Wednesday, April 22, 2009

Festival Nasyid la pulak....

Salam,

Sebelum memula bicara hari ni, terima kasih daun keladi diucap kepada semua yang memberi komen posting semalam dari aranam, takilala dan yusman yang pandai meracun suh angkat dslr (tak tertahan dah dugaan nih), juLia de wHitesiLk @ meng (panggilan manja di rumah), guru_cikgu, me n myself (si azeyana yantie ex smkm2), mr reds from jb and last but not least lanzNY from new york sei...(geng KPLIPA MPTAA)...dan yang lain-lain yang mungkin belum sempat singgah sini....jgn lupa singgah sini slalu yer...

Minggu ni memang minggu yang tersangat sibuk dengan macam-macam program. Semalam mesyuarat Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Islam PMR di PPD Beaufort. Kebetulan tahun ni dah tak ada lagi "bahagian" di Sabah ni bagi pendidikan dan semua pakai "daerah" maka kena lantik la pulak sebagai Ketua Pentaksir Kawasan. Jenuh dah nnolak mintak ganti orang lain. Malangnya semua orang menolak jugak...tu yang susah ni kena buat kerja tambahan....mana ngan mengajar lagi dan nak mengurus sekolah orang lagi...isskk...leceh betul...

Ok la, hari ni kebetulan lepas "punch card" ada plak surat jemputan kat "pigeon hole" yang dah ditandatangani oleh "big boss". Jemputan menjadi hakim Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Zon Membakut. Alamak...dah la terpakai uniform hari ni sebab ada kokum....belasah jer lah...Hmm, tu la...kalu dah jadi cekgu ni memang tak putus-putus ngan aktiviti pelajar. Tinggal kita nak atau tidak jer sebenarnya...kan. Kalau malas dan tak nak, tak yah lah sibuk-sibukkan diri. Oleh kerana orang dah jemput dan tak nak menghampakan ustaz-ustaz jugak yang menjemput tu, maka terjadilah HAKIM untuk memeriahkan Festival Nasyid pagi tadi.....

Ni nah beberapa gambar yang di ambil oleh Ustaz Azhan Nordin dari SK Saga-Saga selaku Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim pagi tadi....

Camana boleh terjebak dengan hakim nasyid ni pun tak tau la...hentam saja la labu...

Sir Ameiruel Azwan (cekgu BI tu...) pun turut terjebak jadi hakim nasyid...

Ni rasanya kumpulan yang menang pagi tadi...boleh tahan jugak la penangan dorang

Majlis penyampaian hadiah...tu la kut yang menang tadi...

Esok pulak 23 April 09 ada Pesta Pantun Peringkat Daerah Membakut. Yang bestnya ni esok cuma jadi tukang tangkap gambar jer...tapi dapat surat perlantikan dan siap perlepasan tugas lagi.....best jugak...sambil-sambil dengar orang berpantun kat bilik sebelah boleh layan RPH minggu nih yang tertunggak dua, tiga hari.....ngan kerja-kerja perkeranian lain....

(PS : Yusman n Takilala bawak la dslr tu layan orang berpantun sok....)

Ntahla...keje jadi cekgu ni memang tak putus-putus kan. Kalo la cekgu ni mengajar jer kan syiok...macam pensyarah-pensyarah u tu....Bila la nak jadi cam tu ek...?

Ok la, cukup la 'bakunyanyang' kali nih, nanti ada masa sambung lagi kay...

Teruskan bersantai ngan blog nih...

Selamat santai....


8 comments:

yusman said...

dah kena lantik jurugambar kena la angkat dslr baru ngam.cepat2 la.jom sabtu ni nak teman p angkat.

Azeyana Zainal said...

alamak..demam dslr melanda negara rupanya..beli la ustaz..eos 1..<--support cikgu yusman.
ee...byknya kerja cikgu..hm..kna siap siaga ni...tgk sir amierul,cikgu bi pn jd judge nasyid..oh..mcmanala sy nanti erk!

Takilala said...

paul moss tu..huhuhu

juLia de wHitesiLk said...

plepasan tugas yg mwujudkn kontroversi hebat d smk mbkut II hihihi...

Unknown said...

dslr..dslr..dslr..?
hua3..
hahak..paul moss..???



ckgu dpt pelepasan krja hri rabu..
ktaorg dpt pelepasan kelas gX..
(pserta pntun)
dah tu ptg kena b'tugas masa p'tndingan lak..
mgu yg sgt sbuk..
mgu hdpn pon sama..

dpt pelepasan pon kena gak skli..apa blh buat..

*smkm2 mmg pelik..

Norazman Md Noh said...

yusman : tengah gi servay dslr nih

me n myself : sakit kepala memikirkannya nih

takilala : minat paul moss ker..??

juLia de wHitesiLk : susah kalau dah kontroversi

MizBeLL : memang pelik...but I love my school

Unknown said...

yuppp..

Anonymous said...

sir mirul dulu skolah agama kat perok, pandai muzik pulak tu, jd xhairanlah kalau jd hakim nasyid...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails