Monday, April 23, 2012

MTQ Peringkat Negeri Sabah 2012 - Sandakan




Salam,

Malam ni sewaktu posting ini ditulis penulis masih tersangat lah penatnyer perjalanan seharian dari Sandakan ke Membakut. Bayangkan jam 6:30 pagi bertolak dari Sandakan dekat jam 4:00 petang baru sampai rumah....perjalanan slow n steady sebab hujan lebat di pertengahan jalan. Jalan pun banyak berlubang dan rosak. Mujurlah tiada tanah runtuh ke apa....kalau tak tak sampai lagi la agaknyer....

Tapi penat itu dikira macam berbaloi jugak la bila mengenang balik ganjaran yang diperolehi dengan pengalaman kali pertama meyertainya. Maklumlah sekolah penulis ni bukan lah dari kalangan pelajar terpilih yang pandai-pandai. Sekadar sekolah kampung yang pelajarnya pun tak berapa ramai...lebih kurang 500 lebih jer.....

Apa pun tempat ketiga yang diperolehi tu kira boleh dijadikan pengubat la kepada kepenatan penulis kali ini. Kebetulan pulak lepas ni ada lagi aktiviti di KK yang terpaksa penulis sertai selama 4 hari dan selepas balik tu pulak sekolah penulis menganjurkan perkhemahan agung pulak.....lepas tu exam dan terus cuti sekolah pertengahan tahun......fuh.....padat lak rasanyer jadual kali ni.....tapi rasanya orang lain pun sama....hadapi jer la....dan syukur jer la sebab ada kejer daripada takder kejer yer tak.....

Cis menda la melalut tengah-tengah malam ni....kita layan gambar jer la sebab tak dapat nak fokus menulis.....


 
Selepas melapor diri, dan menuju ke lokasi pertandingan syarahan

Sewaktu berkumpul di dewan dengan semua kontinjen
Sewaktu di lokasi syarahan

 
Selepas menerima hadiah


 Ini yang paling tak akan dilupakan kut, maklumlah CM yang bagi....


Kira bukan senang jugak la sebab format baru ni bukan macam dulu-dulu. Guru sediakan teks pelajar menghafal jer....tapi kali ni memang mencabar....ni penulis kasi sikit gambaran....

Penerangan Peraturan syarahan  agama spontan MTQSS 2012

Peraturan :
1 )
1.       Masa 7 minit
2.       2 minit ( persediaan isi setelah cabut tajuk di atas meja ketua hakim )
3.       5 minit bersyarah
1.       5 minit dibahagikan seperti berikut
2.       Mukadimah syarahan ( 1 minit )
3.       Kemukakan 3 isi ( 3 minit )
4.       Penutup syarahan ( 1 minit )

2 )   Mukaddimah
1.       Membina teks syarahan spontan yang baik :
2.       Mukadimah : mesti di mulai dengan Bismilahirahnirahim ,selawat ,doa dan salam
3.       Memperkenalkan ucap pada pengacara , hakim, hadirin dan hadirat
4.       Beritahu tajuk yang dapat

2 )    Isi syarahan

1.       Mesti utama 3 isi dan setiap isi di olah seperti berikut
2.       Mesti ada isi – 1 markah
3.       Huraian isi – 1 markah
4.       Contoh pada isi – 1 markah
5.       Isi dikaitkan dengan isu semasa – 1markah
6.       Peneguhan isi dengan tajuk – 1 markah
7.       Setiap isi ada dalil AL Quran / As sunnah ( setiap dalil – 1 markah )
8.       Markah bonus akan diberi – 2 markah jika peserta dapat utarakan syarahan dengan nas yang fasih dan dilafazkan dalam ayat al quran atau hadis
9.       Peserta yang hanya membaca terjemahan ayat / hadis akan ditandakan ada kelemahan / tidak diberi bonus

2 )    Gaya Persembahan
1.       Bentuk syarahan  bukannya pidato, bahas ,bercerita, membaca berita dll
2.       Nada ada tegas,lembut dalam gaya yang terkawal dan ist
Pesanan

1.       Latih peserta hafal dalil dalil ringkas dari al quran / hadis
2.       Ada watak istimewa / luarbiasa dalam bercakap
3.       Cari isu terkini sekitar tahun 2011 dan terkini  di media massa
4.   Tajuk yang dibekalkan ke sekolah ( 5 tajuk ) hanya sebagai garis panduan untuk latih pelajar kea rah persediaan syarahan spontan


Ok, setakat ni dulu...kita jumpa lagi lepas ni...insyaAllah....

Salam santai...



Sunday, April 15, 2012

Testimoni Pelajar Amali Sembelihan



Salam santai,

Dua tiga hari ni, masih lagi bercerita pasal sembelihan. Sebagai guru yang mengajar pelajar, penulis amat gembira dengan tulisan salah seorang daripada mereka yang dapat penulis petik dari Facebook. Ini lah perkongsian beliau.....



EzzaD's Ezz

Assalamualaikum, saya Mohd Ruhaizad bin Mohd Tali, pelajar SMeKeM ingin menyatakan pengalaman saya semasa mengikuti aktiviti amali penyembelihan haiwan bagi subjeK Pendidikan Agama Islam.

Amali ini telah dilakukan pada 11 april 2012 bersamaan pada hari selasa,amali ini dijalankan di surau SMeKeM dan dilakukan oleh semua murid tingkatan 4 dan diketuai oleh ust norazman dan juga dibantu oleh guru-guru yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini.Aktiviti amali ini dijalankan pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam12 tengah hari, kami menjalankan aktiviti penyembelihan ini dengan mengunakan 14 ekor ayam dan sebanyak 13 ekor ayam telah sah disembelih dan 1 ekor ayam tidak sah atas sebab-sebab yang tertentu.

Aktiviti amali penyembelihan ini telah membuatkan kami lebih faham tentang rukun dan syarat sah bagi menyembelih haiwan, sebelum melakukan aktivi ini kami telah diberikan taklimat oleh UST NORAZMAN cara-cara untuk menyembelih dan beberapa aspek keselamatan yang perlu di titik beratkan,kami diberikan beberapa kumpula dan 1 kumpulan mestilah mempunyai 2 atau 3 orang ahli dan mempunyai 1 ekor ayam.

Sebelum kami memulakan aktiviti penyembelihan,ust norazman telah menyembelih 1 ekor ayam bagi menjukkan kami cara menyembelih dan memegang ayam.Semasa kami mula menyembelih, keadaan amat riuh rendah kerana ini adalah pertama kali kami penyembelih haiwan dan perasaan gugup itu telah menyelubungi kami semua,semasa menyembelih UST NORAZMAN akan memerhati dan memeriksa ayam yang telah kami sembelih untuk mengetahui sama ada URAT HALKUM dan URAT MARIH betul-betul putus.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi setiap pelajar ialah ketika menyembelih dan merasakan urat murih dan urat halkum putus.kami bukan sahaja belajar cara menyembelih ayam terapi kami juga berlajar cara untuk membersihkan ayam dari mencabut bulu ayam sehingga membersihkan bahagian dalam perut ayam sampailah memotong ayam.

Selepas kami selesai membersih dan memotong ayam kami telah memanggang ayam tersebut bagi menjadi juadah makan tengahari kami,aktiviti sampingan yang kami lakukan ialah mengadakan pertandingan memanggang ayam dan ayam yang kami panggang itu akan dirasa oleh guru-guru yang terlibat dan akan diberikan markah.

Aktiviti amali penyembelihan ini sangat bagus bagi pelajar-pelajar kerana boleh menambah pengetahuan serta memberikan pengalaman yang sangat berharga, aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mengurangkan rasa bosan ketika belajar kerana jika hanya belajar didalam kelas tanpa ada aktivi amali, pelajar akan berasa bosan dan minat untuk belajar akan kurang. Di lain waktu, kami berharap aktiviti ini akan diteruskan bagi memupuk minat pelajar untuk berlajar.

Sekian terima kasih.

yang benar saya

MOHD RUHAIZAD BIN MOHD TALI.
------------------------------------------------





Yang ini pulak dipetik dari Time Left (Amirul Aiman Habas) 

...sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda telah memuat naik gambar aktiviti kita yang penuh bermakna ini , disini saya ingin meluahkan atau dalam erti kata lain menceritakan pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti ini . apa yang saya dapat dari pada aktiviti ini ialah saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk menyembelih sembelihan selain itu saya juga kini tahu dimana terletaknya urat-urat tertentu yang mesti putus apabila disembelih serta cara yang betul dan sah ketika melakukan sembelihan .


selain itu sembelihan juga dapat mengeratkan silaturrahim serta mewujidkan semangat berkerjasama dan saling bersaing dalam cara yang sihat seperti yang ada dalam gambar tersebut dimana Setiap kumpulan yang diberikan berusaha mengurus bahan-bahan mereka dan mereka juga ingin menjadi terbaik dari segi masakan iaitu rasa dan kreativiti (hiasan) bukan itu sahaja aktiviti sembelihan ini juga dapat memberikan mereka-mereka yang mengikuti aktiviti ini, contohnya sahabat saya iaitu Syarifah Nadzirah yang dulunya takut untuk memegang ayam dan Menyembelih ayam tetapi dengan adanya aktiviti ini dia dapat Melakukanya dengan Lancar, walaupun selepas ayam disembelih dia terus sahaja menangis kerana takut dan kasihan .


Untuk pengetahuan anda lebih lanjut , dengan adanya aktiviti ini turut dapat melihat bakat-bakat terpendam setiap ahli yang mengikuti disebabkan oleh cara memasak dan menghias serta menarik hati juri untuk merasa masakan mereka . Bukan sahaja sembelih malah Memangang juga ada dalam aktiviti ini ya . oleh itu banyak manfaat yang saya boleh dapat daripada aktiviti ini , saya harap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi semula dan lebih ramai lagi yang menyertainya . salam dari saya ,


Assalamualikum ~
------------------------------------------------------------


Banyak lagi gambar dapat dipetik dari lensa kamera pelajar, antara yang menarik....

Close-up

Memberi penerangan di mana uratnya....

Nak pegang pun takut....camana...?

Muka puas hati....berjaya menyembelih...!

Orang perempuan pun kena belajar.....

Tunjuk cara....

Cari urat dulu....jangan main potong jer....!


Sesungguhnya ianya memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan amat menarik untuk dikenang. Sebenarnya dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam banyak lagi perkara yang boleh dibuat latihan amali cuma masalah besarnya ialah masa. Kena pandai mencari masa yang sesuai, maklumkan sekolah memang padat dengan aktivitinya tersendiri. Tapi yang paling penting kalau kita mahu dengan sedikit usaha insyaAllah dapat dijalankan juga.

Salam santai....


Wednesday, April 11, 2012

Aktiviti Amali Sembelihan 2012 SMeKeM




Salam,

Alhamdulillah hari ini Panitia Pendidikan Islam SMeKeM telah berjaya menjalankan Aktiviti Amali Sembelihan Pelajar Tingkatan 4 2012. Aktiviti ini dilaksanakan sebagai pengukuhan kepada sukatan pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 4 bidang Ibadah. Ia juga memberikan penglaman baru kepada para pelajar khususnya mereka yang tak pernah menyembelih binatang (ayam) dan tak pernah memotong dan menguruskan ayam di rumah....maklumlah biasanya ibu yang membuat semua kerja rumah.....

Penulis selaku guru pembimbing dan juga selaku guru matapelajaran sangat sukacita menjalankan aktiviti ini bersama para pelajar SMeKeM yang amat disayangi......ceawah...! Maklumlah, belajar twori di kelas tak sama dengan pembelajaran melalui pengalaman. Rasanya melalui pengalaman mereka lebih ingat isi pelajaran dan pengalaman ini akan menjadi kenangan mereka sewaktu di sekolah.

Aktiviti dimulakan seawal jam 7:00 pagi, di mana pelajar berkumpul dan penulis memberi taklimat ringkas dan ulangkaji serba sedikit berkenaan tajuk sembelihan. nampak pelajar amat bersungguh-sungguh untuk menjalankan aktiviti kali ini. Itu yang menyebabkan penulis bertambah bersemangat nak menjalankan aktiviti sembelihan ini bersama mereka....

Walau bagaimanapun, penulis tak dapat nak mengambil gambar-gambar sewaktu sembelihan dijalankan kerana terpaksa memantau pelajar menyembelih. Maklumlah, bila pisau di tangan pelajar dan ayam pulak tak pendai nak duduk diam-diam , jadi penulis terpaksa berhati-hati memantau dan sentiasa bersama-sama dengan para pelajar supaya kejadian tak diingini tidak terjadi.

Kali ni penulis di bantu beberapa orang guru Panitia Pendidikan Islam khususnya iaitu Ustazah Khairulasma (isteri penulis), Ustazah Adibah dan juga Ustazah Haslindawati. Kebetulan Cikgu Isham Ismail (Ketua Warden) asrama juga bersama dengan kami menjadi hakim untuk mengadili hasil kerja para pelajar.

Hmmm.....dah cerita serba-sedikit pasal hari ni mari kita saksikan beberapa gambar yang sempat penulis ambil sewaktu aktiviti....


















Jadi macam mengajar masakan la pulak......semua ayam dipanggang...tiada masakan yang fancy-fancy....tapi pelajar ni memang kreatif betul....menggunakan sumber alam untuk menambah selera masakan mereka....

Begitu lah gambar-gambar yang sempat di rakam, gambar sebenar aktiviti sembelihan nanti kita tunggu para pelajar upload sendiri dari kamera mereka di Facebook....nanti kita saksikan....

Untuk melihat aktiviti-aktiviti sembelhan yang pernah penulis jalankan sebelum ini bolehlah klik di ruangan bawah, bukan apa, saja sebagai kenangan......

Program Praktikal Sembelihan 2009

Program Praktikal Sembelihan Fasa II 2009

Sekian dulu buat kali ni, nanti kita bersantai di sini lagi....

Salam santai...


Saturday, April 7, 2012

Gambar wakil SMeKem di MTQ Zon Selatan - Johan & Naib Johan

Salam,

Dalam posting lepas isteri penulis tak sempat nak ambil gambar sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Selatan 2012 di SMKA Limauan kerana memori kameranya sudah penuh dengan video rakaman bacaan peserta tilawah. Semasa melayari di ruangan maya facebook, penulis jumpa gambar yang dimasukkan oleh salah seorang peserta tersebut iaitu Nur Ayu Sufiah Khairul. Berikut adalah gambar-gambar tersebut.

  
Johan Syarahan Agama (L) Sekolah Menengah
Mohd Jamri Japar

 
 Naib Johan Syarahan Agama (P) Sekolah Menengah
Nur Ayu Sufiah Khairul

Naib Johan Tilawah Al-Quran (P) Sekolah Menengah
Norsyafiqah Yassin


 Barisan wakil SMeKeM diiringi guru pengiring 
Ustazah Haslindawati Derahman dan Ustazah Khairulasma Shapiai


Mudah-mudahan menjadi penguat semangat kepada para pelajar SMeKeM lain khususnya para pelajar Kelas Kemahiran Quran (KKQ) & Bahasa Arab. Semoga perjuangan mendidik mereka ini menjadi generasi Al-Quran menjadi kenyataan.....ameen....!!!





Friday, April 6, 2012

SMeKeM @ MTQ Zon Selatan 2012





Salam,

Kelmarin sewaktu berada dalam mesyuarat Kokum penulis menerima panggilan telefon dari isteri penulis yang baru pulang dari Majlis Tilawah Al-Quran, Peringkat Zon Selatan 2012 (MTQ) yang telah diadakan di SMKMA Limauan Kimanis.

Alhamdulillah, beliau dengan nada ceria menyatakan :

" Abang...kita dapat johan syarahan....! Syarahan perempuan ngan tilawah tempat kedua....!"

Penulis pun dengan spontan mengucapkan tahniah kepadanya dan menyatakan rasa gembira dan bangga dengan pencapaian itu terutama pencapaian Panitia Pendidikan Islam SMeKeM. Maklumlah, memang jarang sekali kami sampai ke peringkat itu. Kalau mengajar di sekolah tu nak mencari yang boleh mengaji pun payah....inikan nak mencari yang pandai bertarannum......begitu juga dengan syarahan dan hafazan....gitulah gayanyer....

Apa pun, memang perkara ini seharusnya menjadi kebanggaan kami di panitia dan juga warga sekolah keseluruhannya. Memang dalam perhimpunan mingguan minggu lepas telah diumumkan banyak kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah kami, dan kali ini ia menjadi lebih bermakna.....

Keputusan MTQ kelmarin yang melibatkan wakil SMeKeM adalah seperti berikut :

Pertandingan Syarahan Agama (L)
Keputusan : Johan
Wakil : Mohd Jamri Japar


Pertandingan Syarahan Agama (P)
Keputusan : Naib Johan
Wakil : Nur Ayu Sufiah Khairul


Pertandingan Tilawah Al-Quran (P)
Keputusan : Naib Johan
Wakil : Siti Norsyafiqah Yassin


Tak ada pulak gambar yang diambil oleh isteri penulis sewaktu aktiviti MTQ kelmarin sebab dia banyak ambil gambar video bacaan tilawah sampai memori full. So tak dapat la nak tunjuk gambar. Mungkin nanti bila ada gambar dari peserta sendiri penulis akan upload la kat sini insyaAllah.

Walaubagaimanapun, penulis ada ambil ambar dengan jurufoto tetap dan berpencen SMeKeM iaitu Cikgu Khairul Anuar dan ini gambar dalam perhimpunan mingguan minggu lepas....

Gambar ini gambar penyampaian hadiah kemenangan MTQ Peringkat daerah Beaufort 2012 di SMK Gadong, Beaufort disampaikan oleh Pengetua SMeKeM Puan Zarida Mohd Junaidi sewaktu perhimpunan mingguan.


Johan Tilawah Al-Quran (P) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Nor Syafiqah Yassin

Johan Syarahan Agama (P) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Nur Ayu Sufiah Khairul

Johan Syarahan Agama (L) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Mohd Jamri Japar

Ketiga Hafazan Al-Quran (L) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Ahmad Rusyaidi Najmi Azhan

Ketiga Hafazan Al-Quran (P) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Nor Azirah Masri

Tahniah la diucapkan kepada guru-guru panitia yang bertungkus-lumus dan bersusah payah melatih para pelajar ini seperti isteri penulis sendiri Ustazah Khairulasma Shapiai, Ketua Panitia PAI Ustaz Mohd Mazlan Abdul Mulok, Ketua Panitia B. Arab merangkap ahli panitia PAI Ustazah Haslindawati Derahman, Ustazah Adibah Mat Jusoh, Ustazah Shanti Darzilah Awang dan juga penulis sendiri lah.....

Kepada Jamri yang akan mewakili SMeKeM dan juga Zon Selatan ke MTQ peringkat negeri Sabah yang akan di adakan pada 20-22 April ni di SMKA Sandakan diucapkan selamat berjaya, buat sehabis baik dan semoga membawa pulang kejayaan untuk mengharumkan lagi nama SMeKeM dan menambah pengalaman bagi dirinya.

Semoga kejayaan ini boleh dikira sebagai sumbangan kecil dalam meningkatkan dan menaikkan nama SMeKeM.

Proud to be SMeKeM citizens....!!!

Salam santai....








Monday, March 26, 2012

Kursus Pengurusan Homestay @ PULAKOP


Kenangan bersama penghulu kursus di Homestay Mitabang, Kiulu


Salam,

Apa khabar semua. Hari ni dah 26 Mac 2012...kejap jer masa berlalu...dah hujung bulan tiga....dan dah lebih kurang 3 hari penulis baru pulang dari Kursus Pengurusan Homestay anjuran PULAKOP.

Apa tu PULAKOP...? PULAKOP ni ringkasan dari Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi, satu badan/pusat latihan yang di naungi oleh SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Banyak memberi latihan/kursus kepada ahli-ahli koperasi seluruh Malaysia. Penulis pun kira baru berkenalan dengan PULAKOP ni. Itu pun hasil research sendiri dan lihat sahabat-sahabat pergi menuntut ilmu di sana.

Sebenarnya sepanjang tahun PULAKOP menganjurkan pelbagai jenis kursus/latihan/kemahiran tertutama kursus berkaitan keusahawanan, pengurusan dan sebagainya. Penulis mula tertarik dengan PULAKOP pun bila nampak dalam takwim tahunan dia tu ada menganjurkan Kursus Pengurusan Homestay. Masa tu tahun 2011, dan agak malang sikit penulis dah terlepas beberapa kali anjuran pada tahun tersebut. So, penulis hanya sempat mengikuti beberapa kursus yang agak tidak berkaitan dengan diri penulis tapi masih lagi pengurusan keusahawanan contohnya macam Kursus SPA / Refleksiologi dan juga Kursus Pengurusan Majlis. Terkini dalam tahun ini sebelum kursus homestay ni ialah Kursus Komputer MS Publisher.

Gambar kenangan penulis semasa kursus Komputer MS Publisher....
ini pun gambar draf untuk diedar bagi sesiapa nak tempah....
Masa ni pengetua penulis (Pn Zarida Mohd Junaidi) pun ikut sekali....

Banyak yang penulis dapat belajar dan ada pun yang telah penulis terapkan dalam urusan seharian penulis.

Kalau nak tahu banyak pasal PULAKOP ni boleh klik sini la....


KURSUS PENGURUSAN HOMESTAY

Sebenarnya dalam banyak-banyak kursus yang ada tu memang ini lah kursus yang penulis nanti-nantikan dalam hidup ini.....wow...dalam hidup....! Akhirnya dapat jugalah mengikutinya dan banyak belajar dari kursus ini. Maklum lah sebelum ini penulis telah menjalankan perniagan secara buta jer...tanpa informasi lengkap berkenaan homestay....kalau anda nak tahu boleh klik kat sini pasal homestay penulis dan di sini untuk informasi di FB.

Yang bestnyer bila dah tau pasal homestay ni memang betul-betul berlainan dengan apa yang penulis fahami sebelum ini. Jauh panggang dari api.......saaaaaaangat berbeza.....!!!

Tapi takperla.......yang penting dapat ilmu dan yang pang best sekali dapat kengkawan baru....ha...yang ni kira paling best la setiap kali kursus. Tambahan pulak dapat kengkawan dari kawasan yang tak pernah penulis sampai.....Sri Aman, Sarawak.....jauh tu....memang best....!

Panjang cerita kalau penulis nak kongsi di sini, rasanya cukup dengan kongsi gambar-gambar menarik sepanjang kursus ni pun dah cukup menceritakan bagaimana seronoknya penulis dapat menimba ilmu bersama teman-teman baru.....



Sesi pertama oleh Setiausaha Persatuan Homestay Sabah

Bergambar sebelum bertolak ke Tamparuli

Bersama penghulu kursus ketika tiba di tapak lawatan

Sesi penerangan oleh tuan rumah homestay Mitabang

Antara aktiviti dijalankan....buat atap nipah

Berjaya menyesaikan puzzle....
namanya Binsulung (kena keluarkan tali dari rotan)
jika dapat di keluarkan maka boleh berkahwin dengan anak gadis tempatan....!

Melawat rumah penginapan homestay....

Pemandangan indah yag memukau penginapnya....
subhanallah cantik betul


Gambar kenangan sebelum berangkat pulang

Singgah lagi beraksi di rumah terbalik.....

Ramai-ramai nak beraksi

Ucapan akhir Penghulu sebelum meletakkan jawatannya.....


Begitulah serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsi. Bukan apa....dah abis kursus ni dua tiga hari ni asyik teringat kat kengkawan. Kami memang sangat mesra walaupun hanya beberapa hari kenal tetapi hubungan sudah jadi macam adik-beradik.


Gambar kenangan yang sentiasa di ingatan.....
pun gambar yang belum dihantar ke kedai....kira ok la kan....? janji santai.....!


Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Salam santai buat kalian semua....

Wassalam...







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails