Monday, July 20, 2009

Ya ALLAH selamatkanlah SEKOLAHKU....

Salam,

Gangguan makhluk halus

Selamat bersua kembali. Semakin hari nampaknya semakin sibuk, malam semalam masih ada lagi gangguan makhluk halus di asrama puteri. Ramai juga lah yang kena termasuk beberapa pelajar non-muslim. Hampir jam sebelas malam baru pulang setelah keadaan kembali terkawal....tak payah cerita lanjutlah pasal gangguan tu...susah nak diceritakan dan penulis sendiri pun bukan ahli dalam bidang itu....cuma boleh cerita sikit bagaimana bulu roma mula meremang apabila mula melangkah ke asrama dan ketika berada di surau malam semalam. Begitu juga ketika hendak pulang dan ketika sampai di pintu rumah. Penulis risau juga kalau-kalau makhluk ini akan mengganggu hingga sampai ke pintu rumah...tapi Alhamdulillah setakat ini tiada apa-apa berlaku....

Pagi tadi juga masih berlaku gangguan tersebut, tetapi cuma beberapa orang yang masih belum pulih sepenuhnya setelah dibenarkan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, penulis memuji tindakan drastik pihak sekolah terutama bonda pengetua apabila mengambil tindakan segera menghubungi orang yang memang ahli dalam bidang ini untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Esok malam akan datang seorang ustaz dari UiTM KK (kalau tidak silap) yang insyaAllah akan membantu menyelesaikan masalah ini. Mudah-mudahan selesai segera.....kalau tidak sesi P&P akan sentiasa terganggu....


Penulis sempat snap gambar curi semasa mereka berbincang
menyelesaikan masalah di sekolah...harap mereka tak marah


Serius...., dari kiri bonda pengetua, Cikgu Abg Morsha
dan PK I Cikgu Agku Johari



Cikgu Isham, selaku ketua warden setuju dengan cadangan pengetua....
gambar diambil sebelah meja penulis dalam keadaan santai...


Dari segi kerja memang penulis sangat respek dengan pengetua dan pengurusan di sini berbeza dengan apa yang pernah penulis lalui sebelum ini dari segi 'decision making' dan 'problem solving'


Gangguan makhluk TAK halus


Pelik sikit kan sub-tajuk kali ni...bukan apa, dalam usaha penulis membantu setakat terdaya menangani masalah yang sedang berlaku di sekolah baru, masih lagi kedengaran suara-suara sumbang dari sekolah lama khususnya dari pihak pengurusan memburuk-burukkan penulis. Bila sebut pihak pengurusan di sini, mungkin catatan ini akan menjadi kontroversi tidak lama lagi. Penulis tidak sedikitpun berniat hendak memburukkan mana-mana pihak, cuma penulis hendak sedikit bersifat defensif kerana selama ini penulis tidak mengambil hirau apa yang sering diperkatakan oleh orang-orang tertentu yang ingin memburuk-burukkan penulis. Rasanya, orang yang mengenali penulis boleh menilai sendiri tanpa perlu penulis mempertahankan diri....penulis masih lagi tertanya-tanya, apa lagi yang mereka mahukan dari penulis sedangkan penulis sendiri tiada masalah langsung dengan mereka itu dan apabila berhadapan terutamanya, semuanya seolah-oleh seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Mengapa apabila di belakang macam-macam cerita yang penulis dapat terutamanya daripada pejabat .....(tak perlu dinyatakan di sini). Penulis begitu la, begini la, dari segi kokum memang bagus la, cuma dari segi kurikulum begini la....macam-macam cerita.....mengapa mereka bertindak begitu sedangkan penulis sendiri tidak pernah bertanya apa sebab dipindahkan dan tidak pernah diberitahu apa-apa sehinggalah hari terakhir penulis keluar dari sekolah itu.....kekadang timbul rasa sedih dan terkilan tetapi penulis hanya simpan dihati dan diam....rasanya itu lebih baik.....tapi nampaknya hampir tidak tertahan juga rasanya...jadi penulis lepaskan lah catatan ini di dalam tempat yang penulis anggap sebagai diari walaupun ianya boleh dibaca oleh sesiapa sahaja......

Kenapa selama ini, sekiranya ada masalah penulis tidak pernah dipanggil, ditegur dan di nasihat secara berhadapan sekiranya penulis ini seorang guru yang bermasalah atau mereka yang bermasalah dengan penulis.....nampaknya penerimaan penulis di sekolah baru pun sangat baik, di sekolah lama pun sebelum meninggalkan para pelajar nampaknya agak berat juga mereka hendak melepaskan penulis....di mana silapnya ni...entahlah susah mahu di ucapkan di sini....usaha penulis berjumpa dan berhadapan dengan pentadbir tanpa dipanggil untuk bertanya apa yang mereka tidak puas hati pun nampaknya tidak ada apa-apa yang mereka nyatakan...itu yang pelik bin ajaib....di hadapan tidak ada apa-apa di belakang macam-macam.....

Satu perkara yang penulis amat terkilan ialah berkenaan sukatan pelajaran yang di kelas yang penulis ajar....ada suara sumbang mengatakan (pembaca dari SMKM II tahu siapa...) penulis tidak ajar hingga habis sukatan....sedangkan penulis keluar dari sekolah itu 30 Jun 09...memang tidak habis, jadi tanggungjawab mereka yang menyambunglah yang menghabiskannya....susah la kalau tidak mahu berfikir secara lojik....kalau sudah bulan Jun sudah selesai semua kira hebat la guru tu...adakah pelajar-pelajar mereka betul-betul faham atau sekadar mengajar untuk ingin menghabiskan sukatan sahaja....pelik bin ajaib....


Fail yang mengandungi tajuk-tajuk dalam sukatan bagi setiap tingkatan


Fail ini adalah usaha dan inisiatif penulis sendiri


Setiap tingkatan yang penulis ajar penulis masukkan dalam catatan di fail ini


Catatan tajuk diajar untuk tingkatan dua beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Catatan tajuk diajar untuk tingkatan tiga beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Catatan tajuk diajar untuk tingkatan lima beserta
tarikh mengajar setakat sebelum berpindah



Pandangan lebih dekat....


Bukti penulis mengajar hampir habis sukatan, insyaALLAH akan habis sukatan
pada masanya sekiranya diberi peluang. Ini sebelum habis tahun sudah dipindahkan ke sekolah lain tanpa sebab
(menurut mereka lebih guru....itu pun penulis tahu dari orang lain)


Jadi di sini, penulis hanya menjawab persoalan ini sahaja lah....semua orang boleh menilai penulis dengan melihat aktiviti-aktiviti yang telah penulis letakkan di sebelah kiri bahagian atas blog (kokurikulum dan kurikulum) ini untuk tatapan pembaca dan penilai semua....bagaimana dengan kerja penulis selama ini...apa yang penulis buat selama ini pun di sekolah lama tidak pernah diberikan penghargaan. Bukan lah penghargaan yang penulis mintak....dan bukanlah penulis menjalankan semua aktiviti-altiviti di atas tersebut untuk mendapat nama dan untuk dipuji oleh para pentadbir tetapi semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan ikhlas untuk para pelajar yang tersayang.....kerana penulis menganggap mereka seperti anak-anak penulis sendiri dan penulis juga mahu anak penulis nanti diajar oleh guru seperti yang penulis lakukan ....itulah harapan penulis...mudah-mudahan.....

Selamatkanlah SMKM II

Tak tahulah sesuai atau tidak kenyataan di atas, tetapi itulah yang datang dari hati penulis. Bagaimana perasaan rakan-rakan yang masih tinggal yang tidak bersemangat untuk mengajar kerana tertekan dengan situasi semasa. Bagaimana perasaan dan keadaan para pelajar yang tidak ada guru mengajar terutama Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. Bagaimana mereka akan menghadapi peperiksaan besar dalam keadaan begitu......Ya ALLAH bantulah mereka....cukuplah dengan apa yang sudah berlaku....walaupun penulis sudah hampir sebulan meninggalkan sekolah lama kesayangan penulis tetapi penulis tidak pernah memburukkan sekolah itu kerana di situlah tempat penulis belajar macam-macam perkara terutama tentang erti kehidupan....

Hari ni penulis mendapat panggilan telefon dari orang besar jugalah bertanyakan macam-macam tentang sekolah. Tidak ada yang tidak baik melainkan yang baik-baik sahaja penulis nyatakan dan tidak sangka juga ada perkara-perkara yang disebut dan dinyatakan kepada penulis memburuk-burukkan penulis. Penulis meminta orang itu menilai sendiri dan tanyalah daripada para guru dan para pelajar di sana untuk maklumat lanjut.....itu sahaja....

Cabaran dan rintangan ada di mana-mana, yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya. Penulis dalam keadaan sedar mungkin catatan ini akan menjadi panas tidak lama lagi. Perkara yang penulis ceritakan di sini adalah sekadar berkongsi luahan hati, sedikit membela diri dan semata-mata untuk tujuan kebaikan....cukuplah tuduhan-tuduhan seperti blog santai ini adalah blog lucah, menceritakan keburukan sekolah dan sebagainya.....penulis tidak sedikitpun berniat dan berbuat demikian....penulis hanya mendoakan yang terbaik buat semua....kita akan hidup bahagia sekiranya kita sentiasa berfikir baik....dan bahagiakah pada pandangan anda orang yang sentiasa busuk hati dan berfikiran yang tidak elok sesama manusia.....yang sudah tu sudahlah.......

Bah cukuplah luahan setakat ini dulu....rasa macam tak santai....penulis ni orangnya santai dan cool....tak perlulah melayan perasaan yang tak best...malas la nak layan....dan sekiranya ada yang tersinggung apabila membaca blog ini mohon beribu ampun....ambillah apa yang baik dan nilailah dengan seadil-adilnya.......Sama-samalah kita muhasabah diri, jangan lah seperti kata pepetah kuman di seberang laut boleh nampak, tetapi gajah di depan mata buat-buat buta....Sentiasalah cermin diri sendiri sebelum mencermin diri orang lain. Hanya kita yang mampu mengubah hidup kita, dan tidak ada orang yang boleh mengubah hidup kita......

Istigfar banyak-banyak mohon ampun dari ALLAH......Astagfirullahalazim....penulis menganggap ini semua adalah ujian kecil dari ALLAH dan penulis yakin dan percaya yang HAQ akan pasti mengatasi yang BATIL....

Selamat santai....dan semoga ceria selalu....




15 comments:

Sahabat seperjuangan said...

Salam...
Tuan Santai,
Sy ingin menyatakan kebanggaan sy thadap tuan kerana pd pdngan sy tuan blh dikategorikan sbg guru cmrlg jika btl2 dinilai segala kerja yang tlh diamanahkan kpd tuan...ikhlas ni..Sbg rakan guru sy rasa pngalaman dan kemahiran yg tn ada dpt saya contohi dan jdkan panduan...Tahniah krn berjaya melalui sgl cabaran tsbt dgn cool dan santai...itulah sepatutnya drpd melayan kerenah mrk yg bekerja dgn emosi...Anda seorg yg PROFESIONAL. Sy amat kagum...

ikhlas dr shbtmu...

Bro Santai said...

Terima kasih sahabat perjuangan, kata-katamu menaikkan semangatku...jazakallah...

Reds said...

Perkara camna mmg lumrah kehidupan & kat mana2 akan terjadi...cam gak abg ngah, dh byk cabaran yg lg hebat sampai ke tahap diherdik dikhalayak ramai. Tp alhamdulillah, itu yg membuatkan semangat kita lagi membara utk berjaya..Cam kata lirik lagu KEMBARA....

"Tiada kejayaan tanpa pengorbanan"

Semoga terus santai selalu... :)

Abg Long said...

Tima kasih abg ngah (Reds), memang kalau dilayan kita tidak boleh bekerja, memang itu yang mereka mahukan...jadi kita layan santai je la dan cool always....tq for ur motivation.....

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya mengenali ustaz sebagai seorang yang multi-talented person, memang serba boleh dan seharusnya digunakan segala kemahiran ustaz untuk kebaikan sekolah. Tapi apabila pengurusan menggunakan emosi untuk mentadbir memang haru biru. Pengetua sebagai ketua yang dicucuk hidung oleh orang-orang itu. Ustaz jangan risau semua orang tahu perkara itu. Sabar dan teruskan usaha murni ustaz mendidik anak bangsa.

Rakan SMKM II

Rakan Santai said...

Terima kasih rakan anonymous, kata-kata anda agak pedas dan merbahaya. Tapi anda memang berani. Berani kerana kebenaran. Harapan saya biarlah mereka sedar....saya tidak mahu menimbulkan kontroversi di sini, cuma mempertahankan diri apabila dilempar dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.....

Mohammad Syukur said...

Blasah jek long puak2 ni...dierg ingt dierg bagus sgt..padahal tanpa cikgu2 bawahan ni..tade la dierg kat atas tu..bile dah kat atas..mula lupe diri..takleh tgk org lain nak naik...lama2 nanti tuhan tarik balik ape yg dierg dpt...aminnn..

Anonymous said...

Salam ustaz Norazman, tadi saya ke PPD. Memang ada percubaan memburukkan ustaz, tetapi ustaz jangan risau, semua pegawai di PPD memahami situasi semasa dan mereka pelik dengan tingkahlaku pengetua dan pengurusan sekolah membakut 2 terutama PK pentadbirannya. Apa yang saya dengar semuanya baik-baik tentang ustaz, beruntung sekolah baru yang menerima ustaz, Ustaz Norazman teruskan perjuangan.

Yang menghormatimu

Anonymous said...

Bertindak ikut nafsu, tak pikir kepentingan pelajar, pikir diri sendiri ja. Gua pelik la camana boleh jadik ustazah...gua tak respek langsung la pk1 mbkut2, bodo, kb pun bodo, mana ada orang layan dorang skrang ni ba. Sian kat bebudak, guru tak cukup, nak peksa macam mana? pengetua bodo.

Norazman said...

Eddie : Long takde masa nak layan dorang, biar dorang syok sendiri, akhirnya makan diri...hehehe...santai...

Anonymous 1 : terima kasih dan lega dengar berita begitu...alhamdulillah

Anonymous 2 : Saya faham anda marah, tapi lek la...jgn jadikan blog ni tempat ucap kata-kata tak senonoh...tak baik...kita rilek jer...biar mereka dengan diri mereka...bila kita tak layan nanti depa tension sendiri jer....yang penting santai...

Anonymous said...

Ustaz....
Aku stuju dgn pandangan rakan kita di atas...mmg itulah istilah yg layak mrk terima....biar tak senonoh pun ustaz...perangai dan tindakan diorg tue senonoh sgt ker...?Menyusahkan sume org. guru n pljr serta mak bapak pelajar...kalu aku ada anak, tak hingin antar ke sek cam tuh...

Norazman said...

Salam anonymous, terima kasih atas komen, saya minta semua bersabar...sabar separuh daripada iman....

( - PrinCeSs_SuLyaNa - ) said...

saLam..
aHH besa laH tue ustaz..
bT sakitt aTi aja..
ermm..
dah laa kat skola x ckup guru...
x tau laa...
syllbus lom abis..
x tau camna nak jwb excell nanti....
ustaz ada kan bgus..
nak study pon xda mood...
duih.....

nik awin said...

cikgu,
kita tak dapt nak puaskan hati semua org.

oh..saya sgt kagum dgn usaha cikgu failkan semua sukatan pelajaran mcm tu.
siap ada checklist lagi.

alhamdulillah, dpt saya satu ilmu baru.
boleh saya nak praktikkan mcm cikgu buat tu?
tersusun, tak kelam kabut.
saya ingat nak buat mcm tu..failkan, adakan checklist

MizBeLL said...

no wonder lar..
dulu ckgu2 t'tentu itu sibuk nak tanya sy ttg blog ustz..
mentang2 lar sy p'baca blog tegar..haha..
xpa ustaz..keep on blogging..
sgt2 b'untung smkm dpt ustaz..
kmi sgt2 jelez dgn student d'sana..
&& smkm2 punya hantu lg m'nyeramkan..
pst ustz dah tahu dr ckgu2..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails