Monday, January 31, 2011

Penantian satu penyiksaan...

Salam,



Bertemu kembali di ruangan santai ini. Semasa posting ni buat penulis tengah menunggu giliran untuk memeriksa kereta kesayangan penulis iaitu Proton Gen 2 di Pusat Servis EON di Kolombong Kota Kinabalu. Kebetulan plak hari ni cuti dan sekolah penulis mengambil cuti berganti Isnin, Selasa & Rabu sempena ngan CNY (Khamis & Jumaaat). So, minggu ni cuti penuh dan penulis mengambil kesempatan ini untuk servis kereta dan membaiki mana perlu di masa terluang ini.


Ini bukanlah kali pertama penulis menjadi 'penunggu' di pusat servis ni, dah banyak kali dah sejak kereta tu dibeli. Ketera tu penulis beli masa mula-mula posting ke Sabah dan maknanya dah 7 tahun kereta tu beri perkhidmatan kepada penulis. Kebetulan plak bayaran bulanan dah lama abis bayar...penulis bayar instalment selama 4 tahun jer....tahulah masa tu bayar bulan hampir seribu lebih....so, skrg dah tiga tahun dah takder instalment...


Bila dah takder bayar bulanan ni memang lah ringan banyak, tapi maintenance la pulak kena jaga....dah namanya kereta lama...macam-macam hal lak dia buat....bunyi sana sini dan sebagai pemilik kereta penulis jer yang dengar bunyik-bunyik tu...kekadang isteri penulis pun tak dengar apa-apa....tapi seminggu dua ni makin kuat lak bunyi di sekitar enjin tu macam nak gugur / roboh enjin dibuatnya....dah la perjalanan dari Membakut hampir dua jam (campur trafik jamm la...) sampai kena tunggu lagi...hish...penat tul rasa badan....


Sambil menunggu tu ada plak di sediakan komputer kat sini. So, penulis apa lagi layann la sementara menjadi 'penunggu tegar' di pusat servis kereta tu....


Banyak dah sejarah perkhidmatan kereta lama penulis ni. Boleh kata hampir seluruh Sabah dah dilayannnya...puas dah pakai...kekadang tu time dia meregam rasa nak jual jer...tapi sayang la plak...nak mendapatkannya bukan senang.... yer tak...? so, jadikla dia sebagai kenderaan pengangkutan rasmi penulis....


Antara posting menarik yang pernah penulis catatkan di ruangan santai ni dengan kereta tu ialah Le Tour De Sabah...seluruh Sabah wo...jauh dah dia berjalan....kebetulan masa tu cuti so, bila lagi nak menjelajah Sabah tul tak....??? klik la kalau nak baca...gambar pun ada banyak...


Ni plak gambar-gambar dari Muka Buku...(FaceBook la...)




Ekspedisi Semporna (126 gambar)


Ekspedisi Tawau (35 gambar)



Sekian dulu la kali ni...temankan penulis yang menjadi penunggu ni dengan membaca kisah santai penulis...


Wassalam...



Wednesday, January 26, 2011

Suka duka kehidupan....

Salam,

Kehidupan ini memang penuh dengan suka dan duka, tawa dan tangis....begitulah yang perlu kita hadapi sehari-hari. Ada kalanya kita gembira dan ada kalanya kita berduka. Yang pentingnya bagaimana kita menghadapi setiap perkara tersebut.....


Gembira : Bila bukak buku rekod mengajar...

Alhamdulillah, mula-mula isteri penulis bertanya dulu kepada penulis setelah pulang dari sekolah..."Abang dah tgk buku rekod...?" selamba penulis jawab "belum, naper...?" kemudian dia menceritakan perihal bukunya ada catatan oleh pengetua, maklumlah minggu lepas giliran buku dihantar kepada pengetua....

Apa lagi, esoknya penulis tengok buku rekod dah atas meja dan bila bukak...pergh...merah menyala....hati kecil berkata..."abis la aku...". Bila baca komentar pengetua, hati rasa gumbira sebab semua tulisan yang baik-baik dan menaikkan semangat penulis untuk meneruskan profession sebagai pendidik dengan baik.....kat bawah ni penulis kasi gambar skit (boleh klik untuk besarkan....hehehehe



Buku Rekod Rasmi 2011


Antara hasil contengan penulis setiap hari...
gabungan jawi dan rumi...

Giliran pengetua memeriksa buku rekod

Tu la komentar dari pengetua...pergh...panjang lebar....



Gembira
: Bapa penulis baru pulang dari Kursus Burung Walet

Ha...ni citer perancangan penulis untuk jangka panjang. Penulis telah berjumpa dengan Pegawai Veterinar pada cuti panjang lalu dan mendapatkan banyak info dari mereka. Penulis bercadang untuk membina sebuah rumah burung di kampung dan akan dijaga dan dipantau oleh bapa penulis sendiri. Ni kira projek mega penulis tahun ini....bajetnya berapa....RMXXXXX anda pun tahu kan.....? So penulis telah menghantar ayah sebagai wakil untuk berkursus dengan Jabatan Veterinar Pahang (kena bayar wo...Rm300...) dan seterusnya menguruskan dokumentasi dan segala hal yang perlu.

Penulis dah pun call kampung tadi dan yang menariknya semuanya berjalan lancar....termasuk projek mega penulis yang kedua iaitu projek homestay...sebab penulis juga baru membeli rumah yang 'keempat' di kampung...betul-betul selang sebuah dengan rumah ayah penulis dan rumah itu sedang dalam proses ubahsuai untuk dijadikan ala-ala hotel....bergantung kepada bajet yang ada.....alhamdulillah.....


Gembira : Budak asrama dah pandai ke surau sendiri

Alhamdulillah, gembira sungguh hati ni setelah hampir sebulan mengerah keringat memaksa pelajar asrama turun ke surau. Memang menjadi cabaran yang paling besar buat penulis tahun ni sebab bebudak ni memang payah sangat turun ke surau bahkan memang masih ada yang tak tau solat langsung. Tapi sekarang ni berkat kesabaran penulis agaknya, Subuh Maghrib dan Isyak berjaya memenuhkan surau dengan dorang....

Paling liat ialah Subuh, penulis terpaksa bangun 4:30 pagi da terpaksa kejut sorang-sorang kat asrama....dah la bilik duduk bercampur ngan non-muslim dan memang payah nak kenal pasti mana Islam mana bukan Islam....muka sama jer waktu pagi.....tapi sekarang ni alhamdulillah...dengar jer bunyi motor penulis atau bunyi ketukan di tiang asrama, pelajar pun dah pandai turun sendiri.......



Dukacita : Laptop hangkang

Ini paling tension dan jugak sedih untuk hari ni....mana taknya dah la tension menyiapkan SKT dua tiga hari lepas, lepas tu tadi lepas jer isteri penulis masukkan pendrive siapa ntah terus laptop penulis ni jadik tak tentu arah...gila sekejap....pastu bila restart terus tak kuar apa-apa....rasa nak nangis pun ada, nak hempas pun ada, nak campak dari atas bangunan pun ada....ada pulak member bagi cadangan supaya letak kat tayar belakang keta...nak buat apa...??? rupanya disuruh masuk dalam kete, start enjin dan masuk gear reverse....pergh...baik punya advise......!!!

Tapi tadi sebelum pergi ke asrama (untuk solat maghrib) sempat surfing internet dengan PC di rumah dan cari how to format asus laptop...dapat cara terus buat dan jadi...tadaa....tapi default setting la....macam baru beli....habuk pun tadak...habis la semua dokumen terkini....tapi isteri penulis cerdik, dia simpan dia punya dalam pendrive dia...penulis punya tak dapat di selamatkan....



Dukacita : Ibu rakan baik meninggal dunia

Ni cerita rakan baik penulis di sekolah yang juga merupoakan ejen/perunding dibawah penulis di Public Mutual. ibunya telah kembali ke rahmatullah pagi tadi dan penulis baru tahu malam ni...Penulis turut bersedih kerana rakan ini (penulis panggil Kak Zai) merupakan seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga ibu yang sakit, dan sekarang ibunya dah tiada. Mesti beliau sangat sedih atas kehilangan itu....memang tak dapat diganti lagi....



Dukacita : Ibu pembantu rumah sakit dah 3 minggu

Waduh............ kesian, sedih dan sebak mengenangkan pembantu rumah penulis ni. Namanya Nursiah, orangnya sangat rajin dan baik. Dah 8 tahun dia bekerja dengan penulis dan khidmatnya memang tip top. Dah 3 minggu ibunya terlantar sakit ada bisul di bawah telinga yang besar....bayangkan sampai tak boleh nak bukak mulut dan nampak betul besar bengkaknya tu....sampai satu malam penulis terpaksa ke rumahnya jam 1 pagi mintak tolong hantar ke hospital....masa tu semua seisi keluarga dah nangis-nangis....

Sabtu lepas penulis ada melawat ke rumahnya dna memang kesian sangat...dah la orang susah...sakit pulak tu....kerja pun berapa hari jer bulan ni....tapi kami ambil kesempatan kemas sendiri la rumah...paham jer la bila orang bekerja sepasang ni...penat dan letih..tapi alhamdulillah rumah tak la bersepah sangat....

Walau apa pun penulis doakan ibunya cepat sembuh dan dia dapat kembali meneruskan kerjanya di rumah penulis.....

Dukacita : Che We pulok posting ke KL

Ni kira rakan juga lah, Cikgu Hazwan (panggilan Che We') sebab kami sama-sama memohon untuk balik ke semenanjung dan akhirnya setelah menimbang tara keputusan (sebab isterinya dapat Kelantan dan dia dapat KL) maka dia akan posting ke KL. Tadi agak meriah juga lah majlis yang diadakan dan nampaknya beliau juga agak sedih meninggalkan sekolah ini.....

Apapun hidup kena diteruskan sebab setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya dan Allah pastinya telah memberikan yang terbaik buat kita semua...

Cerita pertama jer yang ada gambar, cerita seterusnya tu tak bergambar la....janji santai....

Salam santai...


Thursday, January 20, 2011

Santai dengan Buku ; KeranaMu Aku Berubah

Santai Ilmu

Salam,

Bertemu lagi kali ini dengan sebuah buku yang amat bermakna buat penulis santai. Buku ini baru tiba dari Kuala Lumpur dan ianya dikirim oleh penulisnya sendiri....hebat kan... Sebab apa, sebelum ni buku-buku yang penulis baca semuanya beli di kedai buku atau online, tetapi kali ini walaupun diminta kirim secara online (pakai FB da...) tetapi kali ni buku ni ada tandatangan / autograph dari penulisnya....hmmm...bestnya....

Apa yang menarik sangat buku ni.....??? Menurut pembaca buku ini, (dari FB la) mereka menangis dan mengalirkan air mata bercucuran setelah membaca buku ni...hmm..menarik kan....apa agaknya citer dalam buku ni ya....setakat pemerhatian penulis buku ni amat tebal dan banyak menceritakan pasal motivasi diri bercampur kerohanian yang mendekatkan dirinya dengan tuhan. Penulis pernah membaca juga sebuah buku sebelum ni tulisan Chef Li iaitu Orang Kaya Bertaqwa yang membuatkan penulis betul-betul bercucuran air mata tatkala membaca bab terakhir buku tersebut dan kali ini dengan buku KeranaMu Aku Berubah penulis mengharapkan sesuatu yang dapat menyentuh perasaan juga....


Walaubagaimanapun, penulis menghadiahkan buku ini buat isteri penulis tersayang dan penulis coretkan sedikit autograph jugak la....heheheh walaupun bukan penulis buku, tapi nak rasa gak menyain ye tak...? So, buat la satu untuk isteri penulis. Semoga beliau memperoleh sesuatu apabila membacanya....

Autograph dari penulis buku ini

Inilah penulisnya

Penulis buku ni sebenarnya adalah seorang yang menjadi kenalan penulis sewaktu menuntut di KUSZA (sekarang UNISZA kut...) yang mana sebelum itu beliau berkawan dan terus berkahwin dengan salah seorang senior penulis (seperguruan silat di Terengganu) dan saat yang paling penulis ingat ialah ketika penulis menjadi pengiring pengantin sewaktu bertandang ke rumah beliau di Batu Kurau.

Kami sudah lama tidak berjumpa dan bertemu semula di alam maya ( mana lagi Fb la...) Rupanya Kak Ana (panggilan penulis kepadanya) ni memang seorang penulis yang hebat juga sebelum ni yang mana ada lagi sebuah buku dihasilkan oleh beliau.

Harapan penulis ialah semoga buku ini memberi suatu kekuatan kepada diri ini dalam mengahrungi kehidupan yang fana ini dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mengenali penulis....

Tahniah Kak Ana dan penulis amat berbangga mengenali Kak Ana...

Sekian dulu....

Salam santai....


Farewell Dinner Bro Zack

Salam,

Bertemu kembali di ruangan santai. Entry kali ni didedikasikan buat sahabat baik penulis yang telah dapat pulang kembali ke semenanjung tahun ini iaitu Cikgu Zakimi. Beliau telah bertugas di Sabah lebih 12 tahun dan dapat pulang ke Jeli, Kelantan. Walaupun beliau berasal dari Kota Baharu, tapi dapat balik ke Kelantan pun sudah satu rahmat yang sangat besar buat beliau.

So, dipendekkan cerita, rakan sekolah beliau iaitu Kak Dayagku Saadiah dan suaminya Abang Mahmud mengajak Cikgu Zakimi ke rumahnya untuk menikmati Jamuan Makan Malam Terakhir buat rakan sejawat. Penulis biasalah menumpang tuah rakan, lagipun kami semua memang rapat selama ini dan mudah-mudahan selama-lamanya....

Hidangan yang disediakan bukan alang-alang

Makan beramai-ramai merapat ukhuwah yang terjalin

Lepas makan bercerita santai...

Banyaklah cerita yang keluar, maklumlah bel;iau pun datang dari jauh menyelesaikan urusan yang masih belum selesai. Harapan penulis agar dapat juga pulang ke semenanjung seperti beliau dan rasanya masa penulis akan sampai juga nanti. Penulis baru 8 tahun di perantauan berbanding beliau.

Setakat ni dulu perkongsian santai kali ni. Walaupun peristiwa ini sudah seminggu berlalu, tetapi kenangannya sukar dilupakan. Penulis berharap ukhuwah yang terjalin kekal abadi selamanya...

Salam santai...



Wednesday, January 12, 2011

Pindah...!!!

Salam,

Sebenarnya tak tahu nak bagi tajuk yang sesuai untuk posting kali ni. Perasaan gumbira dan sedih bercampur-campur.

Barang sampai

Gumbira kerana hari ni sampai lagi barang yang diorder dari bookplanet iaitu sebuah buku yang penulis beli secara online. Bukan apa ianya satu pelaburan jangka masa panjang (melabur untuk ilmu). Asalnya nak beli buku "Masa Untuk Emas" tulisan Azizi Ali, tapi sebab dah ada rakan baik penulis dalam bisness yang beri pinjam (Tuan Mohd Nor-Bongawan) maka penulis beli satu lagi buku iaitu "111 Cara Mudah Berjimat Cermat" tulisan Arman Arshad. (Boleh searching di BookPlanet)

Demi ILMU ku labur jua....

Hadiah (pinjaman) dari seorang RAKAN SEJATI
Dia beli dua buah, satu untuk bagi orang baca - penulis jadi yang pertama....

Gumbira juga apa bila tadi rakan baik penulis yang sudah pun posting ke Kelantan Darul Naim (Cikgu Zakimi) datang kembali ke Sabah dan sempat melepak rumah penulis untuk bertanya khabar. Beliau juga membawa berita gumbira bagi mereka yang dapat posting balik ke Tanah Melayu (semenanjung lah..) iaitu dapat tuntutan kargo (lebih kurang RM5-6k) dan elaun gangguan (sebulan gaji)...yang tak boleh tuntut ialah elaun perpindahan. Titik. (Cerita lanjut kalau tulis kat sini panjang berjela...)

Sedih

Memang menyentuh perasaan hari ni apabila mendapat tahu rakan yang rapat dengan kita meninggalkan kita seorang demi seorang. Mula dengan Cikgu Raudah, Cikgu Zakimi, kemudian Cikgu Arisham dan yang terdekat esok akan pergi ialah Cikgu Yusman. Beliau ni seorang yang sangat mudah didekati dan memang bergaul dengan semua orang. Jadi hari ni merupakan hari terakhir dan memang ramai orang mencari beliau untuk ajak minum dan berbual sebelum beliau berangkat pulang ke Kedah....glamour betul beliau dan pastinya ramai yang sayang dengan beliau.

Aktiviti copy-mengcopy pun berlangsung....

Alesya sebagai penghibur....tak tidoq lagi...anak abah betoi...

Walaupun terasa kehilangan hidup perlu diteruskan dan penulis doakan semua rakan yang berpindah juga selesa, bahagia dan seronok bertugas di tempat baru. Seorang lagi rakan penulis iaitu Cikgu Hazwan juga menunggu hari (bukan menunggu hari nak bersalin...) tetapi untuk pulang juga ke Kuala Lumpur, khabarnya di TTDI (Taman Tun Dr Ismail.....)

Bergambar SANTAI untuk kenangan...

Bertambah sedinh mengenangkan nasib kami suami isteri yang terkonteng-konteng sedangkan rakan-rakan yang memohon semua mendapat apa yang mereka hasratkan. Walaupun begitu, penulis tetap tabah menerimanya dan tetap akan bersabar. Penulis amat yakin dan percaya masanya akan tiba juga nanti.....

Gumbira balik

Cukuplah cerita sedih ni....buat apa nak bersedih2...rilek la...yang seronoknya tadi macam-macam cerita keluar masa bersembang dengan dorang...biasa la luahan perasaan sekali sekala....dan sempat lagi menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar ke sekolah esok (antaranya fail meja - masa penulis pindah dari situ dulu tak hantar pun). Siap print-memerint di rumah penulis. Penulis sikit pun tak kisah maklumkah itulah sikit-sikit sumbangan yang dapat diberikan. Yang seronoknya apabila rakan-rakan berkumpul di rumah dan berkongsi macam-macam cerita....

Hidup kena diteruskan....selamat bertugas di tempat baru buat mereka dan harap lepas ni penulis pulak meyusuli dorang ni....

Selamat santai....


Tuesday, January 11, 2011

Rezeki Santai

Salam,

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 7 hari mula persekolahan untuk 2011 ni, pantas sungguh masa berjalan, bebanan kerja pun dah mula rasa semakin berat, tambahan pulak minggu beberapa hari lagi dah mula aktiviti kokum....merentas desa, latihan sukan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, penulis tetap santai walau bagaimana sibuk sekali pun keadaan melanda.

Ok la, hari ni bukan nak cerita apa, tadi baru balik dari asrama lepas sembahyang Isyak, masa sampai rumah ternampak la sebuah lori lalu depan rumah dan terus ke rumah sebelah. Penulis hanya melihat jer la. Terdetik di hati kecil, mungkin lori ni cari rumah Cikgu Yusman kut (sebab dia akan berpindah ke Kedah). Tapi lori tu menuju ke rumah sebelah dengan rumah penulis. Lori tu membunyikan hon ke rumah sebelah. Ba...biarlah, detik hati penulis, mungkin orang sebelah beli perabut baru kut....dan penulis pun parking motor elok-elok (standby nak ke surau untuk subuh esok) dan terus masuklah ke rumah tanpa memperdulikan hal yang berlaku di luar.

Semasa salin baju, telefon berdering, nombor sangat cantik tapi tak dikenali...."Halo..En Norazman Md Noh ker....???...ada kiriman untuk Encik, kami dari Citilink...." perghhh...pe hal plak ni....bila masa plak ada beli barang ni, sikit pun tak teringat apa barang yang nak sampai ni....Bila keluar jer...."En Norazman ini barang Encik...." Mak ai....keciknya barang....masih lagi tak teringat apa barangnya.....

Ni le barangnya, lori punya besar barang ciput jer...

Kemudian bila dah masuk dalam dan belek punya belek, nampak perkataan 'bonuslink'. Barulah penulis teringat pernah redeem melalui internet point bonuslink (maklumlah asyik isi minyak jer guna bonuslink dan tak pernah peduli pun....) Masa tu sampai surat suruh update info, so, penulis terus la redeem apa barang berkenan di hati.

Ini lah barangnya, gumbira sungguh rasa hati dan penulis rasa sangat bersyukur, dan bertambahlah koleksi pendrive penulis dan kali ni dapat free jer.....

Pendrive Kingston 8 GB

Cukuplah untuk kali ni dan nanti jumpa lagi yer....

Selamat santai....


Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Panjang skit salam kali ni, maklumlah lama dah tak menulis di blog ni. Bila bukak balik blog ni rasa sayu...ya lah sebab dah lama tah berusik (update la). Asyik cerita lama jer...pastu agak berat jugak nak loading sebab banyak gambar. Jadi, sempena ngan tahun baru masihi 2011 ni, penulis kasi update la skit blog ni. Bukan apa sebab setiap hari ada pengunjung sekurang-kurangnya seorang atau dua orang baca kisah kehidupan di blog ni.

Untuk makluman pengunjung dan pembaca blog ni, suka penulis ingatkan di sini bahawa blog ni merupakan blog peribadi dan banyak cerita perihal diri penulis samada cerita kehidupan keluarga atau pun kerjaya. Bukanlah cerita sensasi seperti cerita artis, atau cerita hantu seram, cerita pelik2 dan sebaginya untuk menarik perhatian trafik online. Sebaliknya tulisan di blog ini hanya sebagai satu luahan perasaan yang penulis rasa kerana setiap kali meluahkan perasaan samada sedih, gembira dan sebaginya hati tu rasa bagai terubat.......

Kisah Permohonan Pertukaran

Secara ringkasnya penulis memang berasa agak dukacita dengan permohonan pertukaran kali ni sebab biasalah bila permohonan tak diterima siapa yang akan gembira...tul tak? tapi yang menyebabkan lebih sedih apabila melihat wajah isteri tercinta dan juga ayah bonda di kampung yang nampak teramat-amat-amat-amat sedih dan kecewa dengan keputusan tersebut. Walaupun sudah dibuat rayuan dan sebagainya penulis tetap belajar untuk menerima keputusan tersebut dan bersedia menghadapi cabaran untk tahun ini di lokasi sedia ada. Titik.

Lebih memilukan apabila rakan-rakan yang memohon dan tak menyangka dapat tukar diterima pulak. Dah la orang-orang tersebut agak rapat jugak dengan penulis seperti Cikgu Zakimi (ke Kelantan tanah kelahiran), Cikgu Abang Morsha (ke Kota Kinabalu tempat isteri), Cikgu Yusman (ke Kedah kampung sendiri), Cikgu Raudah (ke Perak pun balik kampung jugak) dan Cikgu Arisham (ke Melaka)....Terasa betul pemergian dorang ni. Hilang jugak la tempat berkongsi cerita hari-hari...Tinggal penulis dan juga beberapa orang lagi yang tinggal untuk memohon untuk akan datang. Apa pun life must go on....

Pasal Keluarga pulak

Sub topik ni juga boleh dikira sensitif kalau dibincang. Maklumlah kami ni belum ada perkembangan tambahan. Masih jugak lagi sorang anak sedangkan rakan-rakan lain sibuk menambak anak. Bukan apa, yang ada pun dah besar tokleh nak main macam main ngan baby. Baby dah tua ni lain....agresif skit, pastu dah ada hati dan perasaan...kalau baby kecik tu kita cium sejuta kali pun dia bukan tau apa ...ye tak....???

Semoga tahun ni ada la perkembangan. Setakat ni banyak la jugak usaha dilakukan jumpa doktor biasa dan juga pakar, cuba cara urut kampung dan sebagainya hingga banyak gak la RM abis. Tapi usaha tetap akan diteruskan demi kelangsungan hidup berkeluarga....

Pasal kerjaya

Sub topik ni boleh dikira ok jugak la...dari segi kerjaya utama sebagai seorang kakitangan kerajaan penulis merasakan sangat selesa buat masa ni berada di tempat bertugas sekarang. Banyak faktor yang mempengaruhi antaranya lokasi tak jauh dengan rumah, nak ke sekolah anak dekat, dengan rumah pembantu rumah pun tak jauh, hubungan sesama rakan sejawat dan boss pun kira ok la.....lagi pun motivasi kerja sentiasa berada di tahap tinggi dan keadaan sekeliling yang sangat kondusif untuk perkembangan minda dan kerjaya.

Meja penulis di sekolah, bersepah sangat,
tahun 2011 kasi clear semua,
biar lapang....
Di samping tu, penulis jugak terlibat seperti orang lain juga dengan beberapa bisnes...biasala nak meng'cover' perbelanjaan yang sentiasa meningkat sekarang ni. Yang ni rasanya ramai yang tahu jugak la kut. Secara separuh masa penulis menjadi Perunding Unit Amanah Islam (Unit Trust Consultant) yang berdaftar dengan FIMM (Federation of Investment Managers) dan dengan syarikat No1 Public Mutual. Dari segi pendapatan sampingan boleh dikira agak lumayan jugak la. Ini disebabkan penulis sangat berminat dengan bidang Pengurusan Kewangan (Financial Management) - mungkin dulu silap ambik 'course' kut masa di UIA, tapi apapun syukur sebab banyak membantu merancang masa depan.

Ada pulak tawaran dari Takaful Malaysia untuk menjadi Perunding Takaful. Sebelum menjadi guru penulis bertugas di Takaful Malaysia sebagai kakitangan tetap yang dah sah jawatan pun, tetapi resign sebab dapat KPLI (masa tu susah wo nak dapat....) Harap yang ni pun penulis dapat membantu ramai rakan dalam memberi kesedaran bidang kewangan kerana ia masih lagi di bidang Financial Management.

Perancangan 2011

Dengan penuh semangat, penulis berharap tahun ini banyak membawa kebaikan dalam kehidupan. Sebagai semangat permulaan, penulis habiskan masa untuk update blog ni dan rasanya akan luangkan banyak masa lagi dengan internet untuk berhubung dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja sebab penulis tahun lepas banyak keluar berjumpa ramai orang. Tahun ni rasanya banyak masa dengan laptop ni lakut sebab malas nak keluar jauh-jauh. Sekarang ni dengan pertambahan kereta di jalan raya dan juga dengan kenaikan harga macam-macam barangan termasuk harga minyak kira agak menyusahkan jugak la. Lagipun dah bosan dengan trafik jamm di jalan raya yang banyak membuang masa yang sangat berharga.

Lagi satu, beberapa projek 'mega' (bagi penulis la, tapi tok leh sebut lagi) yang akan dijalankan tahun ini dan diharapkan sukses sebab nak berjaya ni banyak halangan dan cabaran yang akan ditempuhi. Penulis juga berharap dapat menyimpan duit untuk tahun ini kerana setakat ni penulis sedar 'kuasa simpanan' walaupun sedikit tetapi tetap ia akan menampakkan hasil untuk jangka masa panjang. Berapa jumlahnya tu takyah la citer kat sini....nanti macam berlagak la pulak kan...???

Harapan

Uih..macam dah panjang la jugak tulisan kali ni, asal tadi nak tilih sikit2 jer....biarkan lah...sebab ini luahan dari hati penulis.......

Harapan tahun ini agar penulis menjadi lebih matang dalam meniti kehidupan seharian, nak tambahkan amalan, nak kurangkan marah-marah (penulis ni agak panas baran jugak tau...), lebihkan bersabar, banyakkan mengaji Quran, banyakkan membaca pelbagai jenis buku dan pelbagai jenis bacaan ilmiah untuk tambah ilmu dan banyak bantu mak dan abah menikmati sisa-sisa kehidupan mereka di kampung....

Rasanya cukuplah setakat ni dulu...nanti ada free sambung lagi ya...

Bagi yang ada komen, sudi apalah kiranya mencoret sekadarnya....boleh tulis kat ruangan bawah sebab baru add tu....terjumpa plak masa berlayar...biasa la kan...

Salam santai untuk semua..

Wassalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails