Monday, April 6, 2009

Tahniah kepada peserta

Gambar kenangan bersama bonda pengetua yang singgah meninjau
Program Praktikal Sembelihan tersebut

Salam,

Nampaknya macam post yang sama dalam majalah e-HIKMAH. Tak mengapa kan.....yang penting kita kena hargai para pelajar yang telah melakukan sesuatu dengan jaya. Ini merupakan salah satu cara memberi ganjaran yang mudah tanpa mengeluarkan modal yang besar, cuma sedikit waktu yang terluang.....

Sewaktu perhimpunan pagi tadi telah disampaikan hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang telah menunjukkan satu kerjasama kumpulan yang baik dari segi strategi pengurusan ayam, kebersihan dan persembahan masakan (ayam panggang dan lain-lain) dalam Program Praktikal Sembelihan 2009 bagi para pelajar tingkatan 4 SMK Membakut II.

Kumpulan-kumpulan tersebut adalah seperti berikut :

Kumpulan 1

1. Saufiq Che Rauf
2. Aznie Sunny Foo
3. Najwa Mahmood

Kumpulan 2

1. Yuzer Yusof
2. Ag. Mohd Noor Khairi Ag. Sirat
3. Mohd Raduan Badarudin

Kumpulan 3

1. Sofea Syazlynda Hj Abd Wahid
2. Dg. Siti Nukayah Mohd Jair
3. Siti Normala Kamal

Kumpulan 4

1. Dg. Jaimah Ahmad
2. Nor Hamizah Agku Baktir
3. Fatin Nazirah Mohd Din
4. Suzyafizah Awang

Kumpulan 5

1. Siti Farahlia Sulaiman
2. Shaemah Jalu
3. Norasidah Matusin
4. Sarimah Duraman

Tahniah kepada semua kumpulan sembelihan tersebut. Kepada kumpulan lain yang tidak dapat hadiah tidak mengapa. Anda sudah lulus ujian sembelihan. TAHNIAH....!!! Teruskan usaha, banyakkan ulangkaji. Semoga program praktikal tersebut banyak memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat.

Nampak gayanya ada berita baik untuk para pelajar tingkatan 5 tahun ini yang memohon juga untuk mengadakan program tersebut dengan pengetua sendiri. Atas kesungguhan anda, bonda telah memperkenankan satu lagi program seumpamanya untuk pelajar tingkatan 5. TAHNIAH.... Bila....??? Nanti akan dimaklumkan kemudian....

Program-program lain yang dalam perancangan Panitia Pendidikan Islam SMK Membakut yang melibatkan sukatan pelajaran ialah Program Lambaian Kaabah bagi pelajar tingkatan 4 & 5 dan juga Program Praktikal Pengurusan Jenazah bagi pelajar tingkatan 3. Harap-harap kalau tiada halangan dan bajet mengizinkan kita akan buat insyaALLAH.... Bukan untuk guru-guru tetapi untuk para pelajar kesayanganku..... Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang setimpal....

Kepada semua guru yang sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti yang melibatkan pelajar, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga ianya dapat memberikan manfaat untuk kita juga...betul kan....kita mesti sentiasa berada di atas paras maksima...

Salam santai...






4 comments:

yusman said...

atas paras maksima mesti 9 - 10.baru mantap

Takilala said...

awek baju itam sluar biru tu dah ada yg punya? huhuhu.

Norazman Md Noh said...

Takilala... jangan kacau a... awek tu...jangan berani cuba...buruk padahnya... penasihat Persatuan Seni Silat SMKM II tu.....

Unknown said...

awek bj kurung arr..
sp brani tackle..?
kwang3..
*kidding..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails