ALHAMDULILLAH....hari ini satu lagi program yang agak besar dapat dijalankan dengan jayanya iaitu Program Praktikal Lambaian Kaabah yang merupakan salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 bidang Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Membakut II. Program ini sepatutnya diikuti oleh semua para pelajar tingkatan 4 dan 5. Sebenarnya sebahagian daripada mereka terlibat dengan Dikir Barat dan Nasyid sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah di SMK Membakut. Jadi, tidak semua dapat mengikuti program ini....
Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Kassim bin Mataha, Imam Masjid Pekan Membakut yang juga merupakan penceramah haji dan umrah Tabung Haji. Ini merupakan jemputan kali kedua beliau untuk program ini. Kali terakhir program ini dijalankan di sekolah ialah pada tahun 2007 di Masjid Raudhatul Ulum Al-Bukhari melibatkan semua pelajar tingkatan 4 ketika itu.
Sebahagian guru yang turut mengikuti program praktikal ini
Gelagat para pelajar melakukan praktikal tawaf
Para pelajar melakukan praktikal tawaf sambil bertalbiah. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tuan penceramah telah memberi tunjuk ajar cara tawaf yang betul iaitu bahu mesti selari dengan Kaabah (model jer la...).
Tuan penceramah menjadi ketua rombongan jemaah haji melakukan saie dari Bukit Safa dan Marwah
Setelah aktiviti tawaf, para pelajar dibawa pula untuk praktikal saie. Dengan cuaca yang agak panas terik (tapi panas lagi di Mekah kut...) para pelajar berlari-lari anak apabila sampai di sempadan yang ditetapkan. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Barulah dapat rasa bagaimana perbuatan sebenar saie (walaupun jarak praktikal lebih dekat la...).
Gelagat para jemaah haji mendengar soal jawab
Selepas menjalankan praktikal tawaf, saie, melontar jumrah para jemaah haji (para pelajar) berkumpul semula untuk aktiviti soal jawab. Para pelajar memberikan respon yang sangat baik dan bertanya bermacam soalan berkaitan ibadah haji dan umrah. Soalan-soalan yang deberikan telah dijawab dengan panjang lebar oleh tuan penceramah.Sebahagian peserta yang menjawab soalan-soalan kuiz yang diberikan
Sebelum majlis penutupan, bahagian yang menarik dalam program ini ialah soalan-soalan kuiz yang diberikan berkaitan program yang dijalankan. Para pelajar dikehendaki mengangkat tangan dan menjawab secara spontan soalan-soalan yang diberikan. Semua soalan telah berjaya dijawab oleh para pelajar dan mereka yang menjawab betul diberikan hadiah daripada Panitia Pendidikan Islam.
Gambar sewaktu Majlis Penutupan Program Praktikal Lambaian Kaabah 2009
Majlis penutupan Program Praktikal ini dijalankan secara ringkas yang dihadiri oleh wakil pengetua iaitu Ustazah Dg. Sitti Rahimah bt Ag. Damit Yahya. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada penceramah Tuan Haji Kassim bin Mataha, Imam Masjid Pekan Membakut dan juga kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Membakut II. Beliau juga berharap agar aktiviti ini dapat menjadi aktiviti tahunan sekolah.
Begitulah rentetan coretan pengalaman yang dapat dikongsi hari ini....
Selamat santai...
Begitulah rentetan coretan pengalaman yang dapat dikongsi hari ini....
Selamat santai...
6 comments:
salam...
ruginya sbb xdpt ikut progrm nie bro' no.2 iskiskisk...nk sgt2 join tp apa ble bt...dpt tgk gmbr ja...
Bangganya program menyemai nilai Islam macam ini. Mudahan banyak lagi berleluasa ke seluruh tanah air.
D'Rimba : Terima kasih atas penghargaan itu. Semoga kefahaman Islam generasi muda semakin tersemai
juLia de wHitesiLk : memang nda best la meng nda da...
Salam...bagus sangat buat program sebegini..mudah-mudahan jasa dan pengorbanan ust dihargai.kalau ust tidak keberatan nanti saya minta tunjuk ajar daripada ust...juga nak puji ni...blog ust ni canggih la...saya suka...kena belajar dari ustaz juga ni.
salam...saya kena belajar dari ustaz ni macam mana mau buat blog canggih....moga jasa usta dihargai oleh pihak sekolah
salam..tahniah!moga jasa ustaz dihargai...canggih la blog ustaz ni! nanti saya belajar dari ustaz ye..
Post a Comment