Wednesday, April 1, 2009

Program Praktikal Sembelihan 2009

Demonstrasi sembelihan menggunakan kayu

Salam,

Minggu ni memang sibuk sungguh. Esok ada MTQ Peringkat Zon Selatan pula di SMK Membakut. Pagi tadi alhamdulillah, telah berlangsung Program Praktikal Sembelihan bagi semua pelajar tingkatan 4 SMK Membakut II. Seramai 66 orang pelajar telah terlibat dan 20 ekor ayam sedia disembelih. Daripada 20 hanya 18 ekor ayam yang disembelih mengikut syarat yang sepatutnya. Ada dua ekor ayam yang tak cukup syarat.... mungkin pisau tumpul dan terkejut bila ayam menggeletek hingga terlepas pisau sembelihan.Walaubagaimanapun, program ini berjalan lancar.

Taklimat sembelihan sebelum praktikal bermula

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang terlibat menyembelih, memegang ayam, melapah memotong dan memanggang ayam. Semoga program praktikal ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar sekalian. Semoga dapat menjawab soalan dalam peperiksaan nanti apabila ditanya dalam soalan seperti berikan rukun sembelihan....dan sebagainya...

Salah satu kumpulan pelajar yang terlibat

Terdapat permintaan daripada para pelajar tingkatan 5.....Ustaz Ok ja ba...nanti runding ngan big bos dulu macam mana. Dulu Ustaz tak mengajar tingkatan 4, tahun ini ada...tapi nda pa...jangan risau...insyaAllah ada rezeki dan ruang yang terluang kita akan buat juga....

Para pelajar khusyuk mendengar taklimat sebelum praktikal

Terima kasih kepada guru-guru yang singgah meninjau tapak sembelihan dan juga membantu apa yang boleh seperti cikgu Yusman membantu mengasah dan menajamkan pisau serta menghidupkan api untuk memanggang ayam. Guru-guru lain yang singgah seperti Puan Hjh Tuan Maimun (pengetua) sendiri, Cikgu Nasip, Cikgu Husaini, Cikgu Kabul, Cikgu Lain Kok Chung, Cikgu Emelda, Cikgu Yaakup, Cikgu Ali Rahman dan beberapa lagi yang tak dapat disebutkan di sini terima kasih diucapkan.

Tak lupa juga kepada geng pengakap yang setia Naim, Fadzlee dan Rahmat dan juga yang lain-lain yang ada tadi membantu mengurus dan mengemas tapak sembelihan....

Salah seorang pelajar menunjuk contoh memegang ayam

Tidak lupa juga kepada guru mata pelajar Pendidikan Islam Ustazah Shaharoom.... yang paling setia sehingga tamat mengemas tapak sembelihan Ustazah Juliah Ismail, terima kasih bangat.... Harap dapat tolong lagi selepas ini jika ada lagi program Pendidikan Islam.

Semoga ukhuwah kita semakin mantap.....

(Kualiti gambar tak berapa memuaskan, sori sebab pakai kamera handphone murah jer....)

Saksikan posting sembelihan sebelum ini, klik SINI


Selamat santai.


4 comments:

Takilala said...

Apsal tak sembelih Mantap punya?

Nanie Harris said...

Jarang sekali boleh tgk progrm camni...mmg bagus...harap tempat2 lain pun ada buat...

yusman said...

program yg bagus.harap diteruskan.guru2 smkm2 mmg mantap

Azeyana Zainal said...

best2 skrg program kt sekolah..sy ikut program mcm ni ms kt mktb je...nway...congrats to all teachers of SMKMII

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails