Thursday, February 10, 2011

Persiapan Hari Kemuncak Sukan @ Santai

Penulis bersama isteri dan anak dan juga Cikgu Suhaimi...



Salam,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua Kejohanan Sukan SKM Membakut 2011. Memang sangat memenatkan bila hari sukan ni. Walaubagaimanapun, penulis tetap santai dan gembira bersama rakan sejawat dan juga anak-anak didik di sekolah ini.

So, hari ni selepas sukan selesai tengahari tadi, penulis bersama dengan beberapa rakan dari Rumah Sukan Helang (Hijau) telah bertungkus-lumus dan menghabiskan masa kami menyiapkan Pondok Rumah Sukan kami. Maklumlah pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Pondok Berhias antara rumah-rumah sukan. Memang seronok la melayan kerenah para pelajar dan juga rakan-rakan yang bersama-sama menghabiskan masa menghias pondok rumah sukan kami.

Kami berkumpul seawal 4:00 petang dan telah selesai tadi kira-kira jam 9:00 malam. Kami antara yang terawal pulang dan rumah-rumah sukan lain masih bertungkus-lumus menghias pondok mereka.


Potong-memotong kain...

Antara orang kuat rumah Helang, Cikgu Halimah...!

Menjelang malam, pelajar asrama pun turun bersama...

Siap la dulu, esok sambung 'final touch' seawal sesudah subuh....

Bergambar dengan geng Kasuari.....jiran pondok kami

Antara yang tinggal sebelum pulang....

Yang menariknya kali ini, walaupun sibuk menyiapkan pondok dari awal petang, kami (guru dan pelajar Muslim) solat Maghrib Berjemaah dan membaca Surah Yasin bersama-sama sebab kebetulan malam ni Malam Jumaat....kemudian sambung kerja dan berhenti semula Solat Isyak Berjemaah dan menyudahkan kerja yang tertangguh. Kerjasama antara kami yang Muslim dan Non-Muslim amat baik dan kami saling memahami antara satu sama lain. Yang Non-Muslim tidak pernah curi tulang sewaktu kami menunaikan solat berjamaah....

Begitulah hari ini berlalu....walaupun badan ni terasa sangat penat tetapi hati sangat gembira....

Salam santai buat semua....

Lagi GAMBAR PERSIAPAN klik SINI



Monday, February 7, 2011

Membakut banjir lagi

Sempat lagi posing dalam air...

Salam,

Hari ni sewaktu penulis tengah mengajar tadi lebih kurang jam 10 pagi, ada panggilan masuk berdering berkali-kali ke hp penulis....oleh kerana sedang mengajar, jadi penulis mengabaikan panggilan tersebut. Sempat jugaklah menjenguk-jenguk no panggilan tapi bila tak dikenali malaslah nak layan...selalunya telemarketer nak promote insuran atau lain-lain produk. Kekadang penulis ni rajin jugak melayan...bukan apa saja nak tau strategi penjualan mereka.

Tapi kali ni panggilan masuk ni tak putus-putus masuk. Hp memang dalam keadaan vibrate mode. Tapi bila dah berkali-kali, penulis terdetik dalam hati...ni mungkin panggilan penting....So, lepas habis kelas lebih kurang jam 11 pagi penulis memanggil semula no tadi....

Rupanya paggilan dari sekolah rendah anak penulis iaitu SK Pekan Membakut. Cikgu memanggil meminta mengambil anak segera kerana dikatakan air dah naik ke sekolah dan menyebabkan sekolah terpaksa ditutup hari ni.....


Walaupun kasut di tangan tetap dah basah...bagus pakai jer....

Jadi penulis pun bergegas la ke sekolah tersebut... Dekat jer tempatnya, sampai di tempat biasa penulis mengambil dan menghantar anak ke situ (kat belakang Masjid Nurul Iman, Pekan Membakut). Alamak....air dah tinggi daa...dan memang tak boleh masuk ikut situ...So, terpaksa lah berpatah balik ikut pin tu depan sekolah....

Masa tu kereta pun dah banyak kat depan sekolah sebab ramai ibu bapa dah datang mengambil anak masing-masing. Sampai jer kat sekolah, Ust Azlan yang merupakan kenalan penulis juga yang mengajar di sekolah tersebut membantu penulis menjemput anak penulis di kelas...maklumlah air dah naik dan penulis masih berkasut dan dia dah ready dengan sandal....

Jadi, meredah air la Si Akrami (anak penulis) dalam air dan dia kata dalam kelas dia tinggal 4 orang jer lagi...naper ayah lambat...? La...penulis pun bagi tau la...ayah mengajar tadi....ni ayah dah datang...kalau tak datang camana....? dia pun diam seribu bahasa dan perasaan lega terpancar di wajahnya sebab dah kena ambik....bebudak...biasalah...tok leh lambat sikit....

Keadaan guru dan ibu bapa yang ada masa tu...

pengalaman tak akan dilupakan....

Walaubagaimana pun sempat jugaklah penulis snap beberapa gambar dgn hp penulis....Yang penting, penulis bersyukur masih dalam keadaan terkawal dan selamat semuanya....maklumlah bebudak ni bila dah nampak air mudah lupa diri....tau nak main jer....tapi alhamdulillah semua guru SK pekan Membakut sangat bertanggungjawab sekali...tahniah, terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepasa semua warga SK Pekan Membakut termasuk lah pekerja keselamatannya sekali (jaga) yang banyak membantu....

Lagi gambar banjir di SK Pekan Membakut dari FB Guru Besar sendiri KLIK SINI atau Klik Gambar Sekolah dibawah : -




Sekolah Agama pun banjir

Lepas jam 2, penulis bergilir ngan isteri untuk balik mengambil dan menghantar anak ke sekolah...bergantung kepada kelas hari tersebut....So, tadi masa nak hantar dia ke sekolah, alamak....jalan dah naik air dan tak boleh masuk jugak ke sekolah, dengan kereta penulis la....sebab kereta rendah.

Kebetulah Cikgu Sham (jiran Taman Desa) lalu di situ dan dia pakai 4 wheel drive dan penulis tumpangkan anak penulis dengan keretanya. So, penulis pun balik siapkan diri, makan dan solat pastu nak ke sekolah sebab ada pulak meeting petang ni...

Penulis lalu di sekolah agama dan mendapati ramai ibu bapa tak masuk menghantar anak ke sekolah agama dan patah balik. Penulis pun serba salah....camana ni...? anak aku kat dalam tu....pergh...nampak semua kerusi atas bangku di kelas...tapi ada dengar bebudak mengaji dan belajar di salah sebuah kelasnya....

Penulis pun apa lagi, terpaksa meredah air yang agak dalam dan teraba-raba ikut belakang masjid (jalan potong) untuk meninjau-ninjau keadaan anak penulis. Sampai kat masjid ada beberapa ibu bapa yang melepak kat masjid yang menunggu sebab katanya sekolah kejap jer ni...jam 3 da boleh ambil bawak balik sebab banjir....dan air pun makin naik....

So, jam belum lagi pukul tiga dan penulis pun ada meeting ni....camana yek.....Penulis masuk ke bilik guru sekolah dan berjumpa cikgunya dan minta bawa balik. So, boleh lah bawa balik ke sekolah dan penulis pun mintak anak tunggu di sekolah layan komputer penulis ni dan pergi ke mesyuarat dalam keadaan seluar yang agak basah....dah la sejuk lak tu...masuk pulak bilik aircond....tahan jer la...tuhan jer yang tahu betapa kerasnya rasa masa tu.....hehehehe....


Keadaan nak masuk ke sekolah agama

Kereta rendah tak boleh lalu...

Nak sekolah ker tak.....tapi dia nak sekolah jugak....
rugi tak hadir nanti tak dapat anugerah kehadiran 100% katanya....

Begitu lah hari ni berlalu...bila bukak Fb banyak la liputan tak rasmi tentang banjir di Membakut ni terutama dari reporter tak bertauliah macam penulis ni.....apa pun setakat alhamdulillah semuanya selamat dan berharap sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT dari segala bala dan bencana...sebab dengar ceritanya tempat lain di sekitar Membakut dan Beaufort agak tinggi paras airnya....

Rasanya cukuplah setakat ni dulu....nanti ada cerita leh sambung lagi...

Salam santai....




Saturday, February 5, 2011

Terkenang semasa dulu...

Salam,

Hari ni kebetulan meninjau-ninjau isi dalam pendrive penulis (dua tiga hari lepas clearkan hard drive), maklumlah sejak pakai beberapa pendrive ni dan saling bertukar-tukar sampai tak ingat apa isi kat dalamnya. So, penulis explore dan jumpa banyak la gambar lama-lama sewaktu muda-muda dulu...cewaaahhhh....

Gambar yang penulis pilih kali ni adalah sewaktu penulis terlibat dalam SUKMA ke berapa ekk...? lupa dah...waktu tu di Selangor dan penulis mendapat liputan daripada wartawan.

Sebenarnya penulis sendiri tak tahu orang yang bertanya soalan kepada penulis tu seorang wartawan dan penulis telah ditegur oleh pengurusan pasukan kerana membuat kenyataan tanpa kebenaran. tapi masalahnya masa tu memang betul-betul tak tau dan gambar tu pun di ambil bukanlah dalam sesi fotografi pun...main ambik gitu jer....mungkin masa tu keramahan penulis menjawab satu soalan daripada orang yang tak dikenali mencari pasukan Selangor...penulis tunjuklah kat sana tu bang...dan akhirnya kami bersembang-sembang bercerita pasal kejohanan itu...

Tetiba jer, esoknya penulis kena panggil sebab ada gambar masuk paper la konon...dalam hati tu happy la, dan kebetulan pulak masa tu baru lepas menang dan prestasi pasukan sangat memberangsangkan dan akhirnya isu tanpa kebenaran tu dilupakan begitu sahaja....

Walau apa pun ia tetap menjadi nostalgia dalam diri penulis dan bila tengok gambar ni memberi kekuatan kepada penulis untuk lebih berjaya dalam hidup walau apa juga rintangan yang dihadapi....tiada yang mustahil....yang penting yakin diri....



klik untuk besarkan imej....

Diharapkan pembaca santai tidak menganggap penulis ni nak menunjuk-nunjuk kehebatan la konon, sebab sikit pun tak terlintas di fikiran...ramai lagi orang yang lebih hebat berbanding penulis santai ni....cuma harapan penulis perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada siapa sahaja yang mengambil manfaat daripadanya.....

Sebenarnya banyak sangat gambar lama-lama dan kejohanan-kejohanan yang penulis pernah sertai terutama dalam sukan ini cuma kali ini gambar ini memang betul-betul memberi kekuatan kepada penulis buat masa ni...

Sekian dulu

Salam santai....





Friday, February 4, 2011

Santai CNY 1 Malaysia di Membakut

Kad jemputan dari jiran sebelah....

Salam CNY & Gong Xi fa Chai,

Waa....meriah sungguh sambutan CNY kali ni di rumah jiran penulis. Tahun lepas pun 'grand' jugak sebab ada tarian singa dan persembahan panjat-memanjat oleh singa-singa jadian....terima kasih kepa jiran penulis suami isteri iaitu seperti nama dalam kad tu....sebelum ni dia memperkenalkan dirinya Mr Chong....tapi bila tengok nama Islam dia waa....sedap jugak...Ihsan Iskandar Chong....terima kasih kerana menjemput kami setaman....meriah sungguh tahun ni dan Gong Xi Fa Chai kami ucapkan kepada beliau.....


Chong (Ihsan) dan Zaleha (isterinya) meraikan tetamu yang hadir....

Seperti biasa jemputan memang ramai, nampak jer kelibat orang datang penulis dan isteri pun keluar meraikan bersama....maklumlah nanti bila dah terlalu ramai tak dapat plak jumpa tuan rumah sebab dia dah sibuk melayan tetamu...ye tak....? So, dorang ni memang seorang jiran yang sangat peramah tetapi pemalu.....sebab dorang memang jarang keluar rumah dan kami hanya berjumpa dan bertegur sapa di pagar rumah masing-masing jer.....cumanya bila ada majlis begini hubungan tu jadi lebih akrab la....


Aksi persembahan mercun....

Sebelum tarian singa bermula, punya panjang dia pasang mercun.....patut la dah dua tiga hari nampak tersadai batang besi tu kat tepi pagar rumah....ingatkan singa nak panjat rupanya buat penyangkut mercun.....Apa lagi dah la bingit telinga....asap pun berkepul penuh rumah....



Sewaktu tarian singa ni, kanak-kanak la yang paling seronok....Bukan apa. sebab nampak macam makhluk gergasi menari-nari depan mata....penulis pun mengambil kesempatan snap beberapa gambar.....untuk kenangan nanti bila dah balik semenanjung.....


Tu jiran-jiran melayu yang turut bersama....

Isteri penulis dan anak menyaksikan dari pagar jer....sebab kat sana dah ramai sangat...

Sekali-sekala sambutan begini memang seronok dan boleh mengeratkan silaturahim. Perkahwinan campur di Sabah ni dah menjadi satu kebiasaan dan bagi mereka menyambut hari perayaan begini memang suatu yang ditunggu saban tahun....tapi kata Chong, jenuh juga la membeli baju....baju CNY lain...baju Raya puasa lain lagi.....biasa la tu.... Tetamu yang datang pun dari berlainan bangsa menjadikan majlis sambutan ini mamang bertepatan dengan tema 1 Malaysia......cuma batas-batas pergaulan tu perlu di jaga.....tu kena faham sendiri la.....


Seronok sangat la tu....

Sempat lagi posing....

Kami ni menjadi pemerhati dan bersama memeriahkan lagi majlis jiran kami ni. Bagi penulis untuk merapatkan lagi hubungan sebagai jiran kita perlu juga memenuhi jemputan begini sekiranya dijemput dan penulis terpaksa menangguhkan temujanji dengan rakan di Kota Kinabalu untuk memenuhi jemputan jiran penulis ini.....

Jadi, stakat ni dulu cerita santai kali ni....semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...

Salam santai...



Wednesday, February 2, 2011

Layan Video pulak...

Klik saja untuk layan video ini....


Salam,

Laa....bersua lagi di ruangan santai. Kali ni penulis rasa perlu di masukan dalam ruangan santai sebab ada muka penulis masuk kat dalam tu....hehehe...sekali sekala rasa glamour yer tak.....walau pun penulis amat sedar yang penulis ni tak glamer langsung....

Penulis berkali-kali layan video ni sebab banyak memberi sentuhan secara mendalam kepada penulis. Walaupun penulis tahu bahawa yang membuat video ini juga seorang yang membuatnya secara santai dengan menggunakan teknologi yang beliau ada secara trial n error....kalau tak trial n error lagi la....anda mesti nak tau kan...siapa dia yang bernama Mozidah Hamzah ni....???

Buat pengetahuan pengunjung santai semua, beliau ialah....jeng, jeng, jeng......BOSS penulis di sekolah la....waa...boss sendiri yang buat....boss anda macam mana...??? hehehehe... itu lah kehebatan dan anugerah yang diberikan oleh Allah kepada seseorang....dari pandangan mata penulis, gaya persembahan viseo ni macam pro kan....? tak caya cuba tengok banyak-banyak kali.....

layann....

So, terima kasih banyak kepada Puan Mozidah yang membuat video ini yang sudah pasti didedikasikan kepada semua warga kerja SMK Membakut, Sabah.

salam santai...



Santai di rumah, layan no 2 la plaks....



Salam santai,


Anda tengah buat apa sekarang......? Oo ya kan tengah layan santai la....yer tak....buat apa lagi.....bukan apa kali ni penulis sedang berehat dan menghabiskan masa cuti di rumah bersama keluarga tersayang. Dah puas bergurau senda dan bergelak ketawa, so, masa untuk layan santai plak....okay kan....???

Petang semalam lepas mengemas belakang rumah yang bersepah dengan barang-barang lama yang terkumpul, penulis menghabiskan masa dengan my love no 2....hehehe.......hari sebelum tu dah mengabiskan banyak usin (duit dalam bahasa brunei sabah) membaiki kerosakan dan servis....kira banyak gak la....di Proton Edar saja dah habis RM540, pastu beli bateri baru pulak RM230....so, dekat RM800 jugak belanja kereta ni....apa boleh buat la kan....kena la juga jaga maintenance untuk pakai lebih lama.....


Hantar kedai kat sebelah taman perumahan penulis...

Yang menariknya waktu servis di Pusat Servis Proton Edar tu, dorang bagi dua perkara percuma. Yang pertama jack kereta baru....ala...yang orang guna tukar tayar tu....(takder gambar) dan satu lagi belt belakang diganti baru sebab yang lama kononnya tak ikut spec keselamatan.....so, bila tengok belakang macam keta baru la pulak jadiknya...sebab masih berplastik.....waa....dengan sedikit sentuhan plastik di belt belakang pun dah ada orang tanya, beli kereta baru ker.....? alhamdulillah.....

Ni gambar belt belakang baru tu....

Kerja-kerja pembersihan dimulakan....banyak habuk da....

Lepas basuh yang best....nampak berkilat la pulak....
memang la sebab kotoran semua dah hilang....

Betul la....syiok layann lepas dah basuh....

Begitulah hari-hari cuti penulis santai di isi dengan melayan perkara yang penulis suka. Asalnya nak basuh sendiri sebenarnya, tapi badan dah tak larat berpeluh mengangkat ntah apa-apa barang kat belakang rumah untuk dibuang.....dengan melayan my love no 2 ni hati jadi riang gumbira.....

ALHAMDULILLAH.....

Sekian dulu la....nanti layan santai lagi ya....

Wassalam....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails