Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

Jamuan makan & halau hantu

Salam,

Pelik sikit tajuk kali ni kan...bukan apa, hari ni boleh kata agak penat la skit. Sebab kelas full swing 6 masa direct, kemudian petang isteri ajak pegi gym, malam ni ada upacara rawatan memulihkan pelajar kerasukan di sekolah.... ok la citer satu per satu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jamuan sempena Persaraan Babu Etom dan
Sambutan Hari Jadi Guru-Guru SMKM bagi bulan Jun dan Julai

Ini kali pertama penulis menghadiri jamuan di sekolah ini secara rasmi, sebelum meraikan persaraan dan perpisahan Babu Etom yang telah bersara dari perkhidmatan di sekolah ini. Penulis tidaklah mengenali rapat Babu Etom ini, tetapi cerita tentang kerajinan dan kebaikan Babu Etom ini memang pernah di dengar sebelum ini. Malah pokok bunga yang di tanam di rumah penulis pun adalah pemberian dari Babu Etom ini.

Dari pengamatan penulis Babu Etom ini merupakan seorang kakitangan yang amat disenangi di sekolah ini dan amat rapat dengan semua orang di sini. Malah ada yang menganggap beliau seorang ibu dan sentiasa meminta pandangan serta nasihat dari beliau yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam kehidupan.

Sepatutnya majlis ini disambut pada minggu lepas tetapi di atas sebab kesihatan Babu Etom yang kurang baik masa tu, ia tidak dapat dijalankan dan di tangguhkan sehinggalah semalam. Walau bagaimanapun majlis berjalan lancar dan nampak pertalian persahabatan dan ikatan ukhuwah yang sangat utuh dan kukuh di kalangan warga SMKM....alhamdulillah setinggi -tinggi rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana penulis berada di kalangan mereka ini.......

Bah, di sini penulis masukkan gambar-gambar yang sempat di ambil semasa majlis kelmarin. Majlis di adakan di Restoran Sri Putri SMKM (kalau tak silap la...) tempat pelajar belajar katering....


Inilah Babu Etom....seorang yang mempunyai sifat keibuan yang tinggi....



Bonda pengetua (hijau pucuk pisang) bersama para guru SMKM



Sebahagian lagi guru-guru dan KTBM


Cheese cake yang lazat dan berkhasiat...nyam...nyam...


Antara orang kuat yang menguruskan majlis tersebut


Jurufoto tetap dan berpencen....


Memang seronok berada di sini...baru masuk di sini sudah dirai,
secara kebetulan birthday penulis suami isteri bulan Jun...hehehe....



----------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis bacaan Yaasin dan rawatan pemulihan

pelajar yang diganggu makhluk halus

Malam tadi, semua pelajar muslim yang tinggal di asrama dikehendaki turun ke surau untuk majlis bacaan Yaasin dan upacara merawat para pelajar yang telah diganggu makhluk halus di sekolah ini. Oleh kerana ustaz yang dijemput belum sampai maka penulis terpaksalah mengambil alih dahulu buat sementara waktu menunggu ustaz tersebut tiba. Selesai solat Maghrib berjemaah penulis diminta menyampaikan tazkirah ringkas kemudian solat Isyak berjamaah. Setelah selesai kami solat barulah ustaz tersebut tiba bersama pembantu-pembantunya. Ustaz Arshad dari UiTM Kota Kinabalu dipanggil oleh bonda pengetua untuk membantu merawat para pelajar yang diganggu dan seterusnya memagar kawasan sekolah terutama asrama supaya tiada lagi gangguan selepas ini.


Ustaz Arshad mengetuai bacaan Surah Yaasin



Guru-guru dan para pelajar asrama bersama-sama membaca Yaasin di surau

Ustaz Arshad meminta kami membaca Surah Yaasin sebanyak 7 kali. Ketika bacaan kali ke empat, salah seorang daripada pelajar yang hendak dirawat itu terus lari dan melompat dari tangga surau ke bawah menuju ke asrama. Apa lagi, penulis dan beberapa orang guru lelaki diikuti dengan guru perempuan termasuk Cikgu Fatimah Binsin (PK HEM) yang turut bersama pada malam itu mengikut pelajar tersebut. Rupanya dia tidak tahan mendengar bacaan ayat Al-Quran menyebabkan dia lari dari situ.....tiba di bilik asrama dia pengsan dan di bawa terus ke surau semula untuk dirawat oleh Ustaz Arshad.....

Ustaz Arshad menyuruh pembantunya azan di setiap penjuru surau dan beliau meyuruh para pelajar perempuan meminum air bacaan Yaasin. Ketika dia memberikan kepada pelajar yang lari tadi, pelajar tersebut menolak dan menepis air tersebut hingga habis tumpah semuanya. Maka dengan spontan Ustaz Arshad menepuk pelajar tersebut dan dia terus pengsan. Bermulala episod berlawanan di antara Ustaz Arshad dengan makhluk halus tersebut......

Setelah selesai merawat semua pelajar tersebut, Ustaz Arshad diminta untuk ke asrama dan memagar kawasan tempat tinggal pelajar. Beliau meminta pembantu-pembantunya melaungkan azan di setiap pintu bilik dan di setiap penjuru bilik. Beliau juga turut serta melaungkan azan sebanyak 7 kali di setiap sudut. Begitulah malam itu berlalu......


Bermulalah penentangan makhluk tersebut


Sesi rawatan pemulihan


PK HEM (Cikgu Fatimah) membantu memberi minum air Yaasin kepada pelajar terlibat


Jurugambar 'Ekspose Mistik' tidak rasmi (baju merah) bersama
penerbit eksekutif (baju melayu kuning)
merakan kejadian....


Ketika minum setelah selesai semua urusan pada malam itu, Ustaz Arshad menceritakan bahawa pada mulanya beliau ingin membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali sahaja, tetapi ditertawakan oleh makhluk tersebut. Sebab itu ketika dia mengugut untuk membaca sebanyak tujuh kali, kelihatan kegelisahan terpancar diwajah makhluk tersebut.....

Cikgu Dali Ag. Yusuf berkongsi cerita bahawa salah seorang pelajar yang nampak makhluk itu melihat bukan satu makhluk yang ada di sekolah ini. Ramai seperti sebuah keluarga. Menurutnya lagi makhluk itu ada di mana-mana, antaranya pada ketika itu di sudut surau, di bilik asrama (sengaja penulis tidak sebutkan no bilik atas sebab keselamatan), di hadapan bangunan katering, di parking kereta, di atas pokok dan banyak lagi........

Cikgu Fatimah juga berkongsi cerita pada malam tersebut di mana selah seorang pelajar yang ternampak makhluk itu melihat bagaimana makhluk itu merangkak keluar dari tubuh pelajar dan melalui di tengah-tengah antara kumpulan pelajar tersebut. Mujurlah makhluk itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kalau tidak alamat bertempiaran larilah suma orang yang ada di sana.....

Setakat ini dulu cerita kali ini, mudah mudahan selepas ini tiada lagi gangguan seperti ini....

Jangan lupa vote santai di ruangan atas hujung sebelah kiri.....

Selamat santai.....



Jan

Monday, July 20, 2009

Ya ALLAH selamatkanlah SEKOLAHKU....

Salam,

Gangguan makhluk halus

Selamat bersua kembali. Semakin hari nampaknya semakin sibuk, malam semalam masih ada lagi gangguan makhluk halus di asrama puteri. Ramai juga lah yang kena termasuk beberapa pelajar non-muslim. Hampir jam sebelas malam baru pulang setelah keadaan kembali terkawal....tak payah cerita lanjutlah pasal gangguan tu...susah nak diceritakan dan penulis sendiri pun bukan ahli dalam bidang itu....cuma boleh cerita sikit bagaimana bulu roma mula meremang apabila mula melangkah ke asrama dan ketika berada di surau malam semalam. Begitu juga ketika hendak pulang dan ketika sampai di pintu rumah. Penulis risau juga kalau-kalau makhluk ini akan mengganggu hingga sampai ke pintu rumah...tapi Alhamdulillah setakat ini tiada apa-apa berlaku....

Pagi tadi juga masih berlaku gangguan tersebut, tetapi cuma beberapa orang yang masih belum pulih sepenuhnya setelah dibenarkan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, penulis memuji tindakan drastik pihak sekolah terutama bonda pengetua apabila mengambil tindakan segera menghubungi orang yang memang ahli dalam bidang ini untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Esok malam akan datang seorang ustaz dari UiTM KK (kalau tidak silap) yang insyaAllah akan membantu menyelesaikan masalah ini. Mudah-mudahan selesai segera.....kalau tidak sesi P&P akan sentiasa terganggu....


Penulis sempat snap gambar curi semasa mereka berbincang
menyelesaikan masalah di sekolah...harap mereka tak marah


Serius...., dari kiri bonda pengetua, Cikgu Abg Morsha
dan PK I Cikgu Agku Johari



Cikgu Isham, selaku ketua warden setuju dengan cadangan pengetua....
gambar diambil sebelah meja penulis dalam keadaan santai...


Dari segi kerja memang penulis sangat respek dengan pengetua dan pengurusan di sini berbeza dengan apa yang pernah penulis lalui sebelum ini dari segi 'decision making' dan 'problem solving'


Gangguan makhluk TAK halus


Pelik sikit kan sub-tajuk kali ni...bukan apa, dalam usaha penulis membantu setakat terdaya menangani masalah yang sedang berlaku di sekolah baru, masih lagi kedengaran suara-suara sumbang dari sekolah lama khususnya dari pihak pengurusan memburuk-burukkan penulis. Bila sebut pihak pengurusan di sini, mungkin catatan ini akan menjadi kontroversi tidak lama lagi. Penulis tidak sedikitpun berniat hendak memburukkan mana-mana pihak, cuma penulis hendak sedikit bersifat defensif kerana selama ini penulis tidak mengambil hirau apa yang sering diperkatakan oleh orang-orang tertentu yang ingin memburuk-burukkan penulis. Rasanya, orang yang mengenali penulis boleh menilai sendiri tanpa perlu penulis mempertahankan diri....penulis masih lagi tertanya-tanya, apa lagi yang mereka mahukan dari penulis sedangkan penulis sendiri tiada masalah langsung dengan mereka itu dan apabila berhadapan terutamanya, semuanya seolah-oleh seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Mengapa apabila di belakang macam-macam cerita yang penulis dapat terutamanya daripada pejabat .....(tak perlu dinyatakan di sini). Penulis begitu la, begini la, dari segi kokum memang bagus la, cuma dari segi kurikulum begini la....macam-macam cerita.....mengapa mereka bertindak begitu sedangkan penulis sendiri tidak pernah bertanya apa sebab dipindahkan dan tidak pernah diberitahu apa-apa sehinggalah hari terakhir penulis keluar dari sekolah itu.....kekadang timbul rasa sedih dan terkilan tetapi penulis hanya simpan dihati dan diam....rasanya itu lebih baik.....tapi nampaknya hampir tidak tertahan juga rasanya...jadi penulis lepaskan lah catatan ini di dalam tempat yang penulis anggap sebagai diari walaupun ianya boleh dibaca oleh sesiapa sahaja......

Kenapa selama ini, sekiranya ada masalah penulis tidak pernah dipanggil, ditegur dan di nasihat secara berhadapan sekiranya penulis ini seorang guru yang bermasalah atau mereka yang bermasalah dengan penulis.....nampaknya penerimaan penulis di sekolah baru pun sangat baik, di sekolah lama pun sebelum meninggalkan para pelajar nampaknya agak berat juga mereka hendak melepaskan penulis....di mana silapnya ni...entahlah susah mahu di ucapkan di sini....usaha penulis berjumpa dan berhadapan dengan pentadbir tanpa dipanggil untuk bertanya apa yang mereka tidak puas hati pun nampaknya tidak ada apa-apa yang mereka nyatakan...itu yang pelik bin ajaib....di hadapan tidak ada apa-apa di belakang macam-macam.....

Satu perkara yang penulis amat terkilan ialah berkenaan sukatan pelajaran yang di kelas yang penulis ajar....ada suara sumbang mengatakan (pembaca dari SMKM II tahu siapa...) penulis tidak ajar hingga habis sukatan....sedangkan penulis keluar dari sekolah itu 30 Jun 09...memang tidak habis, jadi tanggungjawab mereka yang menyambunglah yang menghabiskannya....susah la kalau tidak mahu berfikir secara lojik....kalau sudah bulan Jun sudah selesai semua kira hebat la guru tu...adakah pelajar-pelajar mereka betul-betul faham atau sekadar mengajar untuk ingin menghabiskan sukatan sahaja....pelik bin ajaib....


Fail yang mengandungi tajuk-tajuk dalam sukatan bagi setiap tingkatan


Fail ini adalah usaha dan inisiatif penulis sendiri


Setiap tingkatan yang penulis ajar penulis masukkan dalam catatan di fail ini


Catatan tajuk diajar untuk tingkatan dua beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Catatan tajuk diajar untuk tingkatan tiga beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Catatan tajuk diajar untuk tingkatan lima beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Pandangan lebih dekat....


Bukti penulis mengajar hampir habis sukatan, insyaALLAH akan habis sukatan
pada masanya sekiranya diberi peluang. Ini sebelum habis tahun sudah dipindahkan ke sekolah lain tanpa sebab
(menurut mereka lebih guru....itu pun penulis tahu dari orang lain)


Jadi di sini, penulis hanya menjawab persoalan ini sahaja lah....semua orang boleh menilai penulis dengan melihat aktiviti-aktiviti yang telah penulis letakkan di sebelah kiri bahagian atas blog (kokurikulum dan kurikulum) ini untuk tatapan pembaca dan penilai semua....bagaimana dengan kerja penulis selama ini...apa yang penulis buat selama ini pun di sekolah lama tidak pernah diberikan penghargaan. Bukan lah penghargaan yang penulis mintak....dan bukanlah penulis menjalankan semua aktiviti-altiviti di atas tersebut untuk mendapat nama dan untuk dipuji oleh para pentadbir tetapi semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan ikhlas untuk para pelajar yang tersayang.....kerana penulis menganggap mereka seperti anak-anak penulis sendiri dan penulis juga mahu anak penulis nanti diajar oleh guru seperti yang penulis lakukan ....itulah harapan penulis...mudah-mudahan.....

Selamatkanlah SMKM II

Tak tahulah sesuai atau tidak kenyataan di atas, tetapi itulah yang datang dari hati penulis. Bagaimana perasaan rakan-rakan yang masih tinggal yang tidak bersemangat untuk mengajar kerana tertekan dengan situasi semasa. Bagaimana perasaan dan keadaan para pelajar yang tidak ada guru mengajar terutama Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. Bagaimana mereka akan menghadapi peperiksaan besar dalam keadaan begitu......Ya ALLAH bantulah mereka....cukuplah dengan apa yang sudah berlaku....walaupun penulis sudah hampir sebulan meninggalkan sekolah lama kesayangan penulis tetapi penulis tidak pernah memburukkan sekolah itu kerana di situlah tempat penulis belajar macam-macam perkara terutama tentang erti kehidupan....

Hari ni penulis mendapat panggilan telefon dari orang besar jugalah bertanyakan macam-macam tentang sekolah. Tidak ada yang tidak baik melainkan yang baik-baik sahaja penulis nyatakan dan tidak sangka juga ada perkara-perkara yang disebut dan dinyatakan kepada penulis memburuk-burukkan penulis. Penulis meminta orang itu menilai sendiri dan tanyalah daripada para guru dan para pelajar di sana untuk maklumat lanjut.....itu sahaja....

Cabaran dan rintangan ada di mana-mana, yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya. Penulis dalam keadaan sedar mungkin catatan ini akan menjadi panas tidak lama lagi. Perkara yang penulis ceritakan di sini adalah sekadar berkongsi luahan hati, sedikit membela diri dan semata-mata untuk tujuan kebaikan....cukuplah tuduhan-tuduhan seperti blog santai ini adalah blog lucah, menceritakan keburukan sekolah dan sebagainya.....penulis tidak sedikitpun berniat dan berbuat demikian....penulis hanya mendoakan yang terbaik buat semua....kita akan hidup bahagia sekiranya kita sentiasa berfikir baik....dan bahagiakah pada pandangan anda orang yang sentiasa busuk hati dan berfikiran yang tidak elok sesama manusia.....yang sudah tu sudahlah.......

Bah cukuplah luahan setakat ini dulu....rasa macam tak santai....penulis ni orangnya santai dan cool....tak perlulah melayan perasaan yang tak best...malas la nak layan....dan sekiranya ada yang tersinggung apabila membaca blog ini mohon beribu ampun....ambillah apa yang baik dan nilailah dengan seadil-adilnya.......Sama-samalah kita muhasabah diri, jangan lah seperti kata pepetah kuman di seberang laut boleh nampak, tetapi gajah di depan mata buat-buat buta....Sentiasalah cermin diri sendiri sebelum mencermin diri orang lain. Hanya kita yang mampu mengubah hidup kita, dan tidak ada orang yang boleh mengubah hidup kita......

Istigfar banyak-banyak mohon ampun dari ALLAH......Astagfirullahalazim....penulis menganggap ini semua adalah ujian kecil dari ALLAH dan penulis yakin dan percaya yang HAQ akan pasti mengatasi yang BATIL....

Selamat santai....dan semoga ceria selalu....




Friday, July 17, 2009

Histeria.....tak santai...

Salam,

Suatu perkara diluar dugaan berlaku di sekolah hari ni. Dua hari lepas berlaku di SMKM II di mana 6 orang pelajar SMKM II histeria. Kelmarin 2 orang histeria.....itu cerita rakan SMKM II bila kebetulan berjumpa rakan2 di sana....

Hari ni, sewaktu penulis sedang menulis buku rekod pengajaran harian (biasala rutin guru), penulis dikejutkan oleh panggilan beberapa orang pelajar meminta bantuan. Pada mulanya tak tahu apa jenis bantuan diperlukan..kemudian turun la seorang pelajar dipangku rakan-rakannya ke bilik guru....Pada masa tu Ustaz Mazlan ada di sana dan cuba menenangkan pelajar tersebut....boleh berkomunikasi seperti biasa...cuma menggigil ketakutan dan mengatakan beliau nampak sesuatu di dinding....mulanya satu kemudian banyak...benda apa penulis tidak tahu sebab tak nampak....

Seketika kemudia ada lagi pelajar memanggil, kali ni tiga orang dan terus bertambah, penulis bawa turun seorang, dibantu rakan-rakan guru perempuan lain, kemudian panggil lagi, kali ni agak kuat...penulis pegang, dibantu Cikgu Isham (Ketua Warden berbadan besar jugak la...) pelajar tu kecil jer tetapi kuat betul lenguh gak la tangan menahan dia meronta...kami bawa ke bilik guru juga...nama-nama pelajar penulis tak tulis sebab tak perlu dinyatakan....pelajar tadi dibawa ke satu bilik di satu sudut....penulis dan Ustaz Mazlan cuba menenangkan dengan membaca apa-apa yang patut la.....dalam keadaan masih belum stabil, pengetua meminta untuk mengambil alih dari situ.... penulis beri laluan dan melihat para pelajar lain di luar...ramai guru membantu...penulis nampak Cikgu Awang Hj Latip (PK Kokum) memegang botol air membantu menawari para pelajar tersebut..... keadaan mula terkawal sekitar jam 8:20 pagi dan penulis terus masuk ke kelas untuk mengajar....

Selepas Jumaat

Balik dari sembahyang Jumaat, penulis diberitahu isteri PK HEM mintak tolong segera ke asrama sekolah untuk membantu para pelajar perempuan yang histeria....ramai katanya....penulis pun pakai seluar dan tunggu rumah Ustaz Azhan (tadi giliran dia jadi imam dan khatib semayang Jumaat) untuk membantu, singgah rumah Cikgu Yusman dan Ustaz Rosmawi....jumpa Ustaz Ilyas di rumah, Ustaz Azizie dan rakan-rakan di pertengahan jalan. Terus ajak tolong ke sekolah....penulis sampai di sekolah, pelajar ada di merata-rata tempat. Cikgu Isham dan Cikgu Fatimah (PK HEM) nampak sibuk melayan ibu bapa yang datang mengambil anak-anak mereka. Ramai juga di surau yang dipegang oleh para pelajar lain. Di dewan makan ada lagi pelajar bukan Islam, di sana dibantu oleh orang yang pandai juga mengubat menurut agama mereka.....

Penulis mintak air, kami bacakan ayat kursi pada air tu, Ustaz Azhan, Cikgu Yusman, ustaz-ustaz yang ada di situ turut membantu....idea kreatif Cikgu Yusman memasang bacaan Yaasin dari hanfonnya ke mikrofon masjid....setelah beberapa ketika suasana mula terkawal.........ibu bapa para pelajar ni dihubungi dan dicadangkan dibawa pulang kerana takut sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kebetulan sabtu dan ahad cuti.....ada seorang ibu tu datang terus ke surau dan melihat anaknya terbujur kaku (pengsan jer) dan terus menangis....dia tanya kenapa ustaz dengan dia ni...penulis cakap tiada apa-apa yang pelik berlaku, cuma dia terlalu takut sahaja dan terlalu penat.....pelajar tu sedar dan tidak menunjukkan reaksi seperti orang kerasukan.....bagi air untuk pulih semangat dan dia bangun dan terus bawa pulang.....

Menurut Cikgu Isham selaku ketua warden asrama, sepanjang beliau menjadi warden selama 14 tahun, ini kejadian kali pertama melibatkan lebih 15 orang pelajar dalam satu hari....pernah berlaku sebelum ini setakat seorang dua jer yang histeria.....jenuh jugak la dia menepis tuduhan para ibu bapa yang menuduh sekolah tidak bertanggungjawab membiarkan pelajar dibawa pulang dalam keadaan masih belum pulih sepenuhnya. Beliau menyatakan beliau sendiri pun tak berkuasa nak mengatasinya. Apa beliau boleh buat....??? daripada melarat kepada pera pelajar lain lebih baik dibawa pulang....tul tak....???

Begitulah cerita hari ni....penulis ni bukanlah orang yang pandai berubat orang kena rasuk ni. Cuma kita boleh tahu daripada reaksi orang yang terlibat tu samada dia betul-betul kerasukan atau dia cuma terlalu takut...biasa la bila orang terlalu takut macam-macam bermain di fikiran dan perasaannya....macam-macam la dia nampak.....lagi satu aurat tak jaga, penulis mintak ditutup rambut pelajar yang terbujur di surau dan berpesan kepada yang lain-lain supaya kuat semangat....jaga solat dan jaga aurat...insyaAllah kita akan dipelihara oleh Allah....mudah-mudahan selamat semuanya.....

Begitula serba sedikit coretan hari ni.....seminggu dua ni terlalu sibuk dengan tugas pentaksiran. Penulis dilantik secara paksa menjadi Ketua Pentaksir Kawasan, sudah menolak tetapi katanya kena buat surat hantar kepada Pengarah JPN Sabah....banyak hal la pulak....jadi buat jer la tahun ni...sebelas sekolah terpaksa dipantau dan di selaras dibantu oleh dua guru pend. islam selaku pentaksir kawasan.....

Ok la...teruskan bersantai...

Wassalam....


Wednesday, July 1, 2009

Mukhayyam dan Jamuan Perpisahan Pengakap 06

Salam,

Program Mukhayyam Bahasa Arab


Hari ini penulis melapor diri di sekolah baru, oleh kerana jadual masih belum diperolehi maka sempat jugalah penulis berkunjung ke salah satu Program anjuran bersama Panitia Bahasa Arab dan Panitia Pendidikan Islam iaitu Program Mukhayyam Bahasa Arab PMR Peringkat SMK Membakut 2009.


Program ini berlangsung selama 2 hari bermula kelmarin 30 Jun 2009 hingga hari ini 01 Julai 2009. Seramai 20 orang pelajar tingkatan 3 kelas KAA (Kelas Aliran Agama) SMK Membakut telah terlibat mengikuti program ini. Kesemua GPI (Guru Pendidikan Islam) turut serta sebagai AJK Pelaksana dan Pemudahcara bagi program ini. Mereka terdiri daripada Ketua Panitia Bahasa Arab Ustazah Haslindawati Derahman, Ustaz Jaafar Ma'arif selaku guru matapelajaran Bahasa Arab tingkatan 3 merangkap Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Mazlan Mulok, Ustazah Adibah Mat Jusoh dan juga Ustazah Khairulasma Shapiai. Penulis juga turut membantu sikit-sikit jer la sebagai jurugambar tak bertauliah....hehehe....


Ustaz Jaafar berbincang dengan pengerusi majlis

Ustaz Mazlan sedang melatih nasyid

Di antara orang yang bertungkus-lumus mengurus program
Dari kiri Ustzh Adibah, Ustzh Haslinda dan Ustzh Khairulasma

Majlis Penutupan Program Mukhayyam Bahasa Arab


Antara aktiviti yang sempat penulis tinjau adalah latihan nasyid dan juga perbincangan resolusi berkenaan program ini. Perasmian Penutupan telah dilakukan oleh PK Pentadbiran iaitu En. Ag.ku Johari Pg. Abu Bakar mewakili Puan Mozidah Hamzah, Pengetua SMKM yang tidak dapat hadir di saat akhir kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Turut meraikan majlis ialah PK Kokum En. Awang Hj Latif dan jurugambar bertauliah lagi professional Cikgu Khairul Anuar........

Di antara perkara menarik yang penulis dapat lihat semasa program ini berjalan ialah semangat kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi dan mantap (pinjam perkataan Mr. Lain Kok Chung...) di antara semua guru-guru terlibat, para pentadbir dan juga para peserta kursus. Peserta kursus terbaik sepanjang program ini telah disandang oleh adik Mohd Farid Helmi bin Dali....tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat....Mabruk A'laikum....

Jamuan Perpisahan Pengakap 06

Tepat jam 3:00 petang tadi iaitu waktu kokum rasmi unit beruniform SMKM II, penulis telah memenuhi jemputan untuk meraikan Jamuan Perpisahan Pasukan Pengakap 06 SMK Membakut II. Nampaknyer sayang jugaklah geng-geng pengakap ni kepada penulis yer....di saat akhir begini pun sempat juga mengadakan majlis perpisahan walaupun secara sederhana.

Jamuan dimulakan dengan istiadat perjumpaan pengakap seperti biasa, nyanyian lagu negaraku dan juga bacaan doa. Selepas taklimat ringkas oleh Pen. Pesuruhjaya Daerah Membakut merangkap guru penasihat iaitu Cikgu Ali Rahman Hj Kachi kami terus ke kantin di mana jamuan diadakan.


Istiadat perjumpaan pengakap seperti biasa


Ucapan dan amanat terakhir oleh orang yang diraikan....ceewaaahhh....


Pengampaian cendera kenangan


Nyam...nyam....nyaman....

Wah...meriah sungguh bebudak pengakap ni...siap beberapa kali tepukan pengakap dan tepukan semangat bergema memecah keheningan petang meraikan penulis yang telah menjadi milik orang lain......uacapan dimulakan oleh Pengerusi Persatuan Pengakap adik Mohd Naim Abdullah, disusuli oleh Cikgu Abdul Manaf Abdullah (bukan adik-beradik aa...) selaku Ketua Guru Penasihat dan penulis selaku orang yang diraikan.....

Terima kasih diucapkan kepada semua rakan guru pengakap yang hadir iaitu Cikgu Ali Rahman, Cikgu Manaf, Cikgu Lee Swee Eng, Guru Pelatih Cikgu Ridzuan dan Cikgu Qistimona dan juga AJK tertinggi persatuan yang bersusah payah mengadakan jamuan mengingati sumbangan penulis yang tidak seberapa ini......kenangan dan memori indah bersama kalian tetap diingatan terutama sewaktu perkhemahan, kawad dan latihan koir yang telah menjadi johan di peringkat sekolah selama 4 tahun berturut-turut. Teruskan kecemerlangan bersama pengakap dan amanat penulis terakhir....."Once a scout, always a scout...."

Untuk akhirnya, penulis hari ini memang berasa gumbira dan bersyukur kerana melalui hari ini dengan penuh ceria....

Teruskan melayari blog santai....

Salam santai buat semua....


Friday, May 22, 2009

IKLAN : TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

Gambar hiasan : Program Praktikal Pengurusan Jenazah SMKM II 2009
Anjuran Panitia Pendidikan Islam


SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


Gambar hiasan ketika memandikan mayat

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Gambar hiasan lagi setelah menjadi jenazah sempurna dikafan

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.


Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.


Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".



Gambar hiasan lagi : Peringatan dari blogger santai

Selamat santai...




Thursday, May 21, 2009

Santai Ngeri : Awas CINCIN.......!!! (18 SG)


Salam,

Anda pakai cincin....berhati-hati ketika nak tanggalkan cincin...jangan jadi macam kat atas tu... adussss....ngerinyer...pedihsss....

Selamat santai...

Saturday, May 9, 2009

Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda



Salam,

Hari ni sudah bersiap sedia dari awal pagi nak gerak ke Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda dan Jelajah Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah ke Bahagian Pedalaman Bawah yang di adakan di SM St. Paul Beaufort. Lebih kurang jam 7:00 pagi la dari rumah lepas pekena nasik lemak sedap ummie Akramie....tapi...perjalanan tak berapa berjalan lancar...

Tayar pecah

Sewaktu dalam perjalanan, Cikgu Ali Rahman (Pen. Pesuruhjaya Pengakap Membakut) potong keta penulis. Lepas jer lepas kawasan Mawao...tetiba jer stering rasa lain macam. Rasa terhuyung hayang...pastu alamak...perjalanan jauh lagi nih....tayar plak pecah. Minggu lepas tayar belakang takde angin. Siap bawak kedai tayar tapi takde masalah (masa tu ada citer mistik tapi tak tulis dalam ni....) Bila cek...hmm..tayar depan pulak pecah...tapi takpe, peralatan ganti tayar cukup kat belakang keta. Apa lagi....mula lah projek bukak tayar...

Mula-mula bukak skru nat, tak sampai lima minit...tiga skru nat dah boleh pusing. Masuk yang ke keempat....adusss...ketat betul...naper pulak ni....Dah la nat tu pakai allen key....pusing jugak la pakai kederat yang ader...peluh jantan dah mula menitis...dan menitis...hinggalah basah abis uniform pengakap yang di pakai...

Ni yang leceh ni...kecik jer masalah ni...skru nut ketat. Apa lagi...setelah dikumpulkan segala tenaga dalaman yang ada, maka dipulaskan jugak la skru nat tu. Alamak...nampak cam bengkok skit dah allen key tu...perah sikit lagi tenaga dalaman....tusss...patah terus allen key tu...nampak cam besi solid tapi patah jugak dek tenaga dalaman pepagi hari....masalah...masalah...ada la pulak tinggal baki allen key dalam skru nat sportrim tu....waduh, waduh...apa macam begini....pas tu duduk la dulu dalam 10 minit mmikir camana nak selesai masalah....

Macam-macam cara dah tak berkesan nih...pakai jari memang tak berjaya nak kuarkan mende tu. Allen key nasib baik ada dua...(spare la...) Masa tu dah call Yusman mintak tolong cari penarik keta...sementara nunggu Yusman datang tu cubaan kali terakhir la menggunakan batang mancis hotel yang ada dalam kete. Yess....berjaya....!!!!! boleh pusing....lega...tapi ampusss.....

Yusman pun sampai dan tolong bukak selebihnya, ganti tayar spare dan masukkan tayar pecah dalam bonet. Kami ke kedai tayar Beaufort, pegi bank cocos....dan terbang RM 400 sebab tayar 205, 45, 16, semakin mahal....1 harga RM 200....jadi 2 RM 400 la...hmmm...

Terima kasih Yusman dan jasamu sebagai sahabat membantu ketika susah Allah saja yang mampu membalas.... Jazakallahu Khairan Kathira...

Gambar tayar depan baru dan allen key yang patah tu...

Majlis rasmi

Berbalik citer Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda..... (panjang pulak citer tayar tu....) Memang sronok ikuti kempen tu, ada pameran, ada jualan barangan pengakap, persembahan dan macam-macam lagi la. Penuh dewan SM St. Paul tu...Gambar di bawah sebahagian suasana semasa di sana.


Sebahagian pameran pengakap


Pameran aktiviti pengakap Sabah yang dipamerkan



Sebahagian daripada gambar persembahan...
duduk jauh dengan kamera murah...
tu la gelap...


Dan....yang paling menarik ialah persembahan daripada para pengakap. Dua persembahan pertama iaitu koir tu memang menarik dan tarian zapin pun menarik.....yang paling menarik sekali ialah persembahan daripada pengakap kanak-kanak istimewa daripada Sekolah Pendidikan Khas, Beaufort.

Ada tiga lagu yang mereka nyanyikan...semuanya menyentuh perasaan...terharu tak tertahan...mereka serba kekurangan tetapi persembahan mereka sangat hebat menyaingi kebolehan orang yang sempurna....Subhanallah...dah la dewan tu panas...peluh meleleh-leleh...tak disangka-sangka air mata pun meleleh-leleh jugak. Siap teresak-esak sebak melihat persembahan pengakap istimewa ni. Bila paling ke belakang rupanya hampir satu dewan menangis rupanya.....

Inilah pengalaman istimewa untuk dikongsi hari ni......kalau orang kurang upaya boleh buat macam-macam (ada sorang tu budak kecik, tapi tangan ada sebelah jer dengan baju pengakap), kenapa dan mengapa orang sempurna macam kita nih tak boleh buat...tahniah kepada guru-guru mereka yang pastinya tekun dan sabar dalam memdidik anak-anak ini menjadi seorang insan berguna.

Buruk muka bila menangis...tapi memang tak dapat tahan...

Teka umur dia berapa...? 11 tahun tapi masih kena dukung....
Pengakap istimewa dari Sekolah Pendidikan Khas Beaufort Memang hebat kejadian Allah S.W.T.

Jumpa pulak kakakku sorang ni....wakil PPIM Sabah dan Majlis Belia Sabah

Sewaktu berada dalam majlis tu, jumpalah ramai orang yang dikenali sebab mereka mewakili sekolah, organisasi dan institusi mereka. Jiran-jiran di Taman Desajaya pun ada rupanyer....geng-geng ustat pengakap pun ada ramai....dan meriah sekali bila jumpa kakak yang sorang ni....hebat sungguh kakak ni dalam majlis ni rupanyer....VVIP tu...tu la Cikgu Dayang Saadiah Ampuan Alimat wakil PPIM Sabah dan Majlis Belia Negeri Sabah.

Sempat jugak la bergambar dengan Datuk Awang Zaini sendiri dan beberapa orang VVIP Pengakap Sabah....
Rakan sepengakapan dari SMK Membakut II, Cikgu Ali Rahman Hj Kachi (hujung sekali)
VVIP yang lain,
klik sini untuk maklumat lanjut.... sporting la dorang ni...

Sebelum majlis pentauliahan manik kayu, penyerahan watikah perlantikan pesuruhjaya2 daerah dan penolong2 pesuruhjaya dan watikah pemimpin-pemimpin pengakap sempat jugak la bergambar kenangan seketika dengan Datuk Awang Jaini Hj Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dan lain-lain VVIP. Memang kenangan ini menjadi memori terindah yang takkan dapat dilupakan.....

Hari Ibu

Sebelum menutup bicara, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang membaca blog ini, kepada ibu penulis Puan Ramlah Hj Ali dan ibu mertua Hjh Salmah Othman...Selamat Hari Ibu dari anakmu ini...dan jasamu dalam mendidikku hingga menjadi seperti hari ni memang tak mampu nak dibalas.....hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya....Terima kasih mak....

Tak lupa juga buat ummie Akramie....Selamat Hari Ummie...!!!

Okay la...tu la perkongsian setakat ni...nanti rajin-rajin tulis lagi...

Selamat santai......


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails