Tuesday, April 21, 2009

Ulangtahun Perkahwinan AZMANASMA ke 8

'AZMANASMA'
Selamat menyambut Ulangtahun perkahwinan ke 8


Salam,

Alhamdulillah, dalam kesibukan meneruskan tugas-tugas harian genaplah sudah 8 tahun perkahwinan kami Norazman Md Noh dan Khairulasma Shapiai atau singkatan yang biasa diguna dalam emel, nickname, username atau tulisan lain ialah 'azmanasma'. Tarikh keramat pernikahan kami iaitu pada 21 April 2001 telah menyatukan kami hingga sekarang ALHAMDULILLAH.....

Kisah Terdahulu

Kisah bermula pada tahun 1993 / 1994 sewaktu kami sama-sama dalam satu kelas tingkatan 4 dan 5 Bukhari di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak. Waktu tu setakat minat-minat jer dan dapat pandang dari jauh jer....jauh sekali dapat bercakap macam bebudak sekarang. Dapat jeling-jeling sekali sekala pun jadi lah. Maklumkah kat sekolah agama mana boleh cintan cintun dan menjadi satu kesalahan besar bila di dapati pelajar ada hubungan cinta (sekarang pun sama). Jadi, masa tu hubungan cinta tu dah berputik dalam hati masing-masing jer la....

Hubungan (berdasarkan perasaan masing-masing - pakai bluetooth kut masa tuh) yang ntah macam mana nak cerita pun tak tahu mendapat tentangan hebat dari guru-guru dan ustaz-ustazah yang mengajar kami padahal tak pernah ada hubungan secara rasmi pun cuma dalam hati jer. Mungkin perkara ni timbul dari mulut rakan-rakan rapat yang kami bercerita pada masa tu 'ana minat/suka kat budak ni...'(cakap arab daa....sekolah agama kan...). Bukanlah tentangan yang macam mana pun...cuma teguran-teguran ikhlas dari guru-guru kami jer yang macam dah nampak bibit-bibit percintaan kut....Walaubagaimanapun, hubungan dari hati ke hati dan dari jauh tu berkekalan hingga tamat sekolah....

Hari Raya Aidilfitri

Tak tau la nak cakap macam mana, masa tu mak ayah kami berdua pun agak sporting sebab mereka selalu jumpa dalam acara sekolah macam Majlis Solat Hajat, Mesyuarat PIBG dan lain-lain. Jadi, satu hari di hari raya ajakla mak ayah pergi ke rumah budak Khairulasma ni...hmmm berani, berani je la nak ziarah kan sebab hari raya kan...takkan nak halau pulak kan...tapi masa tu kami masih sekolah lagi....Perasaan debar-debar ketika nak sampai ke rumah tu jangan cakap la...nak meletop rasa dada ni...tapi, alhamdulillah kami diterima sebagai tetamu dan bermula lah hubungan secara rasmi (sebab mak ayah nampak macam bagi laluan).

Sejak dari tu, selalu lah kami dari Ipoh datang berziarah ke Kuala Kangsar (dengan mak ayah sekali aa...) walaupun bukan di hari raya. Perjalanan satu jam dirasakan tersangat lama. Mereka seakan-akan faham bahawa anak-anak mereka ini suka di antara satu sama lain....

Lepas SPM masuk UIA

Alhamdulillah, keputusan SPM 94 kami agak baik (biasala, sekolah asrama penuh). Dua-dua dapat masuk universiti...tapi malangnya sorang di UIA, PJ dan sorang di UIA-KUSZA K. Terengganu (sekarang dah takde dah sebab masa tu usaha DSAI nak naik taraf KUSZA sebagai universiti-sekarang KUSZA dah jadi Universiti Darul Iman). Mulalah hubungan secara jarak jauh (PJJ jer la). Masa tu kalau tulis surat bekajang-kajang, memang tak kurang dari lima helai setiap kali hantar dan seminggu agak-agak dalam dua kali kut....he..he..he...seronok rasa bila dapat surat....macam cas bateri la...

Selama 6 tahun berlalu (2 tahun matrikulasi dan 4 tahun ijazah) hubungan PJJ berterusan dan kami memang jarang bertemu kecuali ziarah ke rumah dengan mak ayah macam dulu. Tak banyak rintangan sebab kami duduk berjauhan, asyik rindu-rinduan jer la...

Lepas habis belajar mulalah bercakap ngan mak ayah terus terang kami nak kahwin sebab tak elok berhubungan tak berkahwin nih. Mak ayah tak ada halangan, kasi kahwin jer la sebab prestasi baik kan selama nih....he..he..he..

Gerbang Perkahwinan

Maka pada tanggal 21 April 2001 berlangsunglah perkahwinan kami dan masa tu bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran Takaful Keluarga (EPTK) Takaful Malaysia di Seri Manjung. Gaji tak banyak RM 300.00 + insentif beberapa ratus. Masa tu gaji tak sampai RM 1 k pun tapi alhamdulillah semua rasanya macam mewah jer...hidup secara sederhana.

Setelah dua tahun bekerja ngan Takaful Malaysia dan di sahkan jawatan datang la surat yang ditunggu-tunggu iaitu dapat KPLI. Masa tu Akrammi dah ada. Sorang di MPI, Bangi dan sorang MPTAA, K. Lipis, Pahang dan Akrami di Ipoh dengan tok ayah dan mak tok, sesekali dengan opah dan atuk.

Habis KPLI terus mintak posting ke Sabah sebab tak sanggup berjauhan lagi. Asyik PJJ jer...dari awal mana tahan ye tak...? he..he..he..

Bertugas di SABAH Negeri Di Bawah Bayu

Bermula dari tahun 2004, satu hijrah besar berlaku dalam kehidupan kami. Akrami masa tu dalam setahun setengah kut...Dua-dua di SMK Membakut II hinggalah isteri di tukarkan ke SMK Membakut atas alasan opsyen Kelas Kemahiran Quran (KKQ).

Alhamdulillah banyak kenangan pahit dan manis yang kami berdua lalui bersama dari dulu hingga sekarang. Rupanya sudah 8 tahun kami berkahwin (walaupun sebelum itu 8 tahun bercinta PJJ). Sekarang kami memang tidak dapat dipisahkan lagi. Kasih sayang semakin kuat dan utuh.

Sekali kali setinggi kesyukuran kepada Allah kerana memanjangkan usia perkahwinan kami hingga sekarang dan harap hingga ke akhirnya......

Begitulah cerita sikit-sikit, macam panjang lah pulak posting pasal ulangtahun perkahwinan nih...kepada pembaca yang baik tu boleh kita berkongsi bersama, kalau ada yang tak baik tu tak payahla ikut (khusus kepada anak-anak didik yang baca posting nih...)

Doakanlah semoga usia perkahwinan kami hingga ke akhirnya dan hidup bahagia di dunia dan akhirat....

Gambar kenangan sekeluarga di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar
semasa melawat ke sekolah lama Madrasah Idrisiah
(Opah ngan Atuk Akramie)

Gambar kenangan sekeluarga semasa di Hotel UiTM Shah Alam Selangor
(Tok ayah ngan Mak tok Akramie)

Selamat santai semua...dan

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA BUAT ISTERIKU TERCINTA - KHAIRULASMA SHAPIAI




11 comments:

aranam said...

Assalamualaikum.

Tahniah buat Cikgu AzmanAsma.

Semoga masjid yang terbina sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan hidup rukun damai selamanya.

Kisah cinta yang boleh dijadikan contoh oleh anak-anak didik. Sekali-sekali entri panjang tentang ulang tahun perkahwinan, langsung tidak ada salahnya.

:)

Takilala said...

8 tahun? hari ni kena ambik gambar tu, guna dslr. huhuhu. selamat ulang tahun.

yusman said...

tahniah n semoga terus bahagia.minta la hadiah eos450d.baru masyuk.mcm lbh kurang ja kisah kita ni.

juLia de wHitesiLk said...

salam...
slmt ulgthn ustaz...

GURU_CIKGU said...

Semoga berbahagia dan hidup mendapat keberkatan Ilahi

Azeyana Zainal said...

salam..
selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat ustaz dan ustazah..
semoga berbahagia ke akhir hayat..
cerita boleh buat novel ni ustaz hehehe

Nanie Harris said...

Seronok baca kisah2 lama ni...anyway, slmt menyambut ulangtahun & semoga kekal selamanya...

Anonymous said...

"tahniahlah man dah 8 tahun ko kawin..aku baca ko punya blog ni terasa mcm ko cerita aku ade kat depan ko. ko kan pandai cerita masa kat maktab lagi." FROM : lanzNY

Anonymous said...

memang mantap la ko orang, anyway semoga hubungan dengan isteri always mantap....TAHNIAH. From: Mantap

penulis said...

adam ingin mengucapkan....

SELAMAT PENGANTIN BARU ke 8 tahun kat paklong ngan maklong adam...

bulan 10 ni paklong ngan maklong kat sabah lg ke?? adam nak p sabah ni...nak jumpe bro akramie..gusti2 die..

Unknown said...

salam ukhuwah..
smoga ikatan kukuh yg t'bina antra ustz && ustzh b'kekalan hendaknya..
&& d'rhmati allah..
amiiiinn...

kmslm kat ustzh eyk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails