Tuesday, September 13, 2011

Logo Korporat D' Mutiara Homestay


Salam Santai,

Hahaha...hari ni agak gembira sikit....sebab dalam kesibukan menjalankan tugasan harian sebagai penjawat awam (cekgu la...) sempat gak penulis ngan teman baik seperniagaan penulis iaitu Tuan Mohd Anuar Mohd Zaini membantu melakarkan logo korporat bisnes santai penulis.....

Saja suka-suka...bukan bisnes masuk juta-juta.....tapi apa pun setakat yang ada ni penulis amat bersyukur dan berpuas hati. Terima kasih atas sokongan dan perhatian teman-teman....apa juga khidmat nasihat dari teman-teman (yang tak berbayar tu...) penulis ucapkan jutaan terima kasih dan tanpa teman-teman yang membantu projek homestay ini takkan menjadi realiti.....

Dan yang paling bersusah-payah membantu homestay ini ialah ayah penulis sendiri selaku pengurusnya......bukan apa...sekurang-kurangnya dia ada tempat melepak dengan ceria dan santai macam honey moon ngan mak bila bosan duk kat rumah sendiri....hahaha...padahal selang sebuah rumah jer....

Nanti la bila senang-senang sikit penulis akan masukkan berita homestay santai penulis ni dari semasa ke semasa....

Untuk melawat blog dan kongsi-konsi cerita ngan kengkawan sila klik gambar nih...


Apa pun kita mesti enjoy dengan apa yang kita lakukan....

Salam santai semua....


Monday, September 12, 2011

Santai Aidilfitri 2011

Salam Syawal @ Santai,

Sabtu dan Ahad lalu merupakan hari yang agak memenatkan bagi penulis suami isteri. Isteri penulis setuju untuk buat open house sempena Aidilfitri untuk kelas yang di ajarnya. Pergh....punya ramai datang....Penulis tak bagitau pun kat kelas yang penulis ajar...kalau tak sendat padat dan bertambahlah tahap kepenatan.....

Bukan apa, kalau ramai kakitangan yang tolong bantu InsyaAllah lah ringan sikit beban...tapi memandangkan tahun ni kesihatan penulis tak berapa memuaskan dan perkara yang sama juga dihadapi isteri penulis maka tahun ni buat ala kadar dan kelas dia saja lah....tu pun punya ramai yang datang....kalau macam tahun sebelum ni kelas penulis, kelas isteri dan juga pelajar dari sekolah lama penulis lagi....fuuuussshs....tak terkata la penatnya....


Walaubagaimanapun penulis dan isteri tetap happy bersama dengan pelajar yang hadir. Kami tak buat pun open house untuk rakan-rakan guru lagi tahun ni....tengok la dulu keadaan kesihatan camana dulu, kalau ok boleh teruskan kalau tak ok tak payah lah.....



Apa pun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi beraya rumah kami, harapa dapat menerima layanan kami seadanya sebab bila dah ramai ni kena layan sekejap-sekejap jer la dan selebihnya banyak di dapur.....gitu lah adatnya...yer tak...?

Begitu juga kepada pembantu rumah (Nursiah) penulis dan keluarganya yang sudi beraya rumah penulis. Penulis amat gembira dan seronok melayan kerenah meeka sekeluarga....


Kalau nak tengok semer gambar kat facebook klik sini...

Akhir kata, salam Aidilfitri buat semua sementara masih dalam Syawal lagi ni....

Salam santai..



Monday, September 5, 2011

Corat Coret Aidilfitri 2011

Assalamualaikum, Salam Lebaran dan Salam Kemerdekaan,


Hari ni dah 7 hari umat Islam menyambut Aidilfitri dan nampaknya ramai yang dah kembali meneruskan rutin harian termasuklah diri penulis sendiri. Bila dah kat rumah ni, terkenang-kenang pulak kenangan-kenangan manis masa balik raya. Cutinya pendek tapi penuh makna buat diri penulis. Maklumlah, balik kampung setahun sekali, kadang-kadang dua kali...pastu kali ni dapat balik Johor dan Perak sekali, dapat jumpa hampir semua ahli keluarga dan sanak saudara yang dah sekian lama tak berjumpa....

Hari 'Balik Kampung'

Hari yang paling best....sebab perjalanan tu jauh yang membuatkan penulis sekeluarga membuat persiapan rapi. Kalau takde perancangan silap-silap boleh tersangkut tengah jalan atau putus bekalan / bajet....cuti pulak dapat awal sehari. Penulis gerak dari Membakut hari Khamis (awal sehari sebab sepatutnya Jumaat baru cuti...) jam 4 pagi, selepas sahur di rumah dan sampai di KKIA lebih kurang jam 5 pagi dan terus check in....jam 6 pagi terbang....

Yang bestnyer balik kali ni, dapat naik kapal terbang yang ada tv kat setiap seat....hahaha...biasa la bila dah jarang-jarang dapat habis la dieksplore dan diselongkar dan ditekan-tekan apa kandungan cerita dalam tu....tak payah citer kat sini la sebab kalau dapat rasa sendiri lagi best....satu lagi yang best, pramugari yang servis kami tu dari Korea (nampak nama Korea kat name tag dia) cakap Melayu sepatah dua pastu ketawa-ketawa....hahaha...dah la comel pastu mesra alam lak tu....heheheh



Suasana dalam flight

Sewaktu menunggu flight ke JB...transit KLIA

Sampai kampung halaman

Satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila sampai kampung ni.....rasa kepala hotak tu lapang sungguh...hilang semua masalah / perkara-perkara yang merunsingkan hotak selama ni. Dapat pulak jumpa adik-beradik dan bercerita dan bergelak ketawa.....pergh....memang best la....

Waktu santai bersama keluarga...

Esok "RAYA"

Kalau masa kecik-kecik dulu ni la masa yang ditunggu-tunggu....tapi bila dah besar ni kena tunai tanggungjawab la sebagai anak yang membantu menanggung keluarga....keluar la ngan abah ke pasar.....pasar mana....? Pasar Endau.....lagi ramai sedara mara dapat jumpa di sana, yang tak dikenali dan baru dikenali pun ramai....bila jalan ngan abah, ramai yang menegur dan bertanya...anak ker ni...kerja kat mana...kerja apa dan macam-macam la tanya....macam interview nak kawen plak rasanyer hehehhe.....

Abah tengah memilih barang...sempat gak snap gambar....

Apa yang penting.....kerjasama....

Satu lagi perkara yang best masa nak raya ni ialah kerja kat dapur ramai-ramai....semua orang ada tanggungjawab masing-masing...kalu dah siap kena tolong plak yang belum siap....memang best la....keluar semua citer-citer masa kecik-kecik dulu dan kami semua gelak ketawa sakan....tambah pulak yang kecik-kwcik pun turut membantu lagi la mengimbau kenangan silam sebab rupa sama masa kami kecik-kecik dulu.....hahaha biasa la...potostat kan....

Sebenornyer kejernyer tak la banyak mana, tapi berborak tu yang lebihnyer....tapi memang best la sebab bila dah jarang jumpanyer, banyak la modal bercerita...ye tak....? setahun punyer modal.....hehehe


Pagi Syawal - "Raya"

Aktiviti biasala bila dah raya ni....bangun pagi awal, siap-siap diri, urus dapur pastu semayang raya....balik rumah bersalaman dan makan-makan.....rasanya semua orang yang berkeluarga melalui pengalaman yang sama.....bagi penulis tahun ni kira best jugak sebab semua berkumpul di kampung kecuali adik penulis dan pasangannya beraya di Sg Petani, Kedah....dia tak balik sebab raya ke 4 kena pegi Switzerland atas urusan kerja.....apa boleh buat....mana yang ada ni pun dah meriah....kalau dia balik lagi la pecah perut kami semua berketawaan terutama melayan kerenah anak-anak....



Sedondon...tiga generasi...

Bergambar raya....
keluarga penulis santai dan mak & abah

Beraya rumah nenek...

Balik ke Perak

Oleh kerana cuti yang pendek, raya kedua penulis sekeluarga gerak ke Perak, beraya rumah mertua di Manong, Kuala Kangsar......lagi sekali penulis terpaksa menempuh perjalanan yang panjang....penulis gerak dari Rumah di Tmn Mutiara Rompin jam 7 pagi dan non stop sampai di Manong, Perak jam 3 petang.....wow....first time sampai awal....hahaha....biasanyer kalau penulis yang bawak keta kalau cuti panjang memang malam la baru sampai....tapi sebab raya keta banyak atas jalan, nak berenti rehat pun takde selera sebab sesak lagi menyesakkan di semua perhentian yang ada......

Sampai pulak di Perak, memang best jugak....penat jalan jauh....lepak-lepak lepas sarapan esoknya paginya, tengok gambar homestay di Rompin mak abah sini pun berkenan nak melancong ke Rompin dan tengok homestay sambil jumpa mak abah di Rompin.....maklumlah lama dah dorang tak berjumpa... Apa lagi, jam 10 pagi sembang-sembang, jam 12 kami set untuk gerak ke Rompin....tak sampai 24 jam pun duk kat Perak......hahahha....lagi sekali kami akan melalui perjalanan yang penjang tapi kali ni ngan konvoi la tiga kereta....penulis (Unser LGX), adik ipar penulis (Honda Jazz) dan sorang lagi adik ipar (Keta beso...Vellfire...). Kami pun ramai-ramai gerak ke Rompin.........best woooo....!!!

Ni video yang telah di upload ke youtube....




Tapi maklumlah bila jalan jauh ni, tambah pulak barang orang tua kena berenti rehat gak la....kami terpaksa rehat di KL....apa lagi biras penulis yang loaded tu sponsor la kami hotel....duduk lakami kat hotel Eastern KL....berapa bintang entah...tapi regenyer RM700 gak la sebilik.....ada dua bilik connecting room dan ada hall di depan....dia ambil dua set.....pergh...hotel ajer dah dah seribu lebih.....dia kata bukan apa...biasanya company dia bayar 4-5 ribu untuk entertain client, kali ni dia kata belanja sikit jer untuk keluarga apa salahnya....lagipun jarang-jarang.......hahaha...penulis pun enjoy la menumpang tuah adik-beradik......

Ngan anak-anak saudara....

Lepak mandi-mandi kolam sebelum meneruskan perjalanan...


Beraya di Endau

Ini yang menjadi persoalan bila di tanya penulis ni orang mana...? kejap Rompin (Pahang) kejap Endau (Johor)......buat pengetahuan yang belum tahu.....sebenarnya kampung penulis ni di sempanan Pahang dan Johor.....Rompin Pahang punya....Endau Johor punya......itu jer....heheheh.
So, setelah tiba di Rompin, penulis bawak family menyinggah la di rumah nenek penulis di Endau....Jadi mertua penulis dari Perak dapat berjalan lah ke beberapa negeri....Johor dan Pahang.....melintasi N. Sembilan, Melaka dan Selangor....fuyyo....!



Dari kiri isteri penulis, ibu mertua, nenek dan ibu penulis....

Jamuan makan sekeluarga dan doa selamat....

Dari kiri ayah penulis, ibunya, isterinya dan anak perempuannya.....

Begitulah corat-coret Aidilfitri kali ni.....walaupun cutinya teramat pendek tapi dapat dilalui dengan penuh makna sekali.....alhamdulillah syukur kepada Allah kerana penulis masih mempunyai keluarga yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain....semoga ukhuwah persaudaraan kekal selamanya...

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan buat semua....

Selamat santai....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails