Saturday, August 15, 2009

Magazine - PENDIDIK Ogos 2009

Salam,

Hari ini sementara mengemas rumah nak menyambut salah seorang rakan lama (masa sekolah dulu) dari KL bersama keluarganya, penulis sempat bermain-main dengan ulead studio gambar Sambutan Kemerdekaan k2 52 SMK Membakut atau lebih tepat Program Jelajah Merdeka. Biasalah menggunakan kreativiti yang tak seberapa ni, dan sekadar enjoy menghiburkan diri sendiri maka inilah hasilnya....jangan mara aa...



Bagaimana perasaan anda jika muka anda ada di sana....???

Bah saja jer layan perasaan seindiri di blog sendiri.
Selamat bersantai di hujung minggu



Thursday, August 13, 2009

Sambutan Kemerdekaan SMKM 2009


Salam,

Hari ini Khamis, 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430 Hijrah, SMK Membakut telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52. Sambutan ini telah dijayakan oleh semua warga SMK Membakut termasuk para guru dan pelajar serta kakitangan sekolah ini. Ia bermula dengan Program Jelajah Merdeka yang dijalankan pada sebelah pagi. Seramai 41 orang pelajar berbasikal diketuai oleh Cikgu Mohd Faizal Jikal beserta beberapa orang guru pengiring mengiringi para pelajar berbasikal dengan motosikal dan kereta. Pihak PDRM dan Jabatan Penerangan turut terlibat dalam konvoi jelajah merdeka ini.



Jelajah Merdeka SMK Membakut 2009

Sebelum berlepas para pelajar diminta berkumpul di tapak letak kereta dan taklimat ringkas diberikan oleh guru bertanggungjawab iaitu Cikgu Ag Saad Pg Tahir kepada para pelajar. Bacaan doa oleh Ustaz Norazman Md Noh sebelum dilepaskan dan para peserta jelajah merdeka di lepaskan oleh Cik Malina bt Jamarin, Pegawai Penerangan Daerah Beaufort dan Cikgu Agku Johari Pg Abu Bakar selaku PK Pentadbiran yang mewakili puan pengetua Pn. Mozidah Hamzah yang tidak dapat turut bersama kerana berkursus.


Doa dibaca sebelum dilepaskan

Penulis sempat bergambar kenangan sebelum dilepaskan


PDRM dan Jabatan Penerangan memberikan kerjasama
yang baik sepanjang Jelajah Merdeka


Setelah selesai Program Jelajah Merdeka, semua peserta jelajah masuk ke Dewan untuk mengikuti Ceramah 1 Malaysia yang disampaikan oleh En. Supian Musa, Pen. Pengarah Cawangan PENTARAMA, Jabatan Penerangan Sabah Malaysia. Setelah selesai ceramah semua warga SMK Membakut disajikan dengan Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan di kalangan pelajar menengah rendah dan menengah atas.

Bersantai seketika melepaskan kepenatan setelah selesai Jelajah Merdeka
dari kiri penulis santai, Cikgu Sulaiman, Cikgu Dg Rogayah, Cikgu Fatimah (PK HEM), Cikgu Faizal dan Cikgu Esther


Pasukan bunga manggar bersedia mengiringi peserta jelajah merdeka masuk ke dewan


Antara urusetia yang sibuk bertugas, dari kiri Cikgu Wong, Cikgu Fazidah dan Cikgu Vivien


Jualan merdeka turut dijayakan oleh Unit Katering SMK Membakut

Banyak acara menarik berlangsung di dewan sekolah antaranya Sketsa Patriotik, Syair, Koir serta penyampaian sijil dan hadiah bagi pertandingan yang telah dijalankan. Antara pertandingan yang yang telah dijalankan ialah Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform, Pertandingan Basikal Ceria Merdeka dan Pertandingan Kelas Ceria Merdeka. Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup telah di jalankan oleh Tuan Hj. Aminuddin bin Yakub, Pemimpin Kemajuan Rakyat N24 Membakut.


Persembahan Koir oleh para pelajar

Ucapan tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua warga SMK Membakut yang telah menjayakan Sambutan Kemerdekaan pada kali ini. Semoga sambutan kali ini banyak memberikan input berguna kepada semua untuk menghayati erti kemerdekaan dengan lebih mendalam. Sesungguhnya penulis berasa amat berbangga dan bertuah menjadi salah seorang warga SMK Membakut yang dicintai....

Salam Kemerdekaan 1 Malaysia

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Selamat Santai


Wednesday, August 12, 2009

Gelagat Pertandingan Kawad Kaki SMKM 2009

Salam,

Hari ini berlangsung pertandingan kawad kaki antara Unit Beruniform SMK Membakut. Jadi , untuk laporan santai kali ini penulis lebih berminat untuk menampilkan gelagat warga SMK Membakut sewaktu pertandingan berlangsung. Kalau nak lihat laporan rasmi bolehlah merujuk kepada orang yang terlibat dokumentasi rasmi. Penulis santai hanya suka bersantai sambil mempertontonkan gelagat warga sekolah kepada pengunjung blog sekadar hiburan sahaja.....bah saksikan.....


Among the big boss


Hakim-hakim pertandingan


Penyantai tegar dan pengulas pertandingan kawad


Di antara orang paling sibuk mengurus pertandingan


Guru-guru penasihat pasukan kadet polis


Hakim santai


Cikgu Anuar sedang santai dengan anak buah


Jurugambar rasmi sedang beraksi, Cikgu Khairul


Hakim yang arif lagi bijaksana


Hakim santai


Hakim-hakim mengira markah


ASP Shamsul menerima tabik dari pasukan kadet polis


Ustaz Jaafar menerima menerima tabik dari ketua pasukan bomba


Bos pengakap...di sebalik tabir tu pengulas dan penyokong pasukan pengakap


Guru penasihat uniform santai


Penulis juga turut menerima tabik dari pasukan pengakap


Tuan Sabri menerima tabik dari pasukan KRS


Cikgu Vun...senyuman santai


Si baju hijau sedang bersantai

Yang di atas sewaktu sesi pertandingan menengah rendah....sekarang gelagat sewaktu pertandingan menengah atas pulak....



Barisan VVIP di belakang pentas utama


Jurukamera professional


Masalah negara sedang diutamakan


Penonton dan pengulas kawad sedang santai


Hakim tertinggi di tingkat atas


Lagi sekali menerima tabik ASP Shamsul


Ustaz Jaafar turut sama menerima tabik sekali lagi


Puan Luk juga turut menerima tabik dari St John


Ada juga yang blackout di tengah panas terik



Pengulas-pengulas kawad sedang beraksi


The most busiest person on earth today


Sempat melawat santai ketika rehat

Setakat ini dulu gelagat santai ketika pertandingan kawad hari ini. Kalau ada salah silap, mohon dimaafi kerana itu semua hanya gurauan semata. Jangan lupa tinggalkan jejak anda setelah menyaksikan aksi dan gelagat warga SMKM kali ini.....

Bah sekian dulu....

Selamat bersantai di blog santai....



Tuesday, August 11, 2009

PM rakyat....

Salam,

Petikan ini di ambil dari B'jue Corner....

Saya sangat tertarik dengan keperibadian Ahmadineneejad yang sering digambarkan hidup begitu sederhana. Di bawah ini disertakan tiga keping gambar majlis jamuan negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini (tiga gambar itu diambil dari Cina Islam). Dalam gambar tersebut Presiden Bolivia Juan Evo Morales kelihatan berkot hitam. Presiden Iran dan tetamunya makan sambil bersila, tiada set perabot makan yang serba mewah, tanpa protokol makan gaya-Barat seperti yang di amalkan di negara ini dan pastinya tidak diadakan di hotel 7 bintang!

Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digeruni oleh kuasa Barat ini ialah:
1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.
2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.
3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .
4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitar US$ 250.
5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.
6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.
7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.
8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.
9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.
10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.

12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.

13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.

Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad memerintah satu Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails