingan

Bagi skuad pencak silat Kontinjen Beaufort kami telah berjaya melepasi sasaran dengan cemerlang apabila skuad pencak silat sahaja menyumbang 7 pingat untuk Kontinjen Beaufort secara keseluruhan. 2 emas daripada Saiful Azizie Osman dan Siti Zauridah Lazim dalam silat olahraga kategori putera H dan puteri A, 4 pingat perak daripada Mohd Fadzlee Salih, Susila Manong (pesilat dari Weston) dan Shahirudin Shaharom dalam kategori olahraga dan Siti Zauridah Lazim sekali lagi dalam kategori silat seni tempur puteri. 1 pingat gangsa disumbangkan oleh Akmizan Ali Amat dalam silat olahraga kategori putera F.

Sebelum pulang...

Apa yang menarik kali ini SMK Membakut II menghantar 6 pesilat dan 5 daripada mereka membawa pulang pingat. Dua pesilat iaitu Akhmizan dan Zauridah terpaksa dibawa ke hospital selepas pertandingan kerana kecederaan di pusingan separuh akhir dan berjaya juga membawa pulang pingat. Ini merupakan suatu kejayaan yang hebat yang dapat kami semua banggakan. 3 pemuzik kulintangan yang dibawa juga menunjukkan prestasi cemerlang apabila memainkan muzik yang lunak didengar ketika pertandingan berlangsung dan berjaya menarik perhatian ramai.

Tahniah dan syabas kepada semua Wira-wira SAGA IV kali ini. Semoga kejayaan kalian membakar semangat para pelajar lain dan membuktikan bahawa sesuatu yang ingin dicapai itu boleh dicapai sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh dan tekad yang kuat. Tiada apa yang mustahil di dunia ini dan kita mampu melakukannya dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang berterusan.

Selamat santai....


Tuesday, June 9, 2009

Today is my BIRTHDAY.....ALHAMDULILAH

Salam,

Hari ini hari yang istimewa buat diri ini. Walaupun sekarang tengah sibuk menguruskan pasukan pencak silat di SAGA IV, sempat jugak la menerima ucapan selamat hari ulangtahun kelahiran ke bape ekk...32 ke 33. Dah makin pendek umur ni....yer la kan...sekarang dah 33 tahun hidup baper la lagi yang tinggal nak menyampaikan ke umur nabi Muhammad SAW. Entah-entah tak sampai....tapi ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH ke atas apa yang telah diberikan setakat ini.....Cukuplah untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini.....

Terima kasih buat isteriku yang tersayang Khairulasma Shapiai dan Nur Muhammad Arif Akrami (the one and only son stakat ini) kerana tepat jam 12:00 malam tadi sanggup menalipon agar menjadi orang yang pertama mengucapkan Selamat Hari Jadi. Abang tengah tidur kepenatan.....sori la sebab cakap pun tak berapa betul...maklumlah mengantuk sangat.....tetap tak mau kalah dengan orang-orang lain yang rapat untuk mengucapkan selamat.....tima kasih along sebab sanggup susah payah buat kad harijadi untuk ayah....

Terima kasih jugak kepada pasukan pencak silat kontinjen beaufort kerana membuat kejutan ucapan Selamat Hari Jadi....terkezut jugak aa skit sbb tak sangka plak ada yang prihatin.....kepada kengkawan dan kenalan yang mengucapkan selamat samada secara lisan, sms, telefon atau melalui facebook, terima kasih atas ingatan kalian kepada diri ini.....kalian sentiasa di ingatanku.....

Untuk SAGA IV hari ini tak ada pungutan pingat. Acara hari ni cuma silat seni solo putera dan puteri...Kontijen Beaufort gagal menambah pungutan pingat walaupun ada bantahan daripada banyak pasukan sebentar tadi....perjuangan tetap diteruskan....

Stakat ini dulu la yer...nanti ada masa layan santai lagi...

Selamat santai...


Monday, June 8, 2009

Majlis Perasmian SAGA IV, Sandakan 2009

Klik gambar untuk lihat imej besar
Salam,

Memang kepenatan tidak terhingga apabila menguruskan satu-satu skuad. Kalau dulu-dulu penglibatan sekadar sebagai atlit, sekarang sebagai jurulatih lebih memenatkan rupanyer., kerana terpaksa mengurus setiap indiuvidu atlit...cuma ada beberapa keistimewaan yang tidak diperolehi oleh para atlit...itu kena jadi jurulatih la baru tau kan....

Baiklah ...menjawab soalan kepada pengunjung yang bertanya siapa atlit yang terlibat dari SMK Membakut II dalam SAGA IV kali ni....ni senarainya setakat yang dapat diingat di kepala...

1. Wahadi Wakiran Silat Olahraga Putera D
2. M. Fadzlee Salih Silat Olahraga Putera G
3. M. Saiful Azizie Osman Silat Olahraga Putera H
4. Shahirudin Shaharom Silat Olahraga Putera I

Yang tak dapat disenaraikan kerana kesilapan teknikal pengurusan

1. M. Naim Abdullah Silat Olahraga Putera A
2. Suardy Sudirman Silat Olahraga Putera A (menggantikan Naim)

Yang dah abis sekolah (lepas tingkatan 5, tunggu panggilan tingkatan 6)
1. Siti Zauridah Lazim Silat Olahraga & Tempur Puteri Puteri A
2. Akhmizan Ali Amat Silat Olahraga Putera E

Para pemuzik silat (untuk kategori silat seni)

1. Mohd Rajih Ag Amat
2. Mohd Afiq Abd Ghani
3. Suffi Mohamad Harewan

Pegawai (Jurulatih silat olaharaga dan silat seni)
1. Norazman Md Noh
2. Shahzian Mumin

Lain-lain pesilat adalah dari Weston dan Beaufort. Kesemua kontinjen pencak silat Beaufort termasuk pegawai dan atlit adalah 21 orang...dan 11 adalah dari SMK Membakut II...Begitulah lebih kurang makluman santai dari kontinjen pencak silat Beaufort.....

Saat Getir

Malam tadi merupakan saat-saat getir para pesilat apabila Akhmizan, Zauridah, Fadzlee dan Wahadi masuk gelanggang. Wahadi tewas di pusingan awal tetapi mempamerkan kesungguhan dan permainan yang menarik. Walaupun tewas sebagai jurulatih kami tetap berpuas hati dengan prestasi Wahadi dan kami amat berbangga dengannya.

Si Fadzlee mendapat pingat perak apabila tewas di peringkat akhir setelah bertungkus-lumus dan berusaha sedaya upaya beliau unutk menjinakkan lawan.

Zauridah seperti diduga, dengan pengalaman dua kali ke peringkat negeri memberi laluan mudah kepadanya menewaskan pesilat dari daerah lain di pusingan awal bak kata pepatah kali ini menang penuh bergaya.....

Si Akhmizan pula memperolehi kemenangan teknik apabila menewaskan pesilat dari Tawau dengan penuh kontroversi. Berlaku perlanggaran berat (kena tumbuk muka daa...ada yang kata kaki kena muka...) dan beliau tidak dapat meneruskan pertandingan dan pesilat dari pasukan lawan telah didiskualifikasi. Walaubagaimanapun, Akhmizan terpaksa dibawa ke Hospital Sandakan dengan ambulan malam tadi juga kerana tidak sedarkan diri. Malam tadi tepat jam 12:00 tengah malam kami ke wad kecemasan menziarahinya dan masih lagi diberi rawatan oleh doktor bertugas. Jam 3:00 pagi baru balik ke tempat penginapan. Walaubagaimanapun oleh kerana terlalu penat tertidur jer di surau...terus orang kejut sembahyang subuh....

Kami selaku pegawai dan jurulatih telah berunding dan berbincang dengan pasukan Tawau yang tidak berpuas hati dengan pengadilan dan membuat kecoh di dewan pertandingan hingga pertandingan terpaksa diberhentikan seketika untuk meredakan keadaan. Keadaan kembali normal apabila pihak penganjur mengambil tindakan yang sepatutnya menenangkan keadaan.....

Titisan Air Mata Kemenangan

Pagi tadi giliran Saiful dan Shahirudin bermain di peringkat akhir dan separuh akhir. Titisan air mata kegembiraan muncul apabila Saiful tidak dapat menahan sebak dinobatkan sebagai pemenang pingat emas dalam kategorinya. Kemudian penulis pun sama diikuti beberapa atlit lain. Segala pengorbanan, keperitan dan kepayahan selama ini terubat dengan kemenangan ini. Kami semua amat gembira dan bangga...terutama sekali apabila pertandingan kali ini kali membawa begitu ramai atlit di peringkat negeri dan berjaya menyumbang pingat emas. Kebanggaan lebih terasa apabila penyertaan kali ini melibatkan 25 kontinjen dari seluruh Sabah dan pastinya mereka menghantar atlit mereka yang terbaik dan Saiful membuktikan beliau adalah yang terbaik daripada yang terbaik.......

Shahirudin pula berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila berjaya menjinakkan lawannya dari daerah jiran iaitu Sipitang. Kami mendoakan agar beliau berjaya diperingkat akhir nanti dan membawa pulang emas dan seterusnya melakar kejayaan untuk dirinya sendiri buat kali pertama. Iani merupakan penyertaan pertama beliau dalam silat olahraga dan berjaya membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang orang....

Kebanggaan Beaufort

Petang tadi seluruh Kontinjen Beaufort diminta berkumpul untuk perjumpaan dengan YB Hjh Azizah Mohd Dun, salah seorang Menteri di Sabah dan salah seorang Exco Sabah yang juga penaung Kontinjen Beaufort untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad pencak silat menyumbang pingat untuk Beaufort kerana sebelum ini Beaufort sentiasa berada di bawah dan kedudukan akhir kerana ketiadaan stadium atau komplek sukan di Beaufort berbanding daerah-daerah lain. Sumbangan pingat ini mempercepatkan lagi proses permohonan Majlis Daerah Beaufort untuk membina kemudahan sukan di sana... wa... macam dasat jer bunyinyer....ALHAMDULILLAH....

Skuad pencak dilat dipuji melambung-lambung kami dan kami sebagai jurulatih dan pegawai pasukan kembang kempis dibuatnyer. Segala pujian itu hanya untuk ALLAH jua kerana siapalah kami untuk menerimanya....cuma kami terima pujian dan perasaan bangga itu bersama para wira-wira SMK Membakut II......

Perjuangan akan diteruskan dan masih belum selesai..........

Panjang dah cerita petang ni...sebenarnya malam ini adalah merupakan malam Majlis Perasmian dan Pembukaan Sukan SAGA IV, Sandakan 2009 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Penulis curi masa sekejap sebab sekarang tengah 'rehearsal' untuk majlis malam ni...penat baa...layan santai sekejap....release minda....

Okay la....jumpa lagi...kalau anda ingin sampaikan ucapan, kata-kata motivasi atau tahniah kepada para wira-wira kami adalah amat dialu-alukan... mereka insyaALLAH akan dimaklumkan kelak....

Gambar-gambar tak dapat upload lagi sbb tak ada kemudahannyer....nantila yer....

Selamat bersantai.....


Friday, June 5, 2009

SAGA IV, Sandakan 2009

Salam,

Sewaktu posting ini ditulis, penulis sedang menuggu untuk para pesilat dari Beaufort untuk buat medical check up di Hospital Dutchess of Kent, Sandakan. Proses ni makan masa skit sebab banyak dokumentasi yang perlu diisi dan dibuat. Selepas daripada ini mereka akan membuat timbangan berat untuk memastikan mereka berada di dalam kategori yang telah ditetapkan masing-masing. Kalau tak "in" maka mereka akan kalah dari segi teknikal dan tidak layak untuk meneruskan pertandingan pencak silat ini. Itulah sebahagian daripada rencam atau prosidur yang perlu dihadapi ketika ini.

Semalam perjalanan bertolak ke Sandakan dari padang Majlis Daerah Beaufort. Kontinjen Beaufort lebih kurang 120 orang telah bertolak dari Beaufort lebih kurang jam 10:00 pagi. mereka dilepaskan oleh Pegawai Daerah Beaufort dan menaiki 2 buah bas persiaran yang disewa khas dan beberapa buah kenderaan jabatan dan persendirian yang dibawa oleh pegawai-pegawai, pengurus-pengurus sukan dan urusetia Dari Beaufort. Penulis naik keta sendiri jer. Senang urusan nak ke mana-mana terutama untuk mencari internet nih.... ni pun curi-curi masa keluar sementara ada kesempatan.

Kelmarin skuad silat tiba di Sandakan (tempat penginapan di SMKA Sandakan) lebih kurang jam 1:00 pagi. Perjalanan agak lambat kerana sering menunggu kenderaan yang slow. Maklumlah jalan secara konvoi. Penat betul la...kalau jalan sendiri rasanya sekejap jer, lebih kurang 6 atau 7 jam...tapi kalau dah konvoi lebih setengah hari ba....

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila salah seorang pesilat (pemuzik silat sebenarnya) yang menaiki kereta penulis mengeluarkan keyataan yang membuatkan kami pecah perut gelak di dalam kereta....Kebetulan pulak ini kali pertama menyertai kejohanan seperti ini dan kali pertama juga berjalan sejauh ini...."Bila mau sampai ani, sangal sudah tungkengku ani...." begitulah keluhan yang terkeluar secara spontan dari mulut athlet tersebut... satu lagi " ustaz, kebas sudah pundi kancingku... berenti capat... nda tertahan lagi sudah ani....".... sewaktu tu kami di kawasan berdekatan Telupid.... apa lagi ketawa sakan la kami dalam kereta....

Bah stakat ani dulu bakunyanyang...nanti kesian pulak mereka menunggu lama (bagi yang dah siap check la....) Ok, doakan kejayaan kami....

Sebelum menutup bicara...sewaktu mendengar Sandakan.fm dalam kereta tadi teringat beberapa fakta menarik berkenaan SAGA ni....

* SAGA - Sabah Games
* 25 kontinjen bertanding
* 18 jenis sukan dipertandingkan....(sebelum ni pernah penulis menyatakan 17)
* lebih 4000 athlet dan pegawai kejohanan terlibat
* Tarikh rasmi kejohanan 07 - 12 Jun 2009 (tapi banyak sukan yang dah mula sebab byk kontinjen)

Yang ni fakta yang penulis catat setakat ini :

* 540 km adalah jarak yang dicatat oleh kereta penulis (termasuk pusing-pusing di KK dan Ranau)
* RM 475.00 sponsor untuk pegawai yang membawa kenderaan (RM95 satu kepala)
* RM 60.00 wang saku satu kepala sepanjang kejohanan....

Stakat ni dulu la yer...

Akhir kata, doakan kejayaan kami dan selamat bersantai dengan blog ini...

(Sori la gambar tak dapat upload....nanti ada peluang dan ruang insyaAllah akan diuploadkan...)

Saturday, May 30, 2009

Tutup Gelanggang

Pesilat SMK Weston dan ex-SMK Membakut II serta juruletihnyer....

Salam,

Petang semalam bertolak ke Weston untuk Latihan Pusat Kontinjen Silat ke SAGA dan Majlis Penutupan Gelanggang Latihan di hadiri oleh DO Beaufort selaku Ketua Kontinjen Beaufort. Kira penat jegak la latihan akhir ni....buah ngelas kan...Abis latihan jam 10:30 malam balik ke Membakut sampai rumah tepat jam 12:00 malam. Pastu hantar budak pegi camping integrasi plak di sekolah....fuss semfut sudah ni...

Gambar kenangan bersama Tuan Pegawai Daerah Beaufort (tengah baju biru)

Lepas gian...DO juga dulu bekas ahli bela diri Tae Kwando

Sebahagian aksi sparring silat olahraga

Latihan silat seni menggunakan parang betul...baru ada percikan api....

Kecederaan memang tak dapat dielak...

Latihan silat seni (tempur puteri)

Pemuzik silat

Tuan D.O. dan isteri serta Guru Jamain (pengurus pasukan)

Selamat santai...


Wednesday, May 27, 2009

Cuti dan SAGA 09, Sandakan

Posing maut di depan banner kejohanan...

Salam,

Esok lusa dah mula cuti sekolah. Cepat sungguh rasanyer masa berjalan tahun nih. Tu...tup..dah nak cuti rupenyer...Tiket free nak balik hujung tahun dah dapat...tapi kali ni dapat tiket balik ikut Penang. Biasa ikut JB atau KLIA. Tapi ok la jugak merasa kali ni balik kut Penang...tul tak...???

Esok malam para pesilat sekolah akan ke Weston, Beaufort memenuhi jemputan latihan bersama kontinjen Beaufort ke SAGA nanti. Sudah beberapa kali dah Guru Jamain Pengurus Kontinjen Beaufort (Pasukan Silat) call untuk confirmkan esok. Bukan aper...Chef de Mission D.O. (District Officer) Beaufort akan turun sekali melihat persiapan pasukan. Apa lagi, penulis selaku juruletih ngan mahaguru Shahzian Mumin terpaksalah menyiapkan borang-borang kebenaran dan kesihatan pesilat-pesilat sekolah ni...Kali ni ramai lak tu ke Negeri.... Mula dari tahun 2005, 2006 dan 2007 ada sorang jer wakil layak ke peringkat negeri, 2008 ada tiga orang...dan satu berjaya ke peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa di Selangor. Tahun ni ALHAMDULILLAH lima orang ke SAGA , Sandakan- Sabah Games (kira negeri la tu kan....)

Nampak semangat betul para pesilat ni berdasarkan latihan petang tadi. Ada juga yang jeles tak dapat ikut...maklumlah tak cukup umur...he..he..he.. (sebab SAGA ni untuk yang lahir selepas tahun 1991 dan 1992 sahaja). Yang lain terpaksalah tunggu giliran mereka nanti...INSYAALLAH tahun depan atau depan atau depan lagi...

Jadi, cuti ni jalan-jalan cari makan kat Sandakan lagi la...setakat duk Sabah ni dah beberapa kali ke Sandakan....ok jugak lah...cuma kali ni walaupun aktiviti rasmi "mem" tetap nak itut jugak...hmm...bawak jer lah...nanti tinggal sunyi plak...

Okay la...sebagai mengisi ruangan yang ada, di selitkan lah jugak gambar2 kenangan sewaktu Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sabah di Lahad Datu tahun lalu...banyak sangat kenangan...semoga gambar2 tersebut dapat menggamit memori yang indah dan santai....

Banner kejohanan tahun lepas...

Aksi ala 'Panca Sitara' dari wasit juri Bahagian Beaufort yang adil lagi bijaksana....

Kenangan bersama wasit juri dari seluruh Sabah
dan juga dari semenanjung (PESAKA Malaysia) - Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia

Banyak lagi kenangan sebenarnya...tapi internet ni lembab la...lambat nak upload gambar...nanti senang la cerita lagi...

Selamat santai...


Monday, May 18, 2009

Latihan silat ala komando di Pantai Pimping


Salam,

Pada hari Sabtu lalu bersamaan 16 Mei 2009 (Hari Guru lagi tu....), Persatuan Seni Silat SMK Membakut II terus gigih menjalani latihan sebagai persediaan untuk SAGA 09 di Sandakan dan Kejohanan Pencak Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah yang akan diadakan tidak lama lagi. Latihan ini dikendalikan bersama oleh penulis dan juga Cikgu Yusman sebagai orang kuat dan selaku tulang belakang persatuan ini.

Para pesilat akan menghadapi peperiksaan akademik minggu depan dan latihan kali ini sebagai pemanas badan sebelum menghadapi pertandingan pencak silat iaitu selepas minggu peperiksaan. Kami mula berkumpul di hadapan sekolah tepat jam 6:00 pagi (kerana 1 minit lewat tekan tubi 10 kali) dan kemudian mula berjogging dari sekolah ke pantai Pimping yang jauhnya lebih kurang 4 -5 kilometer.



Mula dengan jogging dari sekolah, streching dan bertafakur....
kemudian baru latihan ala komando


Cikgu Yusman yang memang sudah mantap dari segi fizikalnya berjongging bersama-sama pesilat sambil memberi kata-kata semangat kepada mereka. Apa lagi....bertambah bersemangat la para pesilat sekolah ni.....



Cikgu Yusman selaku pakar dalam 'sport science' menggunakan
kepakarannya melatih para pesilat sekolah

Macam-macam aktiviti atau latihan fizikal yang agak keras tapi selamat untuk para pesilat. Ala-ala komando la katakan.....tapi pesilat-pesilat ni sikit pun tak menunjukkan rasa mengaku kalah malah semangat juang mereka semakin tinggi..... Gambar-gambar di atas tu hanya sebahagian latihan yang dijalankan.



Kami turut melakukan aktiviti yang dilakukan pelajar untuk memberi
semangat kepada mereka.


Sepatutnya dalam latihan kali ni pesilat muntah hijau seperti mana sebelum ini, tapi ini tidak berlaku. Ini kerana persediaan pesilat dari segi fizikal dan mental sudah mencapai tahap 70% - 80%. Mereka seolah-olah sudah bersedia untuk bertempur dan latihan yang bermula dari awal tahun nampaknya tidak sia-sia. Tubuh badan mereka nampak keras dan dan mental mereka agak kuat menahan segala ujian tanpa menunjukkan sebarang bantahan.

Akmal Faiz bin Nurun (duduk berbaju biru) yang patah tangan turut serta dalam latihan ini dihantar oleh ibunya ke sekolah. Walaubagaimanapun, beliau tidak dibenarkan oleh kami selaku jurulatih mengikut latihan keras ini kecuali yang dirasakan selamat dan ringan baginya. Kisah patah tangan si Akmal ni boleh di baca DI SINI.



Semua pesilat dan jurulatih bersarapan ringkas dengan roti Gardenia yang di bawa bersama

Lebih kurang jam 9:00 pagi, lapar punya pasal kami pun bersarapan la di tepi pantai yang indah bersama-sama dengan para pesilat. Mereka nampak enjoy walaupun penat setelah latihan keras ala komando oleh Cikgu Yusman. Dua bungkus roti Gardenia dan Jem Strawberi dan Coklat menjadi makanan yang paling istimewa pada pagi tu.... memang lazat tambahan pula cuaca pada pagi itu sangat indah dan nyaman.......



Perjalanan pulang bersama sambil santai

Kami pun berjalan pulang ke sekolah bersama-sama. Semoga latihan ini memantapkan lagi persediaan para pesilat SMK Membakut II. Begitulah serba sedikit coretan latihan silat kali ini.

Selamat santai...



Wednesday, May 6, 2009

Malang tidak berbau

Salam,

Begitulah kata pepatah mengenai nasib buruk yang menimpa seseorang. Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Entry ni ditujukan kepada seorang pesilat sekolah yang sangat kuat semangat iaitu Akmal Faiz bin Nurun yang telah pun patah tangan dan telah di simen hingga ke siku pada minggu lalu. Beliau telah diberikan cuti rehat sehingga tiga minggu. Kisah beliau boleh dibaca di sini.

Akmal masih boleh tersenyum ketika menunggu ke bilik x-ray

Walaubagaimanapun, di atas kegigihan dan semangat beliau, kelmarin beliau telah turun bersama para pesilat lain menyaksikan latihan harian yang dijalankan di sekolah. Tangannya tidak lagi bersimen. Apabila ditanya, ke mana batu simen tu...dia selamba menjawab...sudah dibuka oleh tukang urut...mamanya cuba untuk berubat cara kampung untuk cepat sembuh dan kembali beraksi semula bersama pesilat-pesilat lain.

Mamanya sedikit pun tidak gusar untuk melepaskan anaknya bersama dengan guru-guru Persatuan Seni Silat SMK Membakut II kerana beliau mendapati guru-guru ini amat bertanggungjawab dan beliau secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kerana menguruskan kemalangan Mohd Akmal Faiz hingga selesai walaupun hingga ke malam hari.

Begitulah kerjasama ibu bapa serta kegigihan dan semangat yang ditunjukkan oleh pesilat SMK Membakut II. Kegigihan dan semangat beliau harus dicontohi oleh pesilat-pesilat lain... Kemalangan memang tidak berbau, dan itulah risikonya...."kalau tidak mahu sakit, jangan main silat....pergilah main guli ker, galah panjang ker, layang-layang ker atau permainan lain yang lebih selamat....." begitulah kata-kata Mohd Akmal sinis kepada guru-guru silat sekolah...

Akhir kata, perjuangan mesti diteruskan....

Selamat santai....


Friday, April 17, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan vs SAGA 09

Para pelajar kesayangan yang menerima anugerah akademik
Salam,

Semalam adalah hari yang sungguh memenatkan. Alhamdulillah, hari ni cuti. Boleh rest sikit dari kerja-kerja persekolahan. Minggu depan ada dua event penting juga iaitu Mensyuarat Penataran dan Pentaksiran PMR Pendidikan Islam Daerah Beaufort selama satu hari - 21 April 09 (kena paksa jadi Ketua Pentaksir Kawasan, puas dah menolak, kene jugak) dan bertugas sebagai AJK Pesta Pantun Peringkat Daerah Beaufort - 22 April 09 (sekolah kena jadi tuan rumah da...). Minggu depan punyer, minggu depan cerita la kan...

Tranformasi tahun ini...ada pameran dan gerai jualan

Alhamdulillah, masa Hari Anugerah tadi takde la dapat anugerah sebagai orang yang cemerlang cuma Persatuan Seni Silat SMK Membakut II telah dapat mengekalkan Pengurusan Cemerlang Kokurikulum - Unit Sukan dan Permainan - selama 5 tahun berturut-turut. Tahniah kepada semua guru-guru penasihat persatuan termasuklah kepada diri sendiri sebagai Ketua Penasihat.

Sebahagian ibu bapa yang hadir memeriahkan suasana

Cuma sedikit kekecewaan apabila Persatuan Pengakap gagal mengekalkan kecemerlangan selama 5 tahun berturut-turut Pengurusan Cemerlang Kokurikulum - Unit Uniform - dan telah dipecahkan oleh Kadet Polis. Pa pe pun tahniah la untuk Kadet Polis kerana berjaya menjadi yang terbaik dan menundukkan Persatuan Pengakap 06 SMK Membakut II. Nampak macam persaingan sihat kan....

Apa lagi posing la bila camerawoman dah sound 'smile'....tq Shasha for the picture

Tu je la yang menarik pun...dan tahniah juga buat Siti Farahlia Sulaiman dari Persatuan Seni Silat kerana mendapat Anugerah Pelajar Teraktif Kokurikulum di atas kejayaan beliau tahun lepas ke Kejuaraan Pencak Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa 2008 di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor. Yang lain-lain anugerah juga tahniah diucapkan kerana berjaya menjadi yang terbaik di antara yang terbaik....

Semua guru SMKM II yang cemerlang gitu....atas paras maksima la katakan...

Ok la....habis acara dan pulang dari sekolah jam 2:00 petang rehat dulu dan jam 4:30 mula kumpul pesilat untuk ke Weston untuk pemilihan akhir calon pesilat yang akan ke SAGA 09, Sandakan. Yang menariknya SAGA ni ialah ini merupakan penyertaan pertama Persatuan Seni Silat SMKM II dan telah berjaya menghantar seramai 7 pesilat yang layak mewakili daerah Beaufort. Ramai tu.....(bagi kami di persatuan lah)....maklumat lanjut pesilat terlibat klik sini.

Acara bermula malam...tapi Weston tu agak jauh, jadi kena la bertolak awal dari Membakut. sekali ngan Mr. An. Lepas maghrib isi borang...Isyak semayang di Masjid Weston , kena jadi imam la pulak....nasib baik la ada unsur-unsur ustaz skit...hu...hu...hu...Lepas Isyak baru mula....

Pemanasan badan diketuai jurulatih Cikgu Zainal (bekas pesilat negeri tu...)

Tuan D.O. (bercermin mata) sebagai Ketua Kontinjen dan Pengurus Pasukan Cikgu Jamain menilai prestasi pesilat

Alamak kena jadik wasit la pulak......

Sebanyak 18 jenis sukan dipertandingkan dan Pencak Silat adalah salah satu di antaranya. Pegawai Daerah sendiri telah turun padang kerana beliau juga seorang 'martial artist' dari Taekwando. Beliau diiringi oleh ramai para pegawai penilai dari pejabat daerah dan juga Pejabat kementerian Belia dan Sukan Beaufort. Nampak macam beliau kagum dengan kesungguhan para pesilat khususnya dari SMKM II.

Tempur putera

Tahniah kepada semua pesilat yang terpilih dan juga tahniah untuk diri sendiri sebagai jurulatih dan juruletih (sendiri cari pasal sebab minat dari dulu). Semoga berjaya kepada semua....

Selamat santai...




Monday, February 23, 2009

Impian SAGA (Sabah Games) Sandakan 2009

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni jam 6:00 ptg tadi bergerak ke Weston, Beaufort untuk menziarah dan memenuhi jemputan latihan pencak silat oleh Pengurus Latihan Beaufort En. Jamain. Tempatnya di Dewan Besar Weston, kat tingkat atas... Pergi dengan mahaguru Shahzian (biasala ilmu peringkat tertinggi dunia persilatan sejagat). Lepas sembahyang maghrib di Beaufort dan semayang Isyak di Weston, kami menuju ke destinasi dijanjikan.

Sekali lagi rasa syukur diucap kehadrat Ilahi kedatangan kami disambut dan diterima baik seolah-olah kami bukan orang luar. Setelah berbincang dan berbicara seketika dengan Cikgu Jamain, kami diberi peluang untuk dan memenuhkan kategori pertandingan silat yang masih kosong (jika ada la...) yang tidak dapat dipenuhi mereka.

Ni la mahaguru silat SMKM II (pakar tempur dunia) yang malu-malu alah

Pucuk dicita ulam pegaga, kami pun apa lagi, orang dah menghulur kami terima jer lah... InsyaAllah selaku guru Penasihat Persatuan Seni Silat SMKM II (penasihat jer) kami akan mencari mana-mana pelajar yang dilihat boleh dibawa ke SAGA (Sabah Games) yang bakal diadakan di Sandakan pada Jun 2009 nanti.... So, para pelajar dan pelapis sedia ada...silalah bersedia kalau nak ikut jalan ke Sandakan...

Karenah pesilat berehat seketika semasa latihan

Sebenarnya kalau nak ikutkan silat di SMKM II dah semakin meningkat dari setahun ke setahun. Bermula 2004 lagi sekolah sudah mempunyai seorang wakil ke peringkat negeri untuk silat olahraga dan berterusan untuk 2005, 2006 dan 2007. Tahun 2008 paling membanggakan apabila tiga orang pesilat melayakkan diri ke peringkat negeri dan seorang berjaya melayakkan diri ke Kejuaraan Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa di Kolej Sultan Alam Shah, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Bergambar dengan rakan lama, Rina Jordana (atlet / pesilat kebangsaan
beberapa kali mewakili Malaysia dalam banyak pertandingan
silat peringkat antarabangsa)
. Lama dah tak jumper, tetiba
jumpa plak kat Selangor sewaktu Kejuaraan Pencak Silat
Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan dan
Jemputan Antarabangsa 2008.


Jadi, tahun ni, kalu semangat masih kuat ler (maklumlah semangat pandai naik-turun ba...) nak diteruskan kejayaan tersebut untuk membuktikan bahawa pencapaian tersebut bukan diperolehi secara tidak sengaja tetapi dengan semangat dan ketekunan menjalani latihan setiap hari tanpa jemu untuk berjaya. Itulah resepi kejayaan pesilat SMKM II selama ini.

Ni gelagat pesilat bila nampak kemera, pandai sangat posing....
Jangan main-main, peringkat negeri dua-dua tu...

Yang ni bukan lakonan yer...tengah streching tu...

Jadi, bila dah cerita pasal silat ni sebenarnya banyak sangat nostalgia dan peristiwa menarik dengan silat ni. Kira kalu nak citer banyak sangat tak terkira. Jadi, ni sebahagian gambar-gambar kenangan dalam beberapa pertandingan dua-tiga tahun kebelakangan nih...

Ni ketika bertugas di Peringkat Negeri Sabah tahun 2008 di Lahad Datu...

Ni ketika bertugas di Peringkat Bahagian Beaufort 2008, Weston kali nih...lupa suda...

Alamak, pe hal la plak ni...mana datang nih... Ni bukan panca sitara aa...
Ni geng wasit juri dari Beaufort (sehati-sejiwa lepas dapat bengkung biru)
Dari kiri Cikgu Anuar, Cikgu Raisah, Cikgu Jamawih dan
sapa lagi pakcik la tu....


Begitulah kisah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi untuk ruang santai kali ni. Macam syiok sendiri pulang. Tapi nda pa la ba kan...sekali-sekali ba...siapa lagi kan becerita...Semoga harapan dan impian tahun ni menjadi kenyataan.

Selamat santai...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails