Saturday, December 24, 2011

Penangan RENGIT...!

Salam semua pembaca santai,



Alhamdulillah setakat ni dah 36 hari penulis berada di kampung bercuti bersama keluarga tersayang, lusa dah nak berangkat balik semula ke Sabah tempat penulis bertugas. Rasa masa berjalan terlalu laju....tau-tau jer dah nak balik dah....aduh sedih la pulak....

Macam-macam perkara dan pengalaman sewaktu balik ni, dan kira abis jugak la penulis melancong menziarahi rumah adik-beradik dan saudara mara meluangkan masa berjumpa mereka dan bercerita perihal keluarga.

Dalam sembang-sembang dengan mak ayah penulis pasal homestay penulis di kampung, ada beberapa komen dari pelanggan (yang memang penulis sediakan borang untuk komen) tentang keselesaan menginap di homestay penulis iaitu D' Mutiara Homestay. So, bincang-punya bincang penulis nak membeli beberapa peralatan yang diperlukan untuk homestay tersebut. Masa tu dah 5:30 petang.....terus penulis ajak ayah untuk ke RENGIT untuk mencari barangan terpakai yang berkualiti....penulis dah survey tempat tu masa sampai dari Sabah haritu...kira syurga barangan terpakai la....

Bertolak la penulis dari Rompin ke Rengit....jam menunjukkan 6:00 petang dan memang dijangka sampai lebih kurang 10 malam.....kira memang kerja gemble la...dah la tengah malam, jalan pun tak berapa nak tau juga....cuma confident bila pakai GPS....memang jumpa la InsyaALLah....

Dipendekkan lah cerita (sebab kalau ikut penulis bercerita memang panjang berjela....) maka sampailah penulis dan ayah ke tempat tersebut dengan kenderaan yang dah dikosongkan untuk stanby bawak barang nak beli nanti.....sampai sana wah....meriah jugak la walaupun hujan gerimis.....untuk selanjutnya mari kita tinjau senarai harga barang yang sempat penulis deal di Rengit.....heheheh

Mula-mula jumpa carpet, layan la harga RM35.00 (bengang juga sebab mahal, lepas tu jumpa pulak yang RM 15.00 kat kedai lain.....ciss....!!! tapi yang ni pun kira alhamdulillah la....



Sterika dan stand gosok tu skali harganya RM25.00....dah nak balik baru angkat....


Peti sajuk ni harganya RM120.00...tak banyak jenis yang kecik ni....yang besor-besor (dua pintu) dalam 200 ke 300 gitu harganya....

Mesin basuh automatik LG 6.5kg dapat 'deal' RM200.00.... jadi la alhamdulillah....


Kasut boot ni tak terniat pun nak beli, tapi sebab baru dan harganya RM10.00 terus angkat ler....


Boiler ni RM20.00....terus lupa nak mintak tawar....teruk tul penulis ni kan.....heheheh

Gitula cerita sedikit sebanyak, bukan nak menunjuk-nunjuk pulak tapi kalau anda ada keperluan dan nak yang murah dan berkualiti, tinggal pulak berdekatan dengan Batu Pahat....jenguk jer la kat Rengit....kalao rajin cer layan En Google....taip jer RENGIT banyak cerita pengalaman orang lain kat situ....

Stakat ni dulu la....nanti free sambung lain....

Salam santai...

Monday, December 12, 2011

Reunion KPLI PA 2003 kali pertama






Salam semua pembaca santai,

Alhamdulillah kelmarin selesai sudah satu acara yang amat penting dalam kehidupan penulis sempena cuti sekolah tahun ni. Banyak sebenarnya perkara menarik yang berlaku sepanjang 38 hari bercuti di kampung tetapi antara banyak-banyak tu inilah pada hemat penulis yang paling menarik.

Bagaimana ia bermula

Pada awal cuti iaitu lebih kurang di hujung November lalu penulis dapat request untuk add friend di FB dan orang itu memang amat-amat penulis gembira bila jumpa di alam maya. Penulis memang tahu orang ini mempunyai minat yang sama dengan penulis iaitu dalam bidang teknologi maklumat. Kehebatannya lebih menyerlah apabila menggunakan perkara-perkara yang biasa terdapat dalam software tetapi jarang kita gunakan (tu pandangan penulis la....). Orang yang di maksudkan ialah sahabat lama di maktab MPTAA, Kuala Lipis dulu ....Ust Abdul Karim

Bila dah add jadi friend, penulis add pula dia dalam group yang telah lama dibuat. Dalam tempoh setahun dua usia group tu tak pula terjumpa bekas ketua kelas merangkap ketua pemberontak geng-geng KPLI masa tu....(jgn mara aa Ust Karim)....dengan adanya beliau yang kami gelar abg long maka bertambah meriah la group ni dan ikatan ukhuwah yang telah terjalin telah menjadi semakin erat.....

Sembang punya sembang, borak punya borak.....abg long dengan kuasa veto yang ada padanya telah mencadangkan supaya di adakan reunion untuk semua ahli group ni. Maklumlah bila orang tua dah beri cadangan hampir semua ahli group bersetuju untuk menjayakannya.

Dengan kuasa-kuasa yang ada pada abg long juga beliau telah mencadangkan Ustzh Hartini menjadi hos / tuan rumah bertempat di kebun duriannya di Lurah Bilut. Dalam masa yang sama juga sorang lagi sahabat iaitu Ust Huzairi yang kami panggil Jeri telah memainkan peranan sebagai pengarah program (yang melantik diri sendiri.....) bukan senang oo tugas tu....dan dengan jayanya beliau mencari maklumat no telefon sahabat-sahabat lain dan munghubungi mereka dan seterusnya mewajibkan (yer ker ayat ni...?) kehadiran sahabat-sahabat ahli group ni....

Lalu sahabat-sahabat yang tak pernah ditemui dalam FB telah berjaya ditemui oleh Jeri, dihubunginya dan diminta hadir antaranya Ust Omar (Melaka - ex roomate penulis), Ust Azrul (Melaka - ex roomate Jeri), Ust Wan Azizurrahman (kami panggi Che We' - Kelantan), Ust Zainuddin ( asal Terengganu bertugas di MTD KL), Ust Sahfrizal (kami panggi Ijai - KL), Ustzh Ilham (Kedah), Ustzh Bazliah (tak ingat kat mana...), Ustzh Kamariah (Bachok, Kelantan), Ustzh Hanisah (tak ingat jugak...), Ustzh Rohayu (Ipoh...), Ust Hakim (ni Ust Bak yang cari sebab roomate dia), Ust Taha (politeknik Muadzam...)

Itu jer la yang penulis ingat, yang lain lain semua berinteraksi di FB jer, kalu ada tertinggal tak per la kan....

Hari Reunion di Rumah Rehat Bentong - 11.12.2001

Memang kehadiran tidak dapat sepenuhnya 100% tetapi yang hadir tu pun dah cukup untuk memeriahkan suasana bahkan menggamatkan suasana di sana. Macam kami la pulak yang conquer tempat tu....antara yang hadir :

1. Abg Long Abdul Karim dan keluarga
2. Pengarah Jeri - merangkap MC dan isteri
3. Ustzh Hartini dan suami Ust Mustapha Hamli (hos)
4. Penulis - mestilah....heheheh dengan gelpren la...
5. Ust Taha - dari Muadzam dgn isteri jugak kut...
6. Ust Hamdan - datang single, alasan dua anak dia bersunat....lek la medan...
7. Ust Hakim - duk Jb rupanyer, anak pun dah ramai... 4 orang dan masih berusaha lagi...
8. Ust Bakhtiar - kami panggi Bak...pun anak dah 3...
9. Ustzh Kamariah dan suami dan anak-anak
10. Ustzh Rohayu dan suami dan anak-anak
11. Ust Zamany - kami panggil Pari - rider ARC, datang single
12. Ust Syed - akhir sekali sampai dengan familynyer.... walaupun dah di hujung rancangan....

Tidak dapat hadir

1. Ust Zainuddin - balik Terengganu
2. Ust Che We - jauh kut...
3. Ust Omar - sampai hati roomate tak hadir, tapi roomate jauh....
4. Ust Azrul - balik Melaka kut, ke balik Ipoh...?
5. Ust Ijai - jauh kut...
6. Ustzh Ilham - jauh jugak kut, kedah kan....
7. Ustzh Bazliah - tak pasti sebab, kira jauh jugak la
8. Ustzh Afifah - tak pasti jugak (masih di sabah kut...)
9. Ustzh Awatif - pun tak pasti jugak....
10. Ust Azlan - nun jauh di perantauan, Milan Italy...bapok jauhnyer....!!!

Tu jer yang bermain di minda penulis, kalu ada tertinggal sori la yer....

Terima kasih bebanyak kepada Ust Mustapha dan Ust Hartini sebab bersusah payah mengatur majlis reunion ini dengan duriannya, keknya lagi, makanannya....pergh...boleh kata hebat dan tinggi juga lah benchmark yang diberikan untuk hos selanjutnya....(dipersetujui di pondok Ust Syed, tapi masih tertakluk kepada perubahan...)

Derian.....pergh....!!!

Taukey kek rupanyer penganjur ni....

Kenangan indah....

potong ke ramai-ramai....

Ustazah 3 orang jer.....???

Habis Reunion

Ini lah yang paling meninggalkan bekas mendalam di hati, meninggalkan sahabat-sahabat dan bila dan sampai destinasi pun masih terbayang-bayang senda gurau sahabat semua. Penulis bertahan dulu di PJ rumah adik Ipar bersama keluarga mertua dan akan balik Rompin lepas ni. Malam tadi lebih kurang jam 3 pagi waktu M'sia masih lagi mengupload gambar-gambar kenangan semasa reunion....

Penutup

Memang inilah aktiviti yang bermain-main di minda kenangannya itu. Seronok tak terkata bertemu sahabat-sahabat serta pasangan. Banyak perkembangan dapat dilihat 8 tahun tidak bersua. Semuga ukhuwah yang terjalin tidak terputus di tengah jalan....semoga berjumpa lagi tahun depan InsyaAllah....kalu ada silap salah mintak berbanyak maaf la yek....

Buat ahli group ni, gambar-gambar sudah di uploadkan di FB group....

salam santai....






Saturday, November 12, 2011

2 in 1 in 11.11.11




Salam santai buat semua pembaca santai,


Tajuk kali ni sebenarnya tak tau nak letak apa, tapi dalam kepala ni ada dua event besar yang baru berlalu. Bukanlah penulis nak tulis setiap event yang dilalui tetapi semenjak dua menjak ni banyak perkara yang berlalu yang membuatkan banyak terlekat di memori dan ia amat special buat penulis dalam kehidupan ini....


_____________________________

Perkara 1 : Kursus di PULAKOP

Gambar PULAKOP

Penulis baru sahaja tamat kursus selama 3 hari dari 9 - 11 November 2011 di PULAKOP (Pusat Latihan Koperasi) iaitu Kursus Penyewaan Peralatan dan Penyediaan Majlis. Tajuk panjang bukan main. Sekali lagi penulis nyatakan di sini ia merupakan satu kursus keushawanan yang memberi peluang kepada mana-mana ahli koperasi untuk menimba ilmu keushawanan dan perkongsian maklumat dari orang yang pakar dan memang dalam bidang tersebut.

Sebenarnya bila bercerita dengan kengkawan, ramai yang tak tahu rupanya, ada yang tanya berapa kena bayar...? macam mana nak ikut kursus...? dan macam-macam lagi... Pada pengamatan penulis ia merupakan satu peluang besar yang dibuka kepada umum (ahli koperasi la) secara percuma....tapi perlu mendaftar dan akan ditapis dan di pilih oleh pihak pengurusan PULAKOP. Maklumlah kalau kursus tu sampai beratus orang mereka akan menghadkan setiap koperasi supaya menghantar 1 atau 2 orang sahaja....kalau tak penuh la nanti tak muat dan tak selesa la pulak kan.....

Yang menariknya kat sini ialah kemudahannya serba lengkap, makan kena bagi, sukan banyak peralatan dan kemudahan, bilik tidur asrama ada aircond, pengangkutan disediakan, bilik ceramah selesa, siap duit elaun subsidi tambang pun kena bagi..... kalau tak nak ambil peluang lagi tak tahu lah nak cakap camana.....!!!

Di sini penulis kongsikan aktiviti yang akan berlangsung sehingga akhir tahun 2011, mana tau ada yang berminat hubungilah pihak PULAKOP....

Allah....silap la pulak...sori yang ni 2010....yang 2011 kena bukak di laman web PULAKOP la tapi kursusnya lebih kurang jer la..... bila baca dan edit balik balik baru terperasan....sori semua....apa pun gambar dibiar la stay kat situ ya.....hihihi



Klik la kasi besar supaya nampak jelas....

Untuk jadual 2012 belum dikeluarkan lagi, nanti rajin-rajin la buka laman web SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) sebab banyak sangat info kat dalam tu berkenaan dengan keushawanan.

Satu yang menarik bila ikut kursus ni ialah kita berjumpa dengan peserta dari pelbagai latar belakang dari yang kita boleh agak sehingga yang tak terbayang pun dalam kepala. Bila berjumpa dan berkongsi cerita memang banyak idea dan pengalaman boleh dikongsi. Begitu juga dengan penceramah yang dipilih memang mereka yang sangat layak untuk bercakap dalam bidang mereka. Penulis berkata begitu atas pengalaman penulis yang sudah dua kali mengikuti kursus anjuran PULAKOP.

Kita tengok pulak antara gambar yang sempat dirakam oleh salah seorang peserta dan juga teman penulis merangkap penghulu iaitu Tn Abdul Latif yang penulis petik dari FB beliau setelah penulis di tag olehnya....


Kusyuk....tak sedar...masa ni hari pertama....

Ni dah hari terakhir....duk kat dalam lab....

Tak nampak dah kamera bila dah jumpa komputer....


Kesimpulannya, memang berbaloi sangat penulis menghadiri kursus seperti ini. Ia amat membuka minda penulis dan memang membuka ruang untuk penulis mempersiapkan diri untuk menceburi bidang keushawanan secara lebih serius. Mudah-mudahan apa yang penulis cita-citakan menjadi kenyataan....doakan penulis ya....

____________________________________________________


Perkara 2 : Jamuan santai akhir tahun sekolah penulis (11.11.11)

Backdrop pentas...

Sebenarnya badan ni tersangatlah penatnya. Maklumlah baru balik dari kursus 3 hari. Sampai jer kat rumah (sembahyang Jumaat tadi kat Kimanis) rehat jap buka laptop, baring dulu sepuluh sen dan terus bersiap pulak nak berangkat ke Kota Kinabalu untuk menghadiri Jamuan Akhir tahun sekolah penulis di Sutera Harbour. Yang ni pulak 3 in 1 Jamuan Akhir Tahun, merangkap Hari Raya dan merangkap sempena Perpisahan dengan Pengetua penulis yang berpindah ke sekolah baru.....apa pun layannnnn....

Tema pulak Hitam dan Merah....penulis pakai jer baju kerja yang memang dah merah....belasah jer...asal ikut tema udah.... memang majlis berlangsung meriah dan yang best nyer dapat berjumpa balik bonda pengetua penulis yang dah ke sekolah baru....Banyak la cerita bila dah berjumpa setelah sekian lama tak berjumpa.....asyik jumpa di alam maya jer (FB la...) mana best...bila juma live baru best...... yer tak....?

Ucapan akhir beliau memang panjang lebar...dan memang menyentuh setiap warga SMKM yang ada....terutama penulis, kalau beliau rasa ada suatu ikatan / keistimewaan di sekolah ini yang membuatkan beliau sentiasa teringat-ingat Membakut, memang penulis tak nafikan sebab Membakut ini memang ada keistimewaannya tersendiri... dan orang yang meninggalkan SMKM pasti akan sentiasa merinduinya.....tak caya tanya bonda....yer kan bonda....? hahaha.....


Apa pun kita kena sentiasa pandang ke hadapan dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatang. Atur strategi.....jangan tak atur.....!!!


Gambar girlfriend penulis.....

Ini bodyguard penulis....

Penulis dan bodyguard...

Pasangan Ideal yang duduk sebelah penulis....Ustzh Shanti Darzilah dan suami

Rakan sejawat Cikgu Hapsah dan anaknya....duduk kat sebelah girlpren penulis

'Door gift' bertuah yang membuatkan penulis dapat bawak balik hemper seketul.....hahaha

Bergambar kenangan bila orang semua dah mula nak balik meninggalkan majlis
Gambar dari kiri : Cikgu Vivien, Cikgu Seri Kandi, My Gelpren, Cikgu Lilan,
Cikgu Luk, Cikgu Rogayah & Cikgu Zainab

Yang bestnyer dalam gambar ni, pada mulanya penulis hampir tidak mengenali salah seorang yang dalam gambar ni iaitu Cikgu Loong Lilan. Penampilannya memang amat luar biasa sehinggakan penulis ingat ada cikgu baru datang sekolah penulis walau dah di hujung tahun.... bila diamati betul-betul rupanya Cikgu Lilan....perghhh.....!!! boleh tahan....

Sorang lagi yang menjadi kejutan ialah Cikgu Jaidah (orang Sarawak) pun sama...penulis hampir tak mengenalinya.....tapi tak sempat pulak nak snap gambar dia sebab dia pun hari ni sibuk terpaksa menjadi MC bidan terjun kerana MC kebiasan kami sudah tiada suaranya.....hahahaha.... apa pun tahniah buat Jaidah (kalau baca santai la) kerana membuat satu perubahan yang sangat murni dalam hidup ini.....

Opps....semasa menjelajah FB jumpa pulak gambar Cikgu Jaidah yang dapat penulis petik dari FB Cikgu Zarinah...tu la orang nyer yang menjadi MC secara bidan terjun....

Dari Kiri : Cikgu Vun, Cikgu Jaidah & Cikgu Zarinah

Apa pun, hari ini merupakan hari yang indah buat penulis, dah la tarikhnya 11.11.11 jam kami balik tadi pun dari KK jam 11:11:11 malam, macam di plan-plan pulak.....semoga apa yang berlaku menjadi memori indah yang tercatat di ruang santai. Siapa yang rajin boleh mengimbau semula kisah ini mungkin sepuluh tahun dari sekarang.....haahaha....

Semoga kita berjumpa lagi di lain bicara...

Salam santai....










Sunday, November 6, 2011

Corat-coret Aidiladha di TDJ Membakut



Salam santai Aidiladha,

Alhamdulillah hari ini umat Islam meraikan Hari Kebesaran dan kemenangan terutama bagi jemaah Haji di Mekah dan bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Bagi yang tidak menunaikan haji hari ini disambut dengan majlis korban samada di masjid/surau, kampung, NGO, Pertubuhan dan apa saja organisasi.....

Bagi penulis hari ini disambut meriah dengan acara sembelihan dua ekor kerbau jantan sebagai korban. Memang meriah dan sangat puas hati sambutan di kalangan komuniti TDJ (Taman Desa Jaya) Membakut, tempat penulis tinggal.

Memang tersangat lah penatnya mengurus korban tersebut tetapi dengan kerjasama yang mantap di kalangan kejiranan menjadikan yang berat itu bertambah ringan. Walau bagaimana pun badan memang terasa sakit-sakit dan sengal-sengal.....hahaha...biasalah lawan dengan tenaga kerbau...tebal sungguh kulit kerbau tapi isinya boleh tahan jugak la lembut nya...

Sembelihan Aqiqah

Sebelum Aidiladha menjelma, kami bersama-sama menyembelih kambing aqiqah daripada salah seorang penduduk TDJ iaitu Ustaz Azhan sebagai nazar dan aqiqah beliau sebab dapat anak perempuan.

Kira sebelum raya dah mula meriah kami bersama 'mengusai' kambing sehingga malam. Solat maghrib pun di tengah padang bergilir-gilir sehinggalah selesai semua urusan. Maklumlah kalau dah berenti tu payah lak nak sambung balik....so, teruskan sampai siap la....

Ni la En Kambing Aqiqah tersebut....malu-malu plak dia.....hehehe

Ust Azhan dengan parang sembelihannya.....macam KB (Kota Belut) punyer jer...

Korek lobang dulu....Ust Ali Karimi memulakan acara....

Sembelih....hujan rahmat gerimis-gerimis dah mula turun.....

Lapah ramai-ramai....

Korban Karabau....

Semalam tu sebagai aktiviti pemanas badan dulu....kira warming up....settle jer kambing boleh la berhadapan ngan kerbau plak kan.....fuhhs...panjang cerita kali ni...tapi penulis cerita guna gambar jer la kan....


Ramai-ramai menumbangkan karabau pertama....ada menunjukkan unsur ganas sikit

Penulis jadi tukang pegang pun jadilah....hehehe

Projek plak karabau kedua....agak manja skit

Masa ni ada orang kena bom karabau....hahahaha

Masa ni lah antara yang menjadi kenangan di mana sewaktu penyembelih (Ust Azhan) menyembelih dan kami ramai-ramai bertakbir, tiba-tiba satu suara yang amat kuat bunyi laungan takbir. Apa lagi penyembelih pun menyambut dengan lebih kuat lagi la....maka bertambah meriah la program tersebut.

Tapi bila dah selesai sembelih barulah rahsia laungan takbir tadi terbongkar.....rupa-rupanya ada orang kena bom karabau.....hahahaha....panasssss.....dan fresh kena di kaki orang di belakang buntut karabau.....apa lagi bila bercerita balik kami semua berketawaan mengenangkannya....
Memang memori sungguh la....kena bom karabau.....


Melapah dimulakan...

Kerjasama ramai-ramai

Daging korban fresh....

Jantung karabau....2.5 kilo

Sup gearbox yang menjadi rebutan ramai.....yeah...kacau bang jangan tak kacau...!

Barisan geng dapur tak ketinggalan

Terbalik habis....keto llabi...

Bau pun nyaman....

Antara yang terhasil.....perghhh.....nyaman...!!!

Jamuan sebelah petang....makan ramai-ramai

Sesi refleksi dengan wayang gambar.....

Beristirehat selepas penat 'mengusai' karabau....

Berkemas pagi esoknya

Setelah penat lelah kelmarin beransur hilang, maka tiba masanya untuk mengemas khemas dan membersih kawasan. Walaupun penat dah mula hilang tapi sengal-sengal masih dirasai.....Tapi masih enjoy dan masih lagi berkongsi cerita pasal karabau semalam.....hahahahaha

Seawal jam 8 pagi dah berkumpul dan sarapan ringan...

Angkat meja dulu.....

Buka khemah masjid ramai-ramai

Bayangkan karabau.....hahahaha

Lepak-lepak tunggu lori sampai....

Gelagat si Akrami...

Sepanjang program korban berlangsung penulis langsung tak sempat nak tengok anak sendiri. Ke hulu ke hilir naik basikal ngan kengkawan dia siap pakai baju melayu.....tapi yang bestnyer pakai topi koboi.....tak jumpa cari songkok agaknya.....hahaha ataupun nak ngelak panas.....tapi kalau panas sapa suruh pakai baju melayu.....

Si Akrami (anak penulis) menjadi pemantau program korban tak bertauliah

Memang agak meriah sekali nampaknya Aidiladha kali ini di TDJ. Ini kali pertama di buat program korban kerbau sebab sebelum ini pernah juga dibuat korban tapi kedua-duanya lembu...boleh tahan juga penangan kerabau ni.....kulit tebal dan agak besar membuatkan cabaran melapah agak lebih sikit berbanding lembu....

Walau apa pun, semoga program korban kali ini merapatkan lagi tali silaturrahin sesama komunit di TDJ ini dan membolehkan kita kenal-mengenali santara satu sama lain.

Tak lupa juga kepada jurugambar yang penulis ambil gambar ini dari FB mereka iaitu Tuan Syed, Ust Azhan sendiri dan juga Ust Ali....ada gambar video diambil dan diupload di FB Tuan Zairi tapi tak pandai pulak penulis yang masukkan kat sini....

Akhir kata, salam santai dan berjumpa lagi di aktiviti Taman Desa Jaya yang akan datang, teruskan kongsi maklumat di Group Komuniti Taman Desa Jaya di FB dan semoga kita enjoy dengan aktiviti yang dijalankan....

Salam santai dari penulis...

Wassalam...











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails