Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Monday, May 18, 2009

Lawak santai lagi

Gambar hiasan...lepas baca lawak santai...

Lawak 1 : Angsa


Seorang pelanggan kedai haiwan peliharaan sedang berjalan-jalan sambil mendukong dan membelai seekor angsa dengan sangat mesra.

Tiba-tiba seorang pemuda yang juga pelanggan kedai tersebut ternampak dan berkata

"Ciss, monyet rupa buruk cam tu pun ko sayang??!".

Lalu si pemilik angsa tadi menjawab:

"Hei, Apa kau kata? gila apa ke buta apa... Ini angsa lah, bukan monyet, bodoh!".

Mata kedua lelaki saling bertentang, kemudian lelaki kedua tadi menjawab:

"Kau tu yang Gile! Apa kau ingat aku bercakap dengan kau? Aku sedang bercakap dengan angsamu itu, gilaaa..!"

----------------------------------------

Lawak 2 : Kisah Pudu Raya

Pada satu hari aku pergi ke Pudu Raya, ambil sepupu yang nak datang jumpa aku, namanya Ali. Dah hampir 10 tahun tak pernah jumpa dia. Sesampai kat pudu aku pun pergi ke tempat yang dijanjikan. Memang penuh orang kat Pudu, maklumlah orang nak balik raya. Aku pun tak berapa pasti lagi bentuk rupa dia macamana. Tapi akhirnya jumpa juga dia dicelah ramai-ramai orang yang ada kat situ.

Apa lagi seronok sembanglah dengan dia, dan satu lagi dia datang ngan sorang lagi sepupu aku, Atan namanya. Aku pun tak berapa pasti dengan muka dia, maklumlah dah lama sangat tak jumpa. Terkejut aku tengok si Atan, dia berdiri sebelah Ali, perut dia buncit, gemuk gila. Aku pun apa lagi, terus melawak lah,

Aku: Ni Atan kan? Hoi Tan,gemuk betul engkau ni, perut buncit, minum todi ke kat kampung, rambut sebijik macam gengster, bontot besar tempayan?

(Aku pun tujah tujah perut dia, aku korek pusat dia, aku gelak kuat kuat, teringat semasa dulu cara aku melawak ngan atan)

Tiba-tiba, Ali tarik aku cepat-cepat, dia kata itu bukan atan, atan tengah pergi toilet, itu orang lain lah, dia sendiri tak kenal. Aku terdiam, terbayang macamana aku tujah perut orang tu, lepas tu kutuk-kutuk pulak perut buncit minum todi, gelak lagi kuat-kuat....malu aku, tak sempat mintak maaf pun kat brader tu, kami lari cepat-cepat tinggalkan tempat tu.

Takut kena pukul pulak.....

------------------------------------------------

Lawak 3: Pak Pandir di jalan raya dan office

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".

"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"
(maksudnya dia la tu yang tersalah jalan)

Satu lagi perangai pak pandir semasa kat ofis, kalau boss dia suruh potostate sesuatu, mesti dia lepas photostate to akan berhenti sekejap kat mesin tu, periksa sesuatu, bila orang tanya kenapa " Nak check ejaan betul ke salah dengan yang orijenal ni"

Tu jer la...

Selamat santai dan bergelak ketawa....


Thursday, May 14, 2009

Lawak santai 2

Lawak ni dipetik daripada laman megasutera.com di bahagian jenaka berwawasan. Lawak ini adalah sumbangan kidznextblock, seorang warga Megasutra. Penulis blog santai tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah, kesulitan, keresahan hati yang dialami oleh pengunjung blog ini. Tujuannya hanya semata-mata untuk bersantai sahaja....bacalah dengan minda terbuka....


Lawak 1 : Boss cerdik

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawab.

Bos tu kata, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

--------
MORAL:

Untuk jadi bos yang cerdik, kenalilah pekerja anda, dan ambil tahu masalah yang mereka hadapi.

Lawak 2 : Cita-cita besar

Artikel ini adalah sumbangan d_putra98, seorang warga Megasutra. Sekali lagi ditegaskan peringatan seperti di atas.

Seorang guru meminta murid-muridnya memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Dengan bersemangat Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".


MORAL:

Hidup ini perlu ada cita-cita barulah ia bermakna.






Monday, May 4, 2009

Lawak santai

Salam,

Alhamdulillah, hari ini hari berlalu dengan tenang. Nak pegi sekolah tadi tayar keta plak pancit...cool jer la...takpe ujian tuhan...jadi numpang je la hari ni ke sekolah. Tima kasih daun keladi Cikgu Yusman bagi tumpang keta....

Ada juga la pertanyaan dari sahabat-sahabat tentang perkara panas tu...biarlah dia berlalu...tak perlu diingat lagi...sudah dijadikan peringatan untuk diri sendiri...sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan...sudah pun dimaafkan orang terlibat tu...macam Datuk Dr. Fadhilah Kamsah selalu pesan ..."sentiasa maafkan semua orang..., baru hati kita tenang..." kata-kata DDFK betul-betul berkesan buat diri ini.

Hari Rabu ni insyaALLAH para pelajar tiingkatan 5 akan buat praktikal sembelihan pulak. Haritu tingkatan 4. Program praktikal ni adalah permintaan pelajar sendiri kepada puan pengetua sebab masa dorang tingkatan 4 haritu tak buat praktikal. Bukan apa para pelajar SMKM II memang bersemangat kalau buat aktiviti. Tambahan plak alasan dorang dapat buat praktikal baru betul-betul paham apa yang dorang belajar. Kalau setakat teori jer di kelas macam tak puas....betul jugak cakap dorang tu...

Cumanya kita yang nak menguruskan ni la yang rasa terbeban dan penat skit....bukan satu kelas tu....semua 4 kelas tu...tapi apa pun untuk anak didikku yang sentiasa bersemangat nak belajar...guru kalian ini takkan menghampakan kalian...kita buat...yang penting kalian belajar bersungguh-sungguh.....kejayaan kalian satu kepuasan bagi seorang guru.... (So, petang sok kena tunggu ayam sampai....hu...hu...hu...)

Okay la....cukup la tu untuk hari ni...kita layan lawak dulu se round....

Ada dua lawak...Lawak 1 dipetik dari forum Tranungkite.net. Lawak 2 dipetik dari megasutera.com di ruangan jenaka berwawasan....ada banyak lawak sebenarnya...tapi bila baca yang ni....berguling-guling kami laki bini ketawa nak pecah perut.....

Lawak 1 : Beruk

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??

--------
MORAL:

Mendidik pun kenalah ada caranya...jangan salah didik plak...

Lawak 2 : Gara-Gara Betulkan Kain Celah Punggung Tok Imam

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.


Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

--------
MORAL:

Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.



Selamat santai....

Sunday, May 3, 2009

Testing your eyes...

Salam,

Can you read this ??? ?



Not possible to read anything?Then follow the guidelines given below















































Close your eyes almost 90% so that you can actually read it.....

Happy santai...

Saturday, April 25, 2009

Lawak santai

Lawak hari ini : Mata Pelajaran Ilmu Hisab (18sx)
Sumbangan : yuha yahya [yuhanizah_yahya@yahoo.com] dan
[[ biskut ]] [bisk0t_cun@yahoo.com]
http://www.lawakpecahperut.com

Di sebuah sekolah rendah Kg Merapu, seorang guru sedang mengajar mata pelajaran ilmu hisab darjah dua. Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan kemudian gosok dekat kepala. Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia tanya...

Guru: Boyot! Meh sini.

Boyot: Saya datang cikgu.

Guru: Tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak. Mengapa awak buat macam tu?

Boyot: Apa yang cikgu ajar tak boleh masuk dalam otak saya cikgu!! Saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.

Guru: Siapa yang ajar Boyot macam tu?

Boyot: Emak saya, cikgu.

Guru: Apa yang emak cakap?

Boyot: Cikgu, bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan Ayah saya...."KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH TANG KEPALA TU...BARULAH SENANG MASUK!!!"

Guru: ????????????


Saturday, April 18, 2009

Macam-macam (18 SX)


Salam,

Tak tau nak cakap apa.....macam-macam hal kat dunia ni kan...entah la...tapi yang menariknyer kat sini ialah yang warna kuning tu....menda hape ekk....????

Kata Nabil Raja Lawak "Lu pikir la sendiri...."

Selamat santai di hujung minggu....


Thursday, February 26, 2009

Jangan mara...

Anda boleh klik gambar untuk besarkan...

Salam,

Hari ni penat tul balik dari sekolah tadi sebab hari ni ada kokum lagi. Minggu depan pun sama jugak cam minggu nih....dan begitulah seterusnya sepanjang tahun...

Gambar kat atas tu sesuai untuk dijadikan desktop wallpaper. Ntah camana saja tengok gambar-gambar lame, jumper gambar ni. Sape nak amek la...buat rileks minda....

Seperkara lagi benda yang menarik berada di fikiran, camanalah rupa Proton Exora ekk..?? Teringin gak nak tengok...Dengar citer sudah buka tempahan sedangkan rupa bentuk kereta yang sebenar belum dipamerkan lagi...??? Siapalah agaknya yang berani menempah kereta macam kat gambar bawah tu...

Inilah rupa terkini Proton Exora yang dipamerkan dan dibuka untuk tempahan....

Pokok Ixora

Kononnya ambil sempena nama pokok. Tapi nama pokok secara saintifiknya ialah Ixora bukan Exora. Biarkanlanlah...tak perlu kita memikirkannya kan.....jangan mara....

Selamat santai...

Tuesday, February 24, 2009

Lawak santai lagi

Lawak santai 1 : Nasihat

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan. Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi) Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain." Atuk: "Tak sama apanyerr???" Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?" Atuk: "?...?...?...?...?...?"

____________________________________________

Lawak santai 2 : Berlagak

4 org duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi....seorang warga amerika, seorang kongo, seorang bangladesh dan seorang malaysia..

sedang dalam perjalanan, warga amerika tu mengeluarkn 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..

semua terkezut dgn tindakan si amerika dan belum sempat bertanye, si amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in amerika,"..

tanpa mengendahkn kata2 si amerika tu, si kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si kongo ni, si amerika bertanye, "why??,".

si kongo menjawab," there is too many cigars in kongo"..

si malaysia dan si bangla terpinga2 dengan perbuatan mereka td..

belum sempat si bangla kata apa2, si malaysia terus campak si bangla keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many bangla in malaysia,"....

____________________________________

Lawak santai 3 : c Buta c Bisu c Pekak

Ada satu teka-teki yang sampai skrang pun xde shaper yang leh jawab..lau anda bijaksana dan handalan sila mencuba nasib...

Camni...

Adalah 3 org ni sekawan. Sorg buta, sorg bisu n sorg ag pekak.

Nak dijadikan citer, pada suatu hari yang indah...tetiba c Bisu nampak lor c Pekak mencuri duit c Buta...

Then, nak dijadikan teka-tekinya lak...camner c Bisu nk gtaw c Buta yang duit dia kene curik oleh c Pekak...???

Selamat santai....


Sunday, February 22, 2009

Lawak santai @ Sepilok, Sandakan

Salam,

Gambar ketika melawat ke Sepilok

Lawak santai : Tourist vs Orang Utan


Alkisah bermula cerita di Pusat Pemeliharaan & Pemuliharaan org utan di Sepilok, Sandakan Sabah...


Sekumpulan pelancong dari Jepun kelihatan begitu sibuk mengambil gambar-gambar org utan. Akibat terlalu panas dan berpeluh, seorang pelancong jepun mengelap peluh kat dahinya.... Tiba-tiba org utan yang berada di depan pelancong tersebut membuat aksi yang sama...


Pelancong Jepun : Erkk...pandainya org utan ni tiru gaya aku...hahahaha... ok! sekarang ko tiru gaya ni pulak..


Pelancong jepun tersebut membuat aksi dengan menjelirkan lidahnya seolah-olah mengejek org utan itu.....Org utan itu pun terus meniru aksi yang sama dengan menjelir-jelirkan lidahnya....


Semua pelancong ketawa beramai-ramai melihat gelagat org utan itu...


Pelancong Jepun : Hahahahaha... Pandainya org utan ni, seronok nak mainkan org utan ni,...Ok org utan, sekarang tiru gaya ni pulak...


Lalu pelancong tersebut memasukkan dan mencucuk-cucukkan jari telunjuknya ke dalam hidungnya lalu memasukkan jarinya ke dalam mulutnya... (niat nak minta perhatian org konon)...


Orang utan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sebagai tanda bahawa enggan melakukan aksi yang sama...



Orang utan : Bodoh punya manusia! pengotor! hahahahaha...


Kesemua orang utan di tempat itu ketawa terbahak-bahak melihat aksi si pelancong itu...


Dari jauh para pelancong datang nak tengok org utan


Mana satu pelancong Jepun tu ekk...?


Sapa tengok sapa nih.... org tengok org utan ker, org utan tgk org....

Selamat santai.....


Saturday, February 14, 2009

Lawak @ santai lagi

Lawak santai 1 : 3 pelanggan hotel

Ada 3 org pelanggan berbangsa melayu, kadazan dan seorang bangla ingin bermalam di sebuah hotel yang dimiliki oleh seorang taukeh cina... Maka, mereka menempahlah bilik dan tidur di hotel tesebut. Kebetulan taukeh hotel tersebut merupakan seorang taukeh babi dan dia mempunyai sebuah kandang babi betul2 di belakang hotel miliknya..

Suatu malam yg sunyi,dalam keadaan suasana berangin...tiba2... Tok! tok! (pintu rumah taukeh hotel diketuk)..

Taukeh: (muka masam) lu apa masalah katuk2 gua punya lumah malam2 ooo...

Org melayu: (nada marah) taukeh! saya nak bilik baru! bilik aku sekarang tu bau najis babi! haram!.. kalau tidak! aku saman....

Taukeh: soli a...so soli...nanti gua bagi bilik yg gelenti talak kena itu bau babi aaa..soli...

Maka, diberikanlah bilik baru kepada org melayu tersebut..selesalah dia tidur akhirnya...

Tidak lama kemudian pintu rumah diketuk lg...Tok2!!

Taukeh!! (nada mara skit) aiyyaaa!!! lu lg apa poblom lo??

Org Kadazan: (nada marah) Taukeh! sia mo bilik baru baa..itu babi ko baa..bau sangat ni..sia mana tahan ooo...kalo ko ndak kasi aku bilik baru,sia mo ambil duit deposit sia tu!!

Taukeh: kalo ini macam gua susah ooo...soli2..gua bagi u bilik baru ok blader? hehe...

Maka, diberikanlah bilik baru kepada org kadazan tersebut..selesalah dia tidur akhirnya...

Tidak lama kemudian,pintu rumah tauke tersebut diketuk lagi..tok2!!

Taukeh: (nada yg amat marah)apa u ketuk2!!!!u mau bilik baru ka hah?? naaa...amik ini kunci!!!!blk2 kacau gua tidur!!!

Babi: (ramai2) Bos, kami mau kandang baru bos... Brother Bangla tu busuk sgt! tak tertahan kami dibuatnya...

______________________________________________

Lawak santai 2 : Lewat 1 bulan

Ketika menyambut suaminya, Zubir yang pulang dari pejabat.. Khaty berkata sambil tersenyum,...

"Abang.. saya TERLEWAT datang bulan selama SEBULAN" kata Khaty dan menyambung.

"Tadi saya dah pergi klinik dan disahkan mengandung...tapi kita rahsiakan dulu ye...".

"Baiklah" kata Zubir sambil tersenyum..

Esok paginya.. seorang pekerja TNB datang dan mengetuk pintu rumah mereka. Setelah dibukakan pekerja tadi memberitahu..

"Puan.. anda didapati terlewat sebulan.."

"Hah..?? Dari mana anda tau??" Tanya Khaty.

"Kami ada catatannya disini.."

"Haaah.. sampai ada catatan??"

Esok paginya.. Zubir marah-marah di kaunter pembayaran TNB. "Bagaimana anda boleh tahu yang isteri saya terlewat satu bulan??"

"Sabar encik... kalau anda ingin catatan ini dipadam..anda hanya perlu membayar pada kami.."

Dalam hati Zubir mengatakan yang orang tadi cuba meminta rasuah..

"Saya nekad tidak mahu bayar" kata zubir

"Kalau begitu apa yang anda ada sekarang akan kami potong..!!" jawab petugas.

"Kalau apa yang saya ada sudah dipotong.. habis isteri saya di rumah nak pakai apa??" tanya Zubir

"Terpaksa pakai lilin jer la En...." jawab petugas..


Friday, February 13, 2009

Lawak @ santai

Lawak Santai 1 : Talkin orang asli
Oleh: Shahidin, Md. Azmil [CONMY NON J&J] [mshahid@conmy.jnj.com]

Cerita ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat perak dulu...Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak baca...

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu MIAH walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca 'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni :

HAI MIAH...MATI JUGAK KAO MIAHH...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KAO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN...KAO ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI KIRI...KAO ELAK KE KANAN...KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN...KAO ELAK KE BELAKANG...KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI KAOLAH MIAHHHHH......"

Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia...bila orang asli tu tanya ngape...kawan aku cakap. "sedih...."

Pengajarannya..........
Dia orang pun percaya juga kat alam kubur.............

____________________________________________________

Lawak Santai 2 : Ayam Panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.."Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.


"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

Selamat santai....


Tuesday, February 10, 2009

Lawak santai lagi...

Lawak Hari Ini 1

Tajuk : NAJIS BESAR

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja.

Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 juga ktok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar…..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab “lima”. Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu…bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum… Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar ‘anjing ngan babi la hoi’, tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada di sekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besarkat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin tu jawap “Taik Gajah” suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana …taik gajah… besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

Lawak hari ini 2

Tajuk : JURUJUAL YANG MALANG

Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.

"Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya," kata jurujual dengan penuh yakin. "Kalau begitu," kata wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik."


Lawak diambil dari www.lawakpecahperut.com suatu masa dahulu....

Jangan lupa beri ulasan anda.

Monday, February 9, 2009

Lawak santai....

Lawak santai 1 : Menu Restoran Itali

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. ia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"
_________________________

Lawak santai 2 : Keretapi express

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelakiIndia langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Hehehee...
______________________________

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails