Sunday, July 26, 2009

Kejutan santai lagi....!!!


Salam,

Hari ni hari minggu, lepas basuh kedua-dua kereta dan motorsikal (di kedai basuh keta la) penulis pun layan la FB. Macam biasa la bila buka biasanya ada request macam-macam dan ada satu friend request. Mula-mula tengok nama macam kenal.....bila accept....confirm kenal....tgk gambar....tak kenal balik.....terkejut pakcik.....

Tengok gambar di bawah.....rupanya boss pakcik.......tapi muda betul....


Big BOSS ku....klik gambar untuk kasi besar

Bertambahlah rakan dalam FB ni....tapi yang ni memang special la kut.....bukan apa, selain sebagai seorang ketua / pemimpin yang disegani di sekolah, beliau juga seorang yang sentiasa update terutama terhadap perkara berkaitan teknologi atau ICT......payah nak cari orang yang macam ni.....kerana apa pengalaman penulis sebelum ini, memang susah nak cari seorang pemimpin sekolah yang tahu berkenaan ICT...maklumlah mereka ini biasanya guru-guru yang sudah senior dan lama berkhidmat.....zaman dulu-dulu mereka menggunakan mesin taip, tetapi sekarang yang berada di hadapan penulis ini yang tidak ketinggalan zaman.....memang update betul lah....

Kepada Puan Mozidah sekiranya membaca tulisan ini, bukanlah tujuan untuk membodek atau memuji berlebih-lebihan, saya cuma berkongsi dengan pengunjung blog santai tentang perasaan saya, apa yang terlintas dan terbuku di fikiran, saya masukkan di sini......harap puan pun santai la sekiranya singgah di sini......

Kepada pengunjung blog ini, terutama silent readers, rakan-rakan guru di Membakut (samada SMKM, SMKM II dan lain-lain), para pengunjung blog ini samada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia (terutama di German dan US - yang paling ramai dicatat sebagai pelawat blog ini).....janganlah malu-malu berkongsi idea, pandangan dan pendapat anda di blog ini. Sama-samalah kita berkongsi ilmu di ruangan maya tanpa sempadan ini.....Mudah-mudahan pemikiran kita semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi di arus perdana ini.......

Satu lagi, jangan lupa vote for santai di ruangan atas sebelah kiri....respon anda amat bermakna buat penulis....akhir kata, selamat santai di hujung minggu.....semoga ceria selalu...

Wassalam....


Wednesday, July 22, 2009

Jamuan makan & halau hantu

Salam,

Pelik sikit tajuk kali ni kan...bukan apa, hari ni boleh kata agak penat la skit. Sebab kelas full swing 6 masa direct, kemudian petang isteri ajak pegi gym, malam ni ada upacara rawatan memulihkan pelajar kerasukan di sekolah.... ok la citer satu per satu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jamuan sempena Persaraan Babu Etom dan
Sambutan Hari Jadi Guru-Guru SMKM bagi bulan Jun dan Julai

Ini kali pertama penulis menghadiri jamuan di sekolah ini secara rasmi, sebelum meraikan persaraan dan perpisahan Babu Etom yang telah bersara dari perkhidmatan di sekolah ini. Penulis tidaklah mengenali rapat Babu Etom ini, tetapi cerita tentang kerajinan dan kebaikan Babu Etom ini memang pernah di dengar sebelum ini. Malah pokok bunga yang di tanam di rumah penulis pun adalah pemberian dari Babu Etom ini.

Dari pengamatan penulis Babu Etom ini merupakan seorang kakitangan yang amat disenangi di sekolah ini dan amat rapat dengan semua orang di sini. Malah ada yang menganggap beliau seorang ibu dan sentiasa meminta pandangan serta nasihat dari beliau yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam kehidupan.

Sepatutnya majlis ini disambut pada minggu lepas tetapi di atas sebab kesihatan Babu Etom yang kurang baik masa tu, ia tidak dapat dijalankan dan di tangguhkan sehinggalah semalam. Walau bagaimanapun majlis berjalan lancar dan nampak pertalian persahabatan dan ikatan ukhuwah yang sangat utuh dan kukuh di kalangan warga SMKM....alhamdulillah setinggi -tinggi rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana penulis berada di kalangan mereka ini.......

Bah, di sini penulis masukkan gambar-gambar yang sempat di ambil semasa majlis kelmarin. Majlis di adakan di Restoran Sri Putri SMKM (kalau tak silap la...) tempat pelajar belajar katering....


Inilah Babu Etom....seorang yang mempunyai sifat keibuan yang tinggi....



Bonda pengetua (hijau pucuk pisang) bersama para guru SMKM



Sebahagian lagi guru-guru dan KTBM


Cheese cake yang lazat dan berkhasiat...nyam...nyam...


Antara orang kuat yang menguruskan majlis tersebut


Jurufoto tetap dan berpencen....


Memang seronok berada di sini...baru masuk di sini sudah dirai,
secara kebetulan birthday penulis suami isteri bulan Jun...hehehe....



----------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis bacaan Yaasin dan rawatan pemulihan

pelajar yang diganggu makhluk halus

Malam tadi, semua pelajar muslim yang tinggal di asrama dikehendaki turun ke surau untuk majlis bacaan Yaasin dan upacara merawat para pelajar yang telah diganggu makhluk halus di sekolah ini. Oleh kerana ustaz yang dijemput belum sampai maka penulis terpaksalah mengambil alih dahulu buat sementara waktu menunggu ustaz tersebut tiba. Selesai solat Maghrib berjemaah penulis diminta menyampaikan tazkirah ringkas kemudian solat Isyak berjamaah. Setelah selesai kami solat barulah ustaz tersebut tiba bersama pembantu-pembantunya. Ustaz Arshad dari UiTM Kota Kinabalu dipanggil oleh bonda pengetua untuk membantu merawat para pelajar yang diganggu dan seterusnya memagar kawasan sekolah terutama asrama supaya tiada lagi gangguan selepas ini.


Ustaz Arshad mengetuai bacaan Surah Yaasin



Guru-guru dan para pelajar asrama bersama-sama membaca Yaasin di surau

Ustaz Arshad meminta kami membaca Surah Yaasin sebanyak 7 kali. Ketika bacaan kali ke empat, salah seorang daripada pelajar yang hendak dirawat itu terus lari dan melompat dari tangga surau ke bawah menuju ke asrama. Apa lagi, penulis dan beberapa orang guru lelaki diikuti dengan guru perempuan termasuk Cikgu Fatimah Binsin (PK HEM) yang turut bersama pada malam itu mengikut pelajar tersebut. Rupanya dia tidak tahan mendengar bacaan ayat Al-Quran menyebabkan dia lari dari situ.....tiba di bilik asrama dia pengsan dan di bawa terus ke surau semula untuk dirawat oleh Ustaz Arshad.....

Ustaz Arshad menyuruh pembantunya azan di setiap penjuru surau dan beliau meyuruh para pelajar perempuan meminum air bacaan Yaasin. Ketika dia memberikan kepada pelajar yang lari tadi, pelajar tersebut menolak dan menepis air tersebut hingga habis tumpah semuanya. Maka dengan spontan Ustaz Arshad menepuk pelajar tersebut dan dia terus pengsan. Bermulala episod berlawanan di antara Ustaz Arshad dengan makhluk halus tersebut......

Setelah selesai merawat semua pelajar tersebut, Ustaz Arshad diminta untuk ke asrama dan memagar kawasan tempat tinggal pelajar. Beliau meminta pembantu-pembantunya melaungkan azan di setiap pintu bilik dan di setiap penjuru bilik. Beliau juga turut serta melaungkan azan sebanyak 7 kali di setiap sudut. Begitulah malam itu berlalu......


Bermulalah penentangan makhluk tersebut


Sesi rawatan pemulihan


PK HEM (Cikgu Fatimah) membantu memberi minum air Yaasin kepada pelajar terlibat


Jurugambar 'Ekspose Mistik' tidak rasmi (baju merah) bersama
penerbit eksekutif (baju melayu kuning)
merakan kejadian....


Ketika minum setelah selesai semua urusan pada malam itu, Ustaz Arshad menceritakan bahawa pada mulanya beliau ingin membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali sahaja, tetapi ditertawakan oleh makhluk tersebut. Sebab itu ketika dia mengugut untuk membaca sebanyak tujuh kali, kelihatan kegelisahan terpancar diwajah makhluk tersebut.....

Cikgu Dali Ag. Yusuf berkongsi cerita bahawa salah seorang pelajar yang nampak makhluk itu melihat bukan satu makhluk yang ada di sekolah ini. Ramai seperti sebuah keluarga. Menurutnya lagi makhluk itu ada di mana-mana, antaranya pada ketika itu di sudut surau, di bilik asrama (sengaja penulis tidak sebutkan no bilik atas sebab keselamatan), di hadapan bangunan katering, di parking kereta, di atas pokok dan banyak lagi........

Cikgu Fatimah juga berkongsi cerita pada malam tersebut di mana selah seorang pelajar yang ternampak makhluk itu melihat bagaimana makhluk itu merangkak keluar dari tubuh pelajar dan melalui di tengah-tengah antara kumpulan pelajar tersebut. Mujurlah makhluk itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kalau tidak alamat bertempiaran larilah suma orang yang ada di sana.....

Setakat ini dulu cerita kali ini, mudah mudahan selepas ini tiada lagi gangguan seperti ini....

Jangan lupa vote santai di ruangan atas hujung sebelah kiri.....

Selamat santai.....



Jan

Monday, July 20, 2009

Ya ALLAH selamatkanlah SEKOLAHKU....

Salam,

Gangguan makhluk halus

Selamat bersua kembali. Semakin hari nampaknya semakin sibuk, malam semalam masih ada lagi gangguan makhluk halus di asrama puteri. Ramai juga lah yang kena termasuk beberapa pelajar non-muslim. Hampir jam sebelas malam baru pulang setelah keadaan kembali terkawal....tak payah cerita lanjutlah pasal gangguan tu...susah nak diceritakan dan penulis sendiri pun bukan ahli dalam bidang itu....cuma boleh cerita sikit bagaimana bulu roma mula meremang apabila mula melangkah ke asrama dan ketika berada di surau malam semalam. Begitu juga ketika hendak pulang dan ketika sampai di pintu rumah. Penulis risau juga kalau-kalau makhluk ini akan mengganggu hingga sampai ke pintu rumah...tapi Alhamdulillah setakat ini tiada apa-apa berlaku....

Pagi tadi juga masih berlaku gangguan tersebut, tetapi cuma beberapa orang yang masih belum pulih sepenuhnya setelah dibenarkan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, penulis memuji tindakan drastik pihak sekolah terutama bonda pengetua apabila mengambil tindakan segera menghubungi orang yang memang ahli dalam bidang ini untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Esok malam akan datang seorang ustaz dari UiTM KK (kalau tidak silap) yang insyaAllah akan membantu menyelesaikan masalah ini. Mudah-mudahan selesai segera.....kalau tidak sesi P&P akan sentiasa terganggu....


Penulis sempat snap gambar curi semasa mereka berbincang
menyelesaikan masalah di sekolah...harap mereka tak marah


Serius...., dari kiri bonda pengetua, Cikgu Abg Morsha
dan PK I Cikgu Agku Johari



Cikgu Isham, selaku ketua warden setuju dengan cadangan pengetua....
gambar diambil sebelah meja penulis dalam keadaan santai...


Dari segi kerja memang penulis sangat respek dengan pengetua dan pengurusan di sini berbeza dengan apa yang pernah penulis lalui sebelum ini dari segi 'decision making' dan 'problem solving'


Gangguan makhluk TAK halus


Pelik sikit kan sub-tajuk kali ni...bukan apa, dalam usaha penulis membantu setakat terdaya menangani masalah yang sedang berlaku di sekolah baru, masih lagi kedengaran suara-suara sumbang dari sekolah lama khususnya dari pihak pengurusan memburuk-burukkan penulis. Bila sebut pihak pengurusan di sini, mungkin catatan ini akan menjadi kontroversi tidak lama lagi. Penulis tidak sedikitpun berniat hendak memburukkan mana-mana pihak, cuma penulis hendak sedikit bersifat defensif kerana selama ini penulis tidak mengambil hirau apa yang sering diperkatakan oleh orang-orang tertentu yang ingin memburuk-burukkan penulis. Rasanya, orang yang mengenali penulis boleh menilai sendiri tanpa perlu penulis mempertahankan diri....penulis masih lagi tertanya-tanya, apa lagi yang mereka mahukan dari penulis sedangkan penulis sendiri tiada masalah langsung dengan mereka itu dan apabila berhadapan terutamanya, semuanya seolah-oleh seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Mengapa apabila di belakang macam-macam cerita yang penulis dapat terutamanya daripada pejabat .....(tak perlu dinyatakan di sini). Penulis begitu la, begini la, dari segi kokum memang bagus la, cuma dari segi kurikulum begini la....macam-macam cerita.....mengapa mereka bertindak begitu sedangkan penulis sendiri tidak pernah bertanya apa sebab dipindahkan dan tidak pernah diberitahu apa-apa sehinggalah hari terakhir penulis keluar dari sekolah itu.....kekadang timbul rasa sedih dan terkilan tetapi penulis hanya simpan dihati dan diam....rasanya itu lebih baik.....tapi nampaknya hampir tidak tertahan juga rasanya...jadi penulis lepaskan lah catatan ini di dalam tempat yang penulis anggap sebagai diari walaupun ianya boleh dibaca oleh sesiapa sahaja......

Kenapa selama ini, sekiranya ada masalah penulis tidak pernah dipanggil, ditegur dan di nasihat secara berhadapan sekiranya penulis ini seorang guru yang bermasalah atau mereka yang bermasalah dengan penulis.....nampaknya penerimaan penulis di sekolah baru pun sangat baik, di sekolah lama pun sebelum meninggalkan para pelajar nampaknya agak berat juga mereka hendak melepaskan penulis....di mana silapnya ni...entahlah susah mahu di ucapkan di sini....usaha penulis berjumpa dan berhadapan dengan pentadbir tanpa dipanggil untuk bertanya apa yang mereka tidak puas hati pun nampaknya tidak ada apa-apa yang mereka nyatakan...itu yang pelik bin ajaib....di hadapan tidak ada apa-apa di belakang macam-macam.....

Satu perkara yang penulis amat terkilan ialah berkenaan sukatan pelajaran yang di kelas yang penulis ajar....ada suara sumbang mengatakan (pembaca dari SMKM II tahu siapa...) penulis tidak ajar hingga habis sukatan....sedangkan penulis keluar dari sekolah itu 30 Jun 09...memang tidak habis, jadi tanggungjawab mereka yang menyambunglah yang menghabiskannya....susah la kalau tidak mahu berfikir secara lojik....kalau sudah bulan Jun sudah selesai semua kira hebat la guru tu...adakah pelajar-pelajar mereka betul-betul faham atau sekadar mengajar untuk ingin menghabiskan sukatan sahaja....pelik bin ajaib....


Fail yang mengandungi tajuk-tajuk dalam sukatan bagi setiap tingkatan


Fail ini adalah usaha dan inisiatif penulis sendiri


Setiap tingkatan yang penulis ajar penulis masukkan dalam catatan di fail ini


Catatan tajuk diajar untuk tingkatan dua beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Catatan tajuk diajar untuk tingkatan tiga beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Catatan tajuk diajar untuk tingkatan lima beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Pandangan lebih dekat....


Bukti penulis mengajar hampir habis sukatan, insyaALLAH akan habis sukatan
pada masanya sekiranya diberi peluang. Ini sebelum habis tahun sudah dipindahkan ke sekolah lain tanpa sebab
(menurut mereka lebih guru....itu pun penulis tahu dari orang lain)


Jadi di sini, penulis hanya menjawab persoalan ini sahaja lah....semua orang boleh menilai penulis dengan melihat aktiviti-aktiviti yang telah penulis letakkan di sebelah kiri bahagian atas blog (kokurikulum dan kurikulum) ini untuk tatapan pembaca dan penilai semua....bagaimana dengan kerja penulis selama ini...apa yang penulis buat selama ini pun di sekolah lama tidak pernah diberikan penghargaan. Bukan lah penghargaan yang penulis mintak....dan bukanlah penulis menjalankan semua aktiviti-altiviti di atas tersebut untuk mendapat nama dan untuk dipuji oleh para pentadbir tetapi semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan ikhlas untuk para pelajar yang tersayang.....kerana penulis menganggap mereka seperti anak-anak penulis sendiri dan penulis juga mahu anak penulis nanti diajar oleh guru seperti yang penulis lakukan ....itulah harapan penulis...mudah-mudahan.....

Selamatkanlah SMKM II

Tak tahulah sesuai atau tidak kenyataan di atas, tetapi itulah yang datang dari hati penulis. Bagaimana perasaan rakan-rakan yang masih tinggal yang tidak bersemangat untuk mengajar kerana tertekan dengan situasi semasa. Bagaimana perasaan dan keadaan para pelajar yang tidak ada guru mengajar terutama Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. Bagaimana mereka akan menghadapi peperiksaan besar dalam keadaan begitu......Ya ALLAH bantulah mereka....cukuplah dengan apa yang sudah berlaku....walaupun penulis sudah hampir sebulan meninggalkan sekolah lama kesayangan penulis tetapi penulis tidak pernah memburukkan sekolah itu kerana di situlah tempat penulis belajar macam-macam perkara terutama tentang erti kehidupan....

Hari ni penulis mendapat panggilan telefon dari orang besar jugalah bertanyakan macam-macam tentang sekolah. Tidak ada yang tidak baik melainkan yang baik-baik sahaja penulis nyatakan dan tidak sangka juga ada perkara-perkara yang disebut dan dinyatakan kepada penulis memburuk-burukkan penulis. Penulis meminta orang itu menilai sendiri dan tanyalah daripada para guru dan para pelajar di sana untuk maklumat lanjut.....itu sahaja....

Cabaran dan rintangan ada di mana-mana, yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya. Penulis dalam keadaan sedar mungkin catatan ini akan menjadi panas tidak lama lagi. Perkara yang penulis ceritakan di sini adalah sekadar berkongsi luahan hati, sedikit membela diri dan semata-mata untuk tujuan kebaikan....cukuplah tuduhan-tuduhan seperti blog santai ini adalah blog lucah, menceritakan keburukan sekolah dan sebagainya.....penulis tidak sedikitpun berniat dan berbuat demikian....penulis hanya mendoakan yang terbaik buat semua....kita akan hidup bahagia sekiranya kita sentiasa berfikir baik....dan bahagiakah pada pandangan anda orang yang sentiasa busuk hati dan berfikiran yang tidak elok sesama manusia.....yang sudah tu sudahlah.......

Bah cukuplah luahan setakat ini dulu....rasa macam tak santai....penulis ni orangnya santai dan cool....tak perlulah melayan perasaan yang tak best...malas la nak layan....dan sekiranya ada yang tersinggung apabila membaca blog ini mohon beribu ampun....ambillah apa yang baik dan nilailah dengan seadil-adilnya.......Sama-samalah kita muhasabah diri, jangan lah seperti kata pepetah kuman di seberang laut boleh nampak, tetapi gajah di depan mata buat-buat buta....Sentiasalah cermin diri sendiri sebelum mencermin diri orang lain. Hanya kita yang mampu mengubah hidup kita, dan tidak ada orang yang boleh mengubah hidup kita......

Istigfar banyak-banyak mohon ampun dari ALLAH......Astagfirullahalazim....penulis menganggap ini semua adalah ujian kecil dari ALLAH dan penulis yakin dan percaya yang HAQ akan pasti mengatasi yang BATIL....

Selamat santai....dan semoga ceria selalu....




Friday, July 17, 2009

Histeria.....tak santai...

Salam,

Suatu perkara diluar dugaan berlaku di sekolah hari ni. Dua hari lepas berlaku di SMKM II di mana 6 orang pelajar SMKM II histeria. Kelmarin 2 orang histeria.....itu cerita rakan SMKM II bila kebetulan berjumpa rakan2 di sana....

Hari ni, sewaktu penulis sedang menulis buku rekod pengajaran harian (biasala rutin guru), penulis dikejutkan oleh panggilan beberapa orang pelajar meminta bantuan. Pada mulanya tak tahu apa jenis bantuan diperlukan..kemudian turun la seorang pelajar dipangku rakan-rakannya ke bilik guru....Pada masa tu Ustaz Mazlan ada di sana dan cuba menenangkan pelajar tersebut....boleh berkomunikasi seperti biasa...cuma menggigil ketakutan dan mengatakan beliau nampak sesuatu di dinding....mulanya satu kemudian banyak...benda apa penulis tidak tahu sebab tak nampak....

Seketika kemudia ada lagi pelajar memanggil, kali ni tiga orang dan terus bertambah, penulis bawa turun seorang, dibantu rakan-rakan guru perempuan lain, kemudian panggil lagi, kali ni agak kuat...penulis pegang, dibantu Cikgu Isham (Ketua Warden berbadan besar jugak la...) pelajar tu kecil jer tetapi kuat betul lenguh gak la tangan menahan dia meronta...kami bawa ke bilik guru juga...nama-nama pelajar penulis tak tulis sebab tak perlu dinyatakan....pelajar tadi dibawa ke satu bilik di satu sudut....penulis dan Ustaz Mazlan cuba menenangkan dengan membaca apa-apa yang patut la.....dalam keadaan masih belum stabil, pengetua meminta untuk mengambil alih dari situ.... penulis beri laluan dan melihat para pelajar lain di luar...ramai guru membantu...penulis nampak Cikgu Awang Hj Latip (PK Kokum) memegang botol air membantu menawari para pelajar tersebut..... keadaan mula terkawal sekitar jam 8:20 pagi dan penulis terus masuk ke kelas untuk mengajar....

Selepas Jumaat

Balik dari sembahyang Jumaat, penulis diberitahu isteri PK HEM mintak tolong segera ke asrama sekolah untuk membantu para pelajar perempuan yang histeria....ramai katanya....penulis pun pakai seluar dan tunggu rumah Ustaz Azhan (tadi giliran dia jadi imam dan khatib semayang Jumaat) untuk membantu, singgah rumah Cikgu Yusman dan Ustaz Rosmawi....jumpa Ustaz Ilyas di rumah, Ustaz Azizie dan rakan-rakan di pertengahan jalan. Terus ajak tolong ke sekolah....penulis sampai di sekolah, pelajar ada di merata-rata tempat. Cikgu Isham dan Cikgu Fatimah (PK HEM) nampak sibuk melayan ibu bapa yang datang mengambil anak-anak mereka. Ramai juga di surau yang dipegang oleh para pelajar lain. Di dewan makan ada lagi pelajar bukan Islam, di sana dibantu oleh orang yang pandai juga mengubat menurut agama mereka.....

Penulis mintak air, kami bacakan ayat kursi pada air tu, Ustaz Azhan, Cikgu Yusman, ustaz-ustaz yang ada di situ turut membantu....idea kreatif Cikgu Yusman memasang bacaan Yaasin dari hanfonnya ke mikrofon masjid....setelah beberapa ketika suasana mula terkawal.........ibu bapa para pelajar ni dihubungi dan dicadangkan dibawa pulang kerana takut sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kebetulan sabtu dan ahad cuti.....ada seorang ibu tu datang terus ke surau dan melihat anaknya terbujur kaku (pengsan jer) dan terus menangis....dia tanya kenapa ustaz dengan dia ni...penulis cakap tiada apa-apa yang pelik berlaku, cuma dia terlalu takut sahaja dan terlalu penat.....pelajar tu sedar dan tidak menunjukkan reaksi seperti orang kerasukan.....bagi air untuk pulih semangat dan dia bangun dan terus bawa pulang.....

Menurut Cikgu Isham selaku ketua warden asrama, sepanjang beliau menjadi warden selama 14 tahun, ini kejadian kali pertama melibatkan lebih 15 orang pelajar dalam satu hari....pernah berlaku sebelum ini setakat seorang dua jer yang histeria.....jenuh jugak la dia menepis tuduhan para ibu bapa yang menuduh sekolah tidak bertanggungjawab membiarkan pelajar dibawa pulang dalam keadaan masih belum pulih sepenuhnya. Beliau menyatakan beliau sendiri pun tak berkuasa nak mengatasinya. Apa beliau boleh buat....??? daripada melarat kepada pera pelajar lain lebih baik dibawa pulang....tul tak....???

Begitulah cerita hari ni....penulis ni bukanlah orang yang pandai berubat orang kena rasuk ni. Cuma kita boleh tahu daripada reaksi orang yang terlibat tu samada dia betul-betul kerasukan atau dia cuma terlalu takut...biasa la bila orang terlalu takut macam-macam bermain di fikiran dan perasaannya....macam-macam la dia nampak.....lagi satu aurat tak jaga, penulis mintak ditutup rambut pelajar yang terbujur di surau dan berpesan kepada yang lain-lain supaya kuat semangat....jaga solat dan jaga aurat...insyaAllah kita akan dipelihara oleh Allah....mudah-mudahan selamat semuanya.....

Begitula serba sedikit coretan hari ni.....seminggu dua ni terlalu sibuk dengan tugas pentaksiran. Penulis dilantik secara paksa menjadi Ketua Pentaksir Kawasan, sudah menolak tetapi katanya kena buat surat hantar kepada Pengarah JPN Sabah....banyak hal la pulak....jadi buat jer la tahun ni...sebelas sekolah terpaksa dipantau dan di selaras dibantu oleh dua guru pend. islam selaku pentaksir kawasan.....

Ok la...teruskan bersantai...

Wassalam....


Thursday, July 16, 2009

Renungan santai : Apa komen anda?

Salam,

Berita Harian hari ni Khamis, 16 Julai 2009 (23 Rejab 1430) mengisahkan peristiwa ini....baca dulu kemudian buat penilaian....Tapi bagus kalau dapat dengar pula penjelasan daripada pihak yang satu lagi......

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my


Muhamad Naufall menunjukkan bekas lebam di pipi kiri selepas di tampar oleh seorang ustaz.

Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.

"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.

"Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami.

"Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin," katanya.

Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

Berita tamat..............

Jangan lupa beri pandangan anda
dan juga vote for santai di ruangan atas sebelah kiri.....

Selamat santai


Friday, July 10, 2009

Gelagat santai ceria SMKM

Salam,

Hari ni genap 10 hari penulis berada dalam suasana baru. Orang kata yang baru biasanya memang best. Gitulah yang penulis rasa setakat ini....maknanya akan datang tak tau lagi la....mudah-mudahan masa akan datang serupa jugalah seperti sekarang....

Saksikanlah gelagat-gelagat rakan-rakan yang sporting ketika waktu santai (bukan waktu mengajar aa....) layan Facebook dan blog santai....kebetulan ada kemudahan internet di sini berbanding sebelum ini....ni bukan salah guna aa...ni guna se-optimum mungkin berkongsi-kongsi maklumat terkini dengan cara yang santai.....


Melayan santai dengan apple i mac.....betul ker...???
Cubaan meracun yang hampir berjaya
...

Memeriahkan suasana santai....

Kebetulan hari ni hari Jumaat....ada la salah seorang guru ni bersedekah dengan membuat kek (kek apa namanya tu penulis tak berapa tahu....mintak mahap la yer....). Cikgu Farina namanya....apa lagi dengan bantuan Cikgu Jaidah mengagih-agihkan kepada rakan-rakan guru lain.....mantap...sedap......kalu boley buat slalu yek....


Inilah orang yang rajin buat kek tu...boley bisnis kueh ni.....

Ni la kek yang penulis dapat sebelum di 'mamam'....





Menikmati kek yang lazat sambil santai.....
Yang ni sebahagian jer la....yang lain tak sempat snap....


Begitulah sebahagian gelagat, semoga dengan perkongsian ini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama rakan guru di sini. Sesekali teringat juga rakan-rakan lama di SMKM II....rindu gak la....ntah dorang ingat ker lagi ngan penulis nih....tak per lah....yang penting semua orang bahagia dan ceria..........

Bonda tak ada pegi mana yer....??? kalau ada mesti lebih ceria.....!!!

Salam santai....


Semangat baru.......tetap santai


Demi kasih sayangku kepadamu...ku hantarmu ke GYM supaya lebih lansing gitu....

Salam,

Sejak masuk kat sekolah baru ni, memang kehidupan penulis semakin berubah....perubahan daripada yang sudah sedia baik kepada yang lebih baik....alhamdulillah...syukur kepada ALLAH. Rakan-rakan guru di sini juga nampaknya agak sporting dan penulis selesa bergaul dengan mereka.....

Baru-baru ini, rakan-rakan isteri penulis merancang untuk pergi ke gymnasium untuk mengikuti aktiviti senamrobik di Gimnasium Rakyat Beaufort. Suatu ketika dulu (sebelum viva master aritu....) penulis juga aktif untuk mengangkat besi bersama teman-teman setaman perumahan....masa tu geng-geng pergi gym ni terdiri daripada Cikgu Yusman (merangkap instruktor), Cikgu Abg Morsha, Ustaz Ali Karimi, Ustaz Azizi, sesekali Cikgu Zakimi dan penulis....

Kenangan indah yang memang tak dapat dilupakan masa tu ialah masa kali pertama layan besi tu, kami dilatih oleh sifu yang juga merupakan jaguh Sabah dalam sukan bina badan sewaktu ketika dahulu iaitu Augustin Ikin. Badan dia jangan cakapla...memang berketul-ketul la....bila training dengan dia, seingat-ingat penulis memang tiga hari tiga malam tangan jadi keras tak boleh nak bengkok dan lurus....nak gosok gigi pun kena goyang kepala kat berus sebab tangan tak boleh goyang, nak pakai baju pun macam robot dan nak makan mulut kena tuju ke tangan bukan tangan yang suap ke mulut....tu la penangan main besi...tapi lepas tu, terus rasa ringan badan dan seluar pun kurang dua tiga lubang talipinggang....memang best la....

Sekarang tiba giliran isteri pulak bila kengkawan dia ajak buat senaman. Penulis tidak teragak-agak terus setuju sebab untuk kesihatan dan kebahagian senaman memang perlu. Kebetulan pulak bila ada kengkawan bagi sokongan moral lagi la semangat ...tul tak...So, berikut gambar-gambar yang sempat di snap sewaktu di gym tu....jangan salah faham pulak nak amek gambar-gambar awek plak....amek gambar bini la...tu la girlfriend dunia akhirat mudah-mudahan......



Yang ni Jadual hari Selasa haritu (high impact) menurut instruktornya....
fokus baju merah maroon




Senamrobik dan konsultasi senaman dan penjagaan kesihatan
fokus baju purple....

Jadi, begitulah hari-hari berlalu minggu ni...semoga berterusan dan tidak hangat-hangat tahi ayam.....lagipun insruktor juga memang seorang pakar dalam bidangnya....

Teruskan bersama blog santai....

Salam ceria selalu...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails