Wednesday, October 28, 2009

Bukan 3 in 1, tapi 6 in 1

Salam,

Setelah berbual dengan teman-teman sekerja rupanya program hari ni bukan sahaja 3 dalam 1, bahkan 6 dalam 1. Diantara 6 perkara yang diraikan dalam satu majlis ini adalah :

1. Sambutan Hari Raya dan Deepavali Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
2. Penyerahan cek bernilai RM22,000 kepada koperasi SMKM Berhad
3. Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 warga SMKM
4. Majlis meraikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
5. Majlis meraikan kenaikan pangkat Guru Cemerlang (GC) DG 44
6. Majlis meraikan keniakan pangkat guru tingkatan 6 DG 44

Dahsyat betul....memang hebat SMKM. Penulis masukkan lagi gambar-gambar ceria peristiwa hari ini.....selamat santai...



Buku aturcara dibuat profesional Fennawi @rt & design (sukahati jer buh nama)


Cek RM 22,000.....wow...


Di antara gelagat guru dan pelajar SMKM



Kemeriahan dapat dirasai...



Masing-masing menunjukkan bakat terpendam...


Sound krew yang mantap dengan peralatan yang sofistikated.....

Selamat santai......




Meriah 3 in 1

Salam,

Lama dah update blog ni...takper don't worry....slow-slow nanti penulis akan merajinkan diri update....Okay la...Hari ini sekolah mengadakan Majlis Deepa Raya Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Majlis Penyerahan Cek Koperasi SMK Membakut Berhad dan Jamuan Akhir Tahun 2009 bersama seluruh warga SMK Membakut. Majlis ini dirasmikan oleh wakil Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Negeri Sabah, En Joseph Teng Mun Koh.

Majlis ini memang meriah dan penulis rasa betul-betul bersyukur melihat perpaduan dan kerjasama serta kasih sayang seluruh warga SMKM kali ini.....berikut di masukkan gambar-gambar peristiwa menarik hari ini.....

Duet pasangan Cikgu Azizah dan Cikgu Halimah....


Terpegun melihat persembahan pelajar dan guru


Semua terhibur dengan celoteh dua pengacara handalan ini,
Cikgu Isham dan Cikgu Dyg Rogayah


Replika cek untuk Koperasi SMKM Berhad


Sempat juga posing satu snap dengan orang harapan sekolah ni..... Johan Negeri Sabah dan wakil Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Nyanyian....


Cikgu Dossina bersama penari harapannya


Bonda sempat juga menunjukkan bakatnya yang terpendam....


Penuh perasaan....


Persembahan tarian India daripada pelajar...bikin naik bulu roma...

Baca doa makan dulu ba....


Apa lagi...jamu selera la....


Bonda pengetua memang meriah...potong kek coklat pulak....

Akhir kata, tahniah dan terima kasih di atas kerjasama semua menjayakan program ini. Selaku warga SMKM saya berasa sungguh bangga dan bertuah sekali dapat berada di sekolah ini....

Sekian,

Selamat santai....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails