Wednesday, July 22, 2009

Jamuan makan & halau hantu

Salam,

Pelik sikit tajuk kali ni kan...bukan apa, hari ni boleh kata agak penat la skit. Sebab kelas full swing 6 masa direct, kemudian petang isteri ajak pegi gym, malam ni ada upacara rawatan memulihkan pelajar kerasukan di sekolah.... ok la citer satu per satu...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jamuan sempena Persaraan Babu Etom dan
Sambutan Hari Jadi Guru-Guru SMKM bagi bulan Jun dan Julai

Ini kali pertama penulis menghadiri jamuan di sekolah ini secara rasmi, sebelum meraikan persaraan dan perpisahan Babu Etom yang telah bersara dari perkhidmatan di sekolah ini. Penulis tidaklah mengenali rapat Babu Etom ini, tetapi cerita tentang kerajinan dan kebaikan Babu Etom ini memang pernah di dengar sebelum ini. Malah pokok bunga yang di tanam di rumah penulis pun adalah pemberian dari Babu Etom ini.

Dari pengamatan penulis Babu Etom ini merupakan seorang kakitangan yang amat disenangi di sekolah ini dan amat rapat dengan semua orang di sini. Malah ada yang menganggap beliau seorang ibu dan sentiasa meminta pandangan serta nasihat dari beliau yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam kehidupan.

Sepatutnya majlis ini disambut pada minggu lepas tetapi di atas sebab kesihatan Babu Etom yang kurang baik masa tu, ia tidak dapat dijalankan dan di tangguhkan sehinggalah semalam. Walau bagaimanapun majlis berjalan lancar dan nampak pertalian persahabatan dan ikatan ukhuwah yang sangat utuh dan kukuh di kalangan warga SMKM....alhamdulillah setinggi -tinggi rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana penulis berada di kalangan mereka ini.......

Bah, di sini penulis masukkan gambar-gambar yang sempat di ambil semasa majlis kelmarin. Majlis di adakan di Restoran Sri Putri SMKM (kalau tak silap la...) tempat pelajar belajar katering....


Inilah Babu Etom....seorang yang mempunyai sifat keibuan yang tinggi....



Bonda pengetua (hijau pucuk pisang) bersama para guru SMKM



Sebahagian lagi guru-guru dan KTBM


Cheese cake yang lazat dan berkhasiat...nyam...nyam...


Antara orang kuat yang menguruskan majlis tersebut


Jurufoto tetap dan berpencen....


Memang seronok berada di sini...baru masuk di sini sudah dirai,
secara kebetulan birthday penulis suami isteri bulan Jun...hehehe....



----------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis bacaan Yaasin dan rawatan pemulihan

pelajar yang diganggu makhluk halus

Malam tadi, semua pelajar muslim yang tinggal di asrama dikehendaki turun ke surau untuk majlis bacaan Yaasin dan upacara merawat para pelajar yang telah diganggu makhluk halus di sekolah ini. Oleh kerana ustaz yang dijemput belum sampai maka penulis terpaksalah mengambil alih dahulu buat sementara waktu menunggu ustaz tersebut tiba. Selesai solat Maghrib berjemaah penulis diminta menyampaikan tazkirah ringkas kemudian solat Isyak berjamaah. Setelah selesai kami solat barulah ustaz tersebut tiba bersama pembantu-pembantunya. Ustaz Arshad dari UiTM Kota Kinabalu dipanggil oleh bonda pengetua untuk membantu merawat para pelajar yang diganggu dan seterusnya memagar kawasan sekolah terutama asrama supaya tiada lagi gangguan selepas ini.


Ustaz Arshad mengetuai bacaan Surah Yaasin



Guru-guru dan para pelajar asrama bersama-sama membaca Yaasin di surau

Ustaz Arshad meminta kami membaca Surah Yaasin sebanyak 7 kali. Ketika bacaan kali ke empat, salah seorang daripada pelajar yang hendak dirawat itu terus lari dan melompat dari tangga surau ke bawah menuju ke asrama. Apa lagi, penulis dan beberapa orang guru lelaki diikuti dengan guru perempuan termasuk Cikgu Fatimah Binsin (PK HEM) yang turut bersama pada malam itu mengikut pelajar tersebut. Rupanya dia tidak tahan mendengar bacaan ayat Al-Quran menyebabkan dia lari dari situ.....tiba di bilik asrama dia pengsan dan di bawa terus ke surau semula untuk dirawat oleh Ustaz Arshad.....

Ustaz Arshad menyuruh pembantunya azan di setiap penjuru surau dan beliau meyuruh para pelajar perempuan meminum air bacaan Yaasin. Ketika dia memberikan kepada pelajar yang lari tadi, pelajar tersebut menolak dan menepis air tersebut hingga habis tumpah semuanya. Maka dengan spontan Ustaz Arshad menepuk pelajar tersebut dan dia terus pengsan. Bermulala episod berlawanan di antara Ustaz Arshad dengan makhluk halus tersebut......

Setelah selesai merawat semua pelajar tersebut, Ustaz Arshad diminta untuk ke asrama dan memagar kawasan tempat tinggal pelajar. Beliau meminta pembantu-pembantunya melaungkan azan di setiap pintu bilik dan di setiap penjuru bilik. Beliau juga turut serta melaungkan azan sebanyak 7 kali di setiap sudut. Begitulah malam itu berlalu......


Bermulalah penentangan makhluk tersebut


Sesi rawatan pemulihan


PK HEM (Cikgu Fatimah) membantu memberi minum air Yaasin kepada pelajar terlibat


Jurugambar 'Ekspose Mistik' tidak rasmi (baju merah) bersama
penerbit eksekutif (baju melayu kuning)
merakan kejadian....


Ketika minum setelah selesai semua urusan pada malam itu, Ustaz Arshad menceritakan bahawa pada mulanya beliau ingin membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali sahaja, tetapi ditertawakan oleh makhluk tersebut. Sebab itu ketika dia mengugut untuk membaca sebanyak tujuh kali, kelihatan kegelisahan terpancar diwajah makhluk tersebut.....

Cikgu Dali Ag. Yusuf berkongsi cerita bahawa salah seorang pelajar yang nampak makhluk itu melihat bukan satu makhluk yang ada di sekolah ini. Ramai seperti sebuah keluarga. Menurutnya lagi makhluk itu ada di mana-mana, antaranya pada ketika itu di sudut surau, di bilik asrama (sengaja penulis tidak sebutkan no bilik atas sebab keselamatan), di hadapan bangunan katering, di parking kereta, di atas pokok dan banyak lagi........

Cikgu Fatimah juga berkongsi cerita pada malam tersebut di mana selah seorang pelajar yang ternampak makhluk itu melihat bagaimana makhluk itu merangkak keluar dari tubuh pelajar dan melalui di tengah-tengah antara kumpulan pelajar tersebut. Mujurlah makhluk itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kalau tidak alamat bertempiaran larilah suma orang yang ada di sana.....

Setakat ini dulu cerita kali ini, mudah mudahan selepas ini tiada lagi gangguan seperti ini....

Jangan lupa vote santai di ruangan atas hujung sebelah kiri.....

Selamat santai.....



Jan

4 comments:

Azeyana Zainal said...

Salam ustaz..dh bersara rupanya babu etom..sejak sekolah rendah kenal dgn insan yg penyayang ni..ms tu beliau berkhidmat d SK Pekan Membakut.Hasil air tangannya, stp sekolah tpt berkhidmat pasti berseri2 dgn bunga2an.kalau lepas sekolah tggu org tua jemput, lepak2 kat bilik beliau smbil mengadu domba...tenang je...sy ingat bliau smpai skrg.Sayang babu etom.

SKY said...

ust.seronok baca blog ust.ada saja yang terkini.

( - PrinCeSs_SuLyaNa - ) said...

saLam..
waH dasyaT...ustaZ..
n menyeramkan ustaz....
heee....

Ah Win said...

serammm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails