Showing posts with label silat. Show all posts
Showing posts with label silat. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

8 pingat lagi, 3 emas 5 perak buat sekolahku....

Para pesilat serta guru-guru pengiring bergambar sebelum bertolak ke Menumbok
(klik gambar untuk besarkan)

Salam,

Kejuaraan Pencak Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Zon Selatan (Beaufort) telah diadakan pada 23 Jun 2009 yang lalu bertempat di Dewan Awang Semaun, Menumbok, Kuala Penyu. Pasukan pencak silat dari SMK Membakut II telah menghantar seramai 27 orang ahli persatuan untuk mengikuti pertandingan tersebut.

Hmm...ntah la...nampaknyer konsentrasi pesilat kali ni nampak sedikit terganggu...mungkin dengan berita perpindahan mengejut yang diterima sebelum ini. Walaubagaimanapun semangat dan motivasi mereka telah dipulihkan oleh rakan guru yang sentiasa setia barsama Persatuan Seni Silat sekolah iaitu Cikgu Yusman, Cikgu Shahzian dan juga Ustazah Juliah......

Dalam kategori silat seni pasukan kami tidak dapat menghantar pasukan penuh...yang dapat mengikut pertandingan ini dengan persediaan yang sederhana ialah Suardy Sudirman kategori Silat Seni Solo Putera, Siti Farahliah Sulaiman kategori Silat Seni Solo Puteri dan Silat Seni Jurus Serentak membariskan pesilat Nor Hamizah Agku Baktir, Nur Siti Khadijah Johan, Fatin Nazirah dan juga Suzyafizah Awang. Satu lagi kategori favorite iaitu tempur puteri iaitu Siti Zauridah Lazim dan juga Nur Jannah Jamain (pesilat Weston - Beaufort jugak) turut bertanding memenuhi kategori yang ada....

Untuk kategori silat olahraga pula daripada 6 pesilat yang sepatutnya masuk ke gelanggang, hanya 5 sahaja yang layak bertanding kerana seorang pesilat terlebih berat...itulah asam garam mengikuti silat olahraga. Kami juga turut membawa beberapa pesilat lain yang dirasakan dapat diselitkan dalam mana-mana pasukan sekiranya ada kekosongan malangnya seorang pun tidak berpeluang....nampak gayanyer tahun ini memang persaingan sengit terutama daripada tuan rumah sendiri kerana nampak pesilat-pesilat mereka lebih bersedia....

Para pesilat olahraga putera kelas I, Ahmad Rosli Abdul Razak, Putera kelas II, Suardy Sudirman, putera kelas III, Wahadi Wakiran (tersingkir kerana berat lebih sekilo), puteri kelas I, Nor Hayati Kipli, puteri kelas II, Nur Siti Khadijah Johan dan puteri kelas III (juga merupakan pesilat ke kebangsaan dan jemputan antarabangsa tahun lepas) Siti Farahlia Sulaiman.....Fauziah Talip salah seorang pesilat sekolah juga diterima untuk kelas III puteri di saat akhir...

Selain itu para pemuzik silat juga tidak dilupa (pemuzik kulintangan)....mereka terdiri daripada Abdul Afiq Abdul Ghani, Ag Mohd Rajih Ag. Amat, Mohd Fadzlee Salih, Suffi Harewan Aliamat dan Mohd Shairuddin Shaharom.....

Berikut sebahagian gambar-gambar ketika di sana....

Bersama pakar seni tempur...Mahaguru Shahzian Mumin....

Taklimat ringkas dan doa sebelum bertolak

"Ingat kita pergi untuk menang....." lupakan kesedihan ....

Aksi teknik guntingan daripada Suardy Sudirman...
malangnya kemenangan di pihak lawan


Dua pendamping pesilat Zauridah dan Wahadi

Rehat sekejap....pesilat kategori silat seni serentak puteri dulu disebut 'massal'

Apa lagi duk tercongok kat situ...kekadang boring jugak....

Aksi kategori serentak (massal) pesilat SMK Membakut II

Nampaknya dalam pertandingan kali ini, Pegawai Teknik Silat Negeri Sabah iaitu Cikgu Jinli Ramli dan juga sahabat wasit/juri kelas tiga kebangsaan iaitu Cikgu Mohsin dari Keningau turut turun padang membantu pihak penganjur pada kali ini. Kehadiran mereka meningkatkan lagi semangat pesilat kerana pemilihan kali ini adalah untuk memilih mereka yang betul-betul layak untuk ke peringkat negeri dan seterusnya mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.

Seramai 4 pesilat olahraga puteri telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir. iaitu Siti Nur Khadijah Johan, Norhayati Kipli, Siti Farahlia Sulaiman dan Fauziah Talip. Walaubagaimanapun hanya seorang pesilat sahaja yang berjaya menjinakkan lawan di pusingan akhir iaitu Siti Farahlia Sulaiman di mana pertemuan antara sesama sendiri dengan Fauziah Talip. 2 pesilat lagi iaitu Siti Nur Khadijah dan Nor Hayati Kipli gagal menjinakkan lawan yang datang dari pasukan silat tuan rumah iaitu menumbok. Khadijah dan Hayati hanya menerima pingat perak sahaja bersama dengan Fauziah. Untuk silat seni SMK Membakut II hanya menjuarai kategori solo puteri iaitu juga Siti Farahlia Sulaiman dan kategori tempur puteri Siti Zauridah Lazim dan Nur Jannah Jamain. Jannah akan digantikan dengan seorang lagi pesilat lain kerana beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.....Untuk kategori serentak (massal) dan silat seni solo putera hanya mampu memperolehi pingat perak sahaja....

Maka perjuanngan seterusnya ialah ke Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 1 - 4 Julai 2009 di Tawau. Senarai nama pesilat dan guru pengiring serta dokumentasi kebenaran dan akuan kesihatan akan ditentukan dan diuruskan.....

Pencapaian ini merupakan satu lagi lakaran kejayaan dan merupakan sumbangan mengharumkan nama sekolah buat sekian kalinya....Semoga para pesilat terus berjaya menuju kejayaan dan mengharumkan nama SMK Membakut II bersama rakan guru silat yang tinggal kerana penulis tidak akan bersama dengan mereka lagi meneruskan perjuangan........ Walaupun para pesilat dan rakan guru berasa kesedihan (penulis rasa la, kalau dorang buat2 tak tau la plak....), bagaimana pula perasaan diri ini yang berjuang bersama Persatuan Seni Silat SMK Membakut II dari awal lagi......

Teruskan perjuangan wahai para pesilat sekalian, juga buat rakan-rakan setia iaitu Cikgu Shahzian, Cikgu Yusman, Ustazah Juliah dan Cikgu Ummi Rozana......

Patah tumbuh, hilang berganti....semoga kejayaan sentiasa bersama kalian...

Mohon maaf di atas segala salah silap dan lebih kurang selama kita bersama....segala memori indah bersama tetap kekal diingatan......

(Air mata dah mula dah meleleh..... rilek la beb... belum pindah lagi ni...)

Kita jumpa di alam maya la... selamat melayari blog santai....

Happy santai...

Gambar dari Ehsan Jurugambar : Yusman Nayan....thanx bro....

Monday, June 22, 2009

Pesta Gambus Zon Membakut 2009

Kerana minat...terpaksa mengorbankan cuti di hujung minggu....

Salam,

Bertemu kembali setelah beberapa hari menyepi....sibuk sangat skrg ni...tambahan plak nak ke sekolah baru...kene siapkan kerja-kerja tertunggak utk penyerahan tugas sebelum 1 Julai....

Oklah...kelmarin satu panggilan di pagi hari memecah kesunyian pagi minggu....

"Bos...cepat pakai baju silat hitam siap bengkung, samping dan songkok...hari ni kena bertugas jadi juri....kami tak cukup orang ni....
"

Adedei....dahla pagi minggu...org baru nak bersantai atas katil menikmati kenikmatan bermalas-malasan di pagi minggu.....ada pulak orang calling-calling...hmm........ Oleh kerana yang panggil tu sahabat karib dan juga kenal lama (sebagai wasit/juri silat) maka penulis pun bersiaplah seperti diminta ke Dewan Masyarakat Kg. Pimping, Membakut....

Sampai jer di sana, agak ramai jugak la orang meninjau Pertandingan Seni Silat sempena Pesta Gambus 2009 Peringkat Zon Membakut melibatkan PMBS (Persatuan Masyarakat Melayu Berunei-kalau tak salah la...) ......wah...ramainyer....terus tangan ditarik dan duduk di tempat VIP (best jugak la...he..he..he..) Kat situ ada dua ahli Dewan Pendekar PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) iaitu Mahaguru Nayan dan Mahaguru Aliamat dan dua sahabat karib wasit/juri silat Beaufort iaitu Cikgu Anuar dan Cikgu Raisah....

Apa lagi, mereka memanggil kerana dua juri tidak mencukupi untuk mengadili pertandingan silat dan untuk mengelakkan "bias" mereka memerlukan tiga juri....so, on saja lah.... Apa yang menariknyer ialah bila tengok senarai peserta wiragana (silat seni ) solo semuanyer anak murid kecuali dua tiga orang....apa lagi senyum dan gembira jer la dalam hati...tapi mereka bukan mewakili sekolah...kali ini mereka mewakili kampung masing-masing iaitu Kg. Brunei dan Kg Binsulok.....

Peserta cilik antara yang menarik perhatian....

Peserta 'favorite' mempersembahkan seni silatnya....

Buka langkah...

Keadaan nampak lebih menarik apabila kedua-dua Mahaguru silat tersebut mempersembahkan langkah buka gelanggang sebelum pertandingan bermula....rasa bangga timbul di hati apabila semakin ramai orang berminat dengan seni pusaka bangsa Melayu ini dan seni ini diwarisi turun -temurun daripada golongan tua, dewasa, remaja hinggalah kepada anak-anak kecil....

Pertandingan silat berjalan lancar tanpa sebarang masalah, pesilat menunjukkan kehebatan masing-masing di gelanggang membawa identiti persatuan kampung mereka. Pemimpin-pemimpin masyarakat nampak berbangga dengan persembahan anak-anak muda dan orang ramai yang berkunjung juga nampak gembira menyaksikan persembahan.

Begitulah hari minggu kali ini berlalu....petang baru dapat bersantai dengan keluarga...

Sekian dulu jumpa lagi nanti....

Selamat santai...


Monday, June 15, 2009

Memori SAGA IV, Sandakan 2009

Salam,

SAGA Games IV, Sandakan 2009 merupakan satu memori indah buat mereka yang terlibat. Acara ini merupakan acara dwi tahunan dan julung-julung kali diadakan. Atas permintaan mereka yang terlibat, saksikanlah tayangan gambar-gambar kenangan sewaktu ia berlangsung...



Jika anda berminat membaca posting SAGA dari awal sila klik SINI

Selamat santai...

Sunday, June 14, 2009

Selamat tinggal SAGA IV, Sandakan 2009

Wira-wira SAGA IV dari SMK Membakut II dengan aksi mereka


Salam,

Alhamdulillah, SAGA IV, Sandakan 2009 telahpun melabuhkan tirainya malam tadi bertempat di Kompleks Sukan Likas. Memang SAGA IV kali ini banyak meninggalkan memori dan kenangan indah buat mereka yang terlibat.

Zauridah merangkul 2 pingat sekaligus...emas dan perak

Gambar kenangan di lokasi pertandingan

Bagi skuad pencak silat Kontinjen Beaufort kami telah berjaya melepasi sasaran dengan cemerlang apabila skuad pencak silat sahaja menyumbang 7 pingat untuk Kontinjen Beaufort secara keseluruhan. 2 emas daripada Saiful Azizie Osman dan Siti Zauridah Lazim dalam silat olahraga kategori putera H dan puteri A, 4 pingat perak daripada Mohd Fadzlee Salih, Susila Manong (pesilat dari Weston) dan Shahirudin Shaharom dalam kategori olahraga dan Siti Zauridah Lazim sekali lagi dalam kategori silat seni tempur puteri. 1 pingat gangsa disumbangkan oleh Akmizan Ali Amat dalam silat olahraga kategori putera F.

Sebelum pulang...

Apa yang menarik kali ini SMK Membakut II menghantar 6 pesilat dan 5 daripada mereka membawa pulang pingat. Dua pesilat iaitu Akhmizan dan Zauridah terpaksa dibawa ke hospital selepas pertandingan kerana kecederaan di pusingan separuh akhir dan berjaya juga membawa pulang pingat. Ini merupakan suatu kejayaan yang hebat yang dapat kami semua banggakan. 3 pemuzik kulintangan yang dibawa juga menunjukkan prestasi cemerlang apabila memainkan muzik yang lunak didengar ketika pertandingan berlangsung dan berjaya menarik perhatian ramai.

Tahniah dan syabas kepada semua Wira-wira SAGA IV kali ini. Semoga kejayaan kalian membakar semangat para pelajar lain dan membuktikan bahawa sesuatu yang ingin dicapai itu boleh dicapai sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh dan tekad yang kuat. Tiada apa yang mustahil di dunia ini dan kita mampu melakukannya dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang berterusan.

Selamat santai....


Monday, June 8, 2009

Majlis Perasmian SAGA IV, Sandakan 2009

Klik gambar untuk lihat imej besar
Salam,

Memang kepenatan tidak terhingga apabila menguruskan satu-satu skuad. Kalau dulu-dulu penglibatan sekadar sebagai atlit, sekarang sebagai jurulatih lebih memenatkan rupanyer., kerana terpaksa mengurus setiap indiuvidu atlit...cuma ada beberapa keistimewaan yang tidak diperolehi oleh para atlit...itu kena jadi jurulatih la baru tau kan....

Baiklah ...menjawab soalan kepada pengunjung yang bertanya siapa atlit yang terlibat dari SMK Membakut II dalam SAGA IV kali ni....ni senarainya setakat yang dapat diingat di kepala...

1. Wahadi Wakiran Silat Olahraga Putera D
2. M. Fadzlee Salih Silat Olahraga Putera G
3. M. Saiful Azizie Osman Silat Olahraga Putera H
4. Shahirudin Shaharom Silat Olahraga Putera I

Yang tak dapat disenaraikan kerana kesilapan teknikal pengurusan

1. M. Naim Abdullah Silat Olahraga Putera A
2. Suardy Sudirman Silat Olahraga Putera A (menggantikan Naim)

Yang dah abis sekolah (lepas tingkatan 5, tunggu panggilan tingkatan 6)
1. Siti Zauridah Lazim Silat Olahraga & Tempur Puteri Puteri A
2. Akhmizan Ali Amat Silat Olahraga Putera E

Para pemuzik silat (untuk kategori silat seni)

1. Mohd Rajih Ag Amat
2. Mohd Afiq Abd Ghani
3. Suffi Mohamad Harewan

Pegawai (Jurulatih silat olaharaga dan silat seni)
1. Norazman Md Noh
2. Shahzian Mumin

Lain-lain pesilat adalah dari Weston dan Beaufort. Kesemua kontinjen pencak silat Beaufort termasuk pegawai dan atlit adalah 21 orang...dan 11 adalah dari SMK Membakut II...Begitulah lebih kurang makluman santai dari kontinjen pencak silat Beaufort.....

Saat Getir

Malam tadi merupakan saat-saat getir para pesilat apabila Akhmizan, Zauridah, Fadzlee dan Wahadi masuk gelanggang. Wahadi tewas di pusingan awal tetapi mempamerkan kesungguhan dan permainan yang menarik. Walaupun tewas sebagai jurulatih kami tetap berpuas hati dengan prestasi Wahadi dan kami amat berbangga dengannya.

Si Fadzlee mendapat pingat perak apabila tewas di peringkat akhir setelah bertungkus-lumus dan berusaha sedaya upaya beliau unutk menjinakkan lawan.

Zauridah seperti diduga, dengan pengalaman dua kali ke peringkat negeri memberi laluan mudah kepadanya menewaskan pesilat dari daerah lain di pusingan awal bak kata pepatah kali ini menang penuh bergaya.....

Si Akhmizan pula memperolehi kemenangan teknik apabila menewaskan pesilat dari Tawau dengan penuh kontroversi. Berlaku perlanggaran berat (kena tumbuk muka daa...ada yang kata kaki kena muka...) dan beliau tidak dapat meneruskan pertandingan dan pesilat dari pasukan lawan telah didiskualifikasi. Walaubagaimanapun, Akhmizan terpaksa dibawa ke Hospital Sandakan dengan ambulan malam tadi juga kerana tidak sedarkan diri. Malam tadi tepat jam 12:00 tengah malam kami ke wad kecemasan menziarahinya dan masih lagi diberi rawatan oleh doktor bertugas. Jam 3:00 pagi baru balik ke tempat penginapan. Walaubagaimanapun oleh kerana terlalu penat tertidur jer di surau...terus orang kejut sembahyang subuh....

Kami selaku pegawai dan jurulatih telah berunding dan berbincang dengan pasukan Tawau yang tidak berpuas hati dengan pengadilan dan membuat kecoh di dewan pertandingan hingga pertandingan terpaksa diberhentikan seketika untuk meredakan keadaan. Keadaan kembali normal apabila pihak penganjur mengambil tindakan yang sepatutnya menenangkan keadaan.....

Titisan Air Mata Kemenangan

Pagi tadi giliran Saiful dan Shahirudin bermain di peringkat akhir dan separuh akhir. Titisan air mata kegembiraan muncul apabila Saiful tidak dapat menahan sebak dinobatkan sebagai pemenang pingat emas dalam kategorinya. Kemudian penulis pun sama diikuti beberapa atlit lain. Segala pengorbanan, keperitan dan kepayahan selama ini terubat dengan kemenangan ini. Kami semua amat gembira dan bangga...terutama sekali apabila pertandingan kali ini kali membawa begitu ramai atlit di peringkat negeri dan berjaya menyumbang pingat emas. Kebanggaan lebih terasa apabila penyertaan kali ini melibatkan 25 kontinjen dari seluruh Sabah dan pastinya mereka menghantar atlit mereka yang terbaik dan Saiful membuktikan beliau adalah yang terbaik daripada yang terbaik.......

Shahirudin pula berjaya melangkah ke peringkat akhir apabila berjaya menjinakkan lawannya dari daerah jiran iaitu Sipitang. Kami mendoakan agar beliau berjaya diperingkat akhir nanti dan membawa pulang emas dan seterusnya melakar kejayaan untuk dirinya sendiri buat kali pertama. Iani merupakan penyertaan pertama beliau dalam silat olahraga dan berjaya membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang orang....

Kebanggaan Beaufort

Petang tadi seluruh Kontinjen Beaufort diminta berkumpul untuk perjumpaan dengan YB Hjh Azizah Mohd Dun, salah seorang Menteri di Sabah dan salah seorang Exco Sabah yang juga penaung Kontinjen Beaufort untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad pencak silat menyumbang pingat untuk Beaufort kerana sebelum ini Beaufort sentiasa berada di bawah dan kedudukan akhir kerana ketiadaan stadium atau komplek sukan di Beaufort berbanding daerah-daerah lain. Sumbangan pingat ini mempercepatkan lagi proses permohonan Majlis Daerah Beaufort untuk membina kemudahan sukan di sana... wa... macam dasat jer bunyinyer....ALHAMDULILLAH....

Skuad pencak dilat dipuji melambung-lambung kami dan kami sebagai jurulatih dan pegawai pasukan kembang kempis dibuatnyer. Segala pujian itu hanya untuk ALLAH jua kerana siapalah kami untuk menerimanya....cuma kami terima pujian dan perasaan bangga itu bersama para wira-wira SMK Membakut II......

Perjuangan akan diteruskan dan masih belum selesai..........

Panjang dah cerita petang ni...sebenarnya malam ini adalah merupakan malam Majlis Perasmian dan Pembukaan Sukan SAGA IV, Sandakan 2009 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Penulis curi masa sekejap sebab sekarang tengah 'rehearsal' untuk majlis malam ni...penat baa...layan santai sekejap....release minda....

Okay la....jumpa lagi...kalau anda ingin sampaikan ucapan, kata-kata motivasi atau tahniah kepada para wira-wira kami adalah amat dialu-alukan... mereka insyaALLAH akan dimaklumkan kelak....

Gambar-gambar tak dapat upload lagi sbb tak ada kemudahannyer....nantila yer....

Selamat bersantai.....


Friday, June 5, 2009

SAGA IV, Sandakan 2009

Salam,

Sewaktu posting ini ditulis, penulis sedang menuggu untuk para pesilat dari Beaufort untuk buat medical check up di Hospital Dutchess of Kent, Sandakan. Proses ni makan masa skit sebab banyak dokumentasi yang perlu diisi dan dibuat. Selepas daripada ini mereka akan membuat timbangan berat untuk memastikan mereka berada di dalam kategori yang telah ditetapkan masing-masing. Kalau tak "in" maka mereka akan kalah dari segi teknikal dan tidak layak untuk meneruskan pertandingan pencak silat ini. Itulah sebahagian daripada rencam atau prosidur yang perlu dihadapi ketika ini.

Semalam perjalanan bertolak ke Sandakan dari padang Majlis Daerah Beaufort. Kontinjen Beaufort lebih kurang 120 orang telah bertolak dari Beaufort lebih kurang jam 10:00 pagi. mereka dilepaskan oleh Pegawai Daerah Beaufort dan menaiki 2 buah bas persiaran yang disewa khas dan beberapa buah kenderaan jabatan dan persendirian yang dibawa oleh pegawai-pegawai, pengurus-pengurus sukan dan urusetia Dari Beaufort. Penulis naik keta sendiri jer. Senang urusan nak ke mana-mana terutama untuk mencari internet nih.... ni pun curi-curi masa keluar sementara ada kesempatan.

Kelmarin skuad silat tiba di Sandakan (tempat penginapan di SMKA Sandakan) lebih kurang jam 1:00 pagi. Perjalanan agak lambat kerana sering menunggu kenderaan yang slow. Maklumlah jalan secara konvoi. Penat betul la...kalau jalan sendiri rasanya sekejap jer, lebih kurang 6 atau 7 jam...tapi kalau dah konvoi lebih setengah hari ba....

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila salah seorang pesilat (pemuzik silat sebenarnya) yang menaiki kereta penulis mengeluarkan keyataan yang membuatkan kami pecah perut gelak di dalam kereta....Kebetulan pulak ini kali pertama menyertai kejohanan seperti ini dan kali pertama juga berjalan sejauh ini...."Bila mau sampai ani, sangal sudah tungkengku ani...." begitulah keluhan yang terkeluar secara spontan dari mulut athlet tersebut... satu lagi " ustaz, kebas sudah pundi kancingku... berenti capat... nda tertahan lagi sudah ani....".... sewaktu tu kami di kawasan berdekatan Telupid.... apa lagi ketawa sakan la kami dalam kereta....

Bah stakat ani dulu bakunyanyang...nanti kesian pulak mereka menunggu lama (bagi yang dah siap check la....) Ok, doakan kejayaan kami....

Sebelum menutup bicara...sewaktu mendengar Sandakan.fm dalam kereta tadi teringat beberapa fakta menarik berkenaan SAGA ni....

* SAGA - Sabah Games
* 25 kontinjen bertanding
* 18 jenis sukan dipertandingkan....(sebelum ni pernah penulis menyatakan 17)
* lebih 4000 athlet dan pegawai kejohanan terlibat
* Tarikh rasmi kejohanan 07 - 12 Jun 2009 (tapi banyak sukan yang dah mula sebab byk kontinjen)

Yang ni fakta yang penulis catat setakat ini :

* 540 km adalah jarak yang dicatat oleh kereta penulis (termasuk pusing-pusing di KK dan Ranau)
* RM 475.00 sponsor untuk pegawai yang membawa kenderaan (RM95 satu kepala)
* RM 60.00 wang saku satu kepala sepanjang kejohanan....

Stakat ni dulu la yer...

Akhir kata, doakan kejayaan kami dan selamat bersantai dengan blog ini...

(Sori la gambar tak dapat upload....nanti ada peluang dan ruang insyaAllah akan diuploadkan...)

Saturday, May 30, 2009

Tutup Gelanggang

Pesilat SMK Weston dan ex-SMK Membakut II serta juruletihnyer....

Salam,

Petang semalam bertolak ke Weston untuk Latihan Pusat Kontinjen Silat ke SAGA dan Majlis Penutupan Gelanggang Latihan di hadiri oleh DO Beaufort selaku Ketua Kontinjen Beaufort. Kira penat jegak la latihan akhir ni....buah ngelas kan...Abis latihan jam 10:30 malam balik ke Membakut sampai rumah tepat jam 12:00 malam. Pastu hantar budak pegi camping integrasi plak di sekolah....fuss semfut sudah ni...

Gambar kenangan bersama Tuan Pegawai Daerah Beaufort (tengah baju biru)

Lepas gian...DO juga dulu bekas ahli bela diri Tae Kwando

Sebahagian aksi sparring silat olahraga

Latihan silat seni menggunakan parang betul...baru ada percikan api....

Kecederaan memang tak dapat dielak...

Latihan silat seni (tempur puteri)

Pemuzik silat

Tuan D.O. dan isteri serta Guru Jamain (pengurus pasukan)

Selamat santai...


Wednesday, May 27, 2009

Cuti dan SAGA 09, Sandakan

Posing maut di depan banner kejohanan...

Salam,

Esok lusa dah mula cuti sekolah. Cepat sungguh rasanyer masa berjalan tahun nih. Tu...tup..dah nak cuti rupenyer...Tiket free nak balik hujung tahun dah dapat...tapi kali ni dapat tiket balik ikut Penang. Biasa ikut JB atau KLIA. Tapi ok la jugak merasa kali ni balik kut Penang...tul tak...???

Esok malam para pesilat sekolah akan ke Weston, Beaufort memenuhi jemputan latihan bersama kontinjen Beaufort ke SAGA nanti. Sudah beberapa kali dah Guru Jamain Pengurus Kontinjen Beaufort (Pasukan Silat) call untuk confirmkan esok. Bukan aper...Chef de Mission D.O. (District Officer) Beaufort akan turun sekali melihat persiapan pasukan. Apa lagi, penulis selaku juruletih ngan mahaguru Shahzian Mumin terpaksalah menyiapkan borang-borang kebenaran dan kesihatan pesilat-pesilat sekolah ni...Kali ni ramai lak tu ke Negeri.... Mula dari tahun 2005, 2006 dan 2007 ada sorang jer wakil layak ke peringkat negeri, 2008 ada tiga orang...dan satu berjaya ke peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa di Selangor. Tahun ni ALHAMDULILLAH lima orang ke SAGA , Sandakan- Sabah Games (kira negeri la tu kan....)

Nampak semangat betul para pesilat ni berdasarkan latihan petang tadi. Ada juga yang jeles tak dapat ikut...maklumlah tak cukup umur...he..he..he.. (sebab SAGA ni untuk yang lahir selepas tahun 1991 dan 1992 sahaja). Yang lain terpaksalah tunggu giliran mereka nanti...INSYAALLAH tahun depan atau depan atau depan lagi...

Jadi, cuti ni jalan-jalan cari makan kat Sandakan lagi la...setakat duk Sabah ni dah beberapa kali ke Sandakan....ok jugak lah...cuma kali ni walaupun aktiviti rasmi "mem" tetap nak itut jugak...hmm...bawak jer lah...nanti tinggal sunyi plak...

Okay la...sebagai mengisi ruangan yang ada, di selitkan lah jugak gambar2 kenangan sewaktu Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sabah di Lahad Datu tahun lalu...banyak sangat kenangan...semoga gambar2 tersebut dapat menggamit memori yang indah dan santai....

Banner kejohanan tahun lepas...

Aksi ala 'Panca Sitara' dari wasit juri Bahagian Beaufort yang adil lagi bijaksana....

Kenangan bersama wasit juri dari seluruh Sabah
dan juga dari semenanjung (PESAKA Malaysia) - Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia

Banyak lagi kenangan sebenarnya...tapi internet ni lembab la...lambat nak upload gambar...nanti senang la cerita lagi...

Selamat santai...


Monday, May 18, 2009

Latihan silat ala komando di Pantai Pimping


Salam,

Pada hari Sabtu lalu bersamaan 16 Mei 2009 (Hari Guru lagi tu....), Persatuan Seni Silat SMK Membakut II terus gigih menjalani latihan sebagai persediaan untuk SAGA 09 di Sandakan dan Kejohanan Pencak Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah yang akan diadakan tidak lama lagi. Latihan ini dikendalikan bersama oleh penulis dan juga Cikgu Yusman sebagai orang kuat dan selaku tulang belakang persatuan ini.

Para pesilat akan menghadapi peperiksaan akademik minggu depan dan latihan kali ini sebagai pemanas badan sebelum menghadapi pertandingan pencak silat iaitu selepas minggu peperiksaan. Kami mula berkumpul di hadapan sekolah tepat jam 6:00 pagi (kerana 1 minit lewat tekan tubi 10 kali) dan kemudian mula berjogging dari sekolah ke pantai Pimping yang jauhnya lebih kurang 4 -5 kilometer.



Mula dengan jogging dari sekolah, streching dan bertafakur....
kemudian baru latihan ala komando


Cikgu Yusman yang memang sudah mantap dari segi fizikalnya berjongging bersama-sama pesilat sambil memberi kata-kata semangat kepada mereka. Apa lagi....bertambah bersemangat la para pesilat sekolah ni.....



Cikgu Yusman selaku pakar dalam 'sport science' menggunakan
kepakarannya melatih para pesilat sekolah

Macam-macam aktiviti atau latihan fizikal yang agak keras tapi selamat untuk para pesilat. Ala-ala komando la katakan.....tapi pesilat-pesilat ni sikit pun tak menunjukkan rasa mengaku kalah malah semangat juang mereka semakin tinggi..... Gambar-gambar di atas tu hanya sebahagian latihan yang dijalankan.



Kami turut melakukan aktiviti yang dilakukan pelajar untuk memberi
semangat kepada mereka.


Sepatutnya dalam latihan kali ni pesilat muntah hijau seperti mana sebelum ini, tapi ini tidak berlaku. Ini kerana persediaan pesilat dari segi fizikal dan mental sudah mencapai tahap 70% - 80%. Mereka seolah-olah sudah bersedia untuk bertempur dan latihan yang bermula dari awal tahun nampaknya tidak sia-sia. Tubuh badan mereka nampak keras dan dan mental mereka agak kuat menahan segala ujian tanpa menunjukkan sebarang bantahan.

Akmal Faiz bin Nurun (duduk berbaju biru) yang patah tangan turut serta dalam latihan ini dihantar oleh ibunya ke sekolah. Walaubagaimanapun, beliau tidak dibenarkan oleh kami selaku jurulatih mengikut latihan keras ini kecuali yang dirasakan selamat dan ringan baginya. Kisah patah tangan si Akmal ni boleh di baca DI SINI.



Semua pesilat dan jurulatih bersarapan ringkas dengan roti Gardenia yang di bawa bersama

Lebih kurang jam 9:00 pagi, lapar punya pasal kami pun bersarapan la di tepi pantai yang indah bersama-sama dengan para pesilat. Mereka nampak enjoy walaupun penat setelah latihan keras ala komando oleh Cikgu Yusman. Dua bungkus roti Gardenia dan Jem Strawberi dan Coklat menjadi makanan yang paling istimewa pada pagi tu.... memang lazat tambahan pula cuaca pada pagi itu sangat indah dan nyaman.......



Perjalanan pulang bersama sambil santai

Kami pun berjalan pulang ke sekolah bersama-sama. Semoga latihan ini memantapkan lagi persediaan para pesilat SMK Membakut II. Begitulah serba sedikit coretan latihan silat kali ini.

Selamat santai...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails